Tuesday, December 31, 2013

Hitam Putih 2013 , dan apakah warna 2014?

As  salam,


Tahun 2013, nak habis.

Ya , Allah  telah beri aku peluang hidup sampai saat ini..... dan anda juga. Says Alhamdulillah kerana Allah masih beri kita nafas dan kepada kita walaupun dosa yang tak tahu berapa banyak. Astaghfirullah.

sebenarnya nak tulis azam ni perlu kekuatan, sebab sebelum ini, memang langsung tak pernah nak tulis azam,  malu atau takut tak terlaksana pastu nak sorok bawah katil, akibat tekanan perasaan atau pun tak sanggup nak komited dengan azam tu.

tapi aku kuatkan semangat jugak, senang bagi orang lain, tapi susah untuk aku. 
Sebab orang kata kita kena tulis dan kita tengok dream kita tu hari-hari. jadi, aku tulislah, supaya kira aku akan benganglah kalau tak dapat buat, sebab dok beritahu kat belog.


Sebab selama ni  mungkinlah aku berpegang kepada kata-kata kat bawah ini,  haha (padahal baru jumpa) tapi mungkin sebab kurang berkesan, lagipun aku dah taip dah post ni.







kerja


2013, usaha cari kerja baru 3 interview aku pergi dan 1 ujian bertulis untuk Pegawai Tadbir Diplomatik. Satu pun tak lepas. 

2014, 

  • sambung lagi usaha dapat kerja baru
  • kurangkan melagha time kerja 
  • tak melawan cakap
  • lebih teliti  untuk 0% salah dalam kerja.
  • baiki  Bahasa Inggeris




Agama

2013  : nak pakai kasut bertutup, tapi tetap pakai selipar jepun
2014  : baiki solat, Jadi lebih baik. Selebihnya tulis dalam hati. Malu.






kesihatan

2013 : minum air 1 L jek paling banyak. 

2014:
  • minum air kosong 2 liter sehari
  • makan banyak ulam.
  • amik supplement, tengah fikir-fikir nak amik kolagen ke tak (mahal okey)
  • Makan kurma 3 biji pagi-pagi




Belanja

Aku rasa dah cukup jimat, tapi sekali bila nafsu nak beli barang tu wujud, perghhh terus macam segala kewarasan yang aku cuba semai terus layu dek taufan kegilaan ... gitew.

2013 : simpanan tahunan meningkat dari tahun 2012 sebab tak beli barang banyak sangat, 2012, ada beli handphone dan kamera. 2013, konon nak beli kereta tapi tak jadi sebab kat sini, dan alasan, kalau PKR naik jadi kerajaan , dia nak turunkan harga kereta dan petrol turun harga,tapi dia tak naik,

tapi kerajaan BN pun janji nak turun harga kereta, tapi yang ada cuma pilihan kereta harga yang lebih rendah (yang dipotong banyak spesifikasi), bukan turun harga kereta dannn petrol pun naik harga.

makanya , aku pun setia dengan kancil sehebat sebijak anda aku, dan masih manusia tiada komitmen dengan bank.
Secara positifnya, aku suka, sebab aku tak berapa suka ke, tak berapa reti nak berhutang. Prinsip masing-masing, ada yang lebih suka kumpul harta banyak-banyak , nanti senang kan.

2014 : Simpan RM500 paling minimum. Sesuai lah kot dengan gaji dan perbelanjaan seharian aku.





Tabiat

2014 , saya nak:
  • Senang bangun pagi
  • Lebih teratur, sediakan baju untuk pakai seminggu kerja, jadi bangun pagi tak payah melanguk depan kotak baju nak pikir pakai baju apa dan tudung mana nak pakai, padahal, baju berapa keping jek. sepesen jek pulak tu.
  • Kurangkan sifat malas
  • cakap dengan lebih jelas dan susun ayat lebih teratur
  • Sentiasa nampak bersemangat dan senyum
  • basuh muka dan gosok gigi sebelum tidur walau sepenat mana pun.
  • Baca buku inggeris setiap hari, sekurang-kurangnya 2 muka surat (I dislike reading)






Keluarga dan kawan-kawan

  • tak melawan cakap mak, mbah , dan orang yang lebih tua.
  • sayangi anak buah
  • lebih mesra dan kurangkan bergaduh dengan kawan-kawan.





