Tuesday, February 16, 2021

Full Settlement Kereta, Ambank

As Salam, 

Bagaimana aku bayar hutang kereta di Malaysia sedang aku di Singapura? 

Sebelum ini aku baca melalui belog tempatan, cara-cara nak buat full settlement kena pergi cawangan bank yang kita buat pinjaman tu. 

Tapi kan aku kat Singapura ni, tak boleh balik dalam masa terdekat, dan plan asal untuk balik Januari 2021 terpaksa ditangguhkan ke Mei 2021, aku nak tahu berapa nilai yang aku kena bayar bila aku balik nanti, Mei 2021.

Aku nak balik Malaysia nanti, aku kena fikir bajet. 

Duit kuarantin, duit raya, duit shopping, duit swab test, so bajet sangatlah terhad. 

Kalau aku tahu nilai sebenar yang kena bayar boleh buat bajet dengan lebih tepat, mana tahu kan ada lebihan bajet ke.. hehehe

Aku call Ambank customer service, kena keluar modal sikitlah nak call Sg-My. 

Tak de whatapps call ya. 

Tanya berapa nilai kita kena bayar, 

Dia mintak tarikh aku plan nak bayar tu.

Pastu, dia pun cakap jumlah yang perlu di bayar untuk buat full settlement. 

Aku tanya boleh ke buat pembayaran online. 

Dia cakap boleh, sebab aku punya jadual bayaran okay, tak de sampai kena tarik kereta ke apa, kalau ada kes, memang kena pergi bank untuk settlekan bayaran. 

Bila aku dengar dia cakap boleh (bayar online) tu, aku happy gila. Bahagia sangat. 

Kenapalah selama ini, aku tak tahu. Tak payah tunggu sampai bulan Mei nak pergi bank bayar, ntah dapat balik ke tidekkk... nauzubillah. 

well, lagipun sebelum ni fikir duit tak cukup nak bayar, so malas nak tanya. 


Perjanjian pinjaman kereta aku asalnya selama 9 tahun, 108 bulan, tambah moratorium jadi 114 bulan. Aku beli sejak November 2016.

Jadi aku telefon, aku tanya kalau bayar Mei berapa? Bayar bulan Februari berapa? 

Ketika ini,  ada balance hutang RM29, 390 lagi. 

Customer service tu beritahu kalau bayar;

28 Mei: RM25, 396.49

28 Feb: RM 25, 128.07

16 Feb (hari ni) : RM 24, 990.59

Nampak tak beza, aku ingat sama je, nilai bayar ikut bulan, rupanya beza haribulan, beza nilai bayaran dia. 

Sebab tu dia mintak tarikh ya.  

Korang google lah sendiri, bagaimana kiraan sebenar dia,  jangan jadi aku malas guna otak. huhu 

Pasal beza amaun, cepat-cepat nak transfer. 

Allah je yang tahu, betapa nervous nya aku nak transfer duit banyak tu.

Duit adalah titik peluh aku, masa yang aku korbankan dan rasa ketidaktenteraman aku selama ni. Ini adalah sesuatu yang sangat-sangat besar untuk aku. 

Haishhh apalah sangat, masa dulu sign beli kereta tu tak ingat ke? 

Jadi, sebab tak de geran, aku tak perlu tuntut pun geran kereta. 

Selepas buat bayaran, aku semak balance bayaran kat Ambank online dan aku call semula Ambank untuk buat pengesahan. 




Satu-satunya RM0.00 yang buat kau rasa bahagia.



Rebate katanya, tak kisahlah, yang penting settle. Untung tak untung malas fikir. 

Bank akan email kan ;

1. Release Letter 

2. E-Batal

Aku tanya, kalau E-Batal ni tak payah bawa pergi JPJ boleh ke, dia cakap boleh, sebab memang dah tak de komitmen dengan bank. 

So, nantilah balik Johor nanti fikir. InsyaAllah. 

