Sunday, November 26, 2023

Healing di Sedili , Kota Tinggi

As Salam

Serious talk, rindu gila nak menulis, rindu gila belog ni.

Banyak draft, tapi semua separuh jalan ya.

Semakin meningkat usia, semakin jarang aku menulis.

Mesti disebabkan pengaruh tiktok, dan seumpanya, manusia lebih gemar scroll, dan menonton saja tanpa effort perlu membaca. Even nak baca caption pun malas ya, 

Kalau 2 patah perkataan permulaan kau tak cukup catchy memang kena swipe laju-laju.


Maka dengan itu,  tatabahasa semakin teruk,  kemahiran menulis, bercakap zaman sekolah yang dapat B , lagi baik daripada zaman sekarang.

Otak semakin tumpul.

Ini semua salah teknologi .

Haha, kita mana boleh salahkan diri sendiri , kita mesti kena cari makhluk lain untuk disalahkan.

Faktor pekerjaan dan kemalasan nak bercakap bukan salah aku.

Oh, kalau dengan mak kau laju pula kau menjawab.


Ahhh, ini semua salah zionist. syaitonn laknatullah.😈😹


Okay, marilah kita buat latihan karangan dengan tema, 

jalan-jalan dengan ibu anda.


Mak aku dok  ratib ajak jalan-jalan, dia kata nak hilangkan bengang dia, 

“Mak nak pergi mana?”

“Mana-mana je, kecuali tengok wayang, mak tak nak”

πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜† 


Kebaikkan kerja shift, kau cuti weekday, harga hotel murah sikit, orang tak ramai. Huhu.

Waktu ni, geng-geng pencen je lah yang free kan.

Maka dengan itu, minggu lepas 15-16 November,  Rabu-Khamis.


Aku dengan mak aku dan adik-adik mak aku, a.k.a mak cik aku lah healing atau zaman 90an-2000an diistilahan layan blues di Sedili.


Kenapa Sedili?

Kota Tinggi dan Mersing adalah daerah di Johor yang agak terkenal dengan tempat perlancongan yang berlatar pantai, tenang dan suasana kampung.

Mersing, daerah yang aku paling suka di Johr, macam agak jauh berbanding Kota Tinggi dan musim hujan. 

Mak dan mak cik aku bukan hadap nak mandi laut ke , snorkeling bagai.

Jadi, Sedili, Kota Tinggi adalah option yang aku rasa tak jauh sangat. Dalam 2 jam dari Pontian. 

Kawasan yang kami agak familiar dan berdekatan antara resort dan tempat makan. 

Dekat dengan bandar juga ( Kota Tingi) in case, kalau boring di Sedili.


Kami mulakan pagi itu, dengan melawat kubur mbah aku, sejujurnya ini kali pertama aku melawat kubur mbah aku sejak arwah meninggal dunia bulan Januari.

Kami juga ziarah kubur Arwah Pak Mat, suami Mak Na.






Urusan mereka di dunia telah selesai

Giliran kita pula entah  bila.

Masih risau dengan masalah dunia yang tak kesudahan.



Kemudian, kita isi perut dulu.


Biasalah kita santai-santai je geng-geng pencen ni, haha


Check in 3 petang, kita sampai tu agak awal 11.30 pagi .
Jadi, kita pun jalan-jalan ke pantai dulu. 

Pantai Manis

Aku tak tahu lah pasal apa, aku datang hari Rabu, baru lepas cuti Depavali  ( Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin) aku ingat orang tak ramai, dan kedai buka . Tapi, nasib tak baik, awat semua celop tepung tak buka. 

Ha, mungkin ini keburukkan bercuti weekdays. 


Mungkin faktor, diorang dah kaya masa cuti Depavali hari tu,
Atau, musim hujan, nelayan tak turun laut,
stok seafood habis.

Atau memang salah timing.

Aduhhh, ngences lah gini.

Kedai Celop Tepung 5A tak buka, 
Celop tepung kat Pantai Manis langsung tak buka.


Aku tengok mak aku ni, memang patut 
aku pun perangai macam ni.

Raja Kari Siam

Tapi, nasib baik the famous Raja Kari Siam buka.

Ada juga celop tepung. 



Seafood diaorang memang segar lah kan.
Gila lah kau kalau tak segar dekat dengan jeti nelayan kot.


Ambil sikit-sikit je , seketul dua.
Boleh lah buat rasa-rasa. 

Masa aku pergi dalam 12.30 tengah hari. Dia buka pukul 12.
Ikan merah selalu buat kari tu belum cair. 
So, ganti dengan ikan siakap.
Tapi, tak mengecewakan, sebab ikan segar ya.
Mango float yang orang dok recommend pun belum sampai bahannya 😒


Kita tetap enjoy, melahap, walaupun panas.