Lain-lain :

  • Nak pergi bercuti sekali, tahun 2013 tak de bercuti langsung, except jalan-jalan pergi rumah kawan bertunang dan kahwin bersama manusia-manusia kesayangan,
  • nak panjat gunung, tak tahu gunung apa nak dipanjatnya, (tak pernah training)
  • nak join run. ( aku selalu ponteng larian sekolah)




md  : pastu gelabah, kerja tak siap besok tahun 2014! waa!


Friday, December 6, 2013

sekolah berasrama atau sekolah harian , mana satu pilihan anda?



As salam,

Hai adik-adik lepasan UPSR dan PMR(tahun terakhir)!

harapnya adik-adik sihat dan redha serta syukur dengan apa pun keputusan yang diterima . Kalau bagus keputusannya, Tahniah tapi ini bukanlah tiket untuk hidup dengan slip peperiksaan adik tu, hidup ni masih panjang dan ramai lagi yang ada keputusan macam adik tu.

Begitu juga bagi yang dapat result yang tak memuaskan, memang bukan mudah terima kegagalan, tidak mengapa untuk sedih, tapi jangan bermurung durja lama sangat, terima dan jadikan itu satu semangat untuk terus berjaya, sejarah untuk disimpan, apa yang lebih penting ialah masa depan.

Gitewwwwww,
Intro kau! , kau hingat ada budak-budak ni baca , kalau ada ingat dia nak percaya....bahahaha


Olok-olok, lah, bercakap tentang masa depan, jalan mana yang adik-adik mahu pilih, kerana umur belasan tahun umur-umur sekolah menengah adalah umur yang sangat-sangat kritikal, di mana  jati diri, fikiran , sedang terbentuk

Sebenarnya nak cakap nak pilih duduk asrama ke nak duduk sekolah harian biasa, ulang-alik.Sebab kita nak kongsi  cerita pengalaman kita duduk asrama,


Bila kena ikut program orientasi, pergh memang gile tak best...haha, tak delah , sebab aku dari dulu memang blur, cam tertanya-tanya weih , aku ni kat mana?, buat apa aku duduk sini?, sekolah ni sejenis sekolah apa?,
masa dulu macam pernah dengar asrama penuh tu, ni ke sekolah asrama penuh?. Tak penuh pun..Ok, itu melebih-lebihkan blur nya.


Homesick


Sejak tingkatan satu kita dah kena duduk asrama, mummy kita suruh, dia kata cuba dulu, lima tahun rupanya   duduk situ, aku taklah melalak masa salam bonda aku, tapi lepas ummi dan abi aku pergi ngan akak aku hantar, terus sebak di dada menikam-nikam jiwa.

Bila rasa jauh dengan mama papa, walaupun bukannya aku jenis bergentel jek ngan ibu aku, tapi pergh serius sedih, lepas tu nak rasa sadis lagi time tidur nangis time ni tahan-tahan lagi sebab malu kan kalau budak-budak lain dengar, time nak mandi kan ada air shower tu , tu lagi nangis gila-gila, ala-ala drama, nangis kat bilik air menghadapi tekanan dihidup.


InshaAllah korang tak rasa semua ni kalau duduk rumah, tapi aku pasti bila time merajuk ke kena marah ngan mak pak korang mesti rasa nak lari rumah kannn.. Faham, remaja kata kan..

 
Makan kat dewan makan guna tray , bukan pinggan corelle , maka agak biasa melihat adegan mengalir air mata mengenangkan amma appa dan adik-beradik makan kat rumah.


Masa

Masa memang telah diaturkan, bila fikir-fikir balik macam mana aku boleh tahan hidup macam tu, bangun pagi jek, hidup kelam kabut bermula, nak mandi,  tunggu turn, cop guna tuala, pastu jalan kaki sembahyang subuh kat surau, pastu balik asrama balik, kemas katil ,  pakai baju sekolah, buat duty, buang sampah lah sapu sampah, atau susun kasut. pastu kalau ada baju basuh malam tu kene sidai kat ampaian  bawah .


Dan ada kalanya, aku lambat , kene rotan dengan cikgu, kene denda apa yang patut , masa tu lower form lagi, dah pandai buat salah.

Lepas perhimpunan kene menapak naik tah berapa puluh anak tangga ade kata 84 , ade kata 98 ntah mak tak kisahlah, pergi sekolah, masuk kelas mesti berpeluh-peluh, panas macam hape , pastu bising . tunggu cikgu masuk, belajar, dan biasanya aku akan mengantuk tahap gaban, dan tidur dan ini adalah salah satu faktor ketidak cemerlangan aku time sekolah selain blur, weh, apa yang sedang berlaku sekarang?

Time rehat, time lunch, aku segera segar, untuk memulakan larian menuruni bukit dan anak tangga ke dewan makan yang terletak di kawasan asrama,  nak dapat turn makan cepat. lepas makan pergi solat zuhur, ada kawan aku Nisak dia pergi solat dulu, dia kata kalau kita mati sebelum solat macam mana?

Baikkk...

Lepas habis kene naik sekolah balik untuk kelas prep, biasanya kelas ni kelas memekak, padahal untuk buat kerja sekolah ataupun nota setiap subjek, biasanya aku akan tiru orang, jek, dan ini salah kedua faktor ketidakcemerlangan time sekolah, 



Balik prep , turun lagi berpuluh anak tangga, solat asar, pastu balik hostel, kelam kabut pulak nak siap, untuk riadah atau bersukan, time riadah  ni wajib, dan selalunya aku akan duk tepi longkang , tengok orang bersukan, lalu lalang, ataupun bergosip. kenapa tak riadah? malas. Salah ketiga ketidakcemerlangan time sekolah, kerana otak yang cerdas dibantu oleh badan yang cergas.

Lepas riadah, kelam kabut balik, mandi , boleh jugak curi-curi masa nak iron baju, iron tudung , basuh baju, pergi makan malam, sembahyang maghrib, lepas sembahyang  pergi lagi naik sekolah prep malam, lepas ada kes budak dating , adik angkat ke abang angkat masa sekolah,  prep kat asrama jek...dengarnya, sekarang kelas pertama jek, campur lelaki perempuan, yang lain asing kelas lelaki dan perempuan. Jodoh anda mungkin di sini, ramai kawan dan senior saya menjadi cerita cinta diaorang dari zaman sekolah hingga beranak pinak.

Malam pun prep memekak atau tidur, masa dulu, aku ngantuk sepanjang masa, akibat kurang nutrisi dan oksigen, maka baiklah adik-adik minum air masak sebanyaknya, dan amiklah supplement yang baik untuk elakkan keletihan sepanjang waktu sekolah kerana tenaga yang diguna agak banyak, ada orang boleh buat , baguslah, aku ni memanjang jek ngantuk, tapi sebab masa tu aku layankan jek penyakit ngantuk ni maka faham-faham jeklah yek.



Yang duduk belakang tak study tu dua makhluk yang hermmm...


Balik prep sembahyang isya' kat surau, pastu balik siapa nak supper , biskut kering ke biskut mayat ngan air teh o ke kopi. pastu balik settlekan , apa yang patut basuh baju, iron baju sekolah, sebelum tidur ada baacaan Al-Mulk  dan boom light off tidur.

siapa yang rajin nak stay up, study lah malam-malam tu, biasanya memang tak lah , aku kagum lah kan siapa yang stay up tu, aku study tidur... salah empat faktor ketidakcemerlangan ketika sekolah,

dan esok, rutin yang sama berulang,


Sejenis senaman yang memerlukan anda duduk di tepi longkang, memerlukan banyak saliva dan penglihatan yang baik tanpa mengeluarkan peluh.



Kawan

Ini adalah diakui faktor yang sangat penting untuk membentuk siapa diri kita, antara kelebihan pergi sekolah yang baik ialah, budak-budak dia agak terpilih, maka agak kuranglah perangai yang cam haremmm tu, walaupun memang ada kes , tapi tak delah teruk sangat. Walau apapun, akhirnya terletak pada diri kita , kita nak pilih jalan yang mana.

