Saturday, July 31, 2010

wait, hope and pray

As salam



The First





The Second






Waiting for the third person of fourth generation , hope for more and let`s pray for that to happen.


md ::: why I  think like I should not to has this sort of thing in my mind.

Wednesday, July 28, 2010

Peraduan Pic Cantik

As salam

Woah, Contest ni superb r hadiah dia RM100. Duit rayer weyh. Sape nak bagi. Ia PERCUMA DAN TAK PERLU BAYAR RM2 sehari....


PERADUAN PIC CANTIK ini diadakan oleh NURUL HUDA dan mengharuskan
 meletakkan gambar dengan 4 mimik muka berlainan.





Comel tak saya?


Walaupun, aku telah cuba dengan gigih membuat muka secomel pelakon korea ini, namun hasilnya sungguh menakutkan

sehingga aku tak sanggup nak letak kat sini. Risau ada yang histeria .:P


Jadi terimalah muka yang bermuka-muka ini....




Berminat?.  Sila ke sini. 
Tarikh tutup penyertaan : 16 September 2010

 :

Tuesday, July 27, 2010

DBSB : siri 7: Hari kejadian

As salam

Hari ni 27 .7 adalah hari kejadian bagi sahabat saya Diana Mokhtar . Selamat hari jadi . Walaupun ko bagi hadiah  siput sedut tapi aku tak bagi ko hadiah. Ko doakan lah aku terpijak  sspn Power root RM 1,000,000 yang original bolehlah aku bagi ko hadiah. hehe. Dia anak tauke batik .Sila ke Mokhtar batik untuk melihat koleksinya.



 Semoga panjang umur murah rezeki, aku tertunggu-tunggu kad jemputan kau ni. 

 Kau bahagia, aku bahagia

Namun, hari ini juga adalah hari kejadian lelaki pujaan Malaya ni, tapi aku dah jauh hati dengan dia. Sampai aku tak wish pun kat Facebok, lagipun ramai dah wish dia, malas aku.
Okay, bertenang-bertenang. Jangan emo. Tasbih banyak-banyak. Hari ni nisfu syaaban.




Selamat hari Jadi

Semoga 10.10.2010 ini menjadi hari bahagia buat anda. 


Dia bahagia, saya bahagia




Agaknya kena tanya  jenama pen yang dia pakai ke , jenama alat radas yang dia guna kat angkasa tu.


"GREAT MOMENT WITH PARENT" contest by Sachi-Asukai

As salam

Tak kisahlah blog berapa ramai orang  bace pun , asal jangan ada dalam ramai-ramai tu seorang ahli kerabat yang baca , kalau sepupu sepapat , nenek saudara tiri ke boleh tahan lagi, (in case kalau tak kutuk diaoranglah dalam blog)

Tapi, bila orang yang kalau boleh paling last lah yang tahu kat dunia pasal blog ni ialah


emak dan ayah



Dan pagi semalam, emak aku terbuka aku nye blog


(Terkisima)


Bukan lah ade  baur-baur kutukan pun dalam blog ni . Tapi bila ada luahan jiwa seperti ini  buat aku  tersiput-siput malu.

Oleh itu,  bila pertandingan " Great moment with Parents" muncul yang diwujudkan oleh Sachi-Asukai dengan syarat-syarat seperti di Sini



Maka, saya cepat-cepat mahu menyertainya
 agar bila emak saya ter buka lagi blog ni, dia dengan senang hatinya membeli jajan untuk saya jika pergi ke Giant bersama-sama. Ok, tipu.. gila bermotif ko ni.

Ok, great moment saya ialah





























Saya bersama emak saya dalam bas ke  Muor.


 Sebab saya suka gambar ni

Emak dan saya pakai baju hijau sama-sama, mak dan saya kelihatan mesra-mesra kucing seperti adik beradik.

Jangan tanya mana aku mana mak aku pulak. Ya, saya  sensitif bila penyataan-penyataan yang melibatkan seperti

"Eh, cikgu, anak ke, lah ingat adik tadi."

atau

"Mbah Iman sebenarnya Acu"


Maka, aku taklah nak bagi penampar jepun kat orang yang cakap tu.
Tapi , jauh dalam sudut hati , aku tak boleh lari dari kenyataan tu mak aku adalah orang yang melahirkan aku, dan ini bukanlah pilihan, maka bila melihat mak aku, itulah aku.


