Friday, April 26, 2019

Kebal Puji, Kalis Keji

As salam,

Babak 1:  31? Tak percayalah


Manusia 1: Semoga mendapat jodoh yang baik, cepat kahwin.

Manusia 2: Carikan dia boyfriend dulu.

Manusia 1: Ni, tak de boyfriend?  muka macam ni tak de boyfriend ?"

Manusia 2: Tak pe muda lagi.

Manusia bernama Munirah: Alah, kita dah umur 31 malas dah nak fikir, dah tak de feeling 

Manusia 1: Ye ye je kau umur 31, mana IC? Walaupun muka dia ni naif, jangan percaya.

Manusia bernama Munirah tunjukkan kad. 

Manusia 1 dan 2 : Aah lah 31. *Diam


Babak 2: 31? Muka Tua 

Manusia 3: Nak tak kita kenalkan dengan adik kita?

Manusia 4: Eh, buat apa, nak kenalkan dengan adik. Nanti adik dia reject, kang tengok muka tua, malu je".

Manusia 3: Tak pe muka tak cantik. Tapi, hati baik.

Manusia bernama Munirah ; sengeh macam kerang busuk :D

Perangai dan mulut jahat vs perbezaan bangsa, dan asal keturunan

Setiap kali, aku jumpa dengan manusia yang perangai dia tak best,
lebih-lebih lagai kalau manusianya berasal dari negeri lain atau bangsa lain, 
Aku selalu ada terlintas di hati mengklasifasikan mereka semuanya sama.

Setiap kali seorang manusia yang bangsa lain atau negeri lain yang aku jumpa tak best tu, 
aku akan ingat dan pujuk diri aku, aku pernah jumpa mausia dari bangsa dan negeri mereka , 
yang mashaAllah baiknya dan aku pernah jumpa dari bangsa dan negeri aku yang lagi tak best perangainya.
(Paham tak susunan ayat aku ni?Kang kalau aku cakap lagi berterabur)




Buruk Puji dan Baik Keji


Setiap kali aku suka bila ada orang kata aku nampak muda, (dan cantik :P )
Atau sesekali orang yang baru kenal aku beberapa jam, kata aku baik

Sungguh pujian itu membuat aku gembira, kecuali puji tang baik tu..haha


Doa apabila dipuji;
اللَّهُمَّ لا تُؤَاخِذْنِي بِمَا يَقُولُونَ، واغْفِر لِي مَا لَا يَعْلَمُونَ واجْعَلْنِي خَيْراً مِمَّايَظُنُّونَ
Ya Allah, jangan Engkau menghukumku disebabkan pujian yang dia ucapkan, ampunilah aku, atas kekurangan yang tidak mereka ketahui. Dan jadikan aku lebih baik dari pada penilaian yang mereka berikan untukku.”
Doa ini diriwayatkan Bukhari dalam Adabul Mufrad (no. 761) dan sanadnya dishahihkan al-Albani. Juga al-Baihaqi dalam Syua’abul Iman (4/228).




Siapa yang lebih mengenali diri?
Kalau tidak tuan empunya diri dan tuhan.

Siapa yang tahu niat dalam hati,
Kalau bukan tuan punya hati dan Penciptanya.
Dia yang menutup keaiban  kita pada ketika itu.

Kita pujuk hati kita agar tidak merasa  sombong dengan pujian sebab tu baik juga ada orang mulut lahar sembur kau, baru kaki kau jejak ke tanah, kalau tak jalan atas angin memanjang, hidung kemain tinggi,





Manusia dianugerahkan sifat semula jadi untuk suka berbuat baik dan setiap manusia ada sisi baiknya,
Tapi, biasalah nafsu dan syaitan dah train kita untuk jadi jahat sejak azali lagi.
Ha, mulalah tu nak salahkan syaitan pulak.


"Wow, sedap air kau buat, manis macam tukang buat"

(Agicu bak kate kak lina pom pom.)
Apa perasaan orang yang dipuji tu?
Walaupun stuck dekat jam otw pergi kerja, dia masih boleh tersenyum sepanjang hari.
Disclaimer : Pujian Ikhlas ya, bukan membodek.

Ataupun,

"Eh, kau pakai baju ni nampak macam mak cik lah"

Ape perasaan mak cik mak cik di dunia ni...
Ayat ni menggambarkan mak cik tak kerlass, walaupun, sebenarnya mak cik lebih vogue dari budak-budak baru nak up #sayapundahlamajadimakcik.

Okay. Ini bukan pasal mak cik.

Ada ketika aku memang jujur. Cantik aku akan cakap cantik, buruk aku cakap buruk.

Betapa tajam nya lidah hingga dia boleh memberi emosi kepada seorang manusia.

Aku tak tahu berapa banyak hati yang terluka sebab mulut aku.

Aku lupa betapa perkataan negatif memberi kesan kepada aku hingga aku sanggup melakukan perkara itu pada orang lain.

Aku seorang yang pelupa. Tapi, aku masih ingat perkara yang negatif orang pernah cakap kat aku.

Sampai sekarang ia memberi kesan kepada tahap keyakinan aku.

Aku tahu orang yang hebat dan korang akan, ambil perkara perkara yang baik, dan  tak peduli serta menjadikan perkara negatif sebagai pemangkin semangat.

Tapi, tidak untuk aku. 

Jadi, cakaplah perkara yang baik (bukan semata-mata pujian) pada sesiapa sahaja.

Tanpa anda sedar, mungkin ia adalah antara penyebab kejayaan seseorang.

Lebih baikkan daripada menjadi salah satu sebab kemurungan seseorang?





Bila ditanya kepada anak-anak muridnya , Apakah  yang paling tajam?
Imam Al-Ghazali mengatakan bahwa yang paling tajam itu adalah lidah. Karena dengan lidah, manusia kerapkali menyakiti perasaan orang lain bahkan kerabat dekat sekalipun.  Sebagaimana pepatah mengatakan, "Kalau pedang melukai tubuh ada harapan akan sembuh, tapi kalau lidah melukai hati kemana obat hendak di cari?".

Kepada anda yang menerima pujian.pulak Harap tidak sombong dan menerima pujian itu melebih-lebih.


Kepada yang memberi kritikan, pastikan jangan sampai menghina. (fizikal is so no no)
Bagai menghela (menarikrambut dalam tepungrambut jangan putus, tepung jangan berserak. 
Bak kata budak-budak kalau gaduh , 
"Mulut kau tu jaga, jangan kerana mulut badan binasa, masuk neraka"

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: 
“Amal yang paling banyak memasukkan manusia ke surga ialah taqwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Baginda ditanya lagi, Apa penyebab banyaknya manusia masuk neraka?” Rasulullah SAW menjawab, “Mulut dan kemaluan.” (Riwayat at-Tirmidzi). 

Bersederhanalah.
Jangan simpan pujian di hati, jangan ambil hati pada kejian.

Amalkan Kebal Puji, Kalis keji,
Atau peribahasa melayu, Tak hidup dek puji, tak mati dek keji.


Ha kau, peribahasa keluar semua, amacam karangan aku. Boleh dapat A tak?


md; Peringatan kepada diri sendiri.

Tuesday, April 16, 2019

Bercuti di Ipoh: Ada apa di Ipoh?



As salam, 

Ini adalah entri susulan selepas entri sebelum ni ; Tempat Makan Menarik di Ipoh
Entri ni kira galeri gambar, sebab selama ni, gambar beribu-ribu aku tangkap, semua hilang  ditelan zaman, setakat ni dalam belog je lah yang kekal.

Percutian di Ipoh 2 malam, 2 hari aku hari tu membawa aku ke tempat-tempat yang menjadi tempat yang must go in Ipoh. 
Walaupun aku fikir Ipoh macam, tak berapa menjadi pilihan sangat sebagai tempat pelancongan berbanding tempat fofuler lain seperti tempat yang ada sumber tarikan alama semula jadi seperti Langkawi, Cameron Highlands.
Nak pergi Ipoh? Ada apa seh kat Ipoh? 
Okay jangan marah dulu yong.

Well, orang Ipoh jangan kecam aku , sebagai orang Johor yang kalau orang tanya aku pun, 
apa menarik kat Johor ? 
Aku akan krik krik. Langsung tak boleh jadi duta negeri. 

Aku memang tak study and research apa-apa pasal Ipoh dan aku serahkan kat Tikah untuk rancang segala aktiviti dan expect, come on what you have in Ipoh? Surprise me please.. #gituh #bongkak

Aku amik bas dari Larkin Sentral ke Terminal Bas Amanjaya pukul 10.30 pagi  beli on the spot pasal tak tahu pukul berapa boleh sampai Larkin. Balik kerja terus pergi ya.. 😁 
Jangan tanya mandi ke tak? Lu fikirlah sendiri. 
Naik bas dari pukul 10.30 pagi, rasa lameeeeeeeeeeeeeeeeeeenye nak sampai. 
Tak aman dan tak berjaya tidur aku kat dalam bas, pasai  6.30petang baru sampai Amanjaya dengan jayanya. 