Kawan-kawan zaman sekolah kita ialah kawan yang kira paling lama dengan kita, dari zaman hingusan, dari zaman baru nak akil baligh, mereka tahu baik buruk kita, kelebihan dan kekurangan kita, sejarah kita,  sebab kita hidup dengan mereka, pergi sekolah jumpa mereka, balik hostel pun dengan orang yang sama. maka, biasanya , kawan terbaik kita adalah dari zaman ini.

 telah berusia 8 tahun gambar ini, untuk mengikut trend, kita kena cari kain, buat balik baju ni, dan bergambar sebijik macam ni, dengan mata-mata kuyu sekali. Antara yang bertanggungjawab design baju rumah Wira, warna biru tu , sahabat kami, sudah kembali ke rahmatullah pada usia 25 tahun.. Al-fatihah.



 

Ni gambar kualiti rendah, cam salam seberang jek, walaupun masa ni rasa dah habis cun ar amik gambar depan toilet.


 
gambar kegemaran zaman sekolah, tudung hitam wajib ya, yang tudung putih tu memang suka jadik ketua kumpulan.



Disiplin

Memang tidak dinafikan , sekolah berasrama , displin memang dititikberatkan dan sememangnya anda tiada pilihan selain mengikut peraturan.

Dan, adalah jugak langgar peraturan, remaja , kalau lelaki tu fly malam-malam cari makan, ya makan 5 kali sehari memang tak cukup.  

Kau tak de maknanya nak berfashion lebih-lebih, rambut,colour-colour  cukur kening, kena pakai kain dalam, anak tudung penuh,  stokin putih. kasut kulit.

Berdikari

Di sini, saya belajar untuk berdikari, urus masa sendiri, layan perasaan sendiri, beli barang,  kena basuh baju , kemas katil, sapu sampah , lap tingkap, sememangnya, kalau duduk rumah pun, mak aku suruh jugak buat benda-benda ni, tapi biasalah kalau mak kita suruh buat, ada jek yang tak puas hati.

Tidaklah aku kata aku rajin , biasanya memang tak lah , tapi kalau tanpa 5 tahun latihan kat sini, aku mungkin jadi lebih teruk dari yang sekarang,

Kebersihan

kalau masa form 1 , tu kebanyakkan kakak -kakak senior,  akan cakap budak form 1 bau busuk, kalau lalu depan budak form 1 , akan tutup hidung, ye lah kau, selama ini, sekolah rendah, yag jenis mak buat semua benda, kalau yang ada maid tu lagi lah, sekali, ni semua kena buat sendiri, terkejutlah kan , lepas tu rasa cam, bila masa aku nak basuh baju, jadual pack jek, tak de pun dalam jadual basuh baju, kalau ada pun, ko kene tunggu turn, penuh jek bilik basuh tu nak basuh,kene cop ,  share lah tempat basuh yang sikit tu kongsi satu aras dalam berapa puluh orang. Masa dulu, tak de mesin basuh yang masuk syiling tuh, dobi pun wujud masa aku form 3 kot.


 senior akan didik kita, jaga kebersihan, basuh baju , stokin, anak tudung, pakai deodorant,










kesian karpet kat surau Al-jawahir nih, karpet yang korang duk guna tuk sujud , tuk terbongkang tidur, tak ganti-ganti lagi ha. Apa kata dok derma sikit , tuk sekolah yang melahirkan ilmuwan , jelitawan , jutawan , agamawan dan para cendikiawan dan orang yang baik hati seperti *cough saya *cough ini.

Iklan sekejap


kalau lah kiraan aku yang tak berapa nak bijak ni betul
Target : RM 50 000
Alumni sakti : 1996-2008 (yang dah habis sekolah lah katakan) 12 tahun
Jumlah alumni:  100(orang setiap batch) x 12 tahun=1200 orang
Seorang derma : RM50 000 / 1200 orang = RM 41.60 /seorang

Tak banyak kan, kalau beli barang online tu sekejap je, kan.  Tak berkira. Kita derma, pun janganlah berkira sangat . #justsaying #notetomyself :P




Akademik

Hal peningkatan akademik ini aku percaya banyak pengaruh dari banyak pihak, macam buat projek rumah, tak semestinya pemaju jek faktor kejayaan projek itu, ia melibatkan seluruh kumpulan, dari pekerja kontrak, pemasaran, supplier, engineer ,arkitek, semualah. sama juga dengan kejayaan seorang pelajar, guru-guru, kerajaan, kawan-kawan, buku dan rujukan, persekitaran .