Sebab saya sayang ibu bapa saya.

Saya tak perlu sebab untuk sayang ibu bapa saya.Perasaan tu terus ada secara automatik sejak dalam kandungan lagi.ahakz.

dan menambah kecintaan terhadap ibu bapa saya ialah


Emak

mana mungkin saya tak sayang mak saya, kalau dia banyak putus saraf masa meneran saya suruh keluar.

mana mungkin saya tak sayang mak saya, kalau dia yang selalu nyanyi merdu kat telinga dengan tajuk lagu basuh baju, basuh kereta atau sapu sampah.

mana mungkin saya tak sayang mak saya,  kalau dia sanggup tengok manusia sihat walafiat dan besar panjang serta sedikit kurang rajin kat rumah sentiasa. (dan membeli munchy`s music nuss)


Ayah

Mana mungkin saya tak sayang ayah saya, kalau dia tak dapat balik sebab kerja kat Perak masa saya lahir sebab tak de telefon. (rasa tua semakin menjadi-jadi)

Mana mungkin saya tak sayang ayah saya, kalau dia yang iqamah kan saya masa baby lepas balik dari Perak ( Pak Long iqamah aku masa aku baru lahir)

Mana mungkin saya tak sayang ayah saya, kalau dia yang tanggung persekolahan saya  hingga ke universiti lalu bekerja sampai sekarang sebab nak tanggung anak dia yang sihat walafiat dan besar panjang kat rumah.


Saya tag, Cik Paro, Zalikha, Izen. Sila lahirkan rasa kecintaan anda kepada ibu bapa.

Tarikh tutup penyertaan: 31 Ogos 2010. Sila klik sini untuk maklumat lanjut.

Sunday, July 25, 2010

Pengakuan Eksklusif : Disebalik Si Munamuni

As salam,

Haha, aku sedar aku bukan  Fasha Sandha atau  Fazura  mahupun siapa-siapalah lagi yang selalu buat sidang media tergempar.


Anda mungkin tertanya-tanya,atau tak kisah pun , lantak ko lah, nak letak nama Munamuni ke, Ona Oni ke, Dakkolin Dakkosi ke,  Banana in The Pajamas ke apa pun,

'Do I look like I Care?' takpun `Ade aku kesah?.

Baiklah , tetapi kalau ada yang ragu-ragu seperti tauke restoran keturunan Indonesia ni, saya sedia beri penjelasan.

SEJARAH MUNAMUNI

Nama yang telah ditakdirkan untuk saya yang dipilih oleh emak saya setelah nama yang dipilih oleh ayah saya tidak ditakdirkan untuk diberi kepada saya ialah ;

 MUNIRAH yang bermaksud Bercahaya. bercahaya tak?

Tetapi korang juga mesti tahu akan bandar yang diberi gelaran Kota Yang Bercahaya?

Ya, tepat sekali, mesti PMR dapat A Pendidikan Islam  nih.. ianya ialah Al Madinah Al-Munawwarah

Jadi dapat tak kaitannya?. Sila terbitkan persamaan berdasarakan pernyataan di atas.


MUNAWWARAH = MUNIRAH =  BERCAHAYA

(MUNAwwarah - wwarah) +  (MUNIrah - rah) = MUNAMUNI

MUNA= Cita-Cita atau keinginan (oh, patutlah kuat berangan)

manakala muni tiada dalam rekod. kalau

Munir = Yang Menerangi

Okay, lepas ni tukar Munamunir (hehe, tipu)

MUNAMUNIR = Keinginan yang menerangi.

# MUNAMUNI = Keinginan Muni.

Haha, maka kalau nak cari makna nama korang atau nama bakal anak ( Sila terasa kepada Z dan S). Bolehlah ke sini



Orang yang tak hebat akan rasa hebat jika tahu saya sebagai munamuni


Haha, inilah keinginan saya, iaitu melihat orang tak hebat akan jadi hebat ( Ceh, tiba-tiba!)

Kepada sesiapa yang rasa dia hebat sila abaikan penyataan saya ni.


Anda dan saya tak hebat.

Sila buat turutan mengikut susunan  tidak hebat.

Saya > Anda.

Jadi, anda  rasa hebat tak sekarang ?


