Thursday, December 15, 2016

Anugerah buat Munirah

As salam,

Nak berpantun jap..

Walau tajuk mintak kene sumpah,
Sila jangan menyampah. 😂😜

Sering kali bila kita dalam keadaan susah, yang rasanya kita tak tahu nak mohon pertolongan siapa.

Akhirnya, datang makhluk Allah yang kita tak pernah kenal,  yang kita tak pernah memberi manfaat dari segi material mahupun fizikal pada dia. Nama dia pun kita tak tahu.
Tapi,  Allah telah hulurkan pertolongan kepada kita, dan dibukakan hati mereka itu untuk membantu insan tak berdaya seperti kau dan aku (of course).

Mari aku membawa kau sebentar kepada masa silam aku yang tak berapa nak silam lebih kurang  2 minggu yang lepas.

Suatu hari yang damai, di ceruk pedalaman, tiba-tiba ada suatu penempatan yang bernama Puncak Alam. Sebagai seorang gadis bujang yang tampak kurang komitmen tidak seperti wanita berumah tangga yang tak menang tangan melayan kehendak suami dan anak-anak. Kang kejap nak kopi, kejap nak nescafe kejap nak milo.. Ingat kat mamak, kemain order.. #bertabahlahwanita #syurgaitubukanmudah

Okay, sebenarnya nak cakap, aku pi dobi, sebab you know, kita punya komitmen terlalu tinggi,  mana ada masa nak cari hanger, nak risau nak letak bawah bumbung ke nak sidai kat luar baju tu, lepas tu nak kena terkejar-kejar pulak kalau hujan,  nak alihkan baju.. Sekali setelah 20 nanosaat kau alihkan semuaaaaa baju kat bawah bumbung. Tiba-tiba, matahari dengan megah menyinarkan cahayanya saja untuk menambah panas hati kau.
Jadi,  untuk menyokong bisnes dobi layan diri yang bagai cendawan tumbuh selepas hujan atau buih-buih di lautan. Dengan duit yang tak berapa nak ada, bak kata mak aku, saja nak mengayakan orang..aku apalagi.. basuh baju kat dobi lah.
Apalah masalah kau, nak corner baring buat u turn, semata-mata nak cerita kau basuh baju kat dobi.

Okay, berbalik kepada cerita asal, aku dah habis basuh, tiba-tiba datang seorang jejaka yang mengingatkan aku pada ketika kali pertama aku menggunakan khidmat dobi khidmat sendiri pepandai kau lah camne. Dia berdiri di depan mesin tukar duit syiling dan bertanya kepada aku, tukar duit kat sini ye?

Aku pun berilah panduan,  alah bukan susah sangat kan, cer tanya aku pasal sparepart kereta, tak payah bagi masa fikir, aku surrender.

" Saya lama tak basuh baju, baru balik dari Hong Kong."

Respon aku,  apa lagi sengih je lah.

Dia bawak barang dari kereta dia, dan...
"Pilihlah mana nak, cenderahati dari Hong Kong, sebab tolong.. ."

Lepastu......

Korang nak macam mana seterusnya...

Tak de yang seterusnya,  aku pun blah..meneruskan kehidupan.

Aku tersenyum, kerana terasa bestnye kalau kita dapat tolong orang,  kadang bila kita senyum, satu aura positif datang..  Mungkin hari kita menjadi lebih baik pada hari tu.. Contohnya, tak de lah aku harap dapat duit ke apa kan kalau tolong dia.. Tapi, tak semena-mena aku dapat chop stick.  Oklah kan dari tak de ko ni kan.

Ini anugerah yang nampak.
Kalau korang tolong orang, lagi besar nikmatnya yang mungkin kita tak nampak dengan mata kasar.

Mari, aku ceritakan kisah 2 minggu sebelum kejadian di dobi tu berlaku.

Buat pertama kalinya aku memandu kereta mak aku pergi ke Selangor.  Julung-julung kali ya. Paling jauh aku pernah pandu dari Pontian  sampai Muar je.. Yang lain aku jadi penumpang Yang Berhormat.

Best jugak bawa Proton Wira yang berusia 15 tahun tu, buatan Malaysia oh tanah airku. Patut lah Proton wira ni 🔥 orang buat lumba... Tapi, bukan itu masalahnya,  sebelum nak bawa kereta tu, mak aku ada pesan, pergi kat bengkel, tengok okay ke tak. Tapi, macam biasalah,  jiwa rebel aku tak berubah.

