Sunday, December 31, 2023

Syawal 2023 dan Selamat Tinggal 2023

As Salam,

Yerrr dah tahu hari ini hari terakhir 2023. 

Ye, ini entri hari raya yang berlaku pada bulan April 2023.

Ye , dah lambat.

Tapi, entri hari raya , wajib , sebagai semakan perubahan badan 

dan wajah kita dan semestinya orang tersayang.


Tahun ni adalah tahun pertama aku raya tanpa mbah aku yang pergi pada bulan Januari tahun ni.


Dalam soal kerjaya; Tahun ni juga aku pergi dua interview mencari kerja baru. Di umur begini, aku seperti budak baru lepas grad masih mencari iklan-iklan kerja kosong untuk mencuba nasib.

Tahun ni juga, tempat kerja aku mengalami business yang mencabar apabila ada retrenchment 2 kali. 
Kawan sekerja juga ada yang terlibat.
Tiada overtime, hanya ambil gaji basic.
Tanpa bonus melainkan AWS.


Alhamdulillah, menjelang 2 bulan sebelum 2023 melabuhkan tirai, business kembali baik.

Adalah juga OT nak tutup lubang-lubang sikit. 

Tiada apa yang kekal dalam dunia ini.
 
Namun, di sebalik sinar ada kehidupan yang semakin sirna.

Masa kita dunia semakin suntuk. 

Pejam celik , tiba-tiba kau jadi atuk.

Kalau ada waktu, kalau tak , jadi arwah dahulu.

Masa tu, jasad dah kaku. Dah habis waktu.


Sementara itu, enjoylah gambar raya hari tu🤪










Tahun ni ada photographer function ambil gambar-gambar aku, suruh pose-pose sana sini.

Mungkin kesian tengok aku selfie sorang diri. huhu




Dengan mak kita lah wak, ajar kedudukan kaki nak posing.



Tak pelah mak, asal happy.




Pelik sangt aihh posing aku 
Mak satu.




Ayah satu.


Boh lah close up lagi satu.


Okay lah buh lah mak satu tengah posing.

Nampak? ,aku punya caption macam buat syarat je.


Inilah photographer aku, Kak Leya, sepupu ipar ku, cousin in law bahasa omputih nya.  Thanks Kak leya , ada jugalah modal nak buat wallpaper muka sendiri. hihi


Raya pertama macam biasalah pergi kubur ziarah atok.



Raya kedua kat Pontian.
 Ini dengan Iman Aliff.


Ini yang depa kata anak aku ni. Iman Haidar.


Ni masih belum nampak yang dia bakal berupa seperti Syukri Yahya pada tarikh sekarang. 





Ini anak buah perempuan aku yang dah anak dara. Kamilia Iman.



Dengan mak lah lagi sekali. Kenangan kita suatu hari nanti.








Sambunglah buh gambar nak buh kat screen saver phone sendiri, longgok sini.






Sepupu-sepupu belah emak beraya ke Lorong Haji Tubari.







Emak dengan cucu-cucu daripada anak sulongnya.








Raya rumah Pak Long , makan mi rebus.






Mak dan Mak Bi.






Raya rumah Mak Na , makan soto.








Dengan sepupuku, Azimah yang sebaya dengan aku, masa ni sedang mengandung anak pertamanya.





Rumah Pak Uda, lepak tangga.






















Raya dengan kawan-kawan pulak kita ni macam biasalah.


Berkumpul dekat rumah Nisak.




Ahli Mawar Berduri.






Rumah Nisak makan Domino’s Pizza.




Rumah aku, makan kuih raya straight dari balang je lah. huhu





Cik Ana dan keluarga datang. Tapi, kita ni tak masak, makanlah apa yang ada.



 

Terima kasih semua yang hadir dan masih setia dalam hidup aku dari dulu sampai sekarang.

Aku bersyukur sangat-sangat, 

Allah hadirkan keluarga dan sahabat dalam hidup aku. 

Semoga hingga akhir hayat ku, mereka semua masih kekal dalam doaku.

Untuk tahun ini, terima kasih. 

Untuk tahun depan, marilah berkasih. Eh.

Wednesday, December 27, 2023

Bercuti di Perlis : Naik bot di Timah Tasoh vs Kampung Wai

 As Salam


Amboi bercuti kat Perlis 3 hari 2 malam je pun, dia punya banyak part tu kemain. 


Ya, aku ada hutang lagi, pasal makanan best kat sana lagi, homestay lagi, ada tempat lagi tak update. 

Aktiviti naik bot di Timah Tasoh and Kampung Wai kena pergi sebab dia tak mahal sangat lebih-lebih lagi kalau share dengan member. Kau boleh dapat gambar yang indah, sebab natural light memang melimpah.

Kita ni walaupun dah 3 series , tapi hati tetap 13 tahun.

Jadi, kita mesti excited nak naik bot.

Satu bot RM50, lepastu alhamdulillah ada satu couple suami isteri pun nak naik bot juga. So, kami share berempat. Yay, jimat duit🤪




Bila naik bot je. 
Aishah teringat yang dia tertinggal ipad dalam kereta.
Jadi, sepanjang naik bot tu dia risau.



















Tenannng ribut jiwa


Aku sorang je kaki merenyeh naik bot ni.


sampai lah kita ke tempat yang memang cantik gila dalam gambar.

Imagine pakai baju putih baru lepas nikah, photoshoot dengan imam kita….
Adududduuu😆


Takpelah , sementara nak tunggu ketibaan imam entah bila tu. 
Kita photoshoot dengan Aishah je lah ehh😁




















Turun je dari bot. Berlari si Aishah ke kereta.
Alhamdulillah selamat ipadnya.
InsyaAllah orang Perlis dan kita orang Malaysia baik-baik.


Okay, lepas tu kami gerak shopping Padang Besar, pi ladang Kenaf. 
Lepastu nak check in, dan dan hujan.
Bila kau jumpa katil, hujan pulak tu.
Ko rasa? 

Aku punya aim konon nak pergi Kampung Wai tu petang 6.30ptg sebab nak naik bot sambil layan sunset.

Sekali sampai sana dia kata dah tutup pukul 6.
Aku sampai lebih kurang pukul 6.10ptg.

Bila tanya esok Isnin buka tak? Dia cakap hari Isnin off😢

Pergghh, dia punya pedih mat, macam crush palau kau.


Jadi, nak buat apa? Nangis?


Layanlah kau sunset dekat tepi sungai ni.


Alhamdulillah, view dia tak mengecewakan.











Ada pula mak cik jual pisang goreng.
Dapat mengubat hati lara.


Tapi, sebagai Johorean sejati sis tak makan pisang goreng dengan sos cili.
Rasa macam derhaka kepada bangsa Johor gitu.
Haha, ni gurau sesama orang Johor je.



Sedap eyy pisang goreng baru angkat.


Bila kau ingat kau photogenic, 
dan mengharapkan bila makan pisang goreng pun cantik…

Hakikatnyaaaa.. dikau hanyalah muka awam yang perlu effort nak dapat gambar helokk.

Nak kena repeat lagi ke, 
demi nak naik bot di Kampung Wai

Aduhh rindu betoll , gambar-gambar ni seperti membawa aku ke Perlis menikmati momen-momen secara slowmo

Sometimes you never know the value of a moment,
until it becomes a memory.