INSTAGRAM

Monday, July 12, 2010

kepada pencinta produk semula jadi

As Salam,


Kepada yang berminat dalam natural product hehe, terasalah buat sesiapa yang tesis dia pasal pokok-pokok e..

Maka , dengan itu tempat yang harus dilawati ialah LADANG HERBA NASUHA, di Pagoh, MuO.

Kebaikan dan rahsia herba yang telah dikaji oleh Tn. Hj Nasuha pengasas dia termasuk di New Zealand yang dapat mengubat penyakit-penyakit wei.


Biasalah kan perempuan agak malu ya untuk mengaku bila mereka ada barah payudara, dan kes ini melibatkan seorang jururawat yang mempunyai penyakit ini, tapi dia tak berubat dan akhirnya pecah ketumbuhan tu, dan meninggalkan lubang sama saiz ngan bola ping pong ( eh, cara aku cerita cam tipu, tapi cam tulah dia cerita) . Lepas tu, Tn. Hj Nasuha  ni, buang darah dia, dan boleh nampak wei, jantung dia dari lubang tu, (seram tak seram) lepas tu dia pun bagilah guna produk herba dia.

Tn. Hj Nasuha juga beritahu berdasarkan pesakit-pesakit yang datang, MINYAK PANAS seperti MINYAK KAPAK boleh menyebabkan KANSER LEMAK atau pun kanser serviks.
 Maka, sesiapa yang suka minyak panas boleh guna minyak cinnamon atau minyak tea tree.


Garcinia atroviridis atau asam gelugor ni bagi sesiapa yang rasa bentuk badan macam pear ke bolehlah makan herba ni. Hehe, aku baru tau rupanya buah asam gelugor bentuk nya cam ni..(shh..malu)


sesiapa yang tak boleh nak tengok belakang dia sebab dah besar sangat, makanlah buah pear sebab bolehlah nak bandingkan dengan badan sendiri, '' rupanya, macam ni belakang aku". ( dia yang cakap e) ..hampeh..

Pokok kembang semangkok ni berbuah 4 tahun sekali. Kat ladang ni, dia baru berbuah buat pertama kali 2 tahun yang lepas


Cola Nitida (Gora)  dapat atasi letihan dan kelesuan fizikal .


 Strobilanthes Crispus (Pecah Beling) selain baik untuk kanser boleh melancarkan peredaran darah, melegakan sakit dan kembung perut , melawaskan kencing dan buang air besar.


 Centella Asiatica (Pegaga) juga boleh memperbaiki perdaran darah, kurangkan lesu dan bagus untuk kesihatan kulit.


 Cinnamon (kulit kayu manis) boleh hilangkan sakit gigitan serangga dan gantikan sel mati.

Selain tu, ada Melaleuca Alternifolia (tea tree oil) yang bagus untuk penyakit kulit seperti jerawat dan kulit kering.


Morinda Citrifolia (Mengkudu) ,  Noni boleh merperbaiki peredaran darah, sakit-sakit sendi dan bantu penghadaman.

Produk untuk rambut beruban dan masalah ketombe kelemumur pun ada, dengan menggunakan buah keras dan herba sebagai bahan utama.

 buah dalam gambar ialah mengkudu.

Macam Tn. Hj Nasuha ni, dia saja tak guna kat janggut dia untuk tunjukkan perbezaan, dulu dia kata rambut dia lagi putih.


Lepas habis sesi bercerita, dia bagilah makan sarapan mee goreng , guna ayam kampung yang dibela kat ladang ni. Disediakan juga 7 jenis minuman herba , aku amiklah 2 gelas (ingat nak amik 7 jenis sekali tapi tak cukup tangan). eh, lepas duk kat meja baru pasan orang lain semua segelas je..memang tak boleh bawak g  majlis sungguh.
Rasa air herba ni macam hot chocolate .





 Ok, tipu.... 

Nama pun minuman herba...rase dia taklah teruk,tapi taklah sedap dari teh Boh bersama gula ..Ok je...tak pahit pun.
ha, tamak lagi amik 2 gelas,  , seksa nak habiskan ..hehe

7 Fakta di Ladang herba dan Rempah ratus Nasuha

1. Termasuk dalam pakej , jalan -jalan tengok ladang naik trem


2. Ada bela ayam kampung, angsa, kambing...


3. Ada juga tempat penginapan disediakan RM250 semalam (7 unit) dan RM 600(1 unit) untuk VIP chalet. Nak spa ke sauna pun ada.



Bolehlah sesiapa nak rasa duk kat umah kayu yang superb cantik.

4. Dekat ladang tu , ada pokok kembang semangkok , all spices, dan semualah 7 herba tu.

Pokok ni antara bahan untuk minyak kapak, berasal dari Tasmania, Australia. Tuan Haji Nasuha cuba tanam dekat sini dan sesuai pulak dengan cuaca kat Pagoh.

banyak gambar yang gegar, sebab amik atas trem.

Pokok Pimenta Dioica (AllSpice) daun renyuk dulu, lepas tu bau. Best bau dia. Sesuai untuk pesakit arthritis , mempercepat pertumbuhan tulang rawan, legakan batuk, demam selsema, untuk kembung perut dan sakit pinggang ngan belakang pun boleh.