Doakan ya dapat raya kat kampung . Makan sambal goreng #priority

Btw, aku masih dalam fasa bahagia lagi ni. 

Semoga kita semua dapat langsaikan hutang-hutang kita dan mati dalam keadaan bebas hutang.

Rasulullah SAW bersabda: "Jiwa seorang Mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga dilunaskan hutang baginya." (Riwayat at-Tirmidzi) sumber

14 comments:

  1. Assalammualaikum kak...nk tnye..klu kita bayar awal bg hbis hutang...xde kena apa2 kan....stu lagi ad dpt rebate ke???

    ReplyDelete
  2. wasalam, kalau kita bayar habis hutang awal . Tiada hutang, tiada masalah huhu. Aah dpt rebate.
    Kalau ikutkan, rebate tu interest berapa tahun yang kita jimat bayar. Contoh; perjanjian asalnya hutang selama 9 tahun; total kena bayar (nilai hutang+interest)=60k, tapi saya dapat langsaikan selama 4 tahun, dengan jumlah hutang+interest = 56k. So, rebate saya dapat =4k. Dia ada calculation tepat dia. Ni saya agak2 je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya percaya kalau kita bayar lumpsum habis hutang loan, kita akan dapat rebate. Macam saya, langsaikan hutang aeon moto dapat rebate bnyak juga lah. memang mantap dan nama pun dh tkda dekat ccris. senang hati.

      Delete
  3. wasalam, kalau kita bayar habis hutang awal . Tiada hutang, tiada masalah huhu. Aah dpt rebate.
    Kalau ikutkan, rebate tu interest berapa tahun yang kita jimat bayar. Contoh; perjanjian asalnya hutang selama 9 tahun; total kena bayar (nilai hutang+interest)=60k, tapi saya dapat langsaikan selama 4 tahun, dengan jumlah hutang+interest = 56k. So, rebate saya dapat =4k. Dia ada calculation tepat dia. Ni saya agak2 je.

    ReplyDelete
  4. hai sis. salam. nak tanya. saya pun nak langsaikan hutang kereta dgn ambank. masa sis buat payment tu sis bayar online dalam online banking bahagian "full settlement' tu ke? then nnt rebate bank akan bank in semula dalam akaun kita? mcm tu ke? saya pun kalau blh nak bayar online je. mls nak g bank

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam, pegawai ambank dalam telefon , akan tanya bila tarikh nak buat pembayaran, contoh awak beri tarikh 29 August 2021, dia akan bagi awak exact amount berapa , cth rm12,531.00. Then , pada tarikh tu awak just transfer amount yang tepat dekt hire purchase macam biasa. Awak boleh tanya dengan pegawai tu kalau tak pasti, nak compare jumpah bayaran ke bila bayar tarikh lain, contoh nak bayar 2 february 2022, nanti di kirakan terus, dan beritahu. telefon ambank hq, kat website ambank, susah sikit nak tembus kadang2.

      Delete
    2. saya bayar macam biasa yang bulan2 tu melalui maybank, ke akaun hire purchase ambank

      Delete
    3. akaun yang sama dengan amount lump sum untuk full settlement.

      Delete
    4. rebate tu , dia dah kira sekali dalam jumlah full settlement. dia tak bank in kat akaun. kira awak bayar less dr jumlah hutang penuh 9 tahun, berbanding awak bayar dalam tempoh 6 tahun contohnya.

      Delete
  5. Saya nak mohon penyata bank utk buat full settlement kereta...berapa lama tempoh boleh dapat penyata tu...saya dengan ambank....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pasti jawapan untuk soalan tu, kalau setakat nak statement bank boleh download je kat apps, maaf, tapi rasa tak perlu pun statement tu kalau nak langsaikan hutang kereta.

      Delete
  6. Nak tanya.. Kalau sy nak minta release letter or statemant bank utk baki loan blh ke? Dekat mana saya boleh dapatkan..

    ReplyDelete

terima kasih sudi baca :D