Tuesday, March 19, 2019

Tempat makan menarik di Ipoh



As Salam, 

Percutian 2 hari , 2 malam aku kat Ipoh membawa aku cuba tempat makan best di Ipoh.
Well, aku tak try the famous nasi ganja dan Plan B cafĂ©. 
Tapi, aku berpuas hati dengan tempat makan yang Tikah bawak.  
Malam tu lepas kita turun bas, Tikah bawak kite ke Dataran Majlis Bandaran Ipoh. 

Food Truck Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)

Dekat sini, ada deretan food truck, yang kebanyakkannya menjual char kuew tiaw dan yong taufu.

Dari hujung ke hujung kami jalan.
Dari tuan yang sambut bagai raja kepada tuan kedai yang tak heran akan kehadiran kau sebab tuan kedai yang menyambut kedatangan kau dengan mesra tu, tak de customer, tapi kedai yang tak berapa nak layan kau tu, penuh pelanggan dia.

Anda pilih yang mana? 
Kriteria apa dipilih bagi tempat makan untuk pertama kali?

Ce teka!
Kami makan kat kedai yang  tuan kedai dia ramah atau kedai yang ramai orang?

Well, hanya kerana kitaorang jalan dari tengah ke hujung dan ke hujung yang satu lagi. 
Sebab aku malas nak jalan balik kita end up dok belah-belah food truck yang last.
Takdir yang menentukan, kedai hujung , kedai yang ramai orang.

Over sangat, nak cerita makan kat kedai mana je pun.


Sate okay, rasa sederhana, harga sederhana.


Char kuew tiaw dia okay, cuma udang dia tak segar.



Sup dia sedap, oh mungkinlah sebab tu kedai ni ramai orang.


Best makan kat sini, sebab suasana santai dan meriah.



Restoran New Hollywood 

Esok pagi, Tikah habaq awal-awal, korang jangan terkejut pulak tau kalau sampai kat tempat ni, dia pun tunjuklah gambar kat Google.
Takut lettew kitaorang lari balik tak mahu makan situ..huhu

Pahammmm.....


Dia ala kedai makan cina tapi ada juga kiosk-kiosk melayu.
Tapi , semua halal insyaAllah.

Cha koi dia paling aku suka, dia lembut dengan ada rasa manis cicah kaya. 
Dap mmmm.



Roti goyang is the must 
Roti tu macam letak butter je, lembut aku prefer dia bakar lagi garing.


Masa Tikah beli ni aku tak tahu apa nama dia ,
dia ala laksa yang buat laksam  tu dengan inti udang dengan kicap cair makan dengan sambal
aku tanya kawan cina aku nama nya Chi Cheong Fun.
Aku google nama orang putih dia, rice noodle rolls

Simple and nice. I kinda like it. gitoh.




Nasi lemak ni, orang melayu jual, ada ikan kering kau. 
Okaylah rasa dia, tak super sedap, tapi boleh telan.

Oh kenyang gile, nasi lemak dengan roti telur dua biji. 
Terkejut cacing perut aku,



Nasi Ayam Hainan Ipoh

Tengah hari tu, kitaorang memilih untuk makan nasi ayam hainan Ipoh.
Kami kena tunggu turn kat luar, sebab masa kitaorang datang ramai yang baru masuk dan table penuh.


Nak ushar mamat handsome, 
tapi mamat handsome bawak anak bini :P


Kan boleh mirror effect untuk selfie, baru boleh baca menu apa.

Aku punya kenyang breakfast tak habis lagi, Ingat nak makan ayam je.
Tapi, macam  biasa, keputusan aku boleh berubah 360 darjah depan juru jual, walaupun aku dah fikir 5 tahun yang dulu. Nasi ayam stim set lengkap kay.






Nasi ayam , rasa tak lari jauh dengan kedai nasi ayam yang korang selalu makan.
Puding karamel, okay-okay je, lebih kepada makan agar-agar, bukan macam puding karamel guna telur yang lebih rich .
Kau kalau komen kemain, ce masak sendiri , makanan hospital kerajaan tak bubuh garam 10 kali lagi sedap. Well, memang sedap pun makanan hospital, telan air liur je aku tengok orang makan masa melawat orang sakit.

Cendol Padang Polo

Banyak juga food truck di Padang Polo; ada laksa Ipoh, laksa utara, keropok lekor dan lain-lain.
Target kita ialah cendoi lah apa lagi petang-petang ni.

Tempat ni padang  besar, di mana ramai orang bersukan untuk buang lemak, dan ada juga yang tambah lemak.


Anda pilih,  beratur untuk tambah lemak atau berlari untuk tambah lemak?


Haha...Haruslah ...




Cendol dia cukup lemak, lebih manis.

Gilerr rich and kaww..

Aku sampai mintak tambah ais tengah separuh makan.
Manis gils.


Mat Periuk Cafe

Malam tu aku kenyang lagi dek nasi lemak , teloq, nasi ayam, cendol yang rich tadi.

Jadi, aku order ayaq ja, laici ke longan campuq lemon campur jus epal apa ntah aku pun dah tak ingat.


Nampaknya semua order minuman berasaskan lemon ya. Detox khennn.





Nisak, chicken chop, wedges kat bawah ayam bagi effect tinggi.




Sorry Nisak, aku buh muka hang mintak bantal.



Sorry jugak Tikah, aku terpaksa upload gambar hang dengan awning tudung tak Onz demi  nak tunjuk chicken cop sizzling ni. 
Nasib baik diaorang tak suka ambil gambar, tak de gambar aku rupa zombie, tinggal nak pejam je mata aku. Ihiks.

Overall, makanan sini sedap, ramai juga yang datang, kalau aku tak so'oh, aku mesti dah order spaghetti  carbonara. Tengok, order nak yang lekat kat kerongkong je semua.


Greentown Dimsum Cafe



Sarapan hari kedua, sekali lagi sarapan besar .




Depa dua ni order mi , aku lupa nama dia, nama cina lah yang penting.
Aku kekadang tak taste sangat certain chinese style punya makanan.
Pasal lidah aku kan taste melayu nak rich and lemak je memanjang.


Tak serik lagi ye, kau order makanan penuh lemak.
Nasi dengan chicken masak salted egg ye pepagi.


Order dim sum sikit je, buat taik gigi.


Dim sum inti udang sekoq .. dappp


Ni selera lekat kat tekak



Tikah's : bi hun kicap :D



Nisak's
Kuew Tiau Kicap :D
#hentamjeklahlabuuu #semuakaubuhkicap



Gula-gula perisa Himalaya Salt dengan lemon ni dah macam  best friend , 
hilang loya dengan bagi segar sikit masa panas-panas ni, selain minum ayaq tak henti.
Ni minum air jambu batu.
Jarang aku jumpe kedai jual jus jambu batu segar.

Kalau aku rajin, aku nak buat post pasal tempat aku pergi kat Ipoh.
Aku rancang ja dulu ,sebab tempat dia best , kenapa best sebab bersama orang yang best.
Gitohhh.

Video di bawah ialah carca marba ku di Ipoh. 

Kbai.