Baiklah, adakah sudah terjawab persoalan anda taukeh?, Hehe..Pengakuan eksklusif ni adalah sempena post di Blog ini yang ke-50.  Tak sangka, boleh bertahan  ( Tak yahlah nak compare ngan orang lain yang dah bertahun buat blog) . Ni kira pencapaian peribadi . Harap dapat terus menghasilkan lebih banyak post yang mungkin berguna sekurang-kurangnya untuk digelakkan walaupun mungkin hanya diisi dengan post berkaitan pertandingan jek.


Sekian,

Munamuni

Sidang media bersurai.

Saturday, July 24, 2010

EMO FACE CONTEST

As salam


Oh, saya kena taip laju-laju......




Saya berminat nak join pertandingan muka emo atau EMO FACE CONTEST yang dianjurkan oleh Miss Lin
Pertandingan mewajibkan kita menyertakan gambar muka emo kita tanpa ada muka orang lain atau bermuka-muka.

Syarat-syarat dan maklumat lanjut boleh klik sini

Oleh itu , dipersembahkan.....







muka emo gonjeng.


Gambar ni masa final year project kat makmal, UiTM Perlis. Biasalah untuk projek ,kebanyakkan pelajar akan mengalami stress tetapi saya mengalami sakit jiwa sehingga terserlah di wajah saya macam nak nangis tapi macam tersengih sambil cuba dengan gigih untuk buat muka vogue + comel.Diharapkan ini dikira sebagai muka emo. huhu.


Saya terpaksa buat ringkas sebab saya tahu tentang contest ni dan sekarang pukul 11.21 p.m ..24 .07 .10 .  Deadline pada 25.07.10. Sila taip dengan laju untuk buat entri ni

" Get to know you" Giveaway

As salam
  

Sebab semua orang nak jadi Sheila Rusly, saya pun nak try jugak


 Mari dekat , Mari dekat

 Puan Liana, iaitu pemilik The Cottage Series menganjurkan 

yang menawarkan 


 SKII Travel Pack

meleleh tak meleleh ko..

kepada peserta yang bertuah.. 

 GA ni  memerlukan kita menjawab soalan-soalan yang berikut . Maka, sudah tiada rahsia lagilah ya...

                  
PENGENALAN DIRI SECARA RINGKAS

 Saya dikenali sebagai Mun oleh kawan-kawan. Dipanggil Munir oleh emak saya. Disalahpanggil sebagai Ira oleh sepupu  saya ketika zaman kanak-kanak.Sila teka nama sebenar saya. Saya kadang-kadang kelakar ( serta sedikit perasan) dan kadang-kadang serius. Saya mudah jatuh hati kepada perkara berkaitan Negara Matahari Terbit, atau lebih spesifik jejaka bermata sepet.
                     
         
BARANG YANG MESTI ADA DALAM BAG/HANDBAG
                      
wallet,  resit atm, lipbalm dan kamera manakala benda yang mesti ada seperti handphone tak semestinya ada, sebab selalu cari tak jumpa.

                
  LIMA JENAMA YANG MENJADI KEGILAAN KESUKAAN
  1. Adidas ( penaja team bola sepak Jepun )
  2. Honda
  3. Sony
  4. Pilot
  5. SK II 
Saya suka je tapi saya tak miliki (harap-harap No.5 bakal dimiliki..:D) dah lama tak pakai pencuci muka. tsk.
Berdasarkan perkara di atas, diharapkan Pihak Puan dapat menimbangkan permohonan saya..HEHE..

Okay, senang je kan.  Sila buat entry anda sekarang!.
Tarikh tutup: 31 JULAI 2010

Sila klik sini untuk maklumat lanjut

Wednesday, July 21, 2010

kepada manusia berlagak

As salam

adakah anda tergolong dari spesis manusia berlagak?


kalau anda menjawab tidak,

sila teruskan bacaan kerana mungkin anda tidak sedar yang anda tergolong dari spesis ini.




ceh, intro memang sungguh tidak boleh diblahkan......


Kisah 2 orang kawan lama

2 orang kawan lama seorang doktor dan seorang nelayan, yang mana doktor tersebut nak seberang sungai guna sampan si nelayan.

Doktor  : Awak tahu tentang ubat-ubatan dan kedoktoran?
Nelayan : Tidak
Doktor  : Kalau begitu awak mesia-siakan separuh umur awak

Tak lama lepas tu, terjadinya badai yang menggoncangkan sampan mereka.

Nelayan : Apakah awak boleh berenang?
Doktor  : Tidak
Nelayan : Kalau begitu awak telah mensia-siakan seluruh hidup awak.


