Sunday, March 27, 2011

Ini pasal perempuan-perempuan punya benda

As salam,

kalau dah perempuan punya bende tu..faham-fahamlah

tak pasal baju, handbag, kasut , make up , krim muka, facial , bla..bla, bla...

kalau dah matang sikit, pasal tupperware, pinggan mangkuk corelle, periuk belanga pyrex....

tak pun pasal renovate rumah..

dan seterusnya

pasal anak-anak punya result, pasal kerja anak...cucu

lepas tu pasal sakit lutut, sakit tulang....( wei, ape kau membebel senah!)












eh, ape ramai-ramai nih. aku bukan boleh org ramai-ramai nih, sebab aku pun sibuk nak join sekali,
ya , saya busy body,  typical perempuan


Ini adalah prelove party di butik tersohor  di kalangan peminat-peminat blog dan vintage yang bertudung, Old Blossom Box Store , Seksyen 13, sangat dekat wei dengan rumah tumpangan aku..

Mentang-mentang ar korang banyak duit tak macam aku yang pokai nih, bebudak ni borong baju macam weh, ni baju  michael jackson masa buat video klip `Thriller' ! free wei, amik jangan tak amik.

Ya, saya pokai, dan tujuan utama saya bukan nak pergi rebut baju tapi sebab, saya nak jumpa Adriani Adnan dan other Scarflets.

Datang-datang tak bukak lagi, tapi ramai manusia stylo (oh, aku lah yang paling selekeh ayam) dah yang tunggu, terserempak lah dengan Lyna Kamal, jumpa dengan Jezmine

.
orang lain carik baju, aku carik makan.



 yummy


 yummy..yummy...


 yummy..yummy...yummy



baru ingat nak amik rupanya kena bayar, 
tak pelah , amik gambar jelah
sambil telan saliva. gulp~



yeah, mari berpura-pura mahu beli baju.




ayuni , nice skirt! :P


sapa suruh buat muka tak ayu, 
kan aku dah upload :P


with stylo AMI


aida  and kak nik yang baik dan jujur, buat muka boring
"banyaknya diaorang beli?"
"caner diaorang boleh nak beli baju macam tu?"


sorry kak nik,menjebakkan akak dalam situasi ini.

eh, mana Adriani nih?




yeah, akhirnya berjaya juga misi hari inih.
 beramah mesra ngan yanny yang sweet nih, dia pakai braces pink
oh, comelnye. engineer okay. salute sikit

aku yang tembam nak jugak pakai tudung syria, pastu menyesal sebab satu-satunya gambar dengan adriani ni jadik buruk , pastu belakangkan cahaya, pastu nampak macam perempuan nak pegi cek keadaan bayi dalam kandungan. pastu pegang plastik what?! kate takde duit ! (aku crop gambar nih)


Ya, saya tewas dengan nafsu yang satu ini! Loser!

Jumpsuit gedabak berharga RM45. 
(siap pinjam yuni 10 hinggit)
Pendapat rakan-rakan

aida : baju apa nih?
ika : apa pelik sangat baju mu nih. Aku tak pakai eh baju gini.

baiklah, mari buat baju tidur.
















the- munirah- bajet- comel

Friday, March 25, 2011

baik kau campak jek degree kau dalam tong sampah

As salam,


"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."


Adakah  kita belajar untuk bekerja?




Kau tak payah nak tersengeh-sengeh ayam!





Sesi Temuduga Idaman


Tell us about yourself


I `m kimia, chemical  e..e..e.... student

Do you like to futher your study?

Yes, in 1 -2 years

I like to further study in chemistry ......and business.



dan banyak lagik jawapan ayam yang tak sanggup untuk diterbitkan di sini
Damn!!!

Sengal, kau pergi kau punya interview untuk dream job kau pukul 9.10 a.m padahal interview pukul 8.30 a.m?!

Macam mana kau boleh lupa kau punya course sendiri, Applied Chemistry lah sengal, bukab Chemial ape tah btw, kau bukan student lagik

Kau memang takdekan  jiwa kan nak masuk lab lagik sebab tu cakap nak sambung padahal dalam hati tak de hati ( 1-2 tahun lagi pulak tuh) , siap cakap kau ade hati nak amik M.B.A.



Kalau mak kau tau , nih memang kena fire habis..

Hangus.



 sekali lagi


Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan
berkembang jika ianya digunakan.


aku tak minat lab, aku tak minat  Chemical ( do you know what is different between Chemical and Chemistry), aku tak minat benda yang teknikal. Aku bukan .


bersalahkah aku jika aku tak gunakan sisa ilmu yang ada ( kerana banyak yang telah teroksida) untuk bekerja?

Bersalahkah aku jika kerja aku sekarang tak sehebat graduan ijazah yang lain?


lagi sekali

"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."



Tapi, aku masih berharap aku akan dapat gunakan ilmu yang masih stabil untuk maju dalam perniagaan.
Doakan kami.

Akhir  sekali




Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan
rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.





Ayuni bersama beg gucci kat masjid jamek, kuala lumpur

Jawapan : Ya , KAU bersalah wahai AKU.
sumber kata-kata hikmah : Tokei kedai

Sunday, March 20, 2011

lagi sekali hidup bukan mudah


As salam






kalau kau rasa hidup kau susah,




 ada lagi yang lagi susah





kalau kau rasa diri kau hebat





ingat ....

ada lagi yang lagi Hebat




 
Firman Allah:

Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. - al-Anbiya’ (21) : 35

sumber : al-fikrah



 dia  mungkin tak putus asa




jadi kau jangan putus asa



sebab muka kau macam nak mintak pelempang Jepang!


Friday, March 18, 2011

jeng

teacher munirah tak tutop dashboard...jengjengjegnn

Saturday, March 12, 2011

surat ku untuk mu

As salam,


hello readers,

yay yay cuti sekolah,

I love holidays just same like  my students.
They don`t like schools
just same with me
they don`t like me just same like I hate don`t like them

hahhaha
no lah ko gile tak suke anak murid kau
nampak sangat ko ni guru tak bermoral...

Dear my students,

Teacher just want to say sorry,  almost 3 months,I have been your teacher,I always scream to all of you just like crazy woman.... u understand crazy or not

Okay lah teacher cakap bahasa melayu, biar korang faham, walaupun nanti teacher jugak yang kena marah dengan bos teacher ngan papa mama korang sebab cakap bahasa Melayu .

I know,

teacher selalu jerit, marah - marah
bukan ape, ni sebab teacher sayang,
lagipun, kalau tak, bos teacher ingat teacher tak buat kerje... kalao teacher jerit sikit, dia boleh lah dengar suare teacher mengajar kat kelas.... (:P)


lagi satu, mase reading, teacher marah sebab teacher nak kamu pandai baca, korang selalu berangan mase teacher ajar, sebab tu lah tak ingat-ingat...

kalau tak pandai baca, nanti mama dan papa korang marah kat teacher,cakap teacher tak pandai ajar.
bayar mahal-mahal, tapi tak pandai-pandai baca, baik hantar pra-sekolah lagi bagus.

sebab tu teacher selalu ugut nak kurung lah, nak berdiri atas bukit sorang-sorang lah, sebab teacher cakap lembut tak berkesan, korang tetap berangan, seperti teacher ni menyayi lagu dondang sayang kat telinga korang.

Janganlah pulak korang tanya apa itu dondang sayang, sebab teacher pun tak tahu nak jawab, seperti pertanyaan kamu yang dulu, "kenapa rama-rama hidup tak lama?"

lagi pun teacher tahu korang bukan selalu kena marah kat rumah, ..papa ,mama dan  atuk mesti ar jarang marah , apatah lagi bibikkan siap berdukung bertimang lagi...

kalau tak teacher marah,nanti korang tak tahu apa itu maksud perkataan ANGRY...

sebab selalu cikgu tadika semua baik-baik,
tapi,teacher jek yang garang macam cikgu penolong kanan HEM.



nampak tak betape eksyyennye teacher.
kembang kempis hidungku.


lagi satu korang nih,
suka sangat gigit jari ar, gigit kukur, gigit baju lah, gigit tudung lah..

lapar sangat ke, nak

Teacher harap, kalau wujud lagi post ni,masekorang besar, masa tu korang dah pandai baca dengan lancang dan tidakperlu mengeja lagi seperti sekarang, lebih pandai lagi dari teacher

ketika itu sudah pandai membezakan huruf p, d, dan b...


maka maafkanlah teacher ...

dan berikanlah sebjik kereta sports untuk teacher untuk mengenang jasa teacher...
sekian dari teachermu yang ikhlas.


Regards,

Teacher Munirah.

p/s : hari tuh,teacher nampak ziana zain PKNS,alah kalau korang tak kenal,die antara penyanyi tersohor zaman nih... die kurus jek, die jalan sensorang , orang tengok die tapi tak kejar die , tidak seperti ketika teacher tengok adik dia, anuar zain, 

dia behenti kat myvi hitam,lepas tu teacher cakap ," pakai MYVI jek."


rupa-rupanya bukan kereta dia, dia jalan lagi kat kereta warna putih, oh,rupanya ziana zain pakai kereta Peugeot .Malu teacher. Eh,apesal panjang pulak nota kaki teacher nih..oklah babai. Assalamualaikum.

Thursday, March 3, 2011

nampak indah, bukan mudah

As salam,




SENARAI DUKA

  1. percubaan untuk memikat hati emak sendiri tidak berjaya.
  2. english aku broken
  3. budak tak reti-reti baca
  4. skrip mc tak buat.
  5. persembahan budak macam nak sorok bawah kerusi.
  6. link memburukkan  jenama produk kat facebook


kalau senarai ini diteruskan 
boleh mengundang sakit jiwa.

:(



SENARAI SUKA


  1. Pelanggan pertama adalah Maid Tadika.
  2. Melihat gelagat budak-budak

senarai yang ini membangkit semangat..
membakar jiwa
menjadi lebih teruja

.......

:)

 Nikmat yang Allah S.W.T  beri terlalu banyak,
cuma kadang-kadang kita yang tak sedar.

Astaghfirullah.


 lakonan membuat wajah keibuan dan mesra kanak-kanak tidak menjadi.



md ::: senarai gembira ketiga, terasa kulit lebih licin  dengan shake dan teh herbalife :P