Ini kali pertama jasad aku sebenarnya berada di Ipoh. 

Jadi semua benda nak ambil gambar. 
Aku akui aku agak  terpesona dengan bandar Ipoh. 

Aku suka nilai rustic dan vintage  bangunan kat sini.


Gerbang Malam

Kami pergi ke Gerbang Malam setelah kekenyangan di food truck MBI 
Aku memula macam dah nak kiok, fikir selimut, katil empuk, bilik aircond. 
Tapi, apalah gunanya kau jalan jauh-jauh kalau hanya nak tidur, baik duduk rumah je.
 Itu yang aku dok pujuk mata aku. 
Bak kata kawan aku Tubeng kat group whatappps geng tangga asrama, nasib baik ade Tikah, 
kalau Mun dengan Nisak je, duk bilik tidur je.. Oh mai, obvious sangat ke perangai malas aku. 😁 
Ku gagahkan pergi Gerbang Malam tengok apa yang ada. Ohh, dia ala ala Pazar karat kat JB







Dia orang ada beli tudung bawal. Aku cuci mata dan jadi paparazzi je.
Esoknya, kami jalan kaki  ke lorong-lorong sempit untuk ambil gambar dan dijadikan modal untuk diupload di Instagram. #lifein2019 #sad :D


Seni bina Bangunan Sejarah di Ipoh

Esok pagi, kami berjalan-jalan secara rawak dan ambil gambar yang dirasakan penuh ada nilai seni pada pandangan mata budak sains (yang tak jadi saintis)
Bebudak ni sampai cakap kat aku sebab asyik nak ambil gambar bangunan, sama je semua banguanan putih je semua..
Yelah,  bangunan Johor banyak dia dah cat warna kuning daripada warna putih, so tak nampaklah ciri senibina kolonial tu (cth: Masjid Sultan Abu Bakar, Istana Besar /Muzium Diraja Abu Bakar, ceh padahal dua tu je yang aku tahu)


Menara Jam Memorial Birch







Majlis Bandaraya Ipoh.











Pintu gerbang bangunan KTM, yang  seni juga pada pandangan mata kau.


Dataran KTM, malam ada lampu-lampu , air pancut
kata Tikah,
Orang photo shoot tengah panas dapat dilihat di situ,


KTM Seberang jalan dengan Dewan bandaran Ipoh punye bangunaan,










Concubine Lane (dan jalan-jalan sekitarnya)


Menyesuluri jalan-jalan di Ipoh Old Town, mural, bangunan rustic , hipster lifestyle untuk buat background bergambar di media sosial (again)




Random kedai dan dinding untuk diambil gambar.


Banyak sangat gambar, 700+ gambar untuk percutian 2 hari , 2 malam.
Jadi, terpaksalah aku lambakan gambar kat sini. 





Walaupun tak masuk dan makan kat Kafe Plan b, amik gambar jelah kat luar,
sebab Tikah kata interior cantik, makanan beberapa je yang best.
Lagipun kitaorang dah kenyang dengan breakfast di New Hollywood.



Vantage ke tidekkk Tikah 
#ifyouknowyouknow





Instagram worthy ke tidekk..




Konon nak buat pose stunt, nak gambar rare.
Namun, jatuh tergelincir.
jadilah dia awkward.










Jalan-jalan mencari muzium Arwah Yasmin Ahmad





Muzium Yasmin Ahmad @ Yasmin at Kong Heng

Tarikh aku pergi ni 9 Mac 2019, punyalah lambat aku update, sampai rupanya, 
Muzium ni dah pindah (nasib aku google tadi) Dia dah pindah rumah di lokasi ke
91, Jalan Sultan Yussuf (Belfield Street), (sila scroll atas gambar Nisak di simpang nama jalan) bermula 11 April 2019.



Masa ni, kitaorang sesat nak cari muzium Yasmin Ahmad. 
Aku hanya bergantung harap kat Tikah dan Nisak je carik jalan. Aku memang buta baca peta. 😁 
Gelak dengan Nisak mengimbau masa sekolah, aku satu team dengan dia masa perkhemahan pengakap dan pandu puteri, group kita orang sesat dalam hutan. Lepas tu give up. 
Tak sangka zaman dah ada teknologi ni pun aku masih sesat lagi. Oh mai. 

Aku pun tak tahu, setelah ditelek dan pusing peta 360 darjah , menggunakan google maps pun tak jalan, tanya orang tempatan, akhirnya jumpa juga Muzium Yasmin Ahmad.






