Wednesday, April 11, 2012

aku dan kau adalah kita

As salam,


Aku,

Menangis , tak berair mata
Mengeluh, tak bertenaga,
Makan, tiada bendanya
Mengantuk, tiada sudahnya
Melalut , sentiasa..


Kau mahu apa sebenarnya,

usaha kau, di mana?
Bersyukur kau, ada?
Sedekah kau, berapa?
Ibadah kau, sempurna?


Aku ,
sendiri, mencari apa yang aku  tak pasti,
bagai lalang yang mengikut angin,
atau daun kering yang jatuh ke sungai,
aku cuma mahu bebas , terbang ke udara,
senyum selebar dunia



malangnya, aku terlupa,
keinginan dunia, tiada sudahnya,
lihatlah mereka,
bertarung untuk hidup sentiasa,










sedarlah wahai kau dan aku,
kita adalah hamba,
yang akan  dipanggil bila-bila masa,
dan ditanya tentang masa yang kau dan aku gunakan di dunia.




1 comment:

  1. saje blog walking..jumpa pula blog ni..nice blog..

    ReplyDelete

terima kasih sudi baca :D