Bak kata Tok Guru Nik Aziz, kita ni hidup saling tumpang menumpang, kalau kita makan satu hidangan makan tengah hari, dari beras, kita perlukan pesawah, ikan; kita perlukan nelayan, ayam; kita pelukan penternak ayam, sayur; perlukan petani , seterusnya tukang masak, dan kalau ikutkan mungkin rantaian lebih panjang untuk mendapatkan sepinggan hidangan tengah hari.  

Seperti yang dinyatakan,  kita sendiri yang pilih, nak jadi apa, mahu jadi siapa.

Namun, pelajar sekolah harian biasa yang usaha kena lebih, kene belajar sendiri tak de cikgu paksa, dan berjaya sememangnya aku salute . Sebab , mungkinlah kalau aku, nak belajar sendiri tak de kelas tuisyen ke tambahan ke, mungkin tak boleh nak survive.

Dan, sekali lagi, kalau tanpa team yang hebat , result SPM aku mungkin lebih teruk dari apa yang aku dapat ni, walaupun, tak semengah mana .

Dan aku rasa keburukkannya, ramai juga yang kata bila budak-budak yang sekolah asrama masuk matriks atau foundation, dia orang banyak lost, (terjadi pada diri sendiri)  sebab dekat sini, tak de siapa paksa  nak belajar, siapa rajin , kuat semangat, dia boleh dapat pointer tinggi, siapa malas, kaki tidur, blur-blur-weh-apa-yang-sedang-berlaku-nih? bersedia lah dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi.


kehidupan di asrama, memang salah satu pembelajaran yang sungguh bermakna, di sini, kita kenal tentang pengurusan diri, kehidupan bermasyarakat, mengenali manusia berlainan perangai, pengukuhan agama, kematangan, ketidakbebasan (nak beli barang jauh okay), nikmat kebebasan (outing), nikmat makanan (makan nasi goreng parprik kat luar kira best), dan dengar banyak cerita-cerita mistik..huhu

bak kata warden dulu, Cikgu Azman, ada orang panggil dia Sir Azman, dan dia tegur, sejak bila Queen Elizabeth bagi dia gelaran Sir. lebih kurang lah ,
dia cakap, bila budak tak sembahyang , atau bising dalam surau, dia kata kita kena hargai, zaman ini, kerana bila dah besar , lepas sekolah mungkin kita tak da masa nak sembahyang jemaah pun.


Tahun 2012, lepas berkelah raya di Tanjung Balau, kami pun menjejak kaki ke sekolah kesayangan ramai, ni, motif sangat datang time semua orang tak de kecuali Pak Guard (harap-harap pak guard sekolah aku tak de buat kontroversi ye) 




Nampak tak kehidupan hostel  lebih nikmat dari kat sekolah..tu yang pergi kawasan asrama jek.





Dewan makan tempat yang paling menggumbirakan sekali ......selain surau..hehe.. kucing tu mungkin keturunan kucing yang satu batch dengan aku.






Aspuri, akak aku masa dia datang sini, punya lah kutuk dia kata asrama aku buruk macam bangunan sekolah. Masa aku datang , cat dia buruk gila tahap iklan cat yang tiada jaminan weather-shield, ni sekarang 10 kali ganda lagi cantik. Okay, Fine MRSM macam apartment..heh. Kucing tu dok interframe jek nak masuk dalam gambar.






zaman aku dulu tak de kolam lumut ni, belakang tu surau.


 
Surau Al-jawahir, ya pakai camera phone jek.


 
self timer  lew kalau gini. susur gajah nan gagah ni dikatakan mempunyai 98 ataupun 84 anak tangga mengikut survey di twitter.



Terima kasih pak guard!




masuk jugak bayang Pak guard dalam gambar.

Terima kasih Allah dan semua, atas kenangan 5 tahun dalam buku kehidupan kami di dunia ini, banyak ilmu , pengalaman dan pengajaran, pokok , bangunan sekolah, batu serta  jalan raya, menjadi saksi atas perkembangan beribu-ribu manusia dari budak hingusan kepada dewasa yang berhingus.


Kalau nak cerita satu-satu memang banyakkkkk sangat , tak reti nak luah camna.
Fikirlah yang mana nak pilih duk asrama ke duduk rumah. ye.. tiba-tiba.


md: gambar-gambar adalah berkualiti rendah, tu yang nampak klasik sangat tuh.