Monday, September 26, 2016

Langkawi-Perlis-Bangi Sentral 2016


As salam,

Setelah sekian lama , aku rasa tak bercuti yang kalau diistilahkan bercuti  dalam konteks ayat aku  ni ialah, set tarikh, masa, ada aktviti lawatan, duduk hotel, jalan-jalan cari jodoh makan.

Aku juga menganggap aktiviti hiking sebagai percutian , tapi masalahnya hiking pun lama dah tak buek weiiii..

Akhirnya setelah 2 tahun tak pi bercuti yang pergi tempat tempatan dan jalan-jalan cari makan,
aku dan kawan-kawan yang 2 tahun lepas punya team jalan-jalan cari pasal kat Penang, memilih utara lagi kali ni...Tapi, daripada 5 orang ahli , hanya tinggal dua jeklah yang ada oi, lagi 2 dah dimiliki orang...mengandung bagai.. tinggallah kami kekal sebagai the thorn roses.. gitohh

Pi mana ?

Langkawi!!!!



Pada aku, Langkawi ada semua yang  diinginkan.

Pantai, air terjun, hutan, pulau, makanan, cekelat , tempat shopping, aktiviti best di darat, laut mahupun udara dalam jarak kurang satu jam naik kereta of course. Sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Berbahagialah dan bersyukurlah  wahai penduduk Langkawi.

Kami rancang kurang dari sebulan.

Bila aku cakap aku nak berhenti dari kerja aku yang baru 2 bulan setengah dekat group gegirls.
Si Ijah terus ajak bercuti. Macam tahu-tahu jek tau dia ni.
Bla Bla Bla
Yada Yada Yada


Maka tarikh 5-7 September 2016 dipilih untuk bercuti di Langkawi

Perjalanan aku ke Langkawi, ala-ala backpackers old school di zaman semua pakai flight tambang murah.
Senang jek nak pi Langkawi, kalau  tak nak naik kapal terbang, boleh naik bas pastu feri.
Kami pergi naik jalan darat dan laut jek Senah.

Bas Pontian > TBS>Kuala Perlis> Feri Langkawi


Transit kat TBS sebab nak saing Ijah gegebu dari Serdang.


Okay, sebab aku nak buat entri ni nak makan sebulan dah, kagum displin blogger/vlogger/igers/snapchatter , despite their busy life with children and works  how they manage to do all the blogging and video editing with discipline (read: Vivy Yusof  and Daphne Iking)

That's why they are succeed , munirah. #posemelihatkeluarjendelamengenangnasib


Dari Pontian, naik bas pukul 3.30 petang, sampai TBS pukul 7.30 malam
Beli tiket bas Transnasional ke Kuala Perlis pukul 11 malam
Sampai Kuala Perlis pukul 6 pagi. Prebet sapu ramai dok offer hantar pi jeti, ada offer satu teksi RM9.
Lepastu Ijah cakap, bukan dekat je ke. Buat tak layan dengan diaorang.
Ingat nak pi masjid , tapi sebab gelap, ingat jauh, kami sembahyang dan refresh kat surau stesen bas tu jugak.
Elok je lepas sembahyang, hujan lebat tiba-tiba.
HAHAHA.
Pi lah naik prebet sapu lain RM10 satu teksi.. What?

Sebenarnya ada laluan pejalan kaki berbumbung dari stesen bas untuk ke jeti. Sat ja .

Menghadap stesen bas, toilet/surau belah kiri tangan anda, laluan pejalan kaki tu belah kiri stesen bas.
Tak tahu tanya jeklah. Hang pun tak tanya jelas-jelas kan kat orang kat situ. #malubertanyasesatjalan #kenakencing

Kami tempah pakej kat instagram , meliputi tempat penginapan, kereta sewa, dan pakej mangrove tour bernilai RM 230/seorang.

