INSTAGRAM

Wednesday, August 29, 2012

Kenapa?

As Salam,

Nama aku Munirah,
Zaman aku kecik-kecik
Aku pernah..............


Aku pernah terfikir kenapa nama aku bukan ada pangkal Tengku ke Sharifah ke Puteri ke, (kan nampak kelas atasan sikit)
Sekarang aku tahu kenapa.

Aku berhidung pesek,
Berkulit tak flawless, berpipi tembam,
bergusi panjang.
Aku pernah mengidamkan bentuk muka panjang,
menampakkan tulang pipi,
macam Normala Shamsudin (masa kecik-kecik, aku tengok dia jadi pembaca berita)
Aku pernah terfikir , kenapa aku tak cantik macam si  Siti Fazura tu ker, Nur Wawa zainal ker, Tasya ke (nama gedik),
Sekarang , aku tahu kenapa.

Aku hidup dalam keluarga sederhana,
Tak beri, kalau tak mintak.
Kalau mintak, belum tentu diberi.
Aku pernah terfikir ,
kenapa aku tak kaya macam si Khadijah tu ker, pakai BMW, barang branded,
Sekarang aku tahu kenapa

Aku berotak biasa,
orang yang tak kenal aku mungkin kata aku pandai,
Ada juga orang  yang tak kenal kata aku tak pandai.
Tapi rata-rata yang dah kenal aku kata,
aku lembap.
Aku akui,
Aku pernah terfikir, kenapa aku tak pandai, genius macam si Nur Aminah tu, masuk kelas pertama, SPM 11A1 ke 17 A1 ke , pergi oversea, jadi Dr, akauntan, gaji berpuluh K.
Sekarang aku tahu kenapa.

Banyak lagi aku fikir, kenapa aku tak glamour , kenapa suara aku tak sedap, kenapa kenapa?


Aku tak da nama pangkal Tengku, ke Sharifah ke, sebab mak pak aku tak da nama tu , kalau aku ada, mak pak aku ada tak ke cam euwww...

Tengku Munirah binti Dato' Daud

atau

Sharifah Munirah Al-yahya binti Tan Sri Daud

atau

Puteri Munirah binti Tun Daud



Aku tak berwajah cantik sebab
Aku bersyukur wajah yang diberikan Allah, sungguh sempurna ..
maksud aku cantik disini, ialah cantik pada pandangan manusia,
berhidung mancung, pipi bak pauh dilayang, bibir bak delima merkah, rambut mayang mengurai, kulit bak telur dikupas.

Aku kalau cantik suara sedap, confirm aku riak, dan kecantikan mungkin akan membawa padah, apabila mungkin aku akan menggunakan kecantikkan untuk dapat apa yang aku nak, mungkin memusnahkan.
Mungkin aku jadi artis atau model. MashaAllah.
Allah Maha Mengetahui.

Aku tak kaya sebab,
ni memang ar terang-terang, kalau aku kaya ni kemungkinan besar aku akan sombong,
aku mesti nak pakai branded jek, sedangkan tak kaya nih, asyik mengidam jek..
mungkin aku akan jadi kedekut...
mungkin, aku akan jadi seperti anak-anak dalam drama pasal anak-anak tak kenang budi.
Nauzubillah.


Aku tak pandai sebab,
ni memang lagi lah.
kalau aku pandai , genius nih,
mesti aku tak memahami orang lain yang tak berapa pandai.
Selalunya matematik, kalau orang yang pandai, mesti cakap, aku tak faham kenapa budak nih tak paham soalan janjang nih, pembezaan nih, (ape lagi  tah istilah matematik tambahan nih...nampak sangat tuh tak tahunya)
Kan senang jek, ape ker lembaplah kau nih..
Kalau aku dapat pergi oversea mungkin aku akan poyo .

Sesunggugnya Allah S.W.T telah aturkan yang terbaik untuk kita semua,
contohnya, kalau cinta tak kesampaian dengan orang ni, mungkin dengan orang lain.
Percaya atau tidak.
Ada Hikmah disebalik semua kejadian,























 Teringat kat FB ade post, petua tak nak shopping baju branded selalu ingat kain kapan. kita makan sedap-sedap , saudara islam kita yang lain kebuluran, tak rasa bersalah ke?

Friday, August 17, 2012

rambang menjelang raya

As salam


Kerepek

Ini tahun, aku jadi minah kerepek, aku semangat amik order, siapa yang order awal tu dapat lah kan, tapi yang order lambat tu tak dapat. siap kena perli, order kemain lagi, dapatnya tak.

Nak tahu apa perasaan aku, dikatakan begitu...

bagai kerepek pisang pedas digigit gigi kapak.

Heloo, ade member dari Kelantan suruh aku pos, Bos aku dari Singapura repeat order , orang office cina memang susah ar nak dapat, raya kot....apa-apa boleh jadik.









Sikit lagi macam part time kat pasar malam.





Kasut Raya


Belian terbaik aku, selain tudung bawal adijuma , beli rm150 percuma satu tudung, pastu tanpa ada motif jual balik tudung tu kat orang, aku punya mencari kasut, yelah bajet tak besar, tapi nak yang ada nama, Vincci jelah targetnya, asal pergi jek semua buruk benor, (yg bawah rm 50) hewhewhew.. Dah macam part time kat Aeon tebrau pun ade, kerjenye asik pergi tapi tak beli.


Tutorial tudung raya Datin Jap.






Last-last, mak cik pergi seorang diri , parking kat belakang sekali, belah-belah Harris (kedai buku) , memang jarang benor ar nak buat gini.

Mak cik baru perasan ade Charles and Keith rupenye, sapa suruh jarang pergi kedai buku, kan dah tak nampak. huiiiii adelah yang cantik tumit tajam, mak cik tengok yang ade sale jelah kan.... RM76 kot...
(terbukak ke hati aku nak pakai tumit tinggi  berkaki tajam)

Takpelah mak cik hold dulu

Lalu Kat sebelah dia ade butik ELLE, weh ade ELLE rupenye kat sini. OMG, dah berzaman kau pergi ulang alik sini, baru perasan ke hape nih..

Ke selama nih memang tak nampak , sebab tau tak mampu
Tapi bila akak tengok (akak pulak jadiknya) 50% terus akak masuk

weih... Kasut die tulis harga rm44.70 mahhh.... confirmkan dulu ngan salegirl, betul ke harga die .. kang nanti bila sampai kaunter, ternganga aku nak bayar RM149.
Betul! dan ada saiz 8 ! 70% ko, merasa lah akak nak pakai ELLE.





Aku masih berjiwa remaja Lalalala,
* sambil jalan melompat lompat silang kaki.
Dapat bayangkan tak?


Kulit raya


 
Uolls ingat tak muka kita yang jelita tu dipenuhi jerawat?

Tak Ingat? tak pe lah kita tunjuk, tapi ini tak teruk sangat, takut kalau letak , ada yang mimpi kan wajah kita. hihi.







Muka bulan.bulat.berkawah.



Nak tengok tak muka kita sekarang, aishh, tak bolehlah. kita malu nak tunjuk muka kita sekarang. Tapi nanti kita tunjuk muka kita yang kita amik hari tu.
Tapi, janji jangan mimpi muka kita tau.

.
.
.
.
.
.
.
janji
.
.
.
.
.
.
.
janji
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Janji Tau. Ok.






Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin
Dari Hujung Kuku kaki, hingga hujung rambut bercabang.