Ye..tahu, ramai dah doktor yang tahu berenang macam Abang  Mus...(ok, sile muntah kuning telur).. tapi kisah di atas boleh dijadikan pengajaran.

Walau apa pun tak boleh riak ye...

Saya rasa semua orang memang ada penyakit ni., ha termasuklah manusia yang menulis ni (penganggur pun boleh berlagak ke?)..huhu tak kisahlah ulamak ke, orang cun melecun ke, orang yang berkuasa ke apetah lagi  orang kaya raya.

Orang berilmu juga tak terkecuali .....walaupun memang ilmu boleh mengatasi penyakit ni, sebab dieorang boleh berlagak dengan segala pengetahuan dia ada, tak kisah lah ilmu hisab ke, angkasaraya ke, komputer ke waima ilmu mengoreng telur pun


'' Orang berlimu akan dibawa pada hari kiamat lalu dicampakkan ke dalam neraka. Maka, keluarlah perut panjangnya. Lalu, ia mengelilingi perut panjang itu sebagai mana keldai mengelilingi tempat pengisar gandum. Maka berkumpullah penghuni neraka padanya seraya berkata:` Mengapa engkau begini?' Orang berilmu itu menjawab: "Adalah aku menyuruh dengan kebajikan dan tidak aku kerjakan. Aku melarang daripada kejahatan dan aku kerjakan kejahatan itu."
                                                                                                       Hadis nabi: Rasullah S.A.W

Kiranya, kalau doktor tak kasi pesakit dia hisap rokok , tapi dia hisap rokok atau ayah tak kasi anak hisap rokok tapi dia hisap rokok, atau orang yang sibuk demonstrasi anti Amerika atau Isarel, tapi masih hisap  rokok Winston . Atau penulis blog yang....

Eh, Apakah ?



Rokok dekat perkarangan Masjid *******


Kepada pelaku dosa besar juga kita tak boleh nak hina.
Tak kisahlah die perompak ke penzina ke, pembuang anak ke, memang tak boleh kita rasa diri kita lagi baik daripada orang tu. Sebab, mungkin orang tu akan bertaubat dan mendapat kesudahan yang baik.


Rasullullah S.A.W bersabda:

" Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang pernah dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut" ( Riwayat al-Tarmizi no.2693)


Sebab tak boleh riya`:

sifat iblis, ingat tak iblis yang taknak sujud pada nabi Adam sebab , dia dibuat dari api sedangkan nabi adam dari tanah.

Qarun, yang dibenamkan oleh Allah ke dalam bumi beserta harta-hartanya.

Umar ibn Aziz berkata ," Tidakkah seseorang itu berjalan ketika perutnya ada najis? Apakah dengan ini dia mahu menyombongkan diri?

Sumber :
  1. Cerita Doktor dan Nelayan dari  buku 'Tersenyumlah', Dr. `Aidh Abdullah Al-Qarni , pengarang buku, 'Jangan Bersedih'.
  2. Solusi isu#21
md ::: Semoga kita semua terlindung dari azab seksa api neraka.

Saturday, July 17, 2010

mari meleleh...

As salam


Saya mengidam...

Sotong .... bukan  Paul , sotong yang diberi kerjaya sebagai tukang tilik,  tapi sotong dalam yong taufu kat Perlis. Kat Pontian, penjual yong taufu tu cakap dia tak sampai hati nak jual sebab kena letak tawas, nakbagi dia kembang. Takpelah, kalau beli pun, pilih  ketam jek. Lagipun, yong taufu kat sini aku lagi suka dari kat sana, steamboat style.

Taufufa...Azra Soya dekat Perlis jugak, , tak jumpa lagi yang setanding dengan dia.

Ice blended  pasar malam kat Perlis, atau lebih narrow lagi dekat sebelah istana arau, yang Pak cik Avanza punye....dekat tempat lain tak best, kalau best pun mahal.

Kesimpulannya, aku  mengidam nak pergi  Pasar Malam Kat Istana Arau!!!





South`s Yong Tau Fu is the best.



Tau fu fa kat pasar malam Pontian, tengok pun tau tak sedap.


kalau nak sangat ice blended, kena buat sendiri.

Pergh, rajin betul buat sendiri, mengidam punya pasal...sanggup you



tadaa...




Oops, silap..itu SR iced chocolate with cream, RM7.50.... mahal okeh, buat aku.

Kalau macam tu terpaksalah rosakkan blender (dasar makhluk perosak)...





bebola naga juga kalo ada stok....





bukan kentos berwarna merah, tapi nanti k**c**g warna ni....



kaler die kalau buat lipstick memang meletop.





Disebabkan , kalau kat kedai , whipped cream die selalu letak sikit, maka dengan membeli sendiri boleh lah
nak letak

sebanyak mana pun,




setinggi mana pun ,


sehingga meleleh-leleh....

*Buah naga, banyak khasiat wei, baik untuk pesakit kencing manis, perbaiki peredaran darah dan macam-macam lagi.
Kawan saya, farah buat FYP pasal kulit buah naga untuk penghasilan etanol sebagai sumber tenaga alternatif.

md ::: Okeh, haus....


Friday, July 16, 2010

DBSB : siri 6: semoga kau bahagia disampingnya

As salam,

Setelah lama episod Dia Bahagia, Saya Bahagia tergendala (DBSB), akhirnya awak telah menyebabkan saya menulisnya kembali.

Awak,


awak tahu tak.....

pertama kali , saya tengok awak, saya rasa awak handsome, tapi saya tak rasa ape-ape pun. Tapi semakin lama saya kenal awak, saya rasa semakin suka dekat awak.

awak tahu tak?

Senyuman awak, karisma awak, kata-kata awak....mencairkan hati saya.


Awak tahu tak....

sejak saya nampak jurnal awak di rumah saya , segala apa yang awak buat tercatat dalam jurnal tu, segala apa yang ada dalam fikiran awak, orang-orang yang awak sayang, semua saya tahu......

saya gigih baca jurnal awak, walaupun benda tu lebih nipis dari novel `Lagenda Budak Setan', saya makan berhari-hari nak baca, saya baca buku pun masa nak periksa itupun kadang-kadang je.

Tapi, saya baca jugak, awak tahu tak?


saya tahu, masa umur 10 tahun awak mimpi jadi apa,
saya tahu, masa umur 2 tahun, awak sudah belajar berenang
saya tahu, awak nak masuk maktab tentera diraja masa sekolah menengah, tapi awak tak dapat
saya tahu, awak tak sempat balik, masa adik awak meninggal
saya tahu, cita-cita awak tinggi mahu suara awak didengar, mahu berbakti kepada negara
dan awak memilih jalan ini.....
 

saya tahu....
awak tahu tak?
saya tahu awak tak pernah tahu...



Awak sentiasa percaya, "what the mind believe, the body can achieve" sejak awak kecil lagi. Mungkin sebab tulah saya tak dapat miliki hati awak , sebab otak saya kata, mustahil saya dapat cinta awak. Tapi, saya cuma berfikiran realistik.


Lagipun, awak dah ada dia









Ya, saya tahu saya tak sehebat dia. Jadi, saya hanya harapkan yang terbaik untuk awak dan saya pasti dia yang terbaik untuk awak.

Emak saya pun suka awak, awak ingat tak awak pernah jumpa mak saya?



Takpelah kalau awak tak ingat, mungkin sebab awak terpejam masa tu.


Jurnal `Journey to Space' yang awak tandatangan tu, mak saya dah sampul  dah, takut rosak.




Apa yang saya harapkan, semoga awak bahagia disampingnya.




Itu saya sudah pasti.


Impian awak ke Marikh dan bulan, semoga tercapai.

 seperti  bintang yang awak mimpi ketika umur 10 tahun.




Saya pula?





Saya sedar siapa saya.


"Ya Lublu Tibya"


Janganlah diaorang saman aku. hehehe...mintak maaf e, kalau tuan punya badan terbaca (ceh, pasan r dia nak baca blog ko!). Tak pe, berangan tak salah.bak kata awak, 

Dreams are possible but only if you focus on your goal and strive hard. Nothing is impossible in life.

Tapi awak,  dia ni pun tak nak kat saya, biarpun nama bakal mak mentua dia, Datin Muniroh.




md::: Ya lublu tibya=  saya cinta awak. Ini ayat dalam bahasa Russia kesukaan Syeikh Muszaphar.
md::: saya gurau-gurau jek. saya bukan cinta kat Syeikh Muszaphar saya cuma kagum jek (ha, takut kau kene serang), Jimmy Shanley tu memang I suke...hehehe...
*gambar pertunangan Syeikh Muszaphar dicopet dari Saiful nang dan jimmy shanley digrab dari syok kahwin

Thursday, July 15, 2010

Alamak , aku terbunuh _________ babi!

As salam,
        

            Kisah bermula di pagi khamis yang hening di mana, aku telah terbangun dari lenaku dan di luar kawalan sedar , tanganku telah mengambil sarung tangan, dan tajak di luar rumah.


            Dengan selipar jepun berbunga ros merah , aku telah pergi ke sebidang tanah seluas kankangan kera untuk melakukan sesuatu yang aku tak pasti kebenaran yang aku akan melakukannya.



           
             
Lalu perkara yang aku tidak pernah lakukan sebelum ini, nampaknya sedang berlaku,  mata tajak ku terus rakus menghentak tanah sehingga menumbangkan lalang-lalang di atas tanah itu.

            Tiba-tiba, aku ternampak lalang-lalang itu bergerak seperti ada sesuatu disebaliknya dan  `kecepek' bunyi yang kedengaran. OMG, aku terbunuh makhluk ciptaan Allah yang tidak berdosa walaupun sebelum ini dialah yang selalu memusnahkan tanaman sayur-sayuran bondaku. 















Inna lillaahi wa inna ilayhi Raaji'oon































Lebih kurang 4 ekor siput babi telah menjadi mangsa kerakusan tajakku,  kalau babi betul, aku dah cabut lintang pukang macam   lalat  kera termakan cili.



























Okeh, gambar memang tak releBen.. takde kene mengene.


md :::terkenang kat academic height , UiTM Perlis seperti didalam gambar selipar jepun berbunga ros merah.

Wednesday, July 14, 2010

jom join contest saya dan tudung syria!

As Salam

        Munamuni suka ke pontian,
        Ke pontian untuk bersukaria,
        Dia juga suka masuk pertandingan,
        `Jom join contest saya dan tudung syria'.

Ok, aku tahu memang out pantun tu, sebab tu tak amik sastera. Paham dah..

Walaubagaimanapun, patik dengan rasa berbesar insang (eh, ko ingat kau duyung aridinata) ingin menyertai pertandingan




yang dianjurkan oleh Rafflesia Collection.
beliau pemilik blogshop yang menjual segala tudung fesyen terkini dengan harga lebih murah dari biasa.

Antara koleksinya ialah:

 
pahsmina

chiffon shawl

jorjet shawl


 Gorgeous printed cotton shawl

dan macam-macam lagi.
Untuk tempahan sila ke RAFFLESIA COLLETION

Pertandingan ini memerlukan peserta meletak gambar sendiri yang memakai 
Tudung syria

Hadiah: 3 pemenang akan menerima hadiah dari koleksi Rafflesia Colletion

dan ini gambar mesra alam  saya di LADANG HERBA NASUHA





Ok, sila muntah hijau .


Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai pertandingan ini. Sila klik sini
Tarikh tutup: 8 Ogos 2010.
 Ok, pergi pakai tudung syria anda dan amik gambar kerana saya sedang tersipu-sipu malu nih.

md::: kekurangan kerja diteruskan.

Estilo Factory Outlet Shawl Contest

As salam

AMARAN : ENTRI INI HANYA UNTUK PEREMPUAN SAHAJA!


Harap semua sihat-sihat dan tidak tertekan dengan masalah ya kerana

"TIADA KERJA YANG TIADA MASALAH, DAN MASALAH YANG PALING BESAR ADALAH APABILA TIADA KERJA."

quote kat kantin kat S.K Bandar Pontian




Oleh yang demikian, 
Saya dengan berbesar jiwa menyertai

ESTILO FACTORY OUTLET SHAWL CONTEST

 

YANG MENSYARATKAN

Letakkan gambar  anda memakai shawl dengan gaya yang tersendiri yang dirasakan cantik dan boleh menang..... (syarat lain sila klik ESTILO FACTORY)


HADIAH MENARIK

3 orang pemenang akan memperoleh sehelai shawl eksklusif dari ESTILO FACTORY berharga Rm50 dan berpeluang menjadi mOdel tudung untUk event mereka ujung bulan 7 nanti... Sekaligus berpeluang untuk keluar magazine or newspaper.

Maka, saya dengan rasa segan cube menebalkan makeup muka telah membagi gambar saya yang cube cover gusi ni..