Dia bagi hotel Landcons, di kawasan Pantai Cenang, betul-betul berhadapan dengan bangunan The Zone Duty Free and Coco Valley , Underwaterworld. Walaupun harapan aku sebenarnya nak chalet betul-betul tepi pantai #lainkalikautempahsendiri #korekduittabung

Pada aku , sewa hotel kat kawasan Pantai Cenang ni best lah, jalan kaki jek ada tempat shopping. Malam-malam, kedai tepi-tepi ni buka sampai pukul 12 malam, restoran pun banyak, termasuklah McD, Secret Recipe, Subway dan semestinya ada pantai.
Tak delah bukak pintu terus nampak pantai ya. Kena jalan lebih kurang 5 minit lah nak pi pantai

Ada yang suka duduk kat bandar Kuah, dekat dengan tempat shopping. Terpulang. Lagipun tak delah jauh kan satu-satu tempat kat Langkawi ni, kereta kan ada.. apeadehal










Hotel bajet, kira okaylah, aku tak cerewet.. Nak cerewet hang bayar lebih na, kat St Regis ka, Four Seasons ka Datai ka kenn.. 
Tapi kalau aku bayaq hotel mahal, memang aku  tak pergi jenjalan  
Bertapa ja kat sana. 



Ijah mula-mula cop katil single, tapi aku dok sibuk baring situ jugak, dia blah.. haha
Maklumlah, aku dah biasa kereta tak de aircond time jam, panaih merelit.
Tak reti sejuk-sejuk ni.
Hang tengok ar selimut dia, diskriminasi ketebalan.. pastu katil twin tu menghadap aircond. 
hahaha

Sarapan pun tak masuk ye , Sdn Bhd . Ptd Ltd.




Bagi aku, aku puas hati, cuma kalau ada kesempatan memang nak pilih hotel yang jenis bukak tingkap, terus rasa angin laut menampar pipi *posefeeling



 kau fefeeling sekor-sekor sudahlah..
kang kalau buat lagu ni dengan kawan sejenis kau.. 
Aneh pulak rasa dia


Sky Cab a.ka cable car a.k.a kereta kabel

Masa aku pi sekitar tahun 2009/2010, beli tiket kereta kabel naik kereta kabel jek lah. 
Sekarang banyak tarikan lain dekat tempat ni.
Oriental Village, banyak kedai-kedai
Tiket dia masuk pakej sekali. Ada  pilihan pakej yang boleh pilih, ada masuk sekali dengan DuckTour, ada yang masuk 4D museum. 
Pakej basic untuk naik cable car termasuk sekali dengan SkyDome dan SkyRex 

SkyDome; sebelum naik kereta kabel, macam dia nak bagi kita aktiviti sementara tunggu giliran.

SkyDome dan Skyrex, ala-ala kita duduk, lepastu dia projectlah grafik , feel  macam naik roller coaster, kene serang dinasour .. suka hati jek kau kantaoikan ..luls.. 

sambil tu kita usharlah sekeliling, mana tahu rezeki...






Boleh cuci mata #ehkausempat



Kalau tak naik kereta kabel pergi Langkawi, macam tak sah. Aku pergi waktu bukan waktu puncak pun ramai pelancong, tak dapat bayanglah kalau waktu puncak, kan... pandai-pandailah pilih masa ya.




Dekat atas tu ada mangga-mangga cinta, kau kunci hatiku.. alolo, ha siapa punya ni, baik ngaku cepat!
c.c :Seseng


Aku datang Langkawi, hujan tiap-tiap hari, kau bayangkan?! Ni lepas hujan



Nak tengok pemandangan,
Sekali ,pemandangan  tak der... kihkihkih


Kabus tebai, putih rasa dok kayangan..
Sebab penat, boleh berkelah macam rumah sendiri kat atas tu, feel the breeze, yelah orang selalu komplen Langkawi panas lit lit

Nilah manusia, bila panas nak hujan, bila hujan nak panas...


Kami sebenarnya happy, aku suruh depa buat muka sedih.
Nak naik sky bridge, kena bayar 5 hinggit kat atas ni, tapi sebab kabus, tak payah lah lalu jambatan tu, tak nampak pa...

Sebelum pi kawasan SkyRex, singgah jap main dengan arnab, comelnya...


Aku ingat aku boleh pegang arnab,
Tapi tiba-tiba aku tengok arnab ni teringat tikus ..tak sanggup ceq.



Sebab aku tak mampu nak pegang, tapi aku nak bergambar,
Jadi Ijah si ibu kucing, aku suruh Ijah pegang..
well , kucing dengan arnab kan lebih kurang..
(arnab=kucing, arnab=tikus. Maka, tikus=kucing?)



Ijah lapar, dia pi cari makanan kat Oriental Village, makanan kat kiosk-kiosk agak berpatutan..





