Friday, November 6, 2020

Bila perkara yang kau takuti, akhirnya terjadi.

 As Salam,

Selama ni, aku tak reti dan mengelak untuk buat pos tentang kesedihan, kesenduan, mengadu domba, atau buat aku menyesal nanti. 

Well, satu sebab aku nak orang yang baca rasa happy dan aku tak nak orang murung atau rasa simpati. 

Blog ini jadi medium aku catatkan perjalanan kehidupan aku, untuk aku kadang-kadang scroll balik, tengok balik impian aku 10 tahun dulu, cara aku menulis 7 tahun dulu, minat aku 5 tahun dulu.  

Masih sama? Atau jauh berbeza?

Well, inilah kehidupan, ada masa kau naik dan ada masa kau turun. 

Bila diberi sedikit kesenangan, kau terus lupa akan kesusahan dulu. 

Datanglah dugaan sebagai peringatan. 

Tiada yang kekal wahai anak Adam. 

Kalau aku tak berapa share kat Facebook link post aku, kira selamatlah tak berapa ramai yang baca. 

Haha, jangan perasan sangat Munirah. 

Paling ramai pun 20 views jerr.. 

So, biar lah blog ini tentang aku sahaja, aku sendiri tulis, sendiri berbual, sendiri baca, sendiri respon. 

Luls sangat Mun oi. 

11. 11. 2020 bakal genap 6 bulan aku di Singapura.

Ketika aku menaip, aku berada di atas seorang di dalam bilik, dan ini adalah keadaan yang paling menyenangkan dalam hidup aku buat masa ini. 

Kebanyakkannya aku suka berseorangan, aku rasa ia membahagiakan. 

Lebih bahagia daripada jumpa manusia tapi selalu buat kau terasa. 

Lebih bahagia daripada menghadap kesibukan manusia yang berlari mengejar tanggungjawab dunia. 

Aku suka sendiri, tapi terisi.

Alone but not lonely. 

I don't see being alone as loser. 

Haha. 

Aku perasan ini lah diri ku sejak dulu.

Tapi, sekarang ia jelas.

Mungkin aku sudah letih hadap drama manusia tak habis-habis cari hal.

Mengata dan terasa benda tak sepatutnya. 

Bercakap hanya mengikut rasa. 

Tanpa menjaga hati yang luka. 

Biar tak berjumpa manusia, kurang juga dosa aku mengata. 

Jika berjumpa dengan orang yang selalu buat aku sakit, adalah hukuman kerana pernah buat orang sakit.

Aku memohon ampun. 

Jika ini adalah ujian, aku mohon diberikan kekuatan. 

Jika ini cara untuk dekatkan diri pada tuhan, moga aku ditingkatkan iman dan ketaqwaan. 

Keadaan ini menjadi kan aku lebih melekat kepada diri sendiri. 

Adakah ini tanda sakit jiwa?

Biar dikatakan sakit jiwa, daripada jiwa sakit.

Yang penting aku selesa. 




Sejak aku dipanggil untuk kembali masuk ke Singapura bekerja pada bulan Mei. 

Aku berharap jangan ada ahli keluargaku yang sakit. 

Aku harap Allah jagakan keluarga aku dari kecelakaan. 

Aku tak tahu apa akan jadi, 

Aku tak tahu bila aku akan kembali. 

Kesan Covid-19, pada halangan kebebasan untuk bercuti, makan di luar, pakai mask, tak boleh bersalam, tak boleh berkumpul, tak memberi tekanan yang kuat pada aku sebagaimana aku mendapat berita ada ahli keluarga aku yang sakit dan aku tak dapat balik segera. 

Sungguh menyeksakan. 

Ingatan aku kembali kepada masa aku mula-mula memilih untuk kerja kilang di Singapura. 

Selain stress kerja dulu, sistem kerja shift  3/4 hari seminggu, buat aku fikir ada masa aku berada di rumah memikirkan umur aku dan ibu bapa ku semakin lanjut.

Kita tak tahu siapa yang akan pergi dulu.

Aku boleh balik bila-bila masa, dan lebih banyak masa walaupun istilahnya aku kerja luar negara. 

Tapi, kini dengan turunnya Covid-19, Allah nak tunjuk;

Sebaik mana rancangan kita, sekuat mana usaha kita, setinggi mana cita-cita kita, tak akan tercapai tanpa izinNya. 

Semua berlaku hampir sekelip mata. 

Satu hari, sedang aku syok layan Instagram Story dan keletihan balik kerja. 

Dapat mesej. 


Masa ni aku blur. 

Aku tak boleh buat keputusan. 

Perkara yang aku paling takuti telah terjadi. 

Aku rasa teruk. 

Aku tak boleh bersama mak aku pergi hospital Muar dan Tangkak dari Pontian. 

Aku rasa kesal. 

Aku rasa marah pada Covid-19, pada penutupan sempadan. 

Kebebasan bergerak Seberang Tambak pada ketika ini hanya tinggal sejarah. 






Apa perasaan ko kalau dapat mesej macam ni? 
Aku? 
Masih Blur. 

Mesej bos aku tanya kalau boleh balik tak, sebab aku tak sampai 6 bulan lagi kat Singapura , jadi kalau tak balik under Periodal Commute Agreement (PCA), aku kena tanggung kos kuarantin sendiri. 
Kecut juga aku, kalau cecah 6-9K.







Dalam keadaan yang kau betul-betul helpless. 
Apa lagi yang kau mampu buat? 
Ya, doa. 

Doa adalah  senjata bagi orang yang percaya. 
Dengan doa, Allah akan beri kita jalan penyelesaian. 
Dan, satu-satunya cara untuk mengubah qadr adalah dengan doa. 


Masa ni, aku tak tahu berapa kos kuarantin. 
Mak, Kakak dan abang aku pun cakap tak payah balik. 
Insya-Allah semua okay. 

Sejak operation dan sekarang sudah sebulan Alhamdulillah, ayah aku semakin baik. Boleh uruskan diri sendiri cuma tak boleh laju macam dulu.


Inilah salah satu episod dalam hidup aku, pada tahun 2020 yang penuh kejutan dan suka duka. 😀

Kesian. 
Eh. 
Sekian.