5. Tuan Haji Nasuha terror wei, dia boleh tau nilai kolestrol dalam darah dengan tekan ke pegang je jari  kita.
Tapi masa aku, dia tak cakap kolestrol berape, tapi dia cakap, `ni tak suka makan sayur ni, darah pekat'. Kantoi.

6. Restoran dia pun best, masuk-masuk bau herba. Interior dia kayu.


 Makanan tengah hari termasuk dalam pakej. Hari tu  makan nasi beriani herba ngan sup noni. Dia cakap sup noni bagus untuk aku, boleh cairkan darah.


sup noni

7. Terdapat  juga kilang rempah ratus jenama Mak Siti di sini.

Macam-macamlah ada kurma ,soto, kari semualah.



Raja Sup dia ni boleh direbus dan dibuat mandi atau cebok sebagai antispetic, antifungal, ubati keputihan dan hilangkan bau badan.
*Tumbuhan seperti pucuk ubi juga mempunyai toksik, kalau lepas hujan bagi dekat kambing, nanti perut dia kembung dan  meninggal. Maka, kalau kita nak makan pucuk ubi, hendaklah dipotong-potong sebelum rebus dan perah airnya .Lepastu bolehlah nak buat masak tempoyak ke ape.

Tuan Hj Nasuha seorang Melayu yang dikagumi atas usahanya mengkaji dan memanfaatkan khasiat dari tumbuhan walaupun asalnya beliau mengambil jurusan akaun. Bangun pada pkul 3 pagi setiap hari membaca buku-buku tentangg herba tanpa meninggalkan ibadah membaca Al-Quran.

"Dialah yang menurunkan hujan dari langit sebahagian daripadanya untuk minuman kamu dan sebahagian lagi menyebabkan tumbuhnya pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) untuk kamu melepaskan binatang-binatang ternak: makan padanya. "
   " Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanam-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (korma) serta anggur dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir."
                                         
(surah Al-Nahl ; ayat 10 dan 11)

Sumber: Solusi isu#20, `Belajar dari Alam'  


md::: penat dan letih, eh, perlukan gora.

16 comments:

  1. bile ko g ni munir? mane nk dpt kt kl?

    ReplyDelete
  2. hmm... tempat nih la tanah tumpah peluh aku... haha

    sbb ak kem PLKN dulu kat tempat tu ah. kalo ko perasan ade kem berdekatan. hehe. hari2 nmpk van MAK SITI lalu kaw tuh. :)

    tp x jumpe la pemilik ladang... jumpe jurulatih PLKN jer. interesting stuff tho

    ReplyDelete
  3. Ziha::: aku g ari Sabtu aritu.... produk dia tu jual kat tempat tu jelah wei.. ko berkenan yang mane.

    munzir:: owh , ko dpt plkn ..huhu baru tahu..haha, dia ada ckp ada PLKN kat situ..

    ReplyDelete
  4. mun.. sukenye ko buat ppost pasal natural product ni =)))) .. nmpknye ko da makin menyukai natural product ek.. jadilah ejen weh.. sng nk order nnt.. hehe

    ReplyDelete
  5. ziha...tu kene g agen Mak Dara lah wei..haha...

    Nisah.... tak de makne nyer wei aku suka..haha...kelakar jer, agen? x pernah terfikir aku.....barangan dia eksklusif, boleh dapat kat situ je. kalo , rempah ratus Mak siti adalah, yang Raja Sup tu pun kat situ jer

    Alamat dia:
    Nasuha Herba & Rempah Karya SDN BHD
    Ladang Rempah Ratus dan Herba,
    KM 19, Jalan mUar-Pagoh
    84500 Muar, Johor.
    Telefon : 06-9737231
    e-mail : info@nasuhaHerbsparadise.com
    website : nasuhaherbaparadise.com

    ReplyDelete
  6. ad contact no haji nasuha x?? ^_^

    ReplyDelete
  7. contact tuaN NYE TAK DE, CONTACT COMPANY YG MCM KAT KOMEN ATAS TU...:D

    ReplyDelete
  8. oo..yeke...awk asal dr mana??penah pkai produk mak siti??

    ReplyDelete
  9. mksud saya rempah ratus mak siti..^_^

    ReplyDelete
  10. asal johor, sy x pakai, kawan saye pakai, die kate best , sedap..., die x kan buat sup kalau x de mak siti, kalao jename lain die x mau.......

    ReplyDelete
  11. oooo..haha..product ni mmg established kat johor saje la ni? kualiti spice tu same ngn herba dia x? maap la interview bnyk nih ^_^

    ReplyDelete
  12. ohoho, x lah.... kawan saya duk kelantan, memang bukan kat johor sajelah sup mak siti nih....kalo produk herba DIE YG lain saye rase boleh dpt kat sini jek, tapi itu sy tak pasti...saye tak tau pasal tahap kualiti die.... ..sorry..huhu

    ReplyDelete
  13. TERIMA KASIH MUNAMUNI...SEBAB SUDI DATANG KE LADANG KAMI :) JEMPUT LAH DATANG LAGI...

    ReplyDelete
  14. Saya ada datang ke sini pada 24/11/2013 baru baru ini.saya amat berpuashati dengan makanannya,terutama nasi baryani lauk kambing,dan layanannya bagus sekali. Terima kasih pihak nasuha !

    ReplyDelete

terima kasih sudi baca :D