Jus mangga ni paling laku kat Langkawi aku rasa. Nampak amoi tu? Aku pun amik gambar gak ngan mangga tiruan tu, itu pun jadik kan?, playing tourist gitoh



Sedap.. dia berkira pulak, buh ais separuh, buh ais penuh, tak buh langsung ais lain tau harga, .
hat tak buh ais paling mahal, dapat jus mangga sebenar yang lebih banyak. Alah, terbayang pulakkk.
(small cup macam diaorang pegang ni, with ice: RM3, half ice; RM4, without ice RM5)

  

Sebab tak banyak gambar bertigakan, bubuh jek lah, daripada tak de..
Mujur ada orang sudi nak tolong amikkan gambar 
#pandangufukmanatuh
#needtohirechetaphotographerafterthis #mampuu


Restoran Seashells, Laman Padi

Petang tu, lepas check in hotel, kami makan di Restoran Seashells di  Laman Padi,
(FB: Seashells Chenang) tak jauh dari hotel, naik kereta 5 minit jek. tempat ni dapat daripada google lah apalagi...


Gambar di internet

Tapi tempat ni tidaklah seperti yang aku gambarkan.. haha




Mana padi oiii ?
#bajutidurftw



Okay, fine .. mungkin teknik fotografi aku sangat beginner...hehe





Jus kat sini biasa sahaja ye (markah 1.5/5 ), ni air apple asam boi (RM7) , jus tembikai (RM6) jus nanas (RM6), nanti suruh bos hantar kursus buat ayaq sana ye, ke bos ajaq lagu ni..
Pemilik restoran sila ambil berat kualiti minuman yang ditawarkan di kedai anda ya, ayaq penting naa...lebih-lebih lagi kalau air tu mahai, ni kadang-kadang buat air sirap ngan Teh O pun out.... #hamboihampa #gayakomplenmacamchetatakpuashati #orangdahsampaibegchetataksampai #MASkenamarah

Sebelum aku merepek tak tentu hala, meh sambung





Inilah hidangan yang berharga RM60 (untuk 3 orang)
Termasuk GST, presentation, ambience, pekerja yang baik hati layan amik gambar.

Rasa dia?, alah korang ni,  macam korang amik nasi masa lunch dengan lauk seperti di atas kat kedai nasi berlauk. Tak jauh rasa dia. Kami licinkan semua kecuali, nasi #jagabadan


Mangrove Tour

Esoknya waktu yang paling ditunggu-tunggu , Mangrove tour. Masa aku pergi Langkawi dulu, pi island hopping.. sekarang nak cuba hat ni pulak. Kalau Island hopping dekat jek kawasan dia dengan Pantai Cenang tempat kami duduk tu, kalau Magrove ke utara nun ..


Tangan gigil, lebih kuranglah tu #janganmaki


Pagi tu hujan lagi..
Aku rasa pasai niat aku lahh, aku dok excited nak amik gambar langit biru , laut hijau macam orang lain kan..

sebelum tu aku dok sibuk nak beli cermin mata hitam lah, sun block lah...
Tapi, aku tak payah beli semua tu...
Langkawi redup (baca:mendung-hujan-mendung) okay.


Pagi, kami di pickup oleh wakil agen..
pergi kat  tempat parking bot.








Hujan tak hujan, aktiviti tetap jalan, kecuali kalau ribut yang membahayakan , kene batal lah (jarang berlaku)
Nor's advice, Don't fight with nature, be friends with them. So, you will enjoy it.

Sesi bagi makanan kat monyet.
Monyet banyak kat tepi tu.. (FYI, aku tak suka dan takut dengan monyet)
Nor said, "I will show you what monkey can do"





Dia bagi kacang, dan monyet tu terjun kat laut
MONYET BOLEH BERENANG , OKAY
Pengetahuan baru bagi aku yang berumur 28 tahun untuk hari tu #newdaynewknowledge
lulss



Wei apa ni dia naik bot, aku dah gelabah beruk time tu, tapi nasib baik ramai orang, ngan pak arab , mat salleh Itali, kenalah jaga status aku.. diaorang cool je




Ada dua ekoq dok jalan-jalan dalam bot tu,lalu depan, belakang aku..

.HUIIII

Nak terjun laut, tak reti berenang, hujan pulak tu, berdoa jeklah yang monyet ni tak serang kau.
Masa tulah baru kau nak apply konsep tawakal dan pasrah kann.



 Nor habaq, just relaks and don't look into their eyes.


 Yang sekor lagi bawak anak dia pulakkkk
Anak dia dok peluk mak dia..



Sekali tu  aku hala kamera tuju kat dia, nak amik gambar,
sekali dia turun pi dekat kat aku .

C.U.A.K




Nor said, "when monkeys with their baby, they become more protective."


Aku lupa, adakah aku terkencing ketika itu?




Alhamdulillah , aku masih bernafas.

Kamera mula masuk ayaq... tak kelia




Kami jalan lagi lalu kat kawasan tembakau, kot-kot jumpa ulaq ka, binatang lain,
Tak jumpa.
Jumpa caterpillar ja.


Antara check point dia pi bagi makan helang (tapi hujan kan, helang tak berapa nak turun) fish farm, pi lalu gua buaya, pi gua kelawar


Di fish farm, kami pi tengok orang bagi makan ikan, hehe
Ikan siakap, ikan pari, ikan kerapu .Boleh tengok kat video pas ni.











Kapten bot habaq, kak pakai baju hujan dulu , baru pakai jaket, haha, malas aku nak betulkan..luls





Pakej kami ni termasuk makan sekali, jadi siapa yang tak cukup, boleh order menu lain seperti ikan segar dan lobster yang dibela kat sini . Kami bersyukur seadanya,  Nasi goreng + ayam+ sup kosong + air oren +buah tembikai.
Lapar + free + sedap = sedap gilerrr .







Ini jeklah satu-satu gambar yang nampak muka korang dengan menatang tulisan tu



Kilim Geoforest Park




Kami punya tukang cerita,  Kat instagram aku dah habaq, dia dulu pernah kerja BMW, dok johor, TMJ kenai dia, tapi dia takut, dulu dia habaq TMJ kurus, handsome, memanglah .... Sejarah dah..

Last check ponit, kat pantai..
Nak mandi boleh, tapi sebab faktor keselamatan sebab hujan dan ombak kuat, Nor tak bagi mandi.
Tapi pak arab ada jek yang mandi.
Suka hati kaulah labuu

Aku rasa aku memang tak ngam lah dengan langit, asal aku bayang langit biru , ayaq biru, mesti jadi kelabu... #makredho



Sweet kan kitaorang... hahahahaa


Almaklum ya, tak de monopod, tripod mahupun nutella pod (or pot?)
Maka, handphone dibenamkan kat pasir


Video asal boleh guna handphone Sony Xperia Aqua M4 ( setakat ni dia kena hujan boleh tahan lagi)




Restoran Wan Thai, Kuah

Malam tu kami makan dekat Wan Thai Restaurant , Kuah. Semua kat sini sedap (kecuali Tom Yam). Favorite kat sini pulut mangga. *telanayaqliuqlagi


Tom yam dia masa aku makan ni agak mengecewakan, kemon, restoran Thai tak sepatutnya hidangan tom yam tak menjadi. Sedap lagi tom yam kat kedai makan ala carte orang Kelantan di seantero semenanjung.


Kami tak order air, minum ayaq sejuk depa bagi  free ja #jimat #adaOCDnaksusunsudugarfutuke




Nasi dua pinggan, Ikan siakap 3 rasa, tom yam, kailan ikan masin, kerabu mangga, pulut mangga

Kami habiskan semua, kasi licin liau.
Dari 5 bintang, aku bagi  4 bintang.
potong hat tom yam dan 
harga (kira oklah sebab dia punya ambience, service dan presentation)

Lalu, tibalah masa bayaq
Bos tunjuk resit kat kami RM200 lebih,
aku terkejut beruk, tapi pura-pura maintain sambil korek duit kat wallet.

Tiba-tiba . Nisak bersuara,
" Ni bukan kita punya, kita , tak de order ni"
Aku pun tengok resit tu ada ayam pandan segala ...

Rupanya, orang tu tersalah dah..
Dan-dan terus tanya kami makan apa, kira time tu jugak.
RM94
Pengajaran: jadik lah seperti Nisak, janganlah jadi seperti Mun dan Izzah yang terlalu mudah dipermainkan di dalam dunia penuh pancaroba.

