Sunday, August 29, 2010

my besday!!!!

As salam,



okeh, berape banyak kali dah ko nak sambut besday dalam setahun

dalam kalendar islam , saya lahir 19 Ramadhan 1908H . Jadi , saya berumur 23 tahun mengikut kalendar Islam.

saya check kat sini

Maka, silalah bagi hadiah kat saya...

duit raya seguni, 
okey, tau tak de sape nak bagi aku duit raya..

Semoga saya  dan umat Islam di dunia terutama saudara Islam di Palestin diberikan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

malam ni start 10 hari terakhir bulan ramadhan di mana salah satunya berlaku lailatul qadar .
Fadhilat ibadat pada malam itu bersamaan 83 tahun 4 bulan. 
Semoga kita memperoleh keberkatannya.
Firman Allah mengenai malam lailatul Qadar terdapat dalam surah Al-Qadr 97:1-5


Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan.Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.
text dari sini
sumber: Solusi isu.22


Photo of  praying girl in Gaza by Eman Mohammed

Friday, August 27, 2010

dengki khianat

As salam







sumber :sini




sumber: sini

persamaan : ketidakpuashatian terhadap ---> ORANG ISLAM


KITA orang islam dijadikan musuh oleh manusia beragama lain.

Firman Allah s.w.t:
" Sesungguhnya kamu dapati orang yang yang paling keras permusuhannya terhadap orang beriman ialah orang -orang Yahudi dan orang-orang musyrik."
(al-maidah :82)




.......



Tapi , apabila ORANG ISLAM memusuhi saudara se ISLAM nya sendiri....





Al kisah...

Emak saya memang sudah bertahun-tahun sejak zaman saya  hingusan memang ketupat tempah, sebahagian lauk pauk tempah, sebab mak saya seorang buat memang tak larat, yelah anak-anak dia sangat lah `rajin ' nak tolongkan

yang buat nya sorang, yang makan nya ramai

memang setia lah kan kat  mak cik sorang ni, tiap tahun memang pelanggan tetap
Sate die, the best lah sepanjang pernah makan sate selama 22 tahun ni.


Jadi tahun ni seperti biasa mak nak telefon buat tempahan, namun
panggilan tak pernah berjawab

mak pergilah kat rumah dia

rupa-rupanya

suami dia dah terlantar jek, tak boleh bergerak dah sebulan lebih
pergi ke doktor, doktor kata 
`tak sakit!'

you know what it mean kan?


Dekat depan rumah
bertabur garam kasar
kacang hijau

pernah dia baru angkat ketupat dari periuk
ketupat busuk


Jadi, inilah masalahnya

tak dapat aku makan sate tahun ni!

saja jek nak bagi kolestrol aku rendah...:D. gambar dari sini


Secara umumnya, memang bangsa seagama sendiri yang dengki khianat nih



 Rezeki Allah seluas lautan

kalau dah malas cam tukang tulis ni memang r tak de hasil



1. Katakanlah: “Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia.
2. Raja manusia.
3. Sembahan manusia.

4. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi,
5. yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,
6. dari (golongan) jin dan manusia.
sumber: sini
mengapa memilih untuk bertuhankan syaitan
syaitan bertepuk tangan, melonjak kegirangan!

menjadi peneman penghuni neraka jahanam

" Akan tetapi syaitan-syaitan itulah yang kufur, mereka mengajar kepada manusia ilmu sihir"
(surah al-baqarah :102)



gambar : sini

Daripada Amir bin Saad bin Abi Waqas. Saya.mendengar Saad berkata:
Rasulullah s.a.w bersabda:

" Sesiapa yang makan pada waktu pagi tujuh biji kurma Ajwah , nescaya tidak akan dimudaratkan pada hari  itu (keracunan atau kesihiran)"


sumber : Al-Islam. Jun 2010.

md::: ular emas, santau keramat, dendam orang minyak , waima duyong aridinata semua ada watak bomoh. 