Di kaunter pendaftaran.
Pilih signature Arwah Yasmin Ahmad, cop kat tiket
Gambar ni tak relevan lagi sebab dah pindah kan.


Simple je muzium ni. Masuk je, terus ada aura homey gituh.
Ada tayangan iklan arwah pernah buat selama sejam. 
Tayangan filem arwah pernah arahkan, poster dan quote arwah juga ada. 
Sentimental sangat, sebab iklan raya dia memang melekat zaman kanak-kanak dulu. 
Ya, aku memang rasa tua bila buat ayat di atas. 


Manusia mati, meninggalkan nama.


Apa yang kau mahu tinggalkan untuk diingati, setelah kau pergi?


Komputer Arwah Yasmin, mengandungi sajak-sajak tulisan dan bacaan beliau.



Secara jujurnya aku tak berapa nak tengok filem-filem arwah,
Apa yang aku paling ingat , ialah iklan-iklan raya biasanya Petronas punya.
Iklan dia paling aku nantikan setiap tahun.
Aku tak suka iklan kat TV, kecuali iklan raya Petronas ketika itu



Arwah menyentuh elemen paling dekat di hati, tentang cinta, keluarga dan sahabat.
Dan dipersembahkan dengan sangat-sangat baik.
Hingga boleh mengalirkan air mata.
Siapa boleh ingat, iklan raya kisah emak beranak tujuh, anak-anak bawak seekor lembu naik perahu untuk raya untuk emak dia, sampai mak dia pengsan.
Dan,
Iklan yand ada anak dan menantu letak kerusi dan meja makan kat luar untuk ayah dia yang sudah tua. sebab ayah dia asyik makan bersepah dan jatuhkan pinggan/cawan.



Tumpah air mata machoku.



Menonton hasil iklan arahan arwah selama sejam.



Berbaloi atau tidak pergi sini, aku rasa sangat berbaloi.

Taman Rekreasi Gunung Lang.


Tempat ni asalnya aku tak expect tinggi sangat. 
Di sini, ada tasik, ada bela ikan, boleh bagi beli makanan ikan. Bagi ikan makan yang sedia gemuk.

Nak pergi taman rekreasi ni kena naik bot, dia seberang tasik.
Tak sampai 2 minit naik bot, dah sampai. 
Basically, Taman rekreasi Gunung Lang adalah taman. Luls. 

Tapi. Tapi tapi  dia bestttt, ada khidmat sewa basikal untuk kita kayuh, kalau jalan kaki penat gak.😅 

Cuaca masa aku pergi tu memang ngam ar. 
Dah lama tak rasa merempit, sampai 3 round, bergambar puas-puas.
Kemain banyak take, dapatlah sekeping dua yang helok buat modal. 

Lepas habis sejam, oh charge basikal ; sejam RM5/orang






Posing main basikal ala-ala di Korea


Oklah, Amsterdam.



Tapi, sebenarnya di Tanah Melayu. Feeling sikit lah Siti Nurhaliza berbasikal walaupun.....:D

#Malaysianandproud 



Nisak : Eh , Tikah, ko tahu tak, kambing aku hamil.
Comel betul baby bump dia.
Tikah: Alhamdulillah, hamil ke, aku ingat manapous dah. #bawangdetected




Nisak: Eh, Okay Tikah . Rindu pulak aku kat kambing aku. Aku gerak lu. Pape roger.
Tikah:  Ha ye lah, kang nak bersalin kabor kat aku, 
aku nak buat IG Live."


"Hai, cakap pasal kambing, teringin pulak makan lamb chop"



Disclaimer: Maaf ye, dialaog adalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati.

Tak pelah, kita tengok je pemandangan ini, untuk bagi jiwa kita kenyang.


Kayuh lagi biar tak rasa bersalah nak bedal cendol sat lagi.



Kita kenyanglah dengan bergambar dengan air hijau jus saleri ni.






Marilah kita fokus dalam hidup kita, menikmati setiap detik yang dipinjamkan tuhan.


Agar kita sentiasa berhati ceria 


meningkatkan bekalan amal,



dan silaturrahim dapat dikekalkan


kerana perjalanan di sana lebih panjang.





Dah cukuplah kau berdrama, tahulah tengah tengok orang shooting drama.
Cerita kanak-kanak kata crew tu, Sweet Qismina kot yang berlakon, nyanyi lagu Buaiku Laju.