Hari terakhir, cari makan sarapan kat suatu kedai kat Pantai Cenang




beserta teh ais = RM 10.00. Sekian.

Jalan-jalan kat pantai sementara tunggu The Zone bukak pukul 10 pagi, pasai mak aku kirim kuali. Semalam pi Haji Ismail Group , kuali hat yang nak tu dah habis.

Lepas beli, pi check out, (waktu check out pukul 12PM).
Pi Kuah (pulang kereta)

Sampai Kuala Perlis cari hotel, nak duk T-Motel depan jeti tu,
depa tak bagi share 3 orang untuk bilik 2 orang.
Aku masuk masa depa dua tengah bincang tu.. hahaha
Kantoi. Luls
Bilik 2 orang ( RM89)
Bilik 3 orang (Rm115 kot). Kedekut Jimatkan?setiap ringgit adalah berharga.

Kami jalan sikit pi Hotel Seaview
Aku dok luaq, depa dua tempah bilik.
Dah siap, baru aku naik, receptionist buat relaks jek buat tak kisah ja ada aku pun.
Bilik 2 orang (RM90) bilik saiz okay tapi usang lah , dinding dan lantai bilik air tak sental .
Sewa kereta dekat pusat kereta sewa berdekatan , kereta Viva RM60 sehari.

Hari tu , plan balik naik ETS, malang sekali ye kawan-kawan,
tiket ETS kena tempah awal-awal, pasal cepat habis, lagipun orang nak balik raya haji masa tu.
naik bas jugaklah jawabnya..






Stesen KTM Arau, Perlis. Pertama kali, aku jejak sini..hehe
Mengimbau sangat tau Arau ni, tempat jatuh lagikan dikenang....


Padang besar, Perlis

Petang tu pi Padang Besar , beli asam Ijah, nenek dia kirim nak buat acar.
Sekali aku pun membeli jugakkk... kacang cerdik dengan gajus.
Kat dalam bangunan aku beli kacang pistachio RM30/kg..

Kat luar, kedai lain bagi RM25/kg
Beli lah kacang gajus sekilo...
Sedih!





Char Kuew Teow Tok Wi, Perlis

Malam, makan kuew teow Tok Wi.
Dia dah pindah tempat.. patut lain kedainya dari masa zaman remaja aku dulu.




Ijah dan Nisak, Kuew Teow Sepcial  ada tambah telur dengan ketam  RM 10 kot.



Kuew teow biasa  (RM5) cuma udang jek. tapi aku mintak telur mata.. udang dia mengecil ya berbanding dulu.  Mungkin , udang besar tak de stok kot #positif
Rasa dia sedap macam dulu. Nisak cakap, kalau dekat, aku makin tiap minggu.


Gua Kelam, Perlis

Niat utama kami duk semalam di Perlis juga sebab nak pi Gua Kelam,

Semalam, kami nak pi dah petang, dan hujan

Pagi esok, kami pi lagi, sekali tutup daaaaaa


" AIR DI DALAM GUA NAIK MELEPASI JAMBATAN GANTUNG. BAHAYA UNTUK LALUAN"

Nasib kau lah pergi masa minggu hujan.
Aku sabar je , tengok orang pergi kat instagram, boleh cerah pulak kat sana.. 

Redhoo


Kami jumpa banyak kucing.. comel sangat, cantikk , macam kucing bela.
Mungkin faktor alam semula jadi, membuatkan mereka awet muda.









   

Dok ikut kami mintak makanan. Mesti dia bau Ijah, si crazycatlady.


Jalan balik  yang jauh tu kita jangan membazir,

Singgah di bendang yang tengah menghijau ke menguning.
Rahmat . Alhamdulillah.




Hairan aku, aku tak terasa pulak nak bergambar masa tu




Ni ha, budaknya yang nak bergambar..



Keindahan yang tidak dapat dizahirkan oleh kamera handphone.


Restoran Anjung Keli, Kangar Perlis

Sebelum balik hotel dan check out, kita pi makan kat Restoran Anjung Keli
Ni pun dah berubah, lawa dah...



 Restoran ni mengingatkan aku pada Restoran Cikgu di Kota Bharu, Kelantan .
Restoran Cikgu, dia punya ulam lagi macam sayur jual kat pasarlah banyaknya.



Antara lauk pauk di sini.