Jangan Lambat tarikh tutup 20 JULAI 2010 semakin tiba! Apalagi gi amik gambar sane!
Untuk maklumat lanjut sila ke sini atau boleh klik banner kat contest panas tu.

md::: Quote tu menyakitkan jiwa tau.

Tuesday, July 13, 2010

LENSA BURUK, THE CONTEST

As Salam,




Memiliki kamera DSLR adalah anganan, 

Mempunyai Telefon Canggih adalah impian,

Menjadi jurugambar profesional hanyalah lamunan,

Menyertai pertandingan adalah laluan,

Memenanginya mungkin jadi kenyataan.

 Oleh itu, Lensa buruk oleh Ti Anne telah menganjurkan pertandingan  fotografi dengan mensyaratkan hanya menggunakan KAMERA TELEFON BIMBIT (1.3 MP-10 MP) dan menawarkan hadiah RM30.00

Maka dengan itu, saya mempertaruhkan sebijik gambar 2 insan kesayangan saya.
 Puan Maryah binti Hasan moyang (mbah yot) kepada Kamilia Iman binti Ahmad Radzi.






Tajuk foto  : 2 Generasi
Model Telefon Bimbit  : Nokia 6500s
Slogan : Saya suka blog Lensa Buruk kerana ia adalah blog yang menampilkan karya gambar dan hasil tulisan yang bebas dan kreatif.

Kanak-kanak kene Tagged = Ika, ani, andy, kak shasha, Ziha... wakawaka...

Jika anda  juga berminat sila ke sini untuk syarat pertandingan. Serlahkan kreativiti anda.
Tarikh tutup : 1 Ogos 2010.

md::: membayangi waktu tua.

Monday, July 12, 2010

kepada pencinta produk semula jadi

As Salam,


Kepada yang berminat dalam natural product hehe, terasalah buat sesiapa yang tesis dia pasal pokok-pokok e..

Maka , dengan itu tempat yang harus dilawati ialah LADANG HERBA NASUHA, di Pagoh, MuO.

Kebaikan dan rahsia herba yang telah dikaji oleh Tn. Hj Nasuha pengasas dia termasuk di New Zealand yang dapat mengubat penyakit-penyakit wei.


Biasalah kan perempuan agak malu ya untuk mengaku bila mereka ada barah payudara, dan kes ini melibatkan seorang jururawat yang mempunyai penyakit ini, tapi dia tak berubat dan akhirnya pecah ketumbuhan tu, dan meninggalkan lubang sama saiz ngan bola ping pong ( eh, cara aku cerita cam tipu, tapi cam tulah dia cerita) . Lepas tu, Tn. Hj Nasuha  ni, buang darah dia, dan boleh nampak wei, jantung dia dari lubang tu, (seram tak seram) lepas tu dia pun bagilah guna produk herba dia.

Tn. Hj Nasuha juga beritahu berdasarkan pesakit-pesakit yang datang, MINYAK PANAS seperti MINYAK KAPAK boleh menyebabkan KANSER LEMAK atau pun kanser serviks.
 Maka, sesiapa yang suka minyak panas boleh guna minyak cinnamon atau minyak tea tree.


Garcinia atroviridis atau asam gelugor ni bagi sesiapa yang rasa bentuk badan macam pear ke bolehlah makan herba ni. Hehe, aku baru tau rupanya buah asam gelugor bentuk nya cam ni..(shh..malu)


sesiapa yang tak boleh nak tengok belakang dia sebab dah besar sangat, makanlah buah pear sebab bolehlah nak bandingkan dengan badan sendiri, '' rupanya, macam ni belakang aku". ( dia yang cakap e) ..hampeh..

Pokok kembang semangkok ni berbuah 4 tahun sekali. Kat ladang ni, dia baru berbuah buat pertama kali 2 tahun yang lepas


Cola Nitida (Gora)  dapat atasi letihan dan kelesuan fizikal .


 Strobilanthes Crispus (Pecah Beling) selain baik untuk kanser boleh melancarkan peredaran darah, melegakan sakit dan kembung perut , melawaskan kencing dan buang air besar.


 Centella Asiatica (Pegaga) juga boleh memperbaiki perdaran darah, kurangkan lesu dan bagus untuk kesihatan kulit.


 Cinnamon (kulit kayu manis) boleh hilangkan sakit gigitan serangga dan gantikan sel mati.

Selain tu, ada Melaleuca Alternifolia (tea tree oil) yang bagus untuk penyakit kulit seperti jerawat dan kulit kering.