Tuesday, August 24, 2010

CUBA UNTUK GEMBIRA

As salam,

Siapa yang tak bahagia kalau jumpa kembali kawan-kawan seperjuangan (buat pertama kali)
Siapa yang tak bahagia kalau penat jerih belajar dapat hadir konvokesyen (buat pertama kali)

Memang diidamkan memakai jubah dan bergambar sambil lompat-lompat dan baling topi (buat pertama kali)
Memang didambakan  bersama ratusan/ribuan graduan mungkin jumpa Yang Dipertuan Agong (buat pertama kali)

Tapi bila istiadat konvokesyen UiTM sepatutnya di UiTM Shah Alam tapi ditukar ke UiTM Perlis

(buat julung-julung kali)


Apakah reaksi manusia yang terlibat?


antaranya



 


kecewa




mungkin yang lebih extreme





namun , `mungkin' ada yang menerima dengan hati terbuka




Emak saya bila diberitahu,

" Jauh no, cakap lah dengan Shah Alam" (macam Naib Counselor kawan baik aku jek)

Saya membalas,

" mak, tak yah gilah "

mak saya pulak,

" Eh, mak nak pergi , kenangan". (aku malas, mak aku plak semangat)



Okay, mari kita cuba mencari hikmahnya......




best ape menjadi pencetus, menjadi yang pertama,


Mungkinkah masuk paper (ko berangan memang no.1)





tak ramai , jadi lebih menarik perhatian






tapi terfikir siapalah nak bagi scroll kat atas pentas nanti..

dapat jubah baru ke ?






Takpelah mungkin sekarang belum jelas hikmahnya, sesunguhnya perancangan Allah itu indah.

UiTM dihatiku....


md : Apalah sangat berita konvo kat Arau berbanding dengan orang lain yang mungkin tak berpeluang belajar ngan buta huruf.

Saturday, August 21, 2010

kalau dah tua tu ngaku jelah

As salam,


bila aku pakai lipbalm(lip ice)

mak aku ko main , ingat aku pakai lipstick

bila aku beli wedges,

mak aku kate tingginye kasut

tapi,

kawan-kawan dan bebudak sekolah   dah bermake-up bagai, oghang pakai bedak pun tak rata lagi.

kawan-kawan dan  kekanak(sesuka hati jek kata ganda ko buat gni) pakai kasut tumit tinggi runcing tirus, kalau oghang pakai, sure kayek kuda hamil .(oke perumpaan ni, mak aku sgt suka , kat Cinta Kirana).


Ini menunjukkan kita takkan pernah tua di mata ibu bapa kita 


hakikatnya


bila pergi shopping complex (Plaza Angasana kesayangan ibu bapa dan rakyat Johor serta Singapura), semua jurujual panggil aku kakak, okey aku tak kisah, mungkin dia orang bebudak /kekanak baru habis sekolah atau kerja part time hujung minggu dan pandai bermake up dan berkasut tumit tinggi, runcing tirus kerja jadi jurujual.

bila kakak yang dah macam sudah beranak tiga , panggil saya, `awak' macam panggil kawan-kawan dia bukan dengan panggilan `adik' yang mungkin membuat aku angkut lagi banyak barang dia.
Okey, aku tak kisah. mungkin aku jek yang perasan.

bila aku beratur nak bayar kat belakang seorang ibu yang tengah dukung anak dia umur (3 tahun kot) , dan dia tanya dah habis belajar?, aku pun jawab (terdetik dalam hati ada jugak orang ingat aku baru habis belajar) , aku jawab , "ha, dah, baru habis." Lepas tu dia cakap, oh, saya baru nak start.
oh, okey, rupanya aku salah dengar.

Kemungkinan besar ini yang dia tanya, " Dah habis belanja?".


Jadi perlu ke aku rasa teruk bila umur macam ni, masih lagi pergi shopping complex dengan bapak aku, dan bapak aku yang bayar kat casher lepas aku pilih-pilih barang. Lepas tu orang kedai tengok macam pelik . Okay, mungkin aku yang perasan dan berburuk sangka.







baju raya tahun ni

Okay, mungkin ini adalah salah satu faktor yang aku perlu mengaku diri ni  tua.




Diri sudah tua, ajal makin menjelma, bertaubatlah sementara waktu masih ada, beribadatlah selagi masih daya, lihatlah selagi masih ada mata, jangan sampai Izrail sudah menyapa, segalanya sudah tidak berguna. Janganlah kisah sangat apa yang orang kata, baik kau manfaatkan bulan Ramadan yang mulia.

Wednesday, August 18, 2010

tips cantik, muda, bijak sepanjang usia.