Now, this is how my 35 old face looks.

And this mosy probably my 71 years old look alike.


Mak Bi yang risau, darah tinggi, kolestrol , naik bila jalan-jalan ni.

Aku pula gatal nak order sotong salted egg .
Boleh makan.
Tetap tak boleh capai piawaian aku.

Sea Horizon Resort 


Lepas tu kita check in, lah.
Resort ni popular dengan unit glamping, view laut tanpa halangan.
Tapi, mahal betol RM800 keatas. 
Maka, kita ambil yang mampu je lah.

Aku bermalam di Seaview Cottage , unit sebuah, menghadap laut. RM400 semalam.
Maximum 3 orang. Aku tambah katil , total RM440.


Dinner and breakfast kena beritahu awal kalau nak makan kat resort.

Dinner beritahu sebelum pukul 4 petang.
Kalau nak Breakfast beritahu sebelum pukul 6 petang.

Mak dan mak cik-mak cik aku, tak sabar nak check in pasal nak membuang. 
Mak aku nak tidur πŸ˜†
Pasal dia pening kepala, jadi penumpang.
Nap time dia dah sampai.

Kalau bercuti , kira tajuk berkisar tentang sakit perut  dah berapa kali?
Dah habis ke belum?
πŸ˜†







View depan Cottage.



Lighting baik dik, kasi chance kakak feeling


Begitulah , di usia 35 baru kau nak membahasakan diri kau kakak ya.


Di depan unit ni, agak usang, dan boleh tahan harganya untuk sis yang biforty ini.



Depan unit kami. 
Mak aku pose macam menang acara balapan lari berganti-ganti.



Mak Na dan Mak Bi yang lebih sopanπŸ˜†




Posing depan kedai keropok pun jadik.


Kami semua sependapat, yang keropok lekor dia okay-okay,  tak sesedap yang aku pernah rasa dari Terengganu dan Mersing, yang mana isi ikan lebih terasa.

Tapi, dia punya keropok keping memang sedap. 
Mulut tak berhenti kunyah.


Malam tu nak cari makan malam, konon tak nak makan berat.
Sekali nampak pasar malam, jalan lah sat beli cemil cemilan.

buah-buahan

keropok lekor

putu piring

Mak Na yang paling dipercayai hal ehwal kewangan.
Aku dengan mak aku memang surrender awal-awal.

Langit gelap malam tu , moh ler kita balik bilik.


Hasil perabih duit kat pasar malam.
Makan sambil layan view laut depan bilik.
Diaorang semua berserkop je. 
Tak boleh upload gambar.



Posing sekitar resort.



Alhamdulillah , untuk 2 orang mak cik yang sempoi.
Dok berebut toilet, dok ngata siapa yang kuat berdengkur.



Muka mak aku tengah mengkritik.
Sarapan di medan selera jati. Mak aku order laksa Terengganu..
Dia order laksam pulak kat kedai sebelah, baru berasa sikit.

Aku makan nasi dagang.

Mak Bi kata, kesiannnn daun pisangnyaπŸ˜‚




Walaupun , percutian ni hampir tak jadi, sebab mak aku dok kata, ramalan cuaca hujan tak menentu,
Dia risau kalau banjir , dah terdampar kita kat sini.
Duduk pusat banjir.
Huhu, bayangkan je dah menakutkan.

Tapi, Alhamdulilllah, kita tawakkal cuaca baik. 
Allah izinkan untuk aku realisasikan keinginan mak aku nak jalan- jalan.


Indahnya melihat orang tersayang isenyum.

Ini baru bawa pergi Sedili ,
 bayangkan yang bawak mak pak  pergi buat Haji tu.
uhhh indahnya.
Ini  selalu ayat mancing orang ajak join bisnes MLM dan insurans.




Temalah Cove ni cantik, baru buka tapi dia hanya buka untuk satu keluarga besar , 6 buah rumah, aku pernah whatapps dia, dalam RM1900 semalam promosi sampai tahun ni je.


Masa untuk pulang ke sarang.


Dalam perjalanan balik, singgah tepi jalan kat Jalan Mawai, beli buah berangan


Dengan apam balik Jalan Mawai.



Beli apam balik dia memang terbaik, tepung lembut, isi banyak, jagung kacang RM3 je.



Pengalaman yang sangat manis untuk aku. Depa tak tahu lah.
Sebab 2 orang mak cik aku pening layan perangai aku dengan mak aku yang kuat gadoh.

Terima kasih Ya Allah atas kemanisan ini.
Tidak perlu tunggu untuk bahagia baru bersyukur.
Kita akan bahagia , bila kita bersyukur,