Friday, April 23, 2021

I Phone 12 mini di tahun 2021



 As Salam,

Aku ingat aku pilih kehidupan yang sudah cukup rutin. Aku tak suka tiba-tiba dalam pekerjaan. 

Tiba-tiba ada masalah, tiba-tiba ada perubahan.

Ha, mulalah gelabah.

Tapi, aku suka juga kehidupan aku yang full of surprise. Penuh kejutan.

Selalu reaksi aku akan blur blur ayam.

Tapi, selepas satu ketika, aku bersyukur melalui beberapa siri kejutan tu.

Sebagai contoh;

Covid-19 yang korang pada mulanya pun terkezut sampai sekarang pun terkezzuttt tak boleh jangka kesudahannya.

Aku pun tak terkecuali, post post sebelum ni pun aku ada mengadu domba.

Mac 2020: stuck kat Malaysia.

Mei 2020-April 2021: stuck di Singapura.

Dan terbaru handphone aku yang aku setia selama ini mati tiba-tiba tanpa bagi kata-kata akhir

Apa ni Xperia, setelah bertahun-tahun aku setia, dan kau pergi begitu sahaja?!

Walaupun sebelum ni, dengan kau asyik panas je, baru ambil gambar beberapa keping dah naik suhu.

Baru amik video beberapa minit dah demam.

Siri Xperia, aku macam-macam, yang hilang lain, yang masuk air lain, yang masuk jamban lain.

Adakah ini tanda yang aku perlu ucapkan final good bye kepada brand yang aku pertahankan sekian lama, Sony Xperia

Bila difikirkan aku memang lama sangat sangat nak Iphone, tapi dek harga nya yang memang diluar kemampuan golongan B40 macam aku.

Ada post aku gigih sangat nak menang Iphone zaman Iphone 3 ke 4 ntah, malas ar nak gali, zaman-zaman blog tengah hangat. Sanggup buat entri banyak-banyak. Tapi, hadiah yang ditawarkan cuma sebiji iPhone je. 

Haruslah aku tak menang. Ceh.

 Haiii lah . Aku bayangkan jika suatu hari aku ditakdirkan beli iPhone mestilah di hari aku paling bersedia, tempat istimewa, seperti floating Apple store Marina Bay Sands, ia mestilah full spec paling optimum, mesti juga nombor siri keluaran yang ganjil , 13 ke? 

Satu pencapaian ya kalau dapat beli Iphone untuk aku. 

Korang budak darjah 5 yang pakai Iphone mak pak belikan apa tahu erti pencapaian?


Walaupun selama ni kawan-kawan selalu dok racun  suruh beli phone baru, aku pertahankan je Xperia aku tu.

“Jangan kata kat handphone aku , nanti dia merajuk”

Tapi satu kali tu, aku rasa nak balik kampung ni macam mana aku nak berfoto di pagi aildilfitri  selepas tahun lepas raya sendu di hotel, kalau kamera aku lekeh, tak sharp dok asyik temperature naik jek, aku jadi tak dok mood lah kan.

Tapi, aku lawan perasaan tu, sebab aku kena sedar diri dan memang akan kena pakai duit untuk bulan ni dan bulan seterusnya

Hari tu dah bayar untuk PCA, bayar deposit bilik sewa, nak balik raya lagi, elaun dah tak de, kena start bayar bilik sendiri so, aku memang tak boleh belanja sesuka hati.

Tapi, takdir Allah mengatasi segalanya, dalam masa aku menidakkananya, handphone aku terasa hati, dan mematikan diri. Tiba-tiba.




Ya ampun jijik betul aku tengok cover Xperia ni, boleh pulak aku kondifen pakai ke hulur hilir selama ni.
Ehem, jijik bukan sebab ada yang baru yerr

Dengan itu.......

Aku ditakdirkan beli iPhone 12 mini sajorr di Causeway mall , reseller biasa dan dalam keadaan tergesa-gesa.

Dengan bajet yang terhad dan warna biru je yang tinggal, jadi aku tak de pilihan, bagus juga tak de pilihan ni, kerana kau tak payah pening kepala sebab itu je pun yang ada. 

haha

Terimalah gambar selfie pertama dari iPhone 12 mini, pada 20 April 2021.

Kemain jujur ya sampai nampak semua lobang dan kedutan. #bukan30an #takmengakuihakikat

Setakat ini aku masih kekok lagi nak guna handphone ni, sebab aku rasa Xperia/android lagi senang. Jadi sebagai nubis , aku suka pada saiz dia yang ngam dengan lifestyle aku yang asal boleh ni, suka selit merata, tak suka pegang handphone gedabak, walaupun tangan gemok. Kamera yang tak ‘fake’ *cough Oppo uhuk  ooops.

To gain something, you must lost something.

Untuk memiliki Iphone ni, aku kehilangan Xperia aku dan semestinya duit dalam akaun. Terbang.


Ya perlu ya gambar sebegini untuk pengguna Ipong

Nota kaki: Entri ini diterbitkan menggunakan iPhone 12 mini. 

Disclaimer : Perlu ya nota kaki di atas bagi tujuan rekod.😂 Baru dapat beli Iphone dah excited ko main err, selama ni orang update beli rumah kereta kat medsos, kemain kau ngata ya🤣🤪 

Nota kaki 2: Jangan lupa bayar zakat fitrah ya😁



Saturday, April 17, 2021

Puasa di Singapura, Raya di mana?

 As Salam,

Begitu ya tajuk anda, bagai pengacara rancangan tv Suria Sinaran Hidup Anda. (Saluran TV Melayu Singapura) *baca harus baku ya

Selepas setahun Covid-19 masih belum Game ya.

Vaksin sudah mula diambil secara berperingkat. 

Aku belum register lagi.

Ntah, kau tahu lah Munirah punya perangai, 

Seloww

Tapi, mungkin ada sedikit kurang keyakinan ya terhadap vaksin ni. 

Aku nak monitor dulu, statistik keberkesanan yang dah ambil vaksin ni.

Cehhh... was was kau ek #bukanantivaksin

Tapi, bila dengar kata, kalau dah amik vaksin, tak payah kuarantin, gelabah ek kau nak register.

Dasar lalang. 

Well,  tak kiralah, pasal tunggu border bukak, bagai menunggu Putera Mateen minang kau. 

Daripada tutup border terus - PCA tanpa perlu bayar- PCA kena bayar sgd1300 + unpaid leave lagi.

Tetap kau nak balik ya. 

Sengkek belakang kira

Walaupun orang kampung ingat kau kaya kerja Singapore #walhal #Allahjeyangtahu

Menggigil ya nak transfer duit 1300 dollar, gaji aku pun tak sampai oiii... 

Lepas dah transfer tu, cuak pulak kalau tak lepas, Finance tak terima, salah masuk akaun. 

Haish, tiba-tiba overthinking kan, maklong lah tak pernah-pernah umur kita hadap kejadian serupa ini ya dak. 


Sekali bos aku bagi mesej ;

Aslmkm Munirah..Alhamdulillah,Finance da received ur payment.Plse sent take a picture of work permit & passport so I can apply ur PCA


Tahu tak apa perasaan aku? 

Tak jejak tanah oii.. 

Sudah, mana pulak passport aku ni. 

Ni ha, literally berkulat. 🤣


Passport yang bercendawan pun nampak elok lagi ha, daripada aku punya. 



Lagu I'm coming home dan Balik Kampung lah berkumandang. 

Tak main lah lagu Dendang Perantau dan Air Mata Syawal tahun ni.. haha

Amboi, yakinnya kamu. 


Bulan Ramadan ni juga rasa sedikit berlainan untuk aku. 

Sambut awal Ramadan di Singapura. 

Tak de nak tapau makanan kat Johor dan bawa jenis makanan bermacam-macam untuk berbuka. 

Makan jelah apa yang ada jual kat kantin. 

Tapi, kali ini bila ada ketika orang bagi kau makanan, rasa tersentuh... 

Baru hargai bila rasa tiada. 

Bila mana serba ada, kau pandang sepi bila ada yang beri. 

Allah ajar aku nikmat bersyukur 


Kawan sekerja aku Cina Singapura, bagi aku biskut untuk sahur. 

Kawan yang sama juga bagi, pertama kali aku jumpa kawan cina yang makan kurma, selalu aku jumpa kawan cina aku tak makan. Dia pun bagi testimoni abang dia makan kurma setiap hari, kesihatan jantung bertambah  baik. 


Kawan Cina Malaysia aku belanja makan Four Fingers. 



Kakak ni bagi aku makan masakan dia. Rasa lah makanan rumah... *lap air mata
😭🤣
Kakak ni duduk sewa bilik rumah Melayu untung boleh masak. 
Kalau aku, duduk rumah yang tak dibenarkan masak. 
Eleh, kalau boleh masak pun kau  bukannya masak.
Rela makan roti. 


Ada kakak bagi aku pau goreng untuk berbuka. Dah jimat tak payah beli makanan kantin. hihi



Alhamdulillah dengan segala nikmat yang dikongsi bersama, semoga kita sama-sama mendapat keberkatan Ramadan. 


Btw, apa yang aku buat senang hati lagi sebelum nak balik ni ialah, aku dah dapat bilik sewa yang baru. Tak payah lah aku risau lagi nak cari bila balik kampung nanti. Dapatlah aku raya dengan tenang. 


Bakal duduk lepas balik semula ke Singapura bulan June. 

Duduk seorang, katil Queen, rumah melayu, tak de budak kecil, tak de orang lelaki dewasa, boleh basuh baju guna washing machine, dan extra bonus boleh masak!!! 

Yeayyy, walaupun akhirnya kau cuma masak maggi pecah telur. 



Masa aku tengok bilik hari tu, bakal tuan rumah siap bagi aku air kotak buat pergi kerja. Well, dapat rasa lah aku kebaikan dan kemesraan dia walaupun pertama kali jumpa. Disclaimer : gambar diambil sebelum bulan puasa. 
 

Alhamdulillah, selamat menjalani ibadah 
pembaca belog aku sekalian yang berapa kerat tapi istimewa ini. 

Semoga ibadah kita semua diterima Allah.

Sementara tu nak imagine bila sampai rumah nanti, 

"Makkkkkkk, orang dah balik!!!!" 

"Ha, baguslah, boleh kemas rumah" 
😂