Sunday, October 17, 2021

Makna bersyukur

As Salam, 

Aku sebenarnya rasa aku ada masalah, tapi kadang-kadang aku rasa itu normal. Adakah itu termasuk jenis-jenis Toxic Positivity.? 

Aku adalah orang yang banyak nak express tapi aku tak pandai nak express apa yang ada dalam minda aku tu.

Ini termasuk dari segi lisan dan penulisan. 

Ya, aku ada masalah komunikasi.

Bila aku bercakap, aku gagap dan susah nak express kan apa yang aku ingin sampaikan. Dan, akhirnya, orang yang mendengar tak dapat seratus peratus apa yang disampaikan.

Contoh penulisan; Aku nak post kat social media pasal sesuatu isu tapi aku tak reti tulis , atau aku tulis separuh lepas tu aku delete, lepas tu aku tak jadi nak pos.

Sebab tu, aku selalu delete aku punya post lepas send Instagram, Facebook , waima whatapps pun.

Sebab apa?Sebab aku rasa orang akan salah dan tak  faham dengan apa yang aku nak sampaikan. Orang akan judge aku, apa yang aku tulis tu tak menggambarkan secara real apa yang aku sebenarnya ingin sampaikan.

Okay, sampai sini , korang faham tak? 

luls

Dan salah satu sebab tu aku selowww bab soc media termasuklah belog ni pun ...

Tapi, aku suka blogging ni sebab ini adalah ruang yang personal sangat, bila aku tulis blog ni aku tak letak harapan berapa likes, siapa views semua tu. Jadi, inilah ruang yang terpaling jujur yang aku mampu expresskan.

Pada aku, siapa yang baca blog aku ni level dia ala-ala master bukan asher-asher.

Fan sejati lah senang kata.. kah kah kah. Feeling lah sikit.

Ok, satu lagi sebab aku tak post kat Instagram,

Aku rasa low self-esteem.

Biasanya, post post kat Instagram, tentang pencapaian mereka, kerja mereka, apa yang mereka beli, ootd mereka, percutian mereka, rumah dan kereta mereka . Kira apa yang mereka ada.

Ini secara automatic akan membuatkan aku membandingkan dengan diri aku yang rasa apa pun tak da. Bukan dengki ya #perludisclaimer

Yalah, aku adalah operator kilang yang menumpang mencari rezeki di bumi orang, yang tiada kwsp, tiada pencen, tiada investment dan simpan yang banyak.

Walaupun, aku cuba tak nak buat perbandingan, tapi terbanding jugalah kan.

Jadi, aku rasa tak de apa yang indah, tiada yang aesthetic, tiada achievement yang aku banggakan.


Well, itu adalah lumrah alam.

Apa yang aku boleh kawal, ialah pujuk hati.

Gembira dengan pencapaian mereka.

Mereka berhak dapat atas berkat usaha mereka.

Gembira dengan kegembiraan orang lain. Juga satu nikmat kegembiraan. Juga gembira.

Dia bahagia, Saya bahagia.


Someone else getting richer doesn't

make you poorer.

Someone else being attractive

doesn't make you less attractive.

Someone else succeeding doesn't

make you failing.

Just focus on your life.


Di usia ini, dengan lumrah manusia tak kira berapa banyak harta yang kau miliki, sentiasa takut pada masa depan, takut miskin, dan aku sedar semua ketakutan ini diambil kesempatan oleh syaitan. 

Semakin risau, semakin kedekut, semakin nak simpan duit, semakin berat nak sedekah. 

Duit ini adalah fitnah, jika dipandang dengan nafsu, maka ia ibarat minum air laut, semakin diminum semakin haus. 


Itu yang dah kaya pun, jadi tamak, amik rasuah, duit tak pernah cukup, mahu lagi dan lagi. 


Aku mengingatkan aku tentang apa yang aku ada, apa yang Allah pinjamkan untuk aku.

Masa yang banyak.

Kesihatan yang baik.

Ibu bapa yang sentiasa mendoakan anak-anaknya.

Cukup makan dan pakai.

Perkara ini, aku perlu ingatkan sentiasa.

