Saturday, December 22, 2012

Sedih -sedih pergi Kenduri

As salam

Hari ini 22 .12.12 .
Kita masih bernyawa.
Walau iklan syampu Clear mengatakan dunia akan berakhir tahun 2012.
Tapi masalah ketombe tak pernah selesai.


22.12.12,
Aku bernyawa lagi ,
Menghadapi masalah kerja,
akibat kekhilafan diri, habis company rugi.
Apakan daya, Bonus mungkin tiada,
Kesilapan selalu diulangi.


Lalu, melangkah pergi ke kenduri.



Nampak tak aku penuh masalah? Kalau yang tak kenal, aku budak pakai baju biru nampak muka separuh kat belakang tuh. Belah kiri. Malu sangat sampai kena crop.



Maafkan saya dik tudung biru. Akak bersalah. Melibatkan adik dalam cerita ini
Nampak tak aku masih bersedih,
Sampai malu pengantin memandang tah kemana.



Pengantin sangat cantik. Sehingga nampak seperti watak angel dalam gambar ini.






Pasangan doktor .
Baju maxi jubah yang sangat simple tapi cantik.
Dan bertudung labuh.





Pengantin tengah melayan kanak-kanan zaman sekolahnya yang mengalirkan air mata,
 Dia orang pernah satu dorm zaman sekolah dulu,
Sekarang Pengantin menuntut ilmu perubatan di New Zealand dan kanak-kanak tuh di Mesir.
Mereka  dapat rasa current bila berdua. Current?

Aku pun hampir menangis jugak.
Mengenang nasib diri.






Tapi , pengantin siap tunjuk angpow dia dapat lagi , boleh beli kereta terus tuh.
Tak, tipu. dia tengah cover muka kanak-kanak sedih tersebut.



Suke sangat ittew dengan baju pengantin.
Ringkas, menarik, menutup aurat.
Kau mampu?


Sebab aku tak mampu,
aku cuma mengendeng tepi jek.
.




nampak sangat pengantin malu.
Lalu menutup muka.
Muka sedih aku masih terpancar.

 


Sebab pengantin pun dah segan dengan gelagat aku, aku pun blah untuk pergi ke kenduri Awie.




Eh, Bukan. Fadhli atau lebih mesra dengan panggilan Pak Li .Seorang navy. Bercinta tak tau bagaimana., didakwa berhubung menggunakan burung merpati.
 Aku teringin nak dengar dia nyanyi, lagu Awie.
Terima Kasih sayang ku ucap padamu, sambil menyelak rambut ke belakang. Menyelak?



Biasalah orang yang lahir tahun naga ngan ular nih. memang Hyper. sesetengah jek lah yang sopan macam aku. Nak baldi?




nampak tak Epy (pakai City Uolls baru kuar kedai) menjeling  Imod, orang nak amik gambar dia sibuk buat report.  Bebudak lain belum habis pantang anak pertama, anak dia dah besar dah.
Anak buah.




Nisa, kau jangan lah sedih mengenang masalah aku. Tak pe aku boleh handle.
????


 Korang nih bila nak kahwin, Aku nak feel kesat air mata nih.
Amik tisu (membayangkan detik korang menjadi bini orang)



6 comments:

  1. haha.. first tyme bace blog muna muni..hahaha :P

    ReplyDelete
  2. thnks Ilya... sgt2 hargai.. huhu skema plak

    ReplyDelete
  3. mun, tak sangka ko cover psl wedding aku haha *malu*

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, Anne kau baru perasan?..kecewa aku..huhu

      Delete

terima kasih sudi baca :D