Dalam perjalanan di Lebuh raya utara Selatan tu. Aku tengok ada kereta berhenti di tepi jalan.  Ada masalah.  Dalam hati aku, tolonglah jangan aku.

Aku berhenti untuk isi minyak di Petronas Air Keroh.

Meneruskan perjalanan, aku tekan minyak, rasa panas pulak, mungkin air cond problem.. Aku bawa lagi laju..

Boommmm

Korang rasa ape jadi?


Meter temperature aku, jarum dah dekat H nak terkeluar radar dah.

Aku gigihkan bawa sampai hentian sebelah pedas linggi.

Not good.
Nak masuk je parking. Kereta aku berhenti.
Lebih kurang 5.00 petang ke pukul 6ptg

Berasap.
Minyak hitam bersepah.
Aku macam biasalah,  blur blur muka tak bersalah.
Apa yang terjadi di tahun 2016  ini??
Siapakah PM Malaysia sekarang?
Omg, omg, omg.

I make a 📞 tu Plusline.. Sebab orang kat situ recommend kan,
Ada suruh telefon insurans.
Ada suruh telefon kawan.
Ada suruh telefon emak.

Btw, dalam kereta aku tu, penuh dengan barang dan baju. Esok,  aku kene lapor diri untuk hari pertama bekerja pukul 8.30 pagi.

Well, dalam tempoh waktu tu, aku tak dapat berfikir dengan baik..

Aku beritahu kawan aku Ijah yang baru balik dari Cameron Highland (aku menuju ke rumah dia di Serdang).#sorryIjah sorry 🙏

PLUS datang lambat sepatutnya setengah jam. Sebab hari tu Ahad, kereta banyak breakdown.
Tapi,  plus cuma boleh recommend untuk isi borang W.O.W untuk Towing  ke mana kita nak bawak tu, bayaran bincang nanti.
Plus tak tarik ke tol terdekat sebab, dia kata kereta aku dah di tempat selamat.

Dan masa tu aku baru teringat aku punya kawan,  Seseng, suami dia mekanik.
Aku cuba call dia. #kesiannyakawankawanaku dia terpaksa kejutkan suami dia tengah tidur.
Aku tanya dia boleh tak tolong, sebab aku punya duit dalam wallet,  ade RM150.  #wellberapabulanmengangguryangberhormat
Bayangkan kalau aku kene towing kereta,  berapa pulak kena bayar.
Sebab semua orang kat situ yang datang melawat aku cakap, ni kena towing ni, kene overhaul ni, tak boleh jalan ni.

Ada pulak seorang makhluk tuhan ni, offer saya boleh tolong buat, bawak dekat bengkel dia kat mane tah, kat Seremban kot, dia boleh buat dalam 2-3 jam.. Bayar dalam RM300 #agakagakjevalue #akumemangadamemoryproblem
#minumairterdedah

Tapi, adik jual aiskrim, abang jual buah habaq kat aku.. Jangan...

Bahaya, manusia kan macam-macam
Sebab ada pengalaman sebelum ni.

Abangku sayang dari Pontian (dia nak balik Segamat) datang kat situ jugak,  mak aku suruh.

Izzah dan housemate pun datang jugak. Kesian budak ni..#rasabersalahtakhilanglagi

Dipendekkan cerita,  sahabatku Seseng,  suami dia, Andy dan dua anak dia datang lepas maghrib..

Andy dok masukkan air, hidupkan enjin tengok apa puncanya ntahh.

Pastu habaq kat aku bawak X trail, dia sorang bawak kereta aku tu.

Dengan kekuatan yang senipis kulit epal, aku pun bawak lah kereta tu, dia habaq lebih 4 kali lah berhenti,  dok isi air dan minyak hitam semua, dari Hentian sebelah pedas Linggi tu ke RnR Dengkil.

Aku bermalam di rumah Seseng selama seminggu dan pakai kereta Chevrolet Seseng untuk pergi kerja. Sementara, Andy betulkan kereta aku.
#Ioweyoubothforever #IcantpayyoutillIdontknowwhen

Aku rasa sangat tak berdaya.

Hidup perlu diteruskan.

Seseng cakap, kalau aku jadi kau, aku tak berhenti kerja tu, sebab belum kerja banyak dugaan. Kalau aku dah nangis dah.

Well, this is not the first time..kalau nak cerita pasal kereta kancil sebijak aku dan tragedi boleh buat buku setebal buku kanak-kanak sang kancil dan buaya
.Aku pernah lalui dugaan yang hampir sama masa aku kerja sebelum ni. Akhir tahun 2011, 14 Disember 2011.Esok nak lapor diri hari pertama, petang tu kereta rosak kat highway Pasir Gudang di dalam hujan.

23 Mac 2013 Aku juga pernah dalam perjalanan nak jadi pengapit kepada sahabatku,  Rafhana, dengan bergaun putih Love To Dress kononnya,  boommmm aku langgar kereta orang depan berdekatan dengan City Square,Johor Bharu.

Kereta kene tow.
Tak ingat berapa lama, dua atau 3 minggu.  Patah kaki nak pergi kerja. Jalan sejam bila nak pergi kerja hujunh minggu, sebab tak de orang masa tu. #wellkerjakilangkan #kerjaweekeend #areyouwillingtodoOT #myinterviewquestion

Cerita yang hat dua atas ni, dah berapa tahun aku tangguh nak buat. Sebab aku jenis yang pelupa teruk, sebab tu aku gigih lagi buat belog.  Aku tak nak aku lupa jasa setiap orang yang tolong aku.

Terima kasih atok kat Ulu Tiram tumpangkan kita duduk 2 malam, walaupun masa tu tak kenal kita ni siapa.

Terima kasih mak, Mak Inah, Mak Sal, pak cik Dollah tolong bantu kita uruskan kereta kancil sebijak anda (bukan milikku lagi).

Terima kasih Ira dan Epi tolong carikan towing kereta. Hantar/amik balik kerja.
Ayu tolong hantar/amik kerja.

Terima kasih wani @ Tubeng dan kawan dia Aida tolong amik aku kat kenduri kahwin, pergi tempat kejadian bagi pinjam duit nak bayar saman, report dan towing.

Terima Kasih Izzah sebab datang teman walaupun sekejap dekat Pedas/Linggu tu dari Serdang, dahlah jauh baru touch down dari Cameron Highland pulak tu.

Terima Kasih adik jual aiskrim kat Pedas/Linggi tolong kakak, risaukan kita kalau sorang-sorang dengan abang jual buah dan air kat lori. Serta, orang lalu2 dok tanya khabar.

           
Adik jual aiskrim belanja, walaupun akak tak lalu dah dik oi nak makan eskrem. Bagilah waffle dip n dip pun.

Terima Kasih abang, alah apa guna adik-beradikkan,  bagi pinjam ke bagi ntah duit buat bayar duit kereta dan belanja. Pecut laju sebab nak tengok aku ni dok tersadai kat tepi jalan ke tidok.

Terima kasih Seseng, Andy dan keluarga,  bagi tumpang duduk rumah uolls, bagi pinjam kereta, betulkan kereta,  belanja makan. Hmmm..






Terima Kasih, ya Allah, walaupun aku selalu cuai, leka dan selalu buat silap, Kau sentiasa bantu aku dan anugerahkan orang-orang yang baik dalam hidupku.

Kadang bila kita ditimpa musibah, kita bertanya apa dosaku.
Bila kita ditimpa perkara indah, mungkin kita juga tertanya apa kebaikan ku.

Kita tidak tahu amalan kita yang mana yang membantu kita masuk ke syurga.


Itulah anugerah Allah.
Semoga kita semua dapat membantu orang bukan kerana kita mahukan pembalasan, tapi semata-mata kerana tuhan.
Anugerah Allah lebih besar berganda-ganda dari emas berjuta.

Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas (berisi minuman) yang campurannya adalah air kafur.
(Iaitu) mata air (dalam syurga) yang daripadanya hamba-hamba Allah minum, yang mereka dapat mengalirkan dengan sebaik-baiknya.
Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata-rata di mana-mana.
Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan.
Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah,  kami tidak mengkehendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.
Sesungguhnya kami takut akan (azab) Tuhan kami pada suatu hari itu,  dan orang bermuka masam penuh kesulitan.
Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati.
Dan Dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka (dengan) syurga dan (pakaian) sutera.

(surah Al-Insaan: ayat 5-12)