Ini kurniaan yang lebih dari sebahagian orang dari 'dunia' lain.

Ya , kau nampak di media sosial  semua indah-indah.

Aku dapat cerita daripada kawan aku, 

“Ingat tak Si Z, kesian dia, dia mesej sedih sangat.”

“Bang kalau kau boleh tolong aku, aku kalau nak pinjam memang tak kan  mampu nak bayar pun”

“Aku nak minta sumbangan. Aku faham kalau tak dapat bagi.”

Z ni baru dapat anak masa Covid tahun lepas, jadi dia memang tak masuk balik kerja Singapura

Dia sekarang kerja gaji RM1200. Dulu, paling kurang pun income SGD1200. Dengan sewa rumah, bayar kereta. Mana nak tanggung makan anak bini lagi.

Sebab aku kenal Z tu walaupun tak pernah bercakap.

Selalu nampak dia pergi sembahyang kat surau kilang kat tempat aku bekerja ni.

Sedih, walaupun tak kenal rapat, tapi aku tahu dia budak yang baik.

Astaghfirullahalazim

Sungguh ya Allah aku terlupa, di mana di media sosial orang mempamerkan dunia, dan membuat aku hiba. Hiba kerana membandingkan aku yang tiada apa.

Tapi, di sebelah dunia yang lain, lebih ramai lagi yang berkira-kira samaada nak beli beras atau isi minyak motor.

Atau susu untuk anak kecil.

Sungguh aku mengaku, aku risau tentang masa depanku. 

Adakah sempat aku menikmati usia tua atau mati muda?

Jika lanjut usiaku, adakah aku boleh hidup tanpa meminta-minta pada manusia?

Ya, aku tahu, masa adalah milik tuhan. 

Rezeki milik Allah.

Usah risau tentang perkara yang belum pasti.

Ia pasti akan datang juga.




Sebab tu, kadang-kadang aku berhenti buka media sosial terutama Instagram sebab aku rasa kat situ, buat aku down. 

Aku lupa berapa banyak akaun kat Instagram yang indah-indah tu, berapa ramai yang derita di luar sana, yang langsung tak de mood nak buka akaun media sosial. Mungkin sibuk buka Apps Grab Food, atau Food Panda menanti order masuk. 

Tik Tok pula sebaliknya (setakat ini lah) aku lebih belajar tentang kehidupan sisi manusia yang lain yang lebih kena dengan aku, buat aku rasa It’s okay for not being rich, for not being so called successful, young and beautiful, for being single, for being mediocre. It’s totally okay. Mungkin sebab Tik Tok lebih kepada strangers dan bukan dikalangan kawan-kawan atau kaum kerabat yang kau kenal. Jadi, kuranglah perbandingan di situ.

Hadis berikut ini selalu mengingatkan aku, dia macam penampar kat diri sendiri, macam terus tembak tepat ke hati, terlanggar hidung sendiri. Memang sifat manusia itu semula jadi cinta pada material, takut pada kemiskinan, jadi dengan sedekahlah dapat jinakkan nafsu liar kedekut kau tohh.

PAHALA SEDEKAH YANG PALING BESAR.

Nabi s.a.w bersabda :

"Engkau bersedekah pada saat engkau masih sihat , saat engkau takut menjadi fakir, dan saat engkau berangan-angan menjadi kaya.

Dan janganlah engkau menunda-nunda sedekah itu, hingga apabila nyawamu telah sampai di halkum, engkau baru berkata, "Untuk si fulan sekian dan untuk fulan sekian, dan harta itu sudah menjadi hak si fulan.*

HR. Bukhari 1419 dan Muslim 1032


Selami makna bersyukur, nikmati rasa bersyukur itu, maka kau akan rasa cukup. 

Nikmat mana yang mahu kau dustakan?

Saturday, August 7, 2021

Menu Pengorbanan ; Daging Dendeng

As Salam, 

Selamat Hari Raya Haji untuk yang tak dapat pergi Haji lagi, yang dah pergi Haji tu, aku jealous. Tak nak wish. Haha.

Tahun lepas punya raya haji, aku pergi Haji Lane. Pakai elok sikitlah. Tahun ni punya raya haji, tudung pun tak pakai, tak de lah OOTD raya, makan nasi dan lauk daging masak sendiri. Temanya; biar tak de ootd, janji perut happy.