As salam


bagi sesiapa yang fobia tua dan kedut-kedut ..ehem..ehem....




takut tak..takut tak
...nenek ni cube buat muke comel terus seram jadiknye...



Baiklah, mari kita amalkan petua ni ...


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan

Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan

Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan

Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati

Ambillah waktu untuk memberi, itu akan membuat hidup  terasa bererti

Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan

Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju ke syurga

sumber : mingguan wanita bil:1395 (Memey suhaiza jadik cover)



okeh, lepas ni kita banyak main-main,  untuk nampak muda.:P







eh, apesal aku rase masa aku kecik lagi comel dari ni. Baaz.
sori e, mia sara ,akak amik gambar dari facebook mia.. 
(lembut tak aku cakap macam cikgu siti :P)

sejak bila pulak budak ni ada kakak kan...


md : patut r rasa tua sebab tak cukup syarat terutama nilai KEBERHASILAN...

Tuesday, August 17, 2010

Repekan Si Tukang Cat

As salam,


bagaimana ramadhan anda?,

biasa-biasa saje?,

lebih hebat dari biasa?,

alah bisa, tegal biasa?


biase die..(ok, tak masuk)


semalam saya buat persiapan raya,

pastu penat gilos,


 jangan ikot perlakuan ini,

masa puasa jangan sibuk nak buat persiapan raya segala.

okeh, ini selingan persiapan raya...









macam kengkonon  terasa cam baguskah apabila  punye sign nama di mana-mana



Payung sek.keb.bandar pontian terinter-frame








md : aku tak tau mak aku tak perasan atau buat - buat tak perasan.

Sunday, August 15, 2010

SEMPURNA

As salam,





`Bagaimana aku mahu mengharapkan kesempurnaanmu

sekiranya aku sendiri tidak sempurna'

Munamuni, 2010






Saturday, August 14, 2010

lupa

As Salam


"Sesungguhnya besarnya pahala diukur dengan besarnya ujian dan apabila Allah suka kepada kaum itu, maka mereka duji. Jika mereka redha, maka Allah redha dan jika dia marah, Allah pun marah kepadanya."

(Riwayat al-Tarmizi no.2396)



gambar dari sini




gambar dari sini

Tidaklah seorang Muslim ditimpa musibah, lalu ia mengucapkan kata-kata yang Allah perintahkan
(Inna lillahi wa inna ilaihi raji`un)

" Ya Allah , berilah pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti bagiku yang lebih baik daripadanya."
Doa yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w 

(Riwayat Muslim no.2165)


 
gambar dari sini



 gambar dari sini 

 

 

gambar dari sini

 

 

 gambar dari sini

 

" Wahai anak Adam, jika engkau sabar mencari keredhaan pada saat musibah pertama, maka Aku tidak meredhai pahalamu selain syurga"

(Riwayat Ibn ajah no.1597)

 

 gambar dari sini

 

 

 gambar dari sini

 

 

"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."

 

sumber : solusi isu.19


Wednesday, August 11, 2010

hidup mungkin indah tapi tak mudah

As salam


yang mungkin indah


Pertama


semangat nak g temuduga kawalan kualiti bak cikgu besar ,  jelas kelihatan di bahagian OO hidungnya.



kedua




mungkin dapat menikmati keenakan biskut jacobs , chipsmore tiger bisKUAT,



ketiga


Resume awak menarik


keempat




pergi shopping complex, gerakan pantasan dibelakang adalah jasad emak saya


yang tidak mudah...


Pertama (dan anak-anaknya)
  • ceritakan pasal diri awak
  • apa yang awak faham tentang quality control
  • apa KELEMAHAN awak
  • awak kene tahan panas
  • awak kene sanggup kerja shift
  • ada kenderaan tak
  • gaji kita tak boleh bagi tinggi


terus muka sepe-et hingga kamera tak sanggup nak menangkap gambar masuk dalam memori.


 kedua


bawak beg plastik berisi baju baru tapi bukan untuk diri sendiri...


 Firman Allah S.W.T

 " Apakah manusia menyangka bahawa ia akan dibiarkan begitu sahaja dengan pengakuan kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?" ( Surah al-Ankabut 29:2)


Hidup ini sementara, yang indah itu sementara, yang susah itu sementara, 

sehingga tibanya mati, akhirat itulah yang kekal abadi


yang terindah buat masa ni...



NurZahra Awatif 
peserta ke-3 dari generasi ke-4
OO hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku.

md : Resume tu aku copy paste jek..(Eh, ade ke aku tulis Articulate dalam resume aku)..hehe..time kasih ika.

Sunday, August 8, 2010

Cerita Jumaat Malam

As salam


Okeh , ni Cerita Peribadi 3 generasi

Jumaat malam Sabtu itu hari , Mbah saya (generasi pertama) tertunggu-tunggu Artis kegemaran dia. Alah penyanyi yang mula dengan hurup M (Mawi lah), walaupun kurang Fofuler lagi tapi Mbah saya setia okay.

Lepas sembahyang Isya` (lebih kurang pukul 9), mbah suruh lah saya buka Mawi (konsert gemilang AF) tapi kan dia dah lepas sebab siaran dia pukul 7.30 mlm. Mbah tengah sembahyang magrib (dia akan tunggu sampai Isya`)

Saya lalu kesian tengok mbah saya, kerana dia memang tertunggu -tunggu Mawi. Tak pe Mbah, astro akan ulang, sebab tu dia digelar stesen berbayar, sebab harus tengok siaran ulangan berkali-kali.

Tapi,


Allah Maha Kuasa, Allah gantikan yang lebih baik dari rancangan itu
iaitu
Siaran Langsung Akademi Al-Quran yang ke-4

mbah memang suka dengar orang mengaji
Peserta-pesertanya pun Alhamdulillah semua sihat-sihat tubuh badannya

Ahmad Tirmizi Ali, Si juara. lagi..

Handsomekan, saya (generasi ke-3) berasakan kalau dia kurus lagi handsome. Mak (generasi ke-2) kata macam Ashraf Muslim. Ahakz.

Sebelum tu, saya menggoreng nasi malam-malam (hari ini dalam sejarah) dan membuat air lobak susu  kerana rasa mata semakin tua akibat membuat persiapan raya. over excited (sebab takyah bagi duit raya kat orang lain)

Nasi goreng tomyam dan air lobak (haha rindu same Mak Pah )


Sambil tengok Akademi Al-Quran tu kita buat persiapan raya, Tak pe okay siang Jumaat tu penceramah kat Al-hidayah cakap buat persiapan raya awal-awal sebelum Ramadhan sebab masa Ramadhan nanti tak payah lagi nak kejar jualan murah masa nak raya tu boleh nak kejar keberkatan bulan Ramadhan. (Yelah ko, mak suruh cat rumah, sampai sekarang tak cat lagi)




























hehe...Sila nantikan kemunculannya ..
(eleh, kecoh)

md : Selamat menyambut bulan Ramadhan. hadis kat banner dari langit ilahi

contest gambar CANDId

As salam,

Saya berminat tengok contets ni dari Cik Paro
telah menganjurkan  


dan

GamBar  Candid saya ialah



Tajuk gambar :  
Syawal 1430 

Cerita gambar:
 Semua ahli keluarga nak patutnya bergambar tapi ada pakcik-pakcik yang tak nak masuk frame sebab pakai kain pelekat ngan t-shirt, lalu malu. Tapi kene paksa masuk gambar jugak.

Sila ke sini

Tarikh tutup:
10 Ogos 2010

cabutan bertuah 5 hari

As salam,



Ditag oleh Cik Paro


buat Lucky Draw selama 5 hari.

Bermula pada 6hb ogos jam 1.00 pagi sehingga 10hb ogos jam 1.00 petang (tamat).



Hadiah

"seketol" kartun dak pompan kiut montel chubby molat
dan
kad ramadhan

Slogan:

Saya suka kambing sebab dia mempunyai susu yang kedua terbaik selepas susu ibu dan daging dia sedap.

Tak nak buat slogan pun tak pe. Berminat klik Little colour shop. Saya tag nisah, ayuni, dan ain.

Saturday, August 7, 2010

oversea

 As salam


Oleh sebab kalau cerita zaman sebelum hari ini berlaku, dimulakan dengan perkataan Dulu-dulu, maka begitulah juga cerita aku ni...

Dulu-dulu, aku selalu berangan nak pergi seberang laut Oversea...pergi belajar kat London, Harvards ke Oxfords atau Nottingham (mestilah boleh bangga sama universiti ngan Najib Tun Razak) , shopping kat Harrods, pergi Eropah melancong kat Paris, Itali dan shopping designer handbag LV , Prada, Coach, pergi Eiffel Tower, naik sampan , (eh, sampan ke) menyusuri Sungai Seine, pakai trench Coat burberry, pakai but dan main salji, amik gambar macam artis sambil tangan penuh dengan shopping bag Chanel.

(okeh, kaki dah tak jejak tanah)


sangat melampau ko berangan  budak

Tapi, saya boleh bangga bila orang lain kawan-kawan sekolah dapat pergi  kat sana, saya turut rasa bertuah... mereka memang berhak, yelah  aku ni budak yang asyik nak rehat ngan balik awal jek... sambil beronggeng dengan kawan gonjeng aku...haha..dan aku tak  menyesal sebab aku dapat melewati zaman itu dengan penuh gembira.

Zaman univeristi boleh kot, kalau aku rajin, tapi takdir menentukan yang aku tak boleh jugak nak daki menara Eiffel ....hahaha...(sape suruh ko banyak tdo!). Tapi, aku gembira jugak ..tak kisah lagi dah.


Tiba-tiba, pagi ni ada berita yang menggemparkan dan meruntun hati aku



grab dari MyAdha original dari Mstar


Okeh, takpe..aku bahagia melihat mereka bahagia.. rezeki masing-masingkan (pujuk hati)


MAri tengok gambar saya g oversea.


kat airport time ni..oh, saya suka scarf tu


boots: Ladang uitm Bottega Veneta , bag;  Tod


mase ni nak g shopping,
trenchcoat; burberry , bag ;burberry; scarf ; unbranded

lepas shopping nak main salji, buat snowman besar huhu



okeh, selambar giler tengah sejuk bawah 0 degree C pakai sandal, ngan t-shirt ..kebal tak kebal...you.

Tapi....


tak best pun...last-last tanah tumpah darah saya juga best.

 " Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu  dalam keadaan tidak mengetahui apapun, dan Dia memberi kamu pendengaran ,penglihatan dan hati , agar kamu bersyukur."
(Surah al-Nahl 16:78)

sumber: Solusi isu 18

merdeka! (7x)

md ::: sila taja percutian penuh ke Eropah untuk saya dengan wang belanja sekali jika anda kesian kat saya..huhuhu


Thursday, August 5, 2010

bila 3 G dalam 1 rumah

As salam,


generasi ke-2 memberi arahan membasuh baju
generasi ke-3 akan membuat tidak tahu atau memberi alasan.

generasi pertama membawa bakul berisi baju dan meminta tolong buka paip kat mesin basuh.
generasi ke-3 dengan serta merta bangun dan terus ambil bakul tersebut lalu basuh baju itu.


generasi ke-3 melihat banyak daun kering di depan rumah serta membuat tidak nampak.
generasi pertama mengambil penyapu dan menyapu daun dan sampah tersebut.
generasi ke-3  terdengar bunyi penyapu dan dengan berat hati mengambil alih tugas menyapu rumah.


bila, Action speaks louder than words benar-benar terasa benar

generasi pertama  berusia 77 tahun dan bertongkat
generasi kedua berusia 58 tahun
generasi ketiga berusia 22 tahun dan ....KURANG kerja...



 generasi pertama

md :::  generasi ke-4 dah bertambah. Alhamdulillah.

Monday, August 2, 2010

bila sudah sampai waktunya...

As salam


"Semua bahagian anak tubuh anak Adam akan dimakan tanah kecuali tulang sulbi yang daripadanya ia diciptakan dan daripadanya dia akan dibangkitkan." 
(Riwayat al-Nasa`i no.2077, Abu Daud no.4843, Ibn Majah no,.4266) 



 " Janganlah kamu mencaci orang yang telah mati kerana mereka telah sampai kepada apa yang telah mereka perbuat." 

(Sabda Rasullulah S.A.W , Riwayat oleh al-Bukhari)


" Dia yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapakah dalam kalangan kamu yang terbaik amalannya." (Surah  al-Mulk 67:2)


" Umur umatku adalah diantara 60 hingga 70 tahun"
Sabda Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Al-Tarmizi

 


Sumber diperoleh dari majalah Solusi isu .19

Tulang sulbi = Coccyx , tulang terakhir dalam susunan dari atas tulang belakang yang terletak pada bahagian pinggul.



md : Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak