Tuesday, May 19, 2020

Musim Mengemas Datang Lagi

As Salam,

Kemahiran  terhasil dari dua punca; 
1. secara semula jadi
2. dibentuk atau diasah.

Begitu juga dengan tabiat dan perangai; kita ada perangai yang baik dan kurang baik.

Tapi, sepanjang proses membesar kita dididik untuk tahu membezakan yang mana baik dan buruk.

Aku sendirilah sebagai contoh; aku sedar aku ni cepat naik angin. Adakah aku perlu layan kan perangai aku tu, dan mengharap orang lain boleh terima aku seadanya? Atau aku cuba mengawal dan mengubahnya.

Lu pikir lah sendiri.

"Aku memang pemarah, aku dilahirkan dengan sifat panas baran, aku tak boleh buat apa. Orang kena terima lah diri aku macam ni"

Hmm, kalau macam tu, suami kaki dera isteri kat rumah, bila kat mahkamah boleh cakap macam ni, menang tanpa bicara. 

Sama juga dengan mengemas dan menjadi pembersih.

Aku tak suka mengemas, tapi aku suka tengok benda yang kemas. Of cos lah kan.
*tapi apakan daya kau tak de maid.

Luls.

Jadi, sepanjang proses membesar, mak ayah kita ajar, kat sekolah belajar pasal agama dan kebersihan, masuk hostel, orang sekeliling, media sosial dan bacaan menjadi kan kita tahu apa yang tak baik,dan perlunya kita menjaga kebersihan.

Masalahnya, ialah MALAS.

Ada tak syarikat supplements buat pil RAJIN. Aku nak beli sekati.

Aku ada komitmen seharian kita. Bila balik rumah kau nak rehat. Lepas tu, aku fikir nanti dah kemas, motor balik. Nanti, aku sakit hati. 

Aku rasa masa mengemas dan membersih mengambil masa yang sangat lama. Itu membuatkan hari demi hari, kerak kotoran itu semakin banyak.

Ha, aku boleh senaraikan 1000 alasan untuk tidak mengemas

Mujur ada Hari Raya.

Barulah aku bergerak sikit nak buat aktiviti spring cleaning katanya.


Ini adalah cabarannya:
1. Kemas Rumah.
2. Jangan Membebel.
3. Jangan Marah.

Perkara-perkara yang selalu buat aku malaa untuk mengemas ialah;

BANYAK BARANG

Ini kes kemas barang yang bukan kau beli dan bukan kau punya. 
Kalau barang sendiri dia tak membebel macam ni... Kih kih kih (kes berkecuali) 

Banyak barang, tapi tak guna, nak buang sayang.

Astaghfirullahalazim.
Astaghfirullahalazim.
Astaghfirullahalazim.

Aku kena simpan barang-barang tu, 
you know why.
Kalau tak perang akan berlaku. 



RUANG TERHAD

Comforter bantal selimut tak tahu nak bubuh mana.
Selalu yang aku nampak ialah orang akan tambah atau beli almari baru untuk menempatkan barang-barang yang tak muat.

Ada orang juga pernah kata, almari atau ruang akan menambah alasan kita untuk lebih banyak menyimpan barang.

Tiada yang salah atau silap. Hidup ini adalah pilihan.

Bila mana aku lebih suka mengurangkan barang, dan hanya simpan apa yang aku selalu atau akan guna, tapi hal ini tak boleh berlaku di sini.


Siapa sakit mata tengok aku lipat terutama yang hat warna merah tu dia memang sakit. Luls. 


Beg vacuum Daiso ni bolehlah membantu sikit, bagi asingkan mana yang satu kategori, dan jimatkan ruang sikit. 


Walaupun hujung-hujung, bocor rupanya beg ni... Hampeh. 



Ya tahu, bawah katil patut tak de barang. Tapi, sebab memang tak de tempat lagi aku nak campak barang. Tupperware gergasi putih ini, bolehlah buh barang yang kau sakit mata sangat dalam ni pastu sumbat bawah katil. Hat ni mak aku beli kat IKEA. Aku tengok shopee pun ada. Shopee apa je yang tak de? 

K, selesai buat masa sekarang. 

REKAAN DAN SUSUN ATUR YANG MENYUSAHKAN

Rekaan barang dan susunan perabot yang annoying membuat aku rasa nak jual semua perabot. 
Nak bagi lapang. 
Tak nak ada carpet. 
Tak nak ada  hiasan yang berukir. 

Sebelum dibersihkan. 

Rekaan tempat ubat nyamuk ni misalnya.

Nampak tak perbezaan antara dua tempat ubat nyamuk ni? 

Kenapa ya perlu bersegi-segi, perlu complicated dengan ada celah-celah.
Tak nak bagi budak amik masuk mulut?
Menambahkan nilai aesthetic?

Well, whatever!
Yang penting dia menyusahkan untuk dibersihkan dan menjadi tempat untuk lebih banyak habuk berkumpul.


Selepas dibersihkan. 

Korang boleh nampak tak hasil pembersihan. Maklumlah, sejak aku lahir tak pernah bersihkan tempat ubat nyamuk. Design hat badan biru tu lebih bersih. Yang belah kanan tu, hmmm, susah gila nak bersih kan, pakai cotton bud, berus gigi, aku give up, malas layan.
Biaq pi dia situ. 

SERANGGA DAN HAIWAN

Haiwan ni didatangkan kat kita sama ada buat kita tambah pahala atau menambah dosa.

Hahaha

Kucing, semut cicak.  Aduhai... 
Rumah aku memang jadi tempat pembiakan diaorang.
Kerja aku memang memburu cicak waktu PKP.

Korang lepas tengok gambar-gambar aku amik ni mesti ingat aku tak senonohkan. 

Well, aku insan yang lemah, hanya mampu berserah 🎶 
Terima kasih Rohana Jalil. 


Inilah akibat simpan barang yang tak pakai.




Kesian bangkai cicak ni. 


Sampai kering kau kat situ. 




Selamat tinggal Cicak. 

MOTIVASI UNTUK MENGEMAS

Sebagai seorang yang tak dilahirkan mempunyai gene suka mengemas, aku perlu develop ya perasaan untuk mengemas. 
Sebab apa?
Sebab aku tak mampu nak hire orang. 

Kalau tak kau yang kena buat, siapa lagi nak buat?

Kang kalau ada orang datang tiba-tiba macam mana? 

Tak ke jatuh air muka kau sebagai anak dara paling kerlass saentero dunia. 

Hahaha

Apa sahaja yang membuat kau semangat. 
Well, kadang-kadang berkesan tapi biasanya, aku dah immune dengan kata-kata motivasi ini. Aku perlu kan dose yang lebih kuat. 

Tengok vlog cleaning motivation kat YouTube. Well, ini sebenarnya alasan kau nak bertangguh, tapi tak nak rasa bersalah sangat. 


Ini salah satu video yang mampu buat aku termotivasi. Sampai nak basuh pinggan pun kena tengok video cleaning motivation. 
Punyalah perangai.  

Aktiviti ni memang membuat fokus aku lari dari masalah dunia di sekeliling aku. 
Dengan menghadap skrin phone, aku boleh dapatkan pemandangan indah, bilik yang bersih, deko idaman, rumah cantik macam pakai interior designer, walhal kat tepi kau ialah baju tak berlipat dan bilik yang huru hara.

 

Kau bayang kan lah satu video dah berapa minit. Lepas tu motivasi kau tak sampai-sampai pun jugak. 
Haha. 

Okay, tak boleh jadi ni, maka kita perlu kan sedikit shopping!!! 

Kita perlu kan alat yang power yang memberi kau result yang power. 

Jadi aku pun tanya kawan-kawan aku yang pandai mengemas dan rajin. 




Sanggup beratur nak masuk Eco. 


Pencuci Eco yang botol coklat. Best buy kat Eco. Dah lah murah, power pulak tu. 

Kepuasan dia bila nampak buih-buih tu. Macam dia tengah bertindak lah.


Lumut kat porch kereta maklumlah rumah dah 28 tahun. Macam-macam masalah. 

Sebab dia agak keras, korang pakai lah pelindungan, kalau sayang kulit dan kesihatan yang berpanjangan. 

Selain tu, aku baru cuba guna campuran cuka, air, pelembut fabrik, untuk sembur semua permulaan meja meja dan perabot. 

PROSES PEMBERSIHAN SANGAT 
MEMENATKAN DAN TAKKAN PERNAH HABIS.

Lebih-lebih lagi rumah yang memang banyak simpan harta karun dan tuan harta karun dia berlainan. Jenis tak bagi usik barang dia, cakap semua barang tu berguna, tapi dah berapa keturunan tak guna pun. 

Memang tak game-game lah cerita dia. 

Buat sementara, boleh lah kau campak semua dalam stor. Lepas tu stor tu jadi tempat paling angker sekali. 

Jadi, sebab nak tengok stor tu pun takut, membayangkan banyak nya barang yang nak kena di Marie Kondo kan... 
Tak pelah, biar lah dia bersarang kat situ. 

Kita buatlah apa yang kita mampu. 
*urut bahu

Sebelum. 

Dah berzaman, baru rasa nak kikis cat. 
Aku pakai je apa yang aku nampak, ni pisau lama mak aku. Hehehe
Selama ni tak sakit mata pun tengok, bila semangat datang, amboi gigih kikis satu bilik. 

Selepas



Nampak mudah, tapi..... 
Huii, lenguh gila belakang badan dok kikis. Banyak pulak spot nya. Timbul pulak rasa menyesal bila dah mula tuh.

Bila dah ada momentum membersih tu dah membuak, sebolehnya jangan berhenti, sebab aku tahu, kalau berhenti hmmm lambettttt lagi lah dia nak mai semula. 



Walaupun, rasanya tak de ziarah hari Raya untuk tahun ni, kenalah juga mengemas kalau tak bila lagi, nak basuh segala sarung kusyen dan langsir tu. 

Mengemas dan membersih rumah ni punyalah penat, dah lah aku nak start punya susah. Nak sepah dia tak sampai nano second pun.


Meh, aku nak cerita sakitnya tuh di sini. 
Lepas kau mop lantai, air tumpiah, makanan jatuh kat lantai. 
Sebaik kau lap meja punya boekkk, lauk asam pedas tumpah atas meja, cicak berak. 
Sebaik je kau kemas rumah, orang selamba letak barang sepah-sepah. 

Kau rasa tak apa yang aku rasa?
Kalau tak rasa, memang korang jenis jiwa redha, berhati tulus.

Atau pun, 
Ko tak pernah mengemas. 
Kau lah yang tukang menyepah tu. 

Kalau kau manusia yang tak mengemas, jangan lah jadi  yang menyepah. 

Andai kau tahu penatnya mengemas. Tohhhhh..
*aku buat sepah tak pe


Hancur ya hati, ibarat pasu kaca terhempas, bila kau dah setting baik punya. 


Thursday, May 14, 2020

Merentas Tambak Johor-Singapura di musim PKP


As Salam,

Sejak 18 Mac hingga 10 Mei aku berada di rumah. Tak kerja. Dah lama tak duduk rumah selama tu, paling lama lepas habis belajar 10 tahun lalu, berapa bulan ntah.

Sebagai seorang single, 10 tahun dulu memang aku tak rasa serisau ini.
Ya, risau jugak tapi lebih kepada tekanan tengok orang seangakatan dan kaum kerabat.

Pandemic Covid-19 sudah tentu memberi kesan kepada kebanyakkan industri dan tentunya penutupan sempadan antara negara memberi kesan besar terhadap logistik antaranya kepada ratusa ribu rakyat Malaysia yang mencari sumber Pendapatan di Singapura. 

Cakap lah apa sahaja. 

Rezeki dan jalan hidup setiap manusia berbeza. 

Hari demi hari, menanti, mengharap ada jalan tapi apakan daya sampai sudah putus harapan. Ceh, ayat.....


Bukan  barang kulit kat mall je berkulat
 Beg and belt pergi kerja aku pun dah berlumut kata ko. Punya berkerak dok situ. 
Yang beg pink tu konon sedia bila-bila kena masuk Singapura balik. 

Doa sahaja pada tuhan, Dia yang Maha Menentukan. 


6 Mei 2020 : Ehem, birthday tittew. 

8 Mei 2020 : Bos mesej suruh prepare kali ini kemungkinan besar jadi (sebelum ni, 2 kali, bos cakap boleh masuk border, tapi tak dapat pelepasan)

Jadi, kali ni pun aku tak letak harapan tinggi, fikir yang kali ni mesti patah balik juga. 
Mak aku, "hm, boleh ke lepas (imigresen), nanti kan pergi lepas tu balik rumah balik"


Okay, aku memang tak reti kemas baju banyak-banyak. Aku biasa kemas baju, untuk 2 malam. Lebih dari 2 malam, aku akan lontar masuk dalam beg guni IKEA. Tapi, apakan daya kali travel ni guna kudrat banyak bukan naik kereta. 


9 Mei 2020 : Bos hantar surat company dan surat Ministry of Manpower (MOM). 
Perlu kuarantin 14 hari bila sampai Singapura sebelum boleh kerja. Sekurang-kurangnya kena berada di Singapura dan tak boleh keluar selama 3 bulan. 

11 Mei 2020: Gerak dari Pontian pukul 7 pagi. Aku minta tolong sepupu aku untuk hantar ke JB Sentral sebelum dia pergi kerja. Nasib baik, mak aku suruh call sepupu aku tu,  itu pun pasal aku cakap dengan mak aku suruh hantar aku lepas subuh nak naik bas pi Larkin. 

Gigih lerr kita.




8.30pagi; jumpa kat JB Sentral gerak dalam kumpulan 8 orang, jumpa imigresen, sangkut dekat pegawai pangkat tinggi.



Pegawai tu baik tapi dia mintak surat MKN yang kitaorang tak de. 

Dan setelah cubaan menembusi panggilan MKN, dan MKN kata diaorang tak de mengeluarkan apa-apa surat pun. Sudahhhh. 

Aku ni malas nak bercakap, sebab aku ni kalau cakap mesti kedengaran macam naik angin. 

Tapi, terpaksalah juga. 

Setelah bertukar panggilan, dengan hujan lebat kat luar. Akhirnya, pegawai tu lepas kan juga. Nasib tak sempat keluar air mata je macam kejadian jumpa Doktor minta MC tu. Luls....

Ngam-ngam lepas imigresen bagi lepas, hujan pun reda dan ada sorang kawan ni, dapat panggilan ayah dia sakit. 

Sebelum ni, ada 2 orang dah yang terpaksa cancel sebab hal keluarga, hidup ni pilihan. 

Yeehaaa, lega dah lepas imigresen Malaysia. 
Masa yang di tunggu-tunggu telah tiba. 

Selama aku mula kerja dari Julai 2018, aku selalu rasa nak cuba merentas Tambak Johor dengan berjalan kaki, teringin nak jogging.

Hari ini, sekali lagi tanpa ku sangka, tanpa ku menduga, Pertama kali aku berjalan kaki merentas tambak Johor.




Nasib baru lepas hujan tak de lah panas rembang, dengan kau bawak bag lagi. Puasa lagi. Hewhewhew.


Berjalan dalam hujan renyai. 
Aku menghargai waktu itu dan menganggap ala-ala kau travel lerrr, holiday... Walhalllll


Setelah, melalui liku-liku angkat luggage naik tangga lagi. 


Lepas tu jumpa ICA officer kat imigresen Singapura. Ke sana, ke sini, jumpa orang ni, jumpa orang tu. Akhirnya selesai urusan di imigresen. 



Okay, belum berakhir lagi. 
Seterusnya, kita naik bas khas yang di sediakan untuk bawa kita ke hotel tempat yang akan kita kena kuarantin nanti. 







Akhirnya, check in hotel (betul-betul akhir)
 Phewwww, what a longgg day.



Company bagi sim card, nanti MOM akan call kita, whatapps video call setiap hari untuk pastikan kau berada dalam bilik sentiasa dan kau tak merayap keluar pergi Geylang. Huhu.

Kat hotel ni disediakan makanan 3 hari sekali, tapi, sebab puasa, dia bagi 2 kali masa sahur dan buka.



Salah satu makanan yang disediakan. 

Biasalah bila orang bagi ni, ikut tekak kau memang ada yang sedap ada yang tak kena. Macam masa dulu kau kat hostel, ada subsidi makankan. Hari Jumaat punya menu sedap, hari Selasa tak sedap.

Amboi, biasalah benda free, kau punya bongkak tak tahan. Cer sekarang kau kena keluar duit sendiri, sampai sengkek nak makan. Lepas tu, ada orang belanja.
Hmm, nikmat dia  lain macam.

Bersyukur lah, maka nikmat kesedapan itu akan datang dengan sendirinya.

Sementara korang tengah buat persiapan nak Raya tu, kasi can lah aku sepah ke, nak tunggang terbalik pun lantak pilah.


Bagilah aku menikmati 'percutian' 14 hari, 14 malam dalam bilik ni.


*kesat air mata. 

19 Puasa

As Salam,

Aku manusia bernama Munirah yang tak menggemari menyambut birthday, aku juga tak suka disambutkan birthday.
Paham ke tak ayat aku ni?

Bila 16 Mac, PM ke-8 kita dok buat announcement;

Lockdown!

Fine, dia tak de cakaplah istilah lockdown tu.

Tapi, aku tak boleh bekerja. Cuti!

Cuti yang bukan kau yang memilihnya.

Diberikan cuti sehingga tak tahu bila.

Ketika itu, terciduk aku. Fikir macam-macam tentang masa depan.

Beberapa minggu lepas tu aku dah boleh redha, besar sungguh hikmah, bukan senang selama ni kita diberi masa tanpa sibuk mengejar harta dunia untuk bulan ramadan.

Bukan senang dapat duduk lama-lama kat rumah. Yang selama ni memang aku seorang yang suka duduk rumah.

Tapi, tulah bila datang kerisauan pada benda yang tak pasti tu memang macam-macam lah fikir.

Walaupun media sosial dan berita terlalu banyak info yang menggerunkan, tapi, ada juga post-post yang memberi semangat dan menyedarkan aku betapa harus aku bersyukur, dengan nikmat yang Allah berikan ni.


6 Mei, adalah hari jadi aku mengikut tahun masihi.

Seperti aku kata kan, aku bukan jenis yang suka sambut hari jadi.
Aku tak sanggup bersusah untuk hari jadi yang menunjukkan pertambahan umur dan dalam masa yang sama mengingatkan masa kau dunia yang fana ni semakin berkurang.

Jadi, bila ada orang sanggup meluangkan masa mengucapkan hari jadi, itu adalah suatu usaha tanda ingatan.

Tapi, bila dia usahakan untuk  beli barang, buat sendiri kek itu memang out of the world lah kata orang Jawa, orang bugis kata, beyond imagination 😀

Aku dah lah tak pernah makan burnt cheese cake. Lama dah aku nak makan, tapi tak de kesempatan.

Kawan aku sejak umur 13 tahun, Nisak share Kat group geng Sekolah, Mawar Berduri, dia buat marble burnt cheese cake, dah lah dia jenis buat kuih Raya banyak gila macam berniaga punya orang, aku nak buat biskut cornflakes madu pun hanya buat dalam minda dan lafaz niat je.

So, aku pun kagum dengan kerajinan  dia ni buat kek bagai.

Sekali dia cakap, kek tu untuk aku. Terpelanting aku ke ke benua antartika. Kaku.


Kenapa orang boleh sanggup buat untuk orang lain macam tu. Sedang kan diri aku sendiri nak buat untuk aku tak kuasa, apatah lagi untuk orang lain.


Sudah lah dia buat, dia hantar, siap dengan pakej kuih raya, kerepek, bukan 1, bukan 2 bungkus, yet, dia bagi 3 bungkus kerepek, 2 balang kuih, sebelum ni satu balang kuih aku dah habis kan. Buat sendiri ya kuih tu tuan puan. Masalahnya, bukan buat untuk aku sorang je, aku tak tahu berapa banyak pek kegirangan ni dia buat dan pos kat kawan-kawan lain.

Mana kau dapat energy tuuuu... Sak oi..

Aku mesej dengan sorang lagi kawan aku, juga dari umur 13 tahun yang MasyaAllah ni pun rajin tak tahu nak habaq.
Jenis masak hari-hari, keibuan tu jangan cakap lah untung gila laki hang dapat hang Cik Ana oi.

Masa tu nak berbuka, biasalah orang selalu bagi salam kat rumah musim PKP ni, pasal COD makanan, ikan, ubi, tudung. Pastu mak aku jerit, "Munir, ada orang cari kau."

Keluar ada kakak ni bawak belon dengan sekotak Brownies!



Ape nihhhh weiiii

Siapa yang sweet sangat, dok ingat nak bagi aku gini wei..

Aku memang jenis tak reti  perlakuan Manis-terkejut ni.

Cik Ana rupanya yang kasi kat aku. Patut sebelum ni dok mesej aku.



Abang aku tanya, mak ada buat kek tak untuk aku.

Hahaha, tak pernah umur...

Mak aku,

 "mak dah baca kan yassin untuk kau".

Manis sangat mak.
Bak kata Ustaz Ebit lew, kita nak buat baik ni atas izin Allah. Kalau Allah tak pilih, tak jadi kita.
So, Munirah, bila lagi kau nak buat benda baik, pergi lah doa kasi rajin sikit.


Allah izinkan untuk khatam Quran dalam Ramadan for the first time ever, di hari jadi ku mengikut kalendar Hijrah, 19 Ramadan. Inilah hadiah dan hikmah Covid-19 dan PKP.

Sebab dah lama tak keluar tak bergambar lelawo kita korek lah peti besi gambar.



Gigih lah kan benamkan handphone kat pasir sebab tak de orang nak amik kan gambar kita.
Bersama Nisak di Tanjung Balau melihat sunrise together-gether.. Alolo


 Bersama Cik Ana di hari perkahwinananya, yang sepatutnya aku jadi pengapit, tapi tak jadi.  Sebab aku accident on the way nak pergi dewan tu. Luls angat. 



Dengan mak kita lah yang garang, tapi manis dalam masa yang sama. 
Dekat sakit hati, jauh, suruh balik. 😂 

Terima kasih Allah kerana pinjamkan insan-insan yang baik dalam usiaku hidup di BumiMu Ya tuhanku. 

Sunday, May 3, 2020

Penyelesaian Masalah Kelemumur

As Salam,

Salam Ramadan, 
Salam PKP hari pi google sendiri.

Aku tak nak pasal kemurungan.
Aku dah tahap redho dah ni.

Aku nak cerita pasal masalah kelemumur dan cara merawatnya.
Aku ada masalah kelemumur yang sangat teruk sejak duduk hostel umur 13 tahun, 
sampai umur aku 31 tahun, baru elok sikit.

Kau bayangkan aku hidup dengan masalah ni selama 18 tahun, 
sekarang pun ada tapi terkawal lah.

Kelemumur aku punya tahap teruk tu memang macam salji, 
lepas syampu pun masih ada nampak kuping-kupjng.

Dia punya gatal tu sampai kau geram pergi toilet, pastu kau bukak serkop, garu sampai puas turun salji sekali.

Kadang aku punya tension dengan rambut aku tu, aku gunting rambut aku sendiri,.
Sama aku psiko, atau kedekut nak pergi kedai. (bukan sebab PKP)
Pasal sebelum ni aku pernah gi kedai potong rambut, aku cakap yek eleh setakat potong macam ni, pastu kena bayar mahal, baik aku potong sendiri, senget ke hapa pun, aku pakai tudung, kisah apa kan...


Kau sebut je masalah rambut kat dunia ni, hampir semua aku ada.

Kelemumur, kasar, gugur, kulit kepala gatal yang satu lagi aku tak nak sebut.
Perghh kau rasa tewas tak sebagai seorang wanita.


Kih.. Over.

Tapi, realiti memang pahit untuk ditelan.
Apa 


Selama 18 tahun, aku rasa masalah syampu yang jadi punca, selain aku guna alasan bertudung susah nak jaga rambut.

Masalahnya, aku kalau syampu hari-hari rambut jadi kering dan kasar.
Kalau tak syampu, kelemumur datang kembali.

Syampu kelemur memang macam-macam lah.

SYAMPU  PALING TAK NGAM


DOVE

Aku guna sekali pakai je, zaman sekolah menengah.
Prghh dia lagi gatal tak boleh tahan. Akak aku guna pun sama.


Botol klasik, tahun awal 2000an. 
Maklumlah masa tu Dove baru keluar. Sajalah nak cuba.


SELSUN BLUE

Rambut jadi kasar, kering gila. Kelemumur tak hilang juga.



Ini bukan nila baju sekolah yerr


Syampu salon bagi, Safi , Pantene, Head & Shoulders , syampu yang P&G senang kata yang range harga gitu-gitu lah. Hat yang mahal sangat tak pernah lah aku try. Sedar diri.

Aku rasa yang paling aku rasa ada improvement.



SYAMPU AGAK NGAM



HIMALAYA




Yang ni paling aku okay, tapi tak masih juga nampak kelemumur, gatal juga.



GOOD VIRTUES CO.





Aku tak pernah cuci kat salon, sebab aku rasa mahal, dan rasa tak logik, kenapa cuci rambut pun nak kena pergi kedai. Membazir nyerrr  rasa (masa tulah)


So, bila ada gaji sikit, feeling lah aku nak beli syampu mahal.

Aku tengok Namee Roslan recommend L'Ocitane, dia beli untuk masalah rambut gugur (punca kulit kepala)

Aku ushar, alamak harga dia... Hew hew hew..
Aku sabar dulu lah nak beli ya, konon nak kumpul duit.




Suatu hari aku pergi pasar pagi kat perkarangan Masjid Pekan Nenas, aku nampak satu spa comel ni.
Kebetulan masa tu baru balik kerja, aku nampak dia baru buka untuk gunting rambut dan
Murah juga masa tu. Gunting Rambut RM8 , aku pun sajerrrlah cuba.



Itulah kali pertama dalam hidup aku cuci rambut dan buat rawatan rambut kat kedai

Lemah lembut gila budak perempuan yang cuci tu, berkenan aku buat menantu.. Eh

Lepas blow semua, nampak, eh lawa pulak , kalau tak selama ni macam mak lampir hehe

Aku pun rasa eh best pulak pergi salon.

Tapi, rambut aku lepastu ada juga kelemur, yelah rawatan rambut bukan untuk kulit kepala, dia letak vitamin macam tu  kat rambut.


Sebab dah terpikat nak buat rawatan kat salon,
Aku  pun ushar lah salon-salon muslimah kat sekitar Johor Bahru dan Pontian
Masa akhir bulan Januari ti, aku nampak promo satu salon muslimah ni kat Facebook.
Aku nak cuba keratin treatment, aku survey-survey keratin treatment kat laman sosial, walaupun dia bukan untuk masalah kelemumur, aku tertarik lah pulekkkk...sebab nak rambut cantik dan harga murah berbanding salon-salon lain dan lokasi dia okaylahhh

Sampai salon ni, Aku cakap nak buat keratin treatment macam dalam promo tu, bila tengok dia terus cakap rambut awak ni kering ni kelemur, macam teruk sangat lah gayanya. Tapi, memang teruk pun.
Dia recommend aku buat rawatan kulit kepala dan smoothing keratin.

Jenis nya berbeza lah dengan salon kat Pekan Nenas tu, salon yang ni lebih nampak pro sikit.
Hair stylist dia pun cakap tak de cover-cover, tak de lemah gemalai.
Dia basuh lambung-lambung kepala aku pesennyanya.
Dia tanya ada beza kan, cuci sendiri dengan orang lain cucikan.
Dia banyak step sikitlah berbanding salon yang first tu, dia scrub kulit kepala dan lain-lain
 (ni memang  kena orang buatkan susah nak kalau nak buat sendiri)
Berbeza gila dengan kedai aku pergi kat Pekan Nenas, Pontian tu
Lemah lembut gila, kalau kau suka yang jenis macam ni boleh try, baik, cantik, cakap lembut.
Cair aku sebagai wanitohhhh (punyalah aku suka dia, sampai dua kali aku  puji


Ada harga lah untuk di bayar tapi memang puas hati. Masalah aku ada sinar untuk merasa rambut aku bebas kelemur, rambut pun helok.





Kau bayang lah 18 tahun berkelemumur teruk. Akhirnya bebas. *flip hair
Selama lebih kurang sebulan, rambut aku pun  helokk juga sebab buat rawatan smoothing keratin.

Memang melayang duit  tapi berbaloi gila .
Kalau pergi salon kat mall-mall tu lagi mencekik harga dia.

Lepas tu, aku bekerja dan rutin aku macam biasa, basuh 2-3 kali sehari, aku masih pakai syampu yang biasa aku pakai. Datang balik kelemur.

Beberapa hari sebelum diumumkan PKP tu, aku sempat pergi balik ke salon kat Pekan Nenas yang lemah lembut tu, kali ni aku buat rawatan kulit kepala dan kali ni dia letak ubat kelemumur.
Lepas tu, kulit kepala aku lega gila, tak de kelemumur balik.

Aku pasti rambut dan kulit kepala ni kena konsisten jaga.
Semua benda pun macam tu, wudhu'dan solat pun kena konsisten, takkan satu hari satu malam kau beribadat solat tak hent-henti, satu hari suntuk lepas tu 2 tahun kau tak sembahyang.
Kalau kita tak istiqamah, dia akan datang lah anasir -anasir jahat.


Selain tu, aku dapati cara kita basuh rambut pun ada kaitan, kalau kes aku, aku kena syampu dua kali setiap kali basuh rambut, sebab bila kali pertama, ada bahagian yang tak kena. Kali kedua baru aku rasa semua bahagian kulit kepala kena syampu dan air.


Lifestyle pun ada kaitan. Yelah, kita ni bertudung, cuaca panas, tak kan nak free hair pulekks.
Jadi, penjagaan tu kena kawtim sikit lah.



Okay, mungkin ada yang korang rasa kecewa kalau terserempak dengan post ni time korang Google ubat kelemumue.. Hehe.. Well, aku dulu pun Google gak syampu terbaik untuk kelemumur. Haremmm.

Bak kata salon kedua aku pergi yang syampu rambut aku, kalau dah teruk dan masalah ni dah lama.
Pakai syampu  apa pun tak jalan.

Tak kisahlah, dia cakap macam tu sebab nak promo ke apa, tapi aku akui penyataan dia.
Memang ada harga lah untuk dibayar.

Setakat ni aku pakai je konsisten syampu Goor Virtue Co. 1-2 hari sekali aku cuci rambut, setakat ni alhamdulillah masih terkawal.




Syampu ni aku pakai sekali macam okay, sebab ada kat rumah, mak aku beli.
 Tapi tak ngam gak, pakai balik Good Virtue Co.



Okaylah , PKP yang sepatutnya fasa ke empat yang berakhir 12 mei, dilonggarkan bermula 4 Mei.
Banyak kedai yang boleh buka, tapi sorry geng, salon, kedai gunting rambut, salon dan seumpanya belum boleh lagi ya.

Aku kadang terfikir juga salon-salon tu, macam mana lah agaknya diaorang bertahan.
Rasa tak patut kalau aku berkeluh kesah , sedang ada orang lain lagi yang susah.
Harap nya spa yang aku sign pakej laser misai aku tu survive, aku ada 8 sesi lagi nih.

Nampak nak dulu, kemana duit kau laburkan, sekarang bercukurlah. Huhu.