Thursday, November 15, 2012

Mainkan Peranan anda di Legoland Malaysia

As salam,

akhirnya sebahagian tanggungjawab aku sebagai anak Malaysia, atau lebih spesifik Johor terlaksana,


Legoland Malaysia telah ku tawan.

Haha, bab-bab hiburan kau memang lah kan, cuba bab lain, hampeh..

Punya aku semangat masa beli tiket aku terus beli annual pass dimana kau boleh masuk sesuka hati berapa kali kau nak masuk sehingga 31 disember 2013.
Masa tu aku promosi masa awal-awal, beli harga dia rm198 kot.

sekarang kalau, nak beli , setahun rm240, kalau ada mycard dapat potongan dan kalau beli online pun dapat potongan.


tapi, disebabkan aku tak da geng nak pergi, habis pujukan  aku terhadap kawan-kawan aku tidak berjaya. Ajakan terhadap mak aku pun ditolak mentah-mentah.
maka, mungkin rezeki aku, kawan sekolah rendah aku , Jayyidah nak pergi, tapi dia bawak anak
buah dia,
Ah, hentam je lah..
Asal bila orang tanya, pernah pergi Legoland,

Pernah!



Kita akan melalui Mall of Medini

Sebelum berjumpa dengan pintu gerbang tanda mercu Legoland Malaysia


Diwali, so ada kholam yang ada tone-tone gitu



Kat mall of medini, ada beberapa kedai dan restaurant yang kire kalau korang tak bawak bekal dan nak beli makanan, baik beli kat sini. kat dalam mahal gila habaq ang.



Le Famous Legoland Malaysia (perlulah tulis Le..le gitew intrend lah konon :P)



masuk-masuk jumpa jamban dulu.



Cermin. Harus.

barang-barang legoland memang boleh tahan mahai nya, kalau aku tak mampu ar, kalau korang , mampu kot....


ice cube tray RM 29.95 .. tak pa ar aku pakai yang beli petisejuk free ice tray sekali lah.


multi basket RM 129.95






Tengok fridge magnet dia RM54.95, dia punya keychain satu RM19.95. Memang tak da lah buah tangan ke hape, untuk diri sendiri pun tak mampu.







Botol air die memang aku kenan sangatlah, tapi ang tengok harga dia... pakai brand tupperware mak aku bagi ja lah..







orang fanatik Lego je aku rasa yang beli pemadam Lego ni 14 hinggit , sebab orang kaya pun aku rasa pakai pemadam faber castle jer, pakailah pulak diaorang ni pemadam zaman sekarang.




soft toys


sebab tak mampu beli, mampu pinjam jer nak bergambo, sebelum brader staff Lego belakang tu buat signal blah kat aku. 

Legoland ni memang sorga lah buat budak-budak, memang tak balik ar, permainan diaorang kebanyakkan memang sesuai untuk bebudak.


macam ni, untuk budak 6-13 tahun, seronok ar diaorang drive kereta sendiri
ada jugak kereta untu 3-5 tahun.


Park ni memang sesuai untuk  orang yang mengkagumi betapa tabah dan kreatifnya pembina mercu negara yang dibuat dari Lego nih...fuhh. Aku kalau buat pun ikut buku panduan yang Lego bagi, itupun yang senang-senang jek.

Aku tak minat ..haha..jiwa tak seni.











mula-mula kiraorang banyak jenjalan sebab , ramai gila orang beratur pastu sebab bawak anak buah Jayyidah yang umur 6 tahun, dia agak rendah, ada game yang kena 120 cm dan keatas.




Ready untuk 4D movie, Menarik!



Game water ride ni pun kitaorang dapat tengok jek. Sedih. Tak pe ada sebab untuk pergi lagi!












Tapi-tapi , lepas makan kita orang baru pegi jalan-jalan tengok roller coaster, OMG, limit dia 110 cm .


Yay, akhirnya baru bermakna pergi theme park kalau dah naik Roller coaster,
Legoland setakat ni ada 3 roller coaster, Project X, The Dragon dan Dragon Apprentice, semuanya tak da yang terbalik punya, cuma curam jek... haha, itupun kecut jugak lah kan, ya lah mainan untuk budak-budak kan.

Sebab semua mainan kene beratur, so kita bergambolah dulu sambil tunggu turn.
















Kitaorang makan kat Market Restaurant.
kalau ang tak mau makan dalam ni, ang gi bawak bekal nasi goreng macam Jayyidah. huhu.
Tapi, kalau ada annual pass bolehlah kuar jap kat mall of medini  tu, makan KFC ke, Manhattan Fish Market ke El Migos ke, pastu masuk balik.. huhu, kalau day pass tu , tak tahulah kan boleh masuk balik ke tak.







Harga dia berapa, korang teka..









Harga makanan aku RM 16.50. Kalau cari mee goreng mamak memang tak de, nama dia Fried Black Pepper Udon.

Gitew, ko nak Jepun aja.. shh.. first time makan, sedap kau, baik korang habiskan kalau beli kat sini ..mahai tau...

Air rebina botol 250 ml ke 300 mL tu  RM6
Mineral kecik RM 2.50
air gas satu paper cup RM 4.80

kalau nak lebih-lebih kan , dia ada jual macam ice blended ke smoothies kat booth , ingat dalam RM8 , boleh gak aku beli, haus kan, sekali RM10..haha
Telan air liuq.


Naik roller coaster Project X, kali kedua, Jayyidah ngan anak buah dia pakat buat peace kat kamera,
muka aku time naik ni tetap buruk tak boleh handle maka aku tak beli gambar aku lagipun semua mahu uang dong :P




RM30.




Ok. Dah pergi Legoland. dengan pakai baju gi kerja (ya gi kerja pakai macam ni jek ,jimat duit.. kasut digantikan dengan selipar jamban atau safety booth)
Nampaknya dari zaman sekolah , tak berubah dressing, seluar kau tu dah bertahun dah ..

Gambar berlatar belakangkan pintu gerbang Legoland tak ambil, maka tambah lagi sebab nak pergi lagi.
Legoland Hotel dalam pembinaan, dengarnya game air pun tengah bina. Lagi sebab kena pergi lagi.
Annual pass harus digunakan semaksima mungkin.

Legoland Malaysia. Mainkan peranan anda!


md : Shhh...first time , naik roller coaster sejak 24 tahun yang lalu.

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca :D