INSTAGRAM

Monday, January 26, 2015

Berangan dan Berjalan di Universal Studio Singapore

As salam,


Sebab aku  terpaksa tinggalkan perkara-perkara lagha (walau tidak sepenuhnya) ketika tengah melalui proses pembelajaran di universiti, maka sebulan cuti semester ini, orang sekeliling aku , akan nampak aku melingkar depan TV, handphone (stalking) dan dihadapan laptop (aktiviti berfaedah, seperti mempelajari budaya orang Jepun . Baca: menonton drama jejaka cantik mata sepet .. ihiks)


Okay, masa study week tu aku berkobar-kobar, untuk pergi ke USS , kononnya untuk meraikan perjalanan aku yang penuh berliku sepanjang semester satu di UTM. Haha, alasan.. wei, semua orang sekeliling pernah pergi Singapura, secara khusus , USS. Rakyat Johor dan student UTM , takkan tak pernah jejak USS kot . Ya, saya manusia mudah terpengaruh.


Maka, aku gigih buat pasport , di UTC , saja je kan, kat Kukup ada, kau nak buat kat UTC dan pada hari Ahad. Amik nombor pukul 10.30 pagi. 4.30 petang baru dapat.. Amek kaw.

Tiba hari dijanjikan dengan semangat berkobar-kobar, pergi hari Isnin (19.1.2015) sebab hari kerja, jadi orang tak ramai, aku telah bergerak ke Terminal Kotaraya 7.30 pagi sampai, kerana dijangkakan ada bas straight pergi USS.

Guess what? 

Terminal tu kosong dan dah tutup.

Nasib kaulah Munah.

Tunggu kawan-kawan, cari parking sehari, sarapan-mamak-mahal-gila, pukul 10 ada lagi kat JB.

Naik bas dari JB Central ke Queen street-penuh gila-jam kat check point-cek pasport-  Kranji-naik MRT -tukar kat Outram Park- ke Harbour City-monorail Resort World of Sentosa.  Berliku gak perjalanan nya. Tetapi , untuk pengalaman , ia sangat berbaloi, kita naik public transport negara itu, kita belajar sistem dia, tak jauh beza dengan kita.







Tak de baju nak pakai, lepas tu fikir eh, nanti nak naik rollercoasters, kang terangkat baju. Kengkonon pakai  jumpsuit selamat lah .. Excited kau.. masa nak exam tak de mood nak study, sebab tak sabar nak naik rollercoasters. Buruk perangai.


Setelah lari-lari anak ke sana ke mari.

Akhirnya, ku melihat ada benda keduniaan di hadapanku. 




Gambar hasil pengaruh lambakan gambar manusia-manusia yang pernah jejak ke sini.





Ooo La la. Saya nak masuk ni..








Seperti yang diketahui ramai, banyak prop dan latar belakang menarik untuk bergambar. Tapi kalau tak de orang kacaulah. Masih ramai jugak , kalau weekend , tak tahulah berapa ramai lagi nih.





Pandai betul diaorang nih, bina bangunan- bangunan nih, tak hairanlah, diaorang punya filem, cakap jek nak buat kat mana, latar belakang apa, prop apa, kacang berangan uolls diaorang buat.






Mainan kat sini sesuai untuk budak-budak kecil dan budak-budak besar. Yang best, of course Transformers: The Ride.  yang lain aku naik hari tu , Jurassic Park: naik bot atas sungai ada sikit thrill, Madagascar-naik ride atas air , tak thrill langsung dan lain-lain tak hingat.. lemah daya ingatan sungguh.


Dah nasib I, siapa suruh berharap benda yang tak pasti,  rollercoasters idamanku.....

tak bukak....




Kau rasa berbaloi ke, kau punye-tak-boleh-study-sebab-berangan-naik-rollercoasters







Nampak bangunan yang kat Far far Away.. ni , I jatuh cinta. So real.
Lepas zohor, dengan panas, dan tudung dah ke mana-mana serabutnya, pakai style bawal lagi senang..huhu, tukar selipar, sebab nanti takut kasut basah, naik ride berair,





Mana putera raja berkuda I ni ? kata nak jemput I kat sini.




Gambar tak memberi keadilan akan kecantikannya.




Masa ni nak tengok satu teater , pukul 4 diaorang perform,  Menarik, tapi masa persembahan aku tak keluar kamera, sebab diaorang simbah-simbah air okay.
Nanti ada aksi lasak, api -api, letup-letup dan kapal terbang pun keluar ..huhu





Hasil ride kat Jurassic Park , lecun !
Mengapa kamu ? Mengapa jadi begitu? Inilah  nasiblah ku.
Macam lirik lagu jek.




Sajalah tu bagi sebab nak suruh datang sini lagi. I hate you. Tiket 74 SGD okay.
Bila ringgit nak naik nih!

Kalau korang jenis tak shopping dan jimat, tukar 100 SGD sudah cukup . Makanan dan air bawak dari Malaysia, makan kenyang-kenyang.  

Siapa nak senang pergi USS dari Johor, guna pakej lah, tapi tak best sebab kena ikut masa diaorang.
Pergi sendiri lagi bebas.

Tempat sembahyang pun ada disediakan dalam ni, terletak antara  roller coasters yang aku nak naik tapi tak boleh ni dan Mummy. Tanya jeklah orang kat situ, sejadah disediakan tapi tidak telekung.

Cuma masa maghrib, sembahyang dekat nursing room. kat luar USS, sebab dia tutup pukul 7, jadi keluarlah kita.

Sebelum balik Johor  kita pergi Bugis Station, sebab nak naik bas balik Johor kat sini, jalan sekejap kat Bugis Street. Suka tempat macam ni atau pasar, harga lebih mampu milik, dan kita dapat tengok budaya orang sini juga, banding dengan Malaysia ku terchenta.






Lapar dan penat, kalau tak de makanan , kita balik JB lah baru makan.



Dengan perut lapar, nampak kebab or chicken wrap, orang pakai kopiah ni.. woohoo... satu SGD 4. 3 bungkus 10 SGD.



sampai amik gambar dia buat, macam sesuatu yang rare sangat kau kan, Laparrrr




Inilah kebab yang paling gerek  sehhh  aku pernah makan dalam dunia ni. haha..



Aku duduk dan makan dekat kaki lima, malam-malam tu orang sibuk menyapu, kutip sampah.. orang-orang duduk kat situ, dia peduli apa kan, pada aku macam, Eeh, Aku tengah makan kot! Plastik aku, dia tanya, nak pakai lagi tak, dia nak buang, pada aku, macam, aku tahulah nak buang nanti bukan aku nak tinggal jek., Aku tengah makan kot. Dah dua kali dah aku sebut. 
Nampak macam aku salahkan? 
Aku duduk kat situ, bukan tempat khusus untuk makan,
 Dia nak buang sampah aku, tapi aku macam rasa dia bersifat sarcasm. 

Well, kita kat negara orang, walau Singapura dan Johor dekat. Budayanya lain. 
Jangan masuk kandang ayam, mengembek.  Memang mintak kena patuk


2 comments:

  1. Salam

    saya pernah pegi ke USS tu... gambar header kat blog saya tu kat sana lah tu... hehehe... tapi saya tak berani nak naik roller coaster... kawan yg naik kata sakit leher sebab terlalu laju dan dia pusing jalan tu tetiba jer....

    ohhh terminal kotaraya dah tutup yer... mak aiii semua mende depa pindahkan dari JB nih...

    salam singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks singgah, .... takut gak naik roler coaster, tapi nak jugak naik ..haha

      Delete

terima kasih sudi baca :D