Dah penat merempit, nampak aiskrim, perghhhhhhhhhhhhhhhhh...
bagai mengantuk disorongkan batal,
bagai bulan jatuh ke riba.
bagai dapat aiskrim Malaysia masa tengah hari buta.


Ada air terjun buatan tertinggi di Malaysia,
 tapi ada waktu tertentu, masa ni waktu petang (1pm-3pm) 


 Taman Rekreasi Gunung Lang, memang best

Maklumat lanjut : Perak Today



Kellie's Castle

Hari terakhir, kami pergi Kellie's castle, Batu Gajah.
Masuk tak mahal, RM5 dengan kad pengenalan, RM2 parking.
Bangunan dia sungguh tak mengecewakan, bangunan sejarah di Perak,
memang cantik walau pun tak siap.
Well, teringat dulu masa zaman sekolah rendah, cita-cita aku adalah seorang arkitek, aku suka lukis rumah idaman aku dengan landskap sekali. Mula dah tu, cerita sejarah dia pulak..

Huhu, #maafkanmakcik #makcikbersyukurjadiminahkilang

Kellie's Castle yang tak sempat siap ni adalah lambang cinta pengusaha ladang getah dan bijih timah, Kellie terhadap isteri dan 2 anaknya.
Banguanan ni masih dipelihara untuk jadi background bergambar buat stok gambar pengunjung sini.

Panas gila, tapi memang bagus untuk sumber limpahan cahaya semula jadi untuk gambar korang. Kena tahan sikit lah.
Tapi, tak bertahan lama pun... 😁
Surrender dengan matahari.


Sebab aku jenis main redah je tak study apemende, baru aku tahu rupanya, Kellie'c Castle ni adalah antara tempat terseram  atau terpuaka di Malaysia dan menjadi lokasi pengambaran filem Munafik 2.

Boleh baca serba sedikit latar belakangnya di link ; 'Bertemu' hantu di Kellie's Castle



Payung Tikah yang dah sedia dalam kereta.
Hidup Bulan!!!



Masa amik gambar ni, "Nisak cuba pose matang sikit". 
Haha


Matanglah sangat pose kau tu Munirah.


Kaki satu ke depan, nampak ilusi slim.,Kan Tikah kan, 


Ni dekat tingkat ata, di  mana dikatakan ini balkoni berhantu, sebab orang pernah nampak Si Kellie dok termenung kat situ memalam.





Ruang tamu dia je yang furnished.











Laluan-laluan rahsia






Sebab aku tak tahu tempat ni ada kisah seram, aku tak feeling apa,
ade aku masuk bilik linen (bilik simpan cadar) tengok tak de apa pun..
Tapi, aku baca, ada yang kata meremang ....

Hmmm, cuba kalau aku tahu sebelum datang , mahu aku seram beku, 
walau bahang matahari mencucuk tulang hitam ku.






Seni binanya yang diilhamkan daripada istana moghul, di Agra India.








Padanlah masa aku duduk sini, aku rasa seram semacam..Ceh, dan dan kau seram.



Mintak pelancong mata sepet tolong amikkan gambar



Kellas House. 
a.k.a ibu pejabat AbuJa.



Boleh, pulak feeling photoshoot panaih nak mampuih





Tak habis lagi 2 orang ni update pasal kambing dan kerepek.
















Pada tahun 2017, aku pernah ditanya bekas rakan sekerjaku.
 Masa tu aku nak berhenti kerja, rakan sekerja aku ketika tu tanya,
Lepas ni you nak buat apa?
I nak travel .
You nak pergi mana?
I nak pergi Perak.

Korang rasa apa , respon dia?
Yes, you got it right.
hahahaha
ketawa/senyum yang keluar angin tu (apa istilah dia tu?)

Namun, aku hanya menjejakkan kaki di Perak pada 8 Mac 2019.
Okay, bila aku nak jejak London dan Jepun ni, dari zaman mumaiz aku nak pi.

Terima Kasih Tikah kerana bawak kitaorang jalan-jalan di ipoh dan membuka mata aku, 
bahawa negara kita cukup cantik dan banyak lagi aku perlu terokai 
#pujukdirisebabtakmampupergioversea  #butseriouslyMalaysiabest

Nanti ada rezeki boleh pergi Banjaran Hotspring .. .
Tuhh, verangan

Siapa kata Ipoh tak de apa-apa?
Ipoh you have surprised me.



Ipoh, Wow, Amazing!

md: bakal suami ,nak pelamin backdrop air terjun macamni please..  nak challenge Yuna 
Kbai