INSTAGRAM

Thursday, January 29, 2015

Cinta dari Korea membawa ke Felda


As salam,


Cinta.

Sangat universal.
Tapi, bila bercakap tentang cinta yang membawa kepada perkahwinan,
setiap pasangan ada ceritanya.

Gitewww.


Dan cinta yang ini  berputik ketika di Korea Selatan,

Berkongsi payung tanpa dirancang, ..dan seterusnya


Kuch kuch hota hai.. Hindustan di Korea , hado?

Walaupun dengan jejaka yang bukan berwajah Korea kegilaan remaja zaman sekarang..
(Nasib baik I minat jejaka Jepun .. Hoi tak de lelaki dari negara lain yang kau minat, bangsa penjajah tu jugak yang kau gilakan... Oh, cinta itu derita.. .. Sumimasen, bahana tengok dorama banyak sangat)



Eh , ni nak cerita pasal cinta angan-angan kau ke hape ni?
Okay,ini adalah cerita cinta memori payung di Korea,  Zawani a.k.a Tubeng dan pasangannya Azri.

Idoklah teman sangka secepat ini, kerana kedua-duanya adalah anak manja ibu bapa masing-masing,





Pelamin sendiri, baju sendiri, make up sendiri , sungguh berbakat bakal pengusaha butik pengantin ni.

Oleh sebab,   mak buyong, si Fatma datang lambat, Wani nak ambil aura ibu mengandung dengan baby bump tidak kesampaian.

Lalu, aku kan mudah kasihan orangnya. Maka aku relakan ehem ehem bump aku ni di jadikan prop.




Hasil sisa-sisa betik, tempoyak, mee goreng, soto dan cemil-cemilan berkilo-kilo.





Amboi, macam nak amik gambar pasport !





Dengan dia punya signature  , her pimples dimples ihiks . I baik tau coverkan . Ihiks.




Bunga di no 372, blok 16 , Felda air tawar 5, sudah dipetik orang.




Ok, petik diri sendiri.







Pandang kanan



Pandang kiri.




Pandang bawah





Pandang atas.







Pandang depan.




Okay, dah boleh lintas jalan.





Senang kau buat kerjakan. Jalan tengah-tengah jalan .. Jalan raya memang favourite spot. huhu.






Dengan Hakeem comel, muka chinese look, nasib baik aku dah bertaraf  mak cik ..Kalau tak dah ngorat. Euwwww.. Tak, bukan  I tulis ni.






Last and special edition of Haji Mohd Rohani and hajah Tuminah.






Okay, Hakeem boleh main jauh-jauh, bagi mak cik  ni pulak masuk gambar. 
 Yelah , tangan jek boleh masuk frame.
ootd jap
Top : baju raya dari SuriSara  (sama dalam entri : Salam Syawal)
Skirt : sebenarnya dress,  beribu kali pakai Forever 21 (sama dalam entri dolu-dolu)
Shawl : By'u Scarf  



Geng datang lambat jugak.




Manja sungguh ini anak buah Wani ni dengan Cik wan dia, kena amik gambar laju-laju tanpa dia interframe.







                                            Bunga sudah menjadi kaktus, tidak boleh kacau. Zon bahaya.



Dah selesai majlisnya.

Esoknya, marilah kita berkelah sekali dengan bridal shower dan  baby shower terus.. haha





Sejenis muslimah pergi pantai. 
Air ada pasang dan surut, Namun, kasihku padamu  tiada surutnya.

Kih kih.





Masa kita disini pada ketika itu tahun 2012, hanya kita berempat. Masihkah korang ingat?
Apa,  tak ingat?!
Glad that I have this blog ! 

 Pada tarikh gambar ini diambil 25.1.2015, Fatma sudah bersuami dan bakal melahirkan anak. Tubeng sudah bertunang.

Okay, fine aku dan Nisak menyulam kasih bersama.




Nisak nak dapat aura dari budak dua ni. 
Tak pe, Nisak aku ada.
*nangis






Ni pengaruh makan chicken wrap masa pergi Singapura kat entri lepas Berangan dan berjalan di USS.  Kalau dulu bawak makanan siap masak dari rumah , kali ni kita main pondok-pondok ,bungkus  kobis, mayonis, Nachos (dari Chacos) , ayam  dengan tortilla.





Advance tak  tahun 2015 punya picnic banding dengan tahun 2012 punya.. ada BBQ . 
Teka , siapa yang gigih buat ni ? 
Untung Fatma dah berlaki, dia yang buat, kalau aku yang buat ni, sampai sudah tak berbara arangnya.




Sungguh romatik bakal ibu dan ayah ni.





Alhamdulillah, jumpa dengan kawan sekolah kami yang aku rasa sejak SPM aku tak jumpa, dah hampir 10 tahun.., bakal pengantin jugak nih, Dr. Farah Nadzirah .





Kedut itu , beg mata itu , senyuman itu, dan manusia-manusia itu   adakah masih sama 3 tahun lagi, 13 tahun lagi mahupun 30 tahun lagi?


2 comments:

  1. Salam.... oh bertunang yer... Selamat bertunang...semoga kekal sehingga ke pernikahan... berapa lama bertunang ni? lagi cepat lagi bagus kan... taklah menunggu lelama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh, kawan saya bertunang setahun setengah hidup

      Delete

terima kasih sudi baca :D