Thursday, October 13, 2011

Tentang Hidup

As salam,


Saya dilahirkan di Pontian, pernah duduk dekat Klang Gate, mase kecik-kecik , bila umur 4 tahun, saya berpindah balik ke Pontian dan bersekolah di sana. Ketika umur 13 tahun, saya bersekolah di Bandar Penawar, Kota Tinggi, dan kemudian Matrikulasi di Tangkak, zaman universiti pula di Arau, Perlis.

Setelah puas membalas dendam dengan duduk di rumah beberapa bulan akibat tidak dapat duduk rumah lama-lama sejak usia 13 tahun, maka saya berhijrah ke Shah Alam, selama lebih kurang 10 bulan, menjelang raya, saya berhenti dan ketika raya saya di Pontian. Setelah Raya sepuas-puasnya, saya bermusafir pula ke Kota Bharu, Kelantan



Motif?
Ada ke orang tanya, cuba ceritakan tentang diri anda.?

wat eva.


 Sebenarnya nak suruh fokus yang ayat akhir.

Why, Kelantan?

Semua orang, saudara-saudara ,kawan-kawan, mahupun penemuduga tanya, kenapa Kelantan?


Aku punya jawapan ;

Saudara-saudara:  (senyum)
kawan-kawan : ada kawan aku kat sana, buka nutrition club, nak belajar daripada dia.
Penemuduga: I want to challenge myself, to live and blend with the community there .

Dan sejujurnya aku tak ada jawapan yang pasti.

Hidup ni terlalu pendek, usia kita juga tidak panjang, kenapa kita terlalu risau dan  masa depan yang kita tak mampu tentukan, masa hadapan tetap akan datang. Kita hanya mampu merancang.






Kita terlalu takut untuk membuat keputusan, akibat cakap-cakap orang, akibat pengalaman orang lain. Kita mudah terpengaruh kepada yang negatif lebih dari yang positif.Dan, sehingga akhir hayat, kita hidup dalam keadaan yang kita tak suka, suara hati kita tak dapat didengari akibat tenggelam dengan rasa kecut.

Aku buat apa yang aku rasakan betul, rasai pengalaman hidup, buruk atau baik hasilnya itulah pengalaman, dan pengalaman walaupun pedih ketika itu, pasti akan rasa manis setelah masa berlalu.


Ia pasti ia akan diceritakan pada yang lain. bagaimana pedihnya ketika aku tak dapat 8A dalam PMR, bagaimana result SPM aku tak segempak orang lain, bagaimana, result Matrik aku membuat aku menangis tak henti-henti dan bagaimana jalan yang aku pilih pada pandangan orang lain adalah salah.






Sekarang semua itu, aku ceritakan dengan wajah ceria, aku mahu hidup yang normal  hidup yang biasa aku lihat ialah, belajar , universiti, kerjaya hebat, kahwin, anak , dan kemudian, tua.akhirnya mati.
Tapi, bila  aku melalui perjalanan hidup, banyak benda yang aku rasa aku perlu buat, aku kecewa kerana aku tak memiliki kerja gaji ribu riban, tapi sebenarnya, Allah telah memberi aku satu pengalaman hidup yang tak ternilai, aku berusaha untuk tidak dilihat penghabis beras.






Kesusahan menjadikan kita lebih kreatif. 






Pengalaman adalah guru terhebat, yang kita tak boleh masuk kelas dan belajar subjek 'Pengalaman'. Kita yang menjadi guru, dan kita jugalah anak muridnya.

munamuni, 2011

 Steve Jobs's story

5 comments:

  1. mesti boleh kecek kelate lps ni deh.. hehe...

    ReplyDelete
  2. ha aahh kan.. dunia ni luas jek.. kenapa aku pun slalu pk nak keje kat johor?... hmmm

    ReplyDelete
  3. ziha ::: huh, thanx a lot e....:D

    cik lincah ::: saye pun suke keje kat johor, tapi...sigh

    ReplyDelete

terima kasih sudi baca :D