Gurau je; macam mana raya haji engkorang tahun ni. Dah boleh adapt belum, tahun lepas kan dah training, raya aidilfitri hari tu patut dah kebal sikit.

Raya kali ni kalis air mata patutnya. Kih kih kih

Jangan menyumpah aku, raya kan? chill la🤪

Sehari sebelum raya, aku rasa nak masak lah sesuatu kan, sebab owner rumah aku ni kata dia nak masak, aku macam segan lah kalau dia bagi aku makan je.

Lagipun, sendu juga aku kalau raya tak de lauk rasa Malaysia walaupun, aku punya masakan hauk, tapi nak jugak lah feeling pandai masak 🤪

Resepi ni aku belajar daripada member aku Nisak.

Aku suka resepi ni sebab bahan dia senang. Faktor utama resepi yang aku akan ikut ialah sedap, bahan sikit dan penyediaan yang senang.

Ketiga-tiga faktor ini perlu seiring. Baru aku akan buat. Cuma, menu ni kena consider tahap kelecehan untuk proses penyediaannya.

Kalau tuan bijak bestari, apakah proses yang leceh itu?



Nak cerita lah juga, first time pergi pasar basah kat sini. Misi mencari daging halal, bila masuk pasar rasa excitednya, lepas rindu sikit kat Malaysia. #walaupun


 Cari lah sekali bawang, halia dan lada kering bagai.

Bahan yang digunakan semua aku baru beli untuk ni, kira kalau kat rumah orang Melayu conventional , rata-rata memang ada lah benda ni.


Berkecak gak ketiak dah setahun lebih tak masak oi (selain masak maggi dan masak air).

Semalas-malas aku, aku mesti  guna lada kering kalau nak masak, tumis sampai naik minyak , bukan pakai cili boh beli siap kat kedai. Pasal aku pernah sekali beli yang kat kedai, pasal aku rasa leceh gila nak tumis lada ni, tapi rasa dia tak sedap langsung. Kalau kat rumah, mak aku suruh buat lada ni, gila bencinta (selain potong bawang merah). Tu yang aku gagahkan juga buat ni. Tahu pun kau bila duduk merantau, reti pulak kau buat apa yang mak kau ngajor.

Dengan mak kau, kerja menjawab je.


Tumis lah sampai ketibas, bubuh lah minyak sampai garing. Kacau sampai jenuh. Boleh buat stok nanti bubuh dalam peti sejuk. Nanti nak masak menu lain, guna je, tak payah tumis lama-lama lagi.



Kesilapan aku ialah pasal potongan daging, aku suruh orang jual tu potong dadu.. Aku kan tak cukup pengalaman. Selalu daging dah memang ada tersedia kat rumah.


 Bila daging ini direbus, dia mengecut jadi kecil, buatkan aku rasa susah nak potong ikut saiz dan urat yang aku nak. Ke memang aku yang tak pandai buat dia?


Kesilapan pertama membawa kepada potongan daging aku jadi tebal.




 Aku expect nanti, bila aku tumbuk dia jadi nipis.



Alas lah dengan kain. Dalam kes ni , seluar jeans aku jadi korban. Yelah, takut kena complain dengan rumah bawah. Bergegar satu flat. 🤭😁




Lepas dah siap tumbuk, gaul dengan kicap , bubuh kicap ikut perasaan, campur buh situ kicap masin dengan kicap manis.



Lepas dah gaul dengan kicap , goreng kejap. Bila dah goreng, jadi tebal balik ek ko. Rasa sia-sia tenaga aku tumbuk tadi.

Goreng ni bagi dia tak hancur sangat pasal dia tumbuk tadi kan, ada jenis daging yang lembut sangat dia berderai (paham sendirilah, aku punya tatabahasa memang out)

Dalam kes aku ni daging ni biasa je, jenis tak lembut sangat.


Kemudian, ini lah masa kita tumis barang kisar sampai wangi, sampai garing, buh daging, buh kicap , buh garam sesedap rasa. Masak lah dia sampai dapat rupa, tekstur dan rasa yang kita mahukan.





