Thursday, June 18, 2020

Dari kayangan ke golongan kebanyakkan

As Salam,

Pos sebelum ini, aku ada tunjuk yang aku ditempatkan di hotel, setelah di kuarantin di hotel lain selama 14 hari.

Namun, setelah hanya 2 minggu aku dipindahkan ke hotel Royal Queen, aku sekali lagi menerima kejutan, company nak pindah kan semua pekerja batch by batch ke HDB flat.

Dari hotel berpenghawa dingin tanpa catuan kepada kipas berdiri share dua orang.

Dari katil dan bantal empuk, berduvet, cadar di tukar, seminggu 2 kali kepada tilam bercadar merah, berbantal hijau tanpa selimut.

Dari cermin besar gedabak dari siling ke lantai disertakan cermin kanta picit jerawat, kepada tak de cermin langsung.

Dari bilik ada orang datang bersihkan kepada bersihkan bilik sendiri.

Dan paling berat, ialah privacy.

Dari bilik air dalam bilik, berkelengkapan bath tub, water heater, hair dryer, lotion, mandian shampoo tanpa had kepada bilik air berkongsi satu rumah. Kena cover rambut pi toilet.



Itulah hakikat dunia, walaupun hanya duduk hotel selama sebulan termasuk kuarantin, aku sudah rasa berat meninggalkan picisan kemewahan itu.
 Itu baru hotel 4 bintang. Kau terus lupa daratan. Kalau hotel 7 bintang mahu kau jalan tak jejak tanah. Kihkihkih.

Padahal sebelum ni boleh je kau duduk flat PPR tak de pulak kau complain. #dasarmanusia

Benarlah bagai dikata, ujian kesenangan lebih berat.

Ramai yang berjaya melepasi ujian kemiskinan, tetapi ramai yang kecundang dengan ujian kesenangan.

Hmm, taudah kenapa kau tak kaya?



Nak feel bantal dan katil hotel sebelum check out.


Bye cadar putih hotel. Perpisahan kali ini sungguh menyedihkan.



Perjalanan ke bilik sewa yang tak tahu lagi rupanya. Siapakah  gerangan roommate aku. Please suprise me again

Walhal aku sudah biasa hidup hanya cukup-cukup. Apa yang ada, hentam je lah.

Tapi, kali ni, baru aku tahu 'Feel' macam dalam drama, dari kaya raya kepada papa kedana.

Dari hidup serba ada kepada serba kurang.

Tak dapat terima hakikat.

Dari ini;



Kepada ini;



Fuhhhh, begini rasanya ya.

Hahaha 😂😂

Dunia ini fana, Munirah.
Manusia mudah lalai.

Tak de lah teruk no bilik ni, kira dah sangat okay dah tu pada aku.


Request dengan bos ear plug untuk tidur tanpa kejutan aneh-aneh. Warna kau pun.. Fuhhh 
Well, dok dengan tuan rumah yang ada anak kecil.


Bila masuk dalam bilik ini,
hati wanita aku sangat panas.
Mata aku jadi sakit.
Bukan sebab aircond yang ada tu tak berfungsi, mahu pun kipas berdiri tu.
Tapi, sebab warna cadar yang sangat terang.

Dinding biru bayi, langsir kelabu tahi dog, sarung bantal Hijo, cadar merah warna rumah Sukan.

I just can't.

Aku suka warna yang senada, warna lembut untuk bilik tidur.
Tapi, aku tak sangka aku memang tak boleh bertolak ansur dengan warna colour block ni, sehingga aku mati-mati nak tukar cadar dengan warna yang boleh menyejukkan hati aku.

Sanggup keluar duit nak beli cadar lain, walaupun sekarang kena berjimat walau nak beli Maggi pun ambil masa termenung depan rak kat supermarket.

 Customizing your living environment to your needs and tastes is also an act of self-love in and of itself since you are creating a space that's conducive to personal growth.

Petikan buku; How to be Happy Alone.
(amboi  buku kau baca pun😂)

Buka laman web Ikea tengok mana paling murah berbaloi.
Beli semalam, hari ni dapat. Tazabar nak tukar warna yang sangat 'hidup' ini kepada warna 'mati'.



Best buy, Quilt set $9.90, throw blanket $4.90.

Berbaloi dengan kesejahteraan mental dan tidur yang tenang.
Cukuplah walaupun tanpa pokok-pokok hiasan tangkap habuk macam rumah korang tu. Sobs. 😅



Lepas buka cadar merah rumah sukan tu, cadar Ikea juga. Mesti cadar untuk anak dia ni. 


Sebelum 


Selepas 


Match pulekks dengan warna dinding dan langsir.


Memang perlu lah kau ambil gambar dari pelbagai sudut. 



Berbeza waktu.


Demi lighting yang nan hado.






Masalah sekarang ni aku sakit mata pula tengok roommate aku punya cadar. Nak belikan, aku kedekut, kang macam poyo pulak. Aku nak suruh dia beli macam minta kena kecam. 
Tutup sebelah mata. 
Atau
Dua-dua mata. 
Nak tido. 
Kbai. 

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca :D