Saturday, March 28, 2015

Ada apa di Kluang?: Gunung Lambak dan Gunung Belumut.


As salam,


Kluang ?

Ada apa seh kat Kluang?..


Kita panjat gunung?!

Laksanakanlah hajat seorang hamba Allah yang teringin hiking pada tahun 2014, tahun 2015 baru jadi.

Sultan kesayangan bagi cuti, kita manfaatkanlah ,ye dak?

Moh ler kita lepak kat Gunung Lambak, kita bukan kaya sangat nak lepak kat shopping mall, atau segigih perempuan-perempuan lain, beratur depan butik berjam-jam.

Jadi, kita pergilah dengan soul sister #pengaruhmediasosial1 yang level-level kita (baca : lebih suka jalan-jalan cari makan, dari jalan-jalan keluar peluh, geng lepak tepi longkang masa riadah, geng duduk tepi padang, masa sukan, geng yang selalu ada drama, bila bersama)




Oh, ni tutup mata jek boleh sampai puncak ni ..easy breezy , like eating candy. 



Nampak ni, sherramm tak?  #sangatt










Our kind of energy bar. Apek-apek dan nyonya manyak sangat, tempat bertaichi diaorang ni lek saja pakai selipar.




Eh, baru 1/5 jalan ni, macam nak patah balik je .




Nampaknya, jalan menuju puncak takkan sah tanpa diduga, bukan mudah menjadi perempuan, lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan kitaran biologi setiap bulan. Jadi, lelaki-lelaki sekalian, jangan mudah jatuh hukuman.

Angin, senggugut, penat, lalu keluarlah isi perut kakak. 






Tak pe, kita rehat, bila kita dengan alam, tiada apa yang kita sibukkan, nikmati masa yang hado, no rush life like  in the city or factory.


Bila nampak pokok tumbang, ku rasa  bagai sofa dari langit jek, terus ku menerpa ke pokok tu kau tahu, perghh
Nikmat tuhan mana yang kau mahu dustakan. Rasakan penat like crazy not even close like eating candy! Tak de orang paksa kan, kau yang nak sangat kan...

Namun batang pokok itu telah mengoyakkan seluar 20 hinggit aku yang dibeli masa zaman remaja. siap terluka lagi #babakdrama




hui, walaupun gaya happy macam dah sampai puncak .... 
tapi, belum lagi bai...


Drama belum sampai klimaks lagi


Babak drama diteruskan oleh kakak ni , dengan adegan kasut zaman belasan tahun ke awal 20-an, telah kopak, walau dikatakan hanya pernah pakai sekali, bila duk dalam kotak .. herm, shelf life kasut harus diambil perhatian ya.. mula-mula sebelah jek tanggal
 #nampaktakkasutsukanduduknyadidalamkotaksahaja



Lepas tu dua-dua kasut sekali tanggal tapak 
Nah, kakak ni ajar bagaimana nak hadapai situasi genting begini ya adik-adik.




herm, biasa dalam gambar memang tak dehal punya, tapi,  hanya Allah jek yang tahu betapa seksanya nak angkat kaki menapak. Tak pe, nanti dah sampai puncak, kita lepak tidoq.






Memang biasa aku jalan belakang sekali, kalau jatuh, biarlah aku menjadi kusyen penyelamat #nampak? #padahalmemanglambat 
Mujur ada kakak-kakak sejiwa




haruslah bekerjasama, bagai semut ini semua. 


Tasbih kepada maha Pencipta.




helo ,  sampai puncak okayyy, muka gelabah macam tu sebab monyet , I sungguh tak ngam dengan haiwan ini, Ok, kita turun sekarang tak jadi nak tidoq. Tapi , at least satu gambar nampak signboard.
Nisak siap jumpa kawan masa matrik kat puncak, well rare ke idok jumpa kawan atas gunung.
Kawan dia yang pegang kayu nak takutkan monyet, setelah kakak baju biru tu mencampak beg aku , dan lari. Hampeh sangat soul sister ni



Pemandangan dari atas Gunung Lambak, tak lah berapa cantik, kalau nak cantik sikit kena panjat batang besi ni, sebagai seorang #villagepeople  ini memang kegemaran aku.
 Walau monyet aku geruni, skillnya aku miliki.



kakak baju biru ni pun panjat





kakak baju hijau kekelabuan  ke kelabu kehijauan ni walau #villagepeople jugak, namun tak berani nak naik.. dan sangat kagum sebab aku dapat panjat. hei, janganlah kagum awaa

malewww sia...




Tapi takpe sia amik gambar untuk awaa, sia  pun tak kuad sebenarnya #pengaruhmediasosial2




Moh leh kita turun, amboi apek ni potong kita... maleww ke idok?




Biarlah ku dibelakang , agar tiada 'siapa' yang mengikutmu pulang..




 Namun, masih ada yang lain mengganggu mu ketika ini.



Sementara itu, meh kita tengok tapak kasut dia.







Tak habis lagi ke hal factory Nisak, aku tidoq atas pokoklah jap.






Gunung Lambak tak de air terjun , air dia memang paras buku lali .
Siap ada seorang hamba Allah berlainan gender  tegur  kakak dua orang tu... Suka sangat karang lovestory diaorang ni #babakdrama



Air dia sangat jernih, sempat rasa, sedappp oooo rasa macam jus nenas #oranghaus



Surah Al-anbiya (ayat 30) 

Disebabkan si kakak-kakak berjiwa budak-budak ni nak mandi manda, kita pergilah satu gunung lagi di Kluang, Gunung Belumut .. masuk parking RM2, tiket dewasa seorang RM2. Kalau nak daki gunung ni kena ada renjer.
Perjalanan dia lebih 30 KM dari Gunung Lambak. Aku penat gila, siap layan mata dalam kereta ... hehe





Mata aku tu sebab baru terjaga dari lena, mata kakak sorang tu memang macam tu dari kecil. #taksedardiri





Kali ni, kami tak bawak makanan beria sangat macam kat entri Gunung Pulai dulu , bawak sandwich dan makanan ringan je.. kami kan sibukkk



Amacam ? Kedalaman okay? Ada makhluk lain? 
Okay,
Kalau macam tu baru aku masuk, haha...


Nampak tak soul sister katanya

Gunung Belumut pada aku best, port banyak, bersih sikit dari Gunung Pulai. Siap ada ikan langgar-langgar kaki ala-ala fish foot spa.



#sambilperhatimatanisak



Keep your circle small.
Remember , you don't need a certain number of friends,
just a number of friends you can be certain of.
-kredit instagram Fasha Sanda #pengaruhmediasosial3.

Nak pergi minum kopi kat Kluang Railway Station, tapi kedai tutup .. hahaha #krikkrik
Pergi Kluang Mall (ke Mall , jugak kita ye) lepak Old Town. huh.



Tuesday, March 17, 2015

Cerita Seram si Mulut Puaka

As salam,





Kisah ini berlaku pada tarikh 10 Februari 2015 di Johor dan terjadi ke atas seorang pelajar UTM Skudai, M.

Petang  hari tu ,  M bangun dari tempat beradunya di W3, Kolej 12, Kolej Datin Seri Endon, sayang sungguh dia pada katilnya, tapi kerana mahu mengucil, dia lantas terus ke jamban yang sangat mengalu-alu kan, cantik .. tak de orang.

"Ahh , lega...." nikmat sungguh.

Tiba masa untuk beristinjak..

Kepala paip dipulas-pulasnya beriya-iya, nasib sendi paip tu dicipta teguh... setitis air pun haram tak keluar..

Gersang.. tandus..

sudahhh...

apa ni , bayar 4 hinggit sehari, tak de air.. setahu M  Kluang jek kat Johor ni yang selalu kena catu air...