Beginilah dia hidangan raya daku, nasi yang dikukus menggunakan beras yang dibawa dari Johor, serunding yang ditapau dari peti sejuk kat rumah mak dan daging raya korban berdarah. 



Sekali bila siap masak, daging aku liat daaaa, kawan aku kata sebab aku potong tebal. 
Boleh lah makan, tapi untuk manusia yang bergigi kuat dan sihat je lah. Hahaha.



Yang penting rasa sedap cukup, cuma daging liat jelah. Maklumlah tak pro potong daging. 



Sebab potong kau lah, aku punya kulit terluka auchh


Ni lemang beli kat Marsiling, nasib baik rasa dia boleh tahan. Beli buat ada-ada.



Gitu lah dia, siapa tak pernah kena pisau, tak pernah masak lah tu. #jangankecamsis





Tengok jari ni, bila lah nak sarung cincin. Eh, Tibahhh😂🤪


Friday, July 16, 2021

Disuntik Vaksin , Sakitnya tuh disini



As Salam,

Akhirnya, aku telah disuntik vaksin Corminatary pada 13 Julai 2021. 

Aku yang pada mulanya malas nak kiasu pasal ambil vaksin fasal, kau tahulah permainan donia di sosial media. Pada aku, kepentingan vaksin ketika itu ialah jika ada faedah dari segi boleh travel rentas negeri/negara atau secara spesifiknya Johor-Singapura.

Kalau gelabah vaksin , tapi kes tak turun secara efekif, tak dapat benefit travel. Baik tak payah. 

Tengok statistik dulu, tengok member-member yang dah vaksin, okay ke tak okay. Baru aku register.

Haha.

Tapi, masa aku balik bercuti balik Pontian under PCA bulan Mei hari tu, 

Aku bukan antivaksin, tapi dalam situasi covid ni, aku bengang jugaklah dengan semua benda. Tak perlu  marah orang yang ragu-ragu nak vaksin untuk Covid ni, benda baru kan, orang berat nak terima, kita boleh beri kesedaran, dan promosi kebaikan.

Selagi tak de efek negatif, kita usaha dan tawakkal je lah dakk.

Apalagi daya yang kita boleh usahakan untuk berperang dengan Covid ni?

Bos aku mesej dan tanya tarikh vaksin, kawan sekerja aku yang takut vaksin pun dok gesa aku register. Masa tulah kau nak gelabah. Sebab takut tak boleh kerja kalau tak vaksin (nampak ? Kalau tak kena  ugut tak jalan) 

Register mudah je; kita boleh pilih slot yang available dan yang kita nak kat website macam tempah tiket kapal terbang (bagilah feeling book tiket flight walaupun 🤪)

Kita boleh pilih vaksin yang kita mahu samaada Moderna, Sinovac atau Pfizer berdasarkan tempat pusat suntikan vaksin.

Kebetulan pusat suntikan yang dekat dengan rumah aku bagi vaksin Pfizer, so, teruskan jelah.

Sebelum sampai tarikh appointment  tu, diaorang kasi mesej lagi, galakkan cepatkan tarikh since ada peruntukan dan diaorang nak cepat capai target.


Bila hari yang ditunggu telah tiba, hujan turun lebat.



Gigih rasanya jalan setengah jam, mandi sekali. Risau lah nanti tak boleh control ayu, kalau jumpa doktor handsome. Kalau ya kalau😜



Dengan kasut basah lencun, kembang kaki aku dalam tu.


Ni amoi ni punya pasal lah aku jalan kaki.



“Apesal lah ngoi sangat aku tak pi naik bas tadi?”


Isi perut luhhhh kasi power sebelumu kena cucuk.


Aku pakai baju lengan pendek loose dekat dalam jaket. 

Aku macam tertanya-tanya, ada petugas tahan aku dan tanya umur aku, nande?

Takkan lah nampak aku macam budak sekolah kot. #kahkah #perasanbagikatko

Sekali 33 tahun daaa.


Alhamdulillah, tempat suntik dalam cubicle persendirian. Yang suntik aku perempuan Islam bertudung. Tak tahu kalau kebetulan atau memang dia aturkan perempuan muslim yang suntik perempuan muslim.