Morinda Citrifolia (Mengkudu) ,  Noni boleh merperbaiki peredaran darah, sakit-sakit sendi dan bantu penghadaman.

Produk untuk rambut beruban dan masalah ketombe kelemumur pun ada, dengan menggunakan buah keras dan herba sebagai bahan utama.

 buah dalam gambar ialah mengkudu.

Macam Tn. Hj Nasuha ni, dia saja tak guna kat janggut dia untuk tunjukkan perbezaan, dulu dia kata rambut dia lagi putih.


Lepas habis sesi bercerita, dia bagilah makan sarapan mee goreng , guna ayam kampung yang dibela kat ladang ni. Disediakan juga 7 jenis minuman herba , aku amiklah 2 gelas (ingat nak amik 7 jenis sekali tapi tak cukup tangan). eh, lepas duk kat meja baru pasan orang lain semua segelas je..memang tak boleh bawak g  majlis sungguh.
Rasa air herba ni macam hot chocolate .





 Ok, tipu.... 

Nama pun minuman herba...rase dia taklah teruk,tapi taklah sedap dari teh Boh bersama gula ..Ok je...tak pahit pun.
ha, tamak lagi amik 2 gelas,  , seksa nak habiskan ..hehe

7 Fakta di Ladang herba dan Rempah ratus Nasuha

1. Termasuk dalam pakej , jalan -jalan tengok ladang naik trem


2. Ada bela ayam kampung, angsa, kambing...


3. Ada juga tempat penginapan disediakan RM250 semalam (7 unit) dan RM 600(1 unit) untuk VIP chalet. Nak spa ke sauna pun ada.



Bolehlah sesiapa nak rasa duk kat umah kayu yang superb cantik.

4. Dekat ladang tu , ada pokok kembang semangkok , all spices, dan semualah 7 herba tu.

Pokok ni antara bahan untuk minyak kapak, berasal dari Tasmania, Australia. Tuan Haji Nasuha cuba tanam dekat sini dan sesuai pulak dengan cuaca kat Pagoh.

banyak gambar yang gegar, sebab amik atas trem.

Pokok Pimenta Dioica (AllSpice) daun renyuk dulu, lepas tu bau. Best bau dia. Sesuai untuk pesakit arthritis , mempercepat pertumbuhan tulang rawan, legakan batuk, demam selsema, untuk kembung perut dan sakit pinggang ngan belakang pun boleh.

5. Tuan Haji Nasuha terror wei, dia boleh tau nilai kolestrol dalam darah dengan tekan ke pegang je jari  kita.
Tapi masa aku, dia tak cakap kolestrol berape, tapi dia cakap, `ni tak suka makan sayur ni, darah pekat'. Kantoi.

6. Restoran dia pun best, masuk-masuk bau herba. Interior dia kayu.


 Makanan tengah hari termasuk dalam pakej. Hari tu  makan nasi beriani herba ngan sup noni. Dia cakap sup noni bagus untuk aku, boleh cairkan darah.


sup noni

7. Terdapat  juga kilang rempah ratus jenama Mak Siti di sini.

Macam-macamlah ada kurma ,soto, kari semualah.



Raja Sup dia ni boleh direbus dan dibuat mandi atau cebok sebagai antispetic, antifungal, ubati keputihan dan hilangkan bau badan.
*Tumbuhan seperti pucuk ubi juga mempunyai toksik, kalau lepas hujan bagi dekat kambing, nanti perut dia kembung dan  meninggal. Maka, kalau kita nak makan pucuk ubi, hendaklah dipotong-potong sebelum rebus dan perah airnya .Lepastu bolehlah nak buat masak tempoyak ke ape.

Tuan Hj Nasuha seorang Melayu yang dikagumi atas usahanya mengkaji dan memanfaatkan khasiat dari tumbuhan walaupun asalnya beliau mengambil jurusan akaun. Bangun pada pkul 3 pagi setiap hari membaca buku-buku tentangg herba tanpa meninggalkan ibadah membaca Al-Quran.

"Dialah yang menurunkan hujan dari langit sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) untuk kamu melepaskan binatang-binatang ternak: makan padanya. "
   " Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanam-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (korma) serta anggur dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir."
                                         
(surah Al-Nahl ; ayat 10 dan 11)

Sumber: Solusi isu#20, `Belajar dari Alam'  


md::: penat dan letih, eh, perlukan gora.