Tuesday, March 30, 2010

dbsb::: siri V::: ya, dia nadiku

As salam


katakanlah apa sahaja pada aku

biarlah seluruh dunia membenci aku

biarlah semua manusia menghina aku

tapi , jika kau menjeling pada ku

aku rasa seperti hilang nadi ku


kerana kau ibuku.......



mungkin impianmu melihat aku bahagia

menjadi insan yang dapat kau banggakan

lalu , jika air mata aku jatuh, keberanian ku goyah

bukan semata-mata kerana diriku

tapi apabila melihat kekecewaan mu




apa yang aku mahu adalah melihat kau bahagia,

kerana itu adalah kebahagiaan aku

maafkan aku,

selamat hari jadi ,mak........




rindu udang masak lemak oleh emak


md::: wish pun besday pun lambat, aiyak....

Friday, March 19, 2010

cuba lagi


As salam


orang lain boleh hidup sendiri



orang lain ada kekuatan diri



mengapa orang lain?



adakah mahu putus asa?


selagi boleh, kita cuba
( ain , 13 feb 2010)



....lalu mencari kekuatan diri....

terima kasih untuk tulisan yang sungguh bermanfaat (cari blog motivasi:D)


"Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah.
Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.
Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
"
(surah Az- Zumar, 53)


dari blog Yussamir Yusof..klik di sini dan cikgu azmi di sini


cuba try test uji


lalu jadilah pekebun selama 2 jam



ain, pinjam ko jadi model jantung pisang jap..


sungguh, berada kat kebun lebih indah dari duduk kat makmal



md:: gembira sekejap bila nampak ade bmw x berbumbung lalu depan rumah, rupenyer iqram dinzly datang shooting kat uitm Perlis

Thursday, March 11, 2010

maaf, saya terpaksa



ya, saya terpaksa

bukan kerelaan saya

mungkin pengorbanan adalah jalannya

mungkin inilah hukumannya



semua markah ujian tidak memuaskan

projek tahun akhir saya tiada berkesudahan

saya terpaksa lakukan ini....


......saya terpaksa.......

maafkan saya...

....selamat tinggal....


amaran::: membunuh diri adalah haram!

md:::: doakan saya untuk kembali dengan khabar yang lebih gembira

semoga kita semua berjaya dunia dan akhirat

Monday, March 8, 2010

majlis makan malam, etika, penting!

As Salam


kalo ade dinner


baju
lah kan yang selalu org dok risau first2 sekali...

yelah, nak bergaye sakan kan..selalu comot momot jek..(tapi x leh pakai baju kebaya)
time ni lah nak bling-bling....
hehe sebab nak upload gambar kat laman sosial..(hehehe....nak show off ...poyo=P)

amaran keras ::: riak itu berdosa!...

make up lah yang paling susah..

make up hendaklah ringan -ringan jek..jika tidak tahu ,mintaklah kawan anda make up kan...atau kalo nak make up sendiri.. pastikan anda berbakat!(jika tidak mahu kelihatan seperti.........





ini

macam tekanan perasaan jek budak ni...


the best part....makan

lalu janganlah memberi ucapan yang sgt panjang lebar, sebab lapar giler, pastu timing lari, pastu x sempat nak minum teh dengan kopi dah suruh balik..... (oi, merungut!)

Oleh itu, harus lah mengamalkan etika makan..(nak makan pun susah)..


prawn cocktail yang udang nyer sebesar syiling 20 sen
harus dibelah 2......baru makan



makan cream of mushroom soup, haruslah sudu ke mulut , bukan mulut ke sudu....(eh, pening!)




marinated chicken supreme served with potato, garden vegetable and BBQ sauce.
caution::: hot!


apple pie vanilla chocolate and vanilla sauce..huhu dah penyek dah


kalau dah pakai lawa-lawa, mestilah nak bergambar kan...

bersedialah untuk kelihatan seperti AC Mizal pakai baju kurung jika anda bergambar dengan orang yang lagi kecil saiz badannya dari anda....



bergambar dengan rakan comel saya , zalikha...


majlis makan malam akan lebih indah jika pergi bersama rakan-rakan seperjuangan .. (yelah sem akhir;( )


bersatu kita pelajar uitm, kita bangsa berjaya

md::: last-last, makan hentam jerk....aishah, jgn x datang dinner AppChem nanti!

Monday, March 1, 2010

tetamu di pulau

As salam




puding roti siap sedia di meja ketika sampai pukul 11 malam




nasi lemak kukus siap sedia ketika bangun pagi



kuew teow goreng yang enak di pagi hari



nasi kerabu di puncak mutiara cafe di malam hari



terima kasih kepada warga bangladesh yang sudi tangkap suasana ini



md:::: penghargaan kepada cik nurul ain syuhada, Encik Abu Bakar, dan Puan siti Sharifah atas layanan first class kepada saya dan kawan2 di Penang....bilik berhawa dingin dengan tuala dan kain batik siap sedia..nasi lemak kukus, puding roti kuew teow , belanja makan nasi kerabu.....serta tol merentas jambatan , bayar duit parking serta senyuman yang manis .......
mampukah saya melayan tetamu saya sehebat anda semua . terima kasih untuk segalanya...

tanggungjawab, amanah....beban

As salam








relakah berada di sisi mereka ketika mereka sedang sakit kepala menghadapi duka atau hanya bersama mereka ketika syok bergembira atau ketika masa kerja tak siap sebab asyik membuta.




apakah ikhlas menuntut ilmu atas tuntutan agama atau kerana sebab terpaksa...




apakah tugas aku sebagai penghuni bumi ini dijalankan dengan sempurna.....atau mencemarkannya tanpa rasa berdosa.......
bumi ini bukan diwarisi dari ibu bapa .........tapi amanah daripada anak-anak ( anak?)




mampukah tanggugjawab kepada ibu bapa dilaksanakan dengan sebaiknya...
kerana bekalan mereka ialah doa dari anak yang soleh
juga menemani mereka di usia tua bukan hanya untuk mengelak orang mengata...


adakah saya adalah kawan yang baik, walau bukan sempurna tapi sentiasa ada ketika susah mahupun sengsara...
atau hanya menjeruk rasa yang menyakitkan jiwa membuat kulit semakin nampak tua (yelah usia pun memang bukan muda, nak masuk 22)

atau sanggupkah mengguna beg kitar semula bagi mengurangkan longgokan plastik sampah yang kalau dibakar menyumbang kepada gas-gas rumah hijau hingga menyebabkan peningkatan suhu dunia
atau hujan asid yang bakal memusnahkan hidupan, tumbuhan dan harta benda.


mampukah belajar hingga saat nafas terhenti bagi menyumbang kepada generasi masa hadapan agar ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan..
juga untuk membeli rumah yang dilengkapi kincir angin , kolam renang yang menggunakan tenaga solar maka kuranglah bil elektrik ,
serta rumah yang tinggi
lalu kuranglah terkena radiasi radon yang boleh menyebabkan kanser.


Ini adalah amanah dan tanggungjawab dan yang pastinya bukan beban.......
kita adalah hamba....
sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Kuasa.....

md::: bahu terasa makin flat