Ikan keli kat restoran Cikgu tu lagi besar dan banyakk. Alah, ni nak kena pergi Kelantan pulak ke camna ni


Tapi, yang bestnya kat sini , dia punya sambal . banyak pilihan...dan sedappp gilersssh *sedutairliur








Sambal pelam , pucuk janggus , ikan keli salai masak cili api dan air teh ais RM8.10




Nisak , ikan keli , sayur , sambal durian, teh ois dan buah-buahan  RM 15
Aku bagi 4  bintang.
Tolak tang harga (hamboi, kau nak berapa hinggit?!)


Pulang kereta, check out hotel , JALAN pi stesen bas,  siang-siang nampak, sebelah ja dengan hotel Seaview tu. dekat gila okay dengan jeti ..luls. Naik bas balik TBS

Naik bas Eagle lambat gilerss.

Malam tu , sampai Serdang kami makan Texas Kitchen , untuk pertama kali, lebih kurang jek dengan restoran makanan segera berasakan ayam lain, cuma dia ada menu Scone, sedapp.. itu juga pertama kali aku makan Scone #selalumakanubirebusje #villagepeople.




Esoknya, kami pi Bangi Sentral, OMG banyaknya butik ala-ala seksyen 7 Shah Alam #erafesyenmuslimah
Sebab nak makan mi tarik, first time jugak makan mi tarik, sebelum ni dengaq ja orang habaq sedap.




Aku order macam kat gambar ni dekat menu



Tengok, apa yang aku dapat.
Pengajaran: harus terima hakikat jika gambar menu dan makanan sebenar adalah sama, ia adalah keajaiban. huhu

Bagi 2 bintang. Tolak hat harga dan tolak harapan aku (underwhelmed)


Trivia:
1. Rancang tentatif lebih-lebih lagi kalau masa kita pergi tu singkat. The Zone and Coco Valley, buka pukul 10 pagi, tutup , pukul 6.30 petang dah nak tutup dah.  Haji Ismail Group di Kuah tutup lewat , 10 pm. Jadi , tak delah berkejar sangat.
2. Bulan April , musim panas, adalah bulan terbaik jika berminat untuk snorkeling dan scuba diving . Boleh juga pergi Koh Lipe dari Langkawi, boleh tanya agen.
3.  Langkawi sangat banyak pilihan terutama bukan waktu puncak. Tempah sendiri semua. Tapi, aku jumpa kat Instagram @visit_Langkawi ni, RM230/pax  Pakej 3 hari 2 malam,  kereta Perodua Viva - 48 jam (extra 1 hour RM10), agak baru dan selesa. Hotel Landcons  tanpa sarapan,  Mangrove Tour.  Recommended.


Menangis tengok nombor tu haa..Memang tak lah kau nak challenge traveller kat FB

" Gadis ini melancong ke seluruh Eropah dengan hanya RM300"
#hentamm

Kau gi lawat negara sendiri pun out. Tapi ni, seluruh perbelanjaan termasuk kat Perlis , sampai ke Bangi pun kau masuk ha..
Next time kena kawal, yang hat beli kuali Tefal dan  minyak serai  tu mak aku kirim dia bagi RM100.

Langkawi, you are awesome, I will definitely comeback . InsyaAllah. (after 6 years maybe?).


5 comments:

  1. Even ada tempat yg tak seperti yg dijangkakan..
    tapi rasa macam best jek korg jenjalan.. jelesnyee..
    after this klu ada next trip jgn lupa ajk kite,,
    #tikahbaruingatpasswordblog #barustartblogbalik HAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai tikah, thank u sudi drop the comment.. haha, dengan kawan2 mesti best, kate org, kadang2 dengan siapa kita travel, lebih penting dari tempat yang kita travel.InsyaAllah, ade rezeki kita jenjalan sesama

      Yeay, keep on writing ya :D

      Delete
    2. Hai tikah, thank u sudi drop the comment.. haha, dengan kawan2 mesti best, kate org, kadang2 dengan siapa kita travel, lebih penting dari tempat yang kita travel.InsyaAllah, ade rezeki kita jenjalan sesama

      Yeay, keep on writing ya :D

      Delete
  2. Replies
    1. ajjjomm, tapi tunggu tabong penuh.. weiiii, nk tunggu sponsor tak do n weiiii..haha

      Delete

terima kasih sudi baca :D