Apa lagi, istinjak lah dia mengunakan sebotol air minum 500 ml yang dibuat stok, rasanya masih tak cukup, tak tahu lah selama ni berapa botollah air dari paip tu guna agaknya  untuk istinjak.

sudahlah letrik pun tak de , apakah, come on UTM, apakah dugaan ini, kalau zaman 60-an dulu, logik, orang tak kisah pakai pelita dan istinjak guna air sungai.. ni tahun 2015, dan dengan ribuan penduduk UTM tak de letrik.. dengan semua guna laptop, aircond, kipas, lampu,handphone, memang agak mustahil untuk hidup dalam kegelapan pada hari tu....
Gelap-gelap ni biasalah, takut lah wei, dah lah duduk bilik sorang, yang selama ni tidur bukak lampu kalimantang sepanjang malam,

Cerita-cerita seram ni memang tak lari dengan tempat belajar, masa duduk hostel kat sekolah menengah dulu , ada lah musim histeria, cerita pasal askar Jepun kawad lah, pastu dengar cerita zaman matrik, orang bunuh diri sebab tak dpat 4 flat, mengg.. bila kat UiTM Perlis, tak dengar lagilah, kat UTM , baca pasal orang meninggal dunia dalam bilik tahun 2009 dululah melalui surat khabar.

Nampak tak, Allah bagi dugaan sekejap jek, ditarik air bersih dan bekalan elektrik beberapa jam, dah gelabah manusia ni..

Maka, setelah mandi di blok sebelah tingkat satu, yang kelihatannya macam aras yang tidak digunakan, dalam gelap pulak tu, nasib baik, rakannya , S, sudi menemani. Dah lama tak buat kerja angkut barang mandi ni pergi cari air. 

Selepas maghrib, M membuat keputusan untuk keluar mengikut rakan-rakanya, tahulah kalau kat asrama tak de letrik, nak buat apa kan, baik melihat suasana malam.. di Johor Bharu.. ke villa nabila mungkin..

huii, tidak sekali-kali...


Dalam kegelapan , M bersama S menuruni tangga, menaiki kereta kawannya dari blok lain yang sedang menunggu ..


Naik dalam kereta Toyota Unser , dan bertanya, nampaknya kawan dia lagi seorang tiada, sedangkan dalam mesej, sebelum ni dia mengatakan dia OTW.

lalu dia, bertanya,

M : Mana Z (bukan nama sebenar) ?

R : Z, tak ikut, dia bergayut ngan ehem-ehem dia,  buat apa tah gelap-gelap..

H : Z, kuat kentut...

S : Eh, dia partner aku tau (gaya back up)

H and R : Uuuuu

R : Eh , M , kau tahu tak dia couple ngan N (bukan nama sebenar)?


M : 'oh ye ke?, menjeit si M yang terkenal dengan kepochi nya ... eishh, puii, tadi cakap malas nak fikir semua. Eh, dia beritahu korang ke? ( dengan gaya paling mak Jemah sekali dalam alam semesta)


R : Tak kitaorang agaklah.. Eh, M, kau rasa , taste Z , macam mana?

M : aku rasa , ..bla bla , (M pun tak tahu apa yang direpekkan, mulut dia bergerak lagi laju dari sel-sel otak berhubung)

H : Kau ade perasaan kat Z tak ?

M : ????

M : Eh, kau nak tahu tak tadi kan, Z, kannn............bla cong ceng ceng

R : Eh ye ke .. 

  R dan H, gelak tak henti-henti dengan kuat..

Mereka nak isi minyak, sambil berbincang nak pergi mana,

M : McD !

H : Mcd, boikotlah.

M : Alah , duduk kat McD, tak yahlah makan McD

R : Nak isi minyak kat mana ni?

H : Isi minyak kat Shell lah.

M : Puiii, boikot McD , isi minyak kat Shell.. Shell yahudi lah

H : Mana ade.!

R : Alah isi jeklah,  ( R yang drive, jadi dia serabut)

sedang di Shell


Sambil menunggu mereka isi minyak ..

keluar satu lembaga keluar dari tempat duduk belakang,

S dan M serentak menjerit dengan frekeunsi dan amplitud paling tinggi sekali.. hingga mengejutkan ,pelanggan dan pekerja Shell di situ...


M, seperti mahu buka pintu kereta dan lari ke Sierra Leone (kalau tak kerana rakan sekelas barunya  berasal dari negara itu , memang sampai bila-bila M tak tahu kewujudan negara tersebut) .

Ya Allah, Ya ampun,

Z rupanya berada dalam kereta tu dan sembunyi di tempat duduk belakang.. sepanjang perjalanan, dan dengar si kepoh M... mengata pasal dia..

Sepanjang perjalanan selepas itu, si M menjerit dan kalau orang lain tengok mungkin difikirnya meroyan...dan malunya ya ampunnnn,

bayangkan orang yang kita bercerita  tu, dengar sebijik-bijik apa yang dikatakan pasal dia, lepastu, sekali kantoi pulak tu, dan selepas tu kita tak boleh lari, dan kena berada dalam satu kereta dengan dia lepas tu... Oh, sungguh , hidup  ni memang untuk dimalukan ke camne.











What a Life?!

Pengajarannya, hurmmm, korang sendiri tahukan......?







Kau rasa? 

Mari bertaubat ....

md : Jangan risau, mari masuk UTM, masalah air dan elektrik dapat diatasi, sekali 2 tu jek berlaku.
md  : M dan Z masih bertegur sapa dan berkawan..huhu

Suami sepupu saya, telah meninggal dunia pada subuh 12 Mac 2015, Khamis, kerana sakit jantung. Arwah berusia 29 tahun, dan mempunyai 2 orang anak. Mari kita sedekahkan Al-fatihah kepada arwah, Fitri Rahman. semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh. K

Thursday, March 12, 2015

Februari

As Salam,


Pada tahun 2014, Februari telah menjadi bulan pemergian sahabatku Allahyarhamah Rahayu Norbaya akibat kanser otak . Perginya sangat  mengejutkan pada pagi Jumaat , 21 Februari 2014, ada aku tuliskan di ruangan ini Masa Berlari Mendekati Mati

Pemergiannya telah memberi ingatan kepadaku yang lalai

bahawa hidup ini hanya sementara

Mati itu bila-bila masa

Aku dapat rasakan dia sangat kuat,

Bayangkan kalau ditempat dia,

Mengetahui bahawa kita tiba-tiba diberitahu menghidap kanser tahap empat, dan mati sedang mendekati?

Apa yang kita nak lakukan jika diberi tempoh sebulan, seminggu atau sehari untuk hidup?


Bulan Februari tahun ini, juga menjadi bulan untuk pemergian ulamak yang kita sayangi, Tuan Guru Nik Aziz, walau aku tak pernah berjumpa secara live, tapi wehhh, siapa yang tak kenal arwah.

Masa aku  kecil , aku ingat ketika itu aku tengok berita, tak tahulah pasal apa, pemimpin lain atau menteri lain dengan blazer tie,tapi beliau dengan serban dia , steady. Masa tu lah aku kenal namanya , Nik Aziz. Abang aku cakap.

Berita pemergiannya, sangat-sangat dirasai

Timeline instagram, berrturut-turut orang post pasal TGNA. Subhanallah. Baik artis, yang bertudung atau tak , semua merasai pemergiannaya. Sungguh arwah dihormati kawan dan lawan.

Segala kejadian ketika pengebumiannya, juga viral. Dengan ribuan manusia datang di hari pengebumiannya, menyembahyangkannya, mendoakannya. Ya Allah, kerdilnya diri ni.







Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah)
bagi orang-orang yang berakal;
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (A-li 'Imraan: 189-191).

sumber 






Allah tidak akan menjadikan sesuatu itu sia-sia.

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. (Al- Baqarah:164)
sumber 







Kalau kenduri kahwin, ramai orang datang, kalau mati, jarang-jarang yang datang. Bagaimana masa kita nanti?


md : Februari punya post, uhuk uhuk akibat  karenah birokrasi diri sendiri.