Sebelum balik kena relaks dulu, tengok okay ke dak, pastu kita pun balik.

Semua proses berjalan dengan lancar, petugas banyak membantu. Cuma ada satu kaunter tu dia tak letak nombor emergency, jadi aku kena patah balik mintak dia buat balik. Tapi, itu pun kicik punya hal, sebab settle cepat je.


Bila aku tengok gambar kawan aku ni, padan lah petugas tu tanya umur aku, beg tak nak gedabak lagi ko kan macam bawak buku teks semua subjek dalam tuh.



Dapatlah facemask 50 keping, hand sanitizer setengah liter buat habuan rela dicucuk.



Sini tak de photobooth, tapi kenalah jugak gambar 
‘SAYA SUDAH DIVAKSIN’.


Dengan ini, diucapkan setinggi-tingi tahniah kepada Munirah atas kesanggupan beliau untuk divaksin.
Oleh itu, nah saya beli mushroom soup untuk awak.
#kesiansingle🥲😂


Setakat ni, hari pertama je aku sakit kat bahagian kena suntik dan sengal tangan kiri. Kita tunggu second dose apecer, sebab kawan-kawan aku yang dah complete 2nd dose kebanyakkannya sampai demam ambil MC.

Sunday, July 11, 2021

Bertemu untuk berpisah, atau berpisah untuk bertemu?

As Salam,

Aku nak abadikan perasaan sayu aku di sini.

Mengenang percutian aku balik rumah selama sebulan (26 April-26 Mei 2021)

Sayu ke? 

Hewhewhew.

Di saat aku kembali ke rumah, aku rasa macam balik tiap-tiap kali off days sekitar tahun 2019. Begitu ya hari ini dalam sejarah.

Balik-balik gaduh dengan emak aku. Huhu.

Aku dan keluarga aku jenis tak reti nak tunjuk kasih sayang.

Ceh, padahal nak cakap aku je, dok tarik sekali kata kerabat aku.


Rasa teruja ya bawak kereta selepas setahun naik turun bas je. Gelabah jugak lah kejap, macam baru dapat lesen P.

Asal balik rumah, biasalah kita buang barang. Asal buang barang mesti balik rumah. Asal balik rumah mesti  start bebel pasal barang banyak.




Kejadian rawak masa aku balik hari tu;
Aku punya penyakit pelupa makin teruk. Aku letak wallet aku atas mesin basuh dobi layan diri, lepas tu aku blah keluar parking, dah keluar kat jalan , aku cek wallet aku tak de, gelabah aku pergi u turn kat Tambak tu ha. 
Guess what?
Wallet tu dok elok atas tu lagi.
Masa aku pergi dan tengok wallet tu memang tengah tak de orang. Alhamdulillah, Allah sayangkan aku, kalau tak jenuh lah satu hal, nak buat report, ic , work permit semua dalam tu.


Aktivit bersama Mak titteww
.



Aku hantar mak aku buat facial lepas tu, teman kan mak aku pergi beli baju raya. Ralat sikitlah aku pasal mak aku bayar sendiri... Apolah Munir




Selain itu, aku teman kan mak aku pergi cucuk vaksin, haha yang sepatutnya aku drop off mak aku je. Rupanya petugas tu kata kena ada orang teman. 
Pengalaman juga lah teman kan mak kita.

Walaupun muka aku tak cantik dalam gambar ni tetap aku bubuh, pasal ini je gambar yang ada dengan mak aku. 




Anak dia, tunggu appointment sampai, sis kecut. Kalau bos tak suruh, kau pun lengah-lengah kan malas nak register. #sisredhakenakecam


Masakan Mak titeww


Aku tak de teringin apa-apa menu spesifik yang mak aku masak. Yang aku rindu, ialah masakan mak aku. Apa-apa je yang mak aku masak aku telan. Yelah , kau dah lah tak masak lagi nak demand macam-macam.
Walaupun mak aku selalu cakap yang dia masak sedap, tapi memang dia masak sedap pun. Berani kau nak nafikan fakta tu.



Telur dadar hancur mak aku masak pun sedap oii.



Sedap gils makan dengan sayur lemak, nasi dan kicap manis. 


Asal mak aku masak, aku telan.



Ni jenis-jenis makanan yang aku akan makan dengan selera, nasi, protein goreng, kicap. Penambah selera tempoyak. 
Ngam.
Settle.


Nasi goreng signature mak-mak kita ni memang power kan? Tak kisah lah nasi goreng kampung ke, nasi goreng bodo-bodo ke, nasi goreng merah oren, nasi goreng putih. Tetap nasi goreng kat rumah tu  paling nostalgia dan asyikkkkk.


Makanan Malaysia yang ku Teringin 


Aku teringin makan nasi kerabu sepanjang duduk kat Singapura hampir setahun. Bila aku balik Johor aku punya excited nak dapat nasi kerabu tu melonjak-lonjak. Masa aku keluar dengan Nisak, kitaorang pergi facial, salon , tapi masa pergi salon tu kitaorang terlajak sikit lepas buka puasa. Sebelum tu aku mesej dah Nasi Kerabu Cikgu CT, tanya nak kena buat reservation atau just walk in, sekali dia kata walk in je. Kita orang sampai dalam lebih kurang pukul 8 malam, sekali tuan kedai tu keluar, dia tanya nak makan nasi ke? Nasi kerabu dah habis. Aku punya kecewa , rasa nak marah , bentak-bentak dengan Nisak.
Pa’kal masih ada secebis iman di dada seorang insan hina ini, kalau tak dah sawan aku kat situ.
Haha.
Terimalah realiti, bukan rezeki Munir. 
Okay, cerita ni to be continued…


Selain nasi kerabu, aku juga nak sangat pergi Family Mart pasal aku suka gila Matcha sofuto milkshake with Boba brown sugar. Tapi, aku baru tahu dia cakap dia dah stop dah tak de lagi. Whattttt? But why? Sama ada kau nak brown sugar atau matcha je sekarang.
Betapa kecewanya aku, hari tu nasi kerabu, sekarang milkshake, kenapa makanan kau kecewa kan aku kenapaaaa… kenapaaaaa *baca dengan gema


Btw, sebelum balik Alhamdulillah rezeki aku dapat makan nasi kerabu, beli dekat Pasar Peladang Pontian. Walaupun, tidaklah sedap giler, tapi bolehlah buat lepas  terliur.

Pertemuan bersama kawan-kawan a.k.a makan-makan.

Okay sambungan cerita tak dapat makan nasi kerabu dengan Nisak tu, (boleh pulak kau tulis sambung-sambung macam ni, kan belog tittteww shukew hatiw tittew ar)

" Kita makan je lah apa-apa" Kecewa sambil, melihat nasi lemak lori kat corner jalan tu.
Nisak pun tanya, " Okay, Mun kau nak makan apa, yang kau teringin sangat rasa nak makan?" 

Aku tak nak rasa makan lain dah, lagi pun Nisak bawak kereta, dan kitaorang risau juga balik lewat, sebab yelah masing-masing kan ada tanggungjawab.

Aku pun jawab, "Amphawa, tapi kat Sutera Mall"

Nisak," Okaylah, kita pergi sana"






Hehehehehhe, baik sikit meroyan aku tadi.




Ya, bukan sahaja Nisak bawak aku pergi makan sini, siap dia belanja aku lagi, pasal dia kata nak dapat pahala beri makan orang puasa.


Terima kasih, Nisak. 
Buka mata kau besar-besar Amun, ini rezeki kau.

Rezeki teman, rezeki makan.
Maka, nikmat tuhan yang mana mahu kau dustakan. 


 Dalaam minggu pertama tu, sempatlah juga jumpa kawan-kawan aku geng Bell untuk berbuka puasa. 


 
Makan kek batik dengan coklat ganache yang melambak. Sedapp.


 
Pot luck is the best. Kalau tak sempat beli je lah macam Nisak. Macam-macam menu signature ada.




 Gambar ni diambil dengan tujuan nak kasi jaki member aku kat Singapore tak dapat balik raya.
Orang utara kan, ketupat daun palas lerr, kita tak de lah excited sangat benornya #jangankecamorangJohor #orangJohorinnocent🤪

.

Sejak COVID-19 menyerang, aku banyak terima kejutan, tapi dah namanya kejutan, aku masih belum biasa. Hanya seminggu sahaja rupanya aku boleh keluar daerah.

Tiba-tiba, PKP sekali lagi diumumkan, tak boleh keluar daerah, tak boleh pergi Johor Bahru tak boleh balik kampung,  tak boleh ziarah. Hatta, jiran sebelah.

Tak boleh balik Tangkak 😥
Tahun kedua kita raya di perantauan.

Tapi, sempat aku jumpa kawan rapat aku time sekolah rendah, Aishah , dan ambil gambar kat tepi laut Pontian.




Aishah pun baik sangat belanja aku makan aiskrim Mcdonald , dah lah hidang makanan macam-macam kat aku


Laut Pontian  tiada pantai pasir, ada tambak batu je. Aku tak pernah bangga dengan Pontian, daerah tempat aku lahir, pada aku tiada keistimewaan sehingga lah aku menginjak dewasa. 
Aku bangga dengan hasil laut Pontian. Pontian punya ikan paling sedap hhahahaha😜

Tiba-tiba rasa wow, bertuahnya Pontian ada laut.



Walaupun ya, manusia tak de sivik merosakkan gambar potrait wanita cantik ini. Kah kah kah. Terima kasih Shah amik gambar aku cantik. Kasi can lah oii nak feeling😂





Tahun lepas ketika aku buat keputusan untuk kembali ke Singapura berjalan kaki menuju ke seberang Tambak, tak pernah terfikir yang aku akan mengulangi peristiwa itu lagi,  cuma aku naik bas je lah, tak jalan kaki. 

ketika itu juga tak pernah terjangkau dalam fikiran aku yang aku akan terdampar , duduk kat Singapohh ni sampai 1 tahun (and counting)


Dulu, masa aku kerja di Johor, aku tengok orang Malaysia yang berkerja di Singapura . Aku takkan mampu kerja kat sana. Pasal aku tengok je dah penat. 

Lihat lah diri kau sekarang. Ketawaku pada diriku sendiri.

Kenapa aku masih di sini?

Sampai bila?

Soalan itu, aku pun masih tertanya-tanya.

Tiada jawapan yang pasti daripada aku buat masa ini.

Kos hidup di Singapura yang tinggi.

Namun, setakat ini, inilah rezeki aku.


Di saat ada yang untuk makan, terpaksa meminta-minta, sekurang-kurang nya aku cuma  perlu berkira-kira.

Penghijrahan perlu pengorbanan, meninggalkan keselesaan di rumah sendiri, meninggalkan keluarga.

Kita menyerahkan  segala-segalanya , bertawakal sepenuhnya pada Allah swt untuk menjaga ibu bapa dan keluarga kita.

Entah-entah anak-anak buah masih ingat ada mak cik kat sini tak? hihi. Kalau jumpa mesti dah besar .



Bagi duit raya sebelum hari raya, nak dapat lebih pahala katanya, sedekah di bulan ramadonn

Bila habis cuti aku sebulan kat rumah , yang pada mulanya aku expect boleh beraya sakan, tapi berakhir dengan tersadai kat rumah. 

Sebelum masuk Singapore, kena buat PCR test, aduhai tak nak habis cuti, tapi nak masuk Singapore  balik, sebab takut tak de kerja. 

Tahu tak rasa sayang kat keluarga dan kehidupan di Malaysia, tapi lagi seksa rasa tak de duit.


Aku ingat aku akan cool bila kereta Grab sampai macam aku balik rumah haritu.

Tapi, perasaan tu sebak tak tahu nak habaq. Tapi, aku tak tunjuk ar depan mak aku, aku kan ajet abang-abang.

Selalu kita berpisah tu rasa sebak, sebab kita tak tahu bila lagi takdir untuk kita bertemu lagi.


Semoga setiap orang yang keluar  mencari rezeki halal dan yang duduk di rumah menjaga keluarga diredhai Allah swt. InsyaAllah ada ganjaran yang menanti.