Tuesday, January 17, 2012

Tak boleh tak fikir pasal price tag

As salam

Manusia biasa akan selalu pening masalah duit
Indah hidup ini kan bila tak payah perlu fikir pasal duit
Yang konon-konon kaya tak payah fikir nak menambah kekayaan,
Yang kurang duit, tak payah fikir mana nak cekau duit nak bayar duit topup, bil, hutang.
Kira sama jek, miskin ke kaya tetap selalu fikir pasal duit.

Kaya yang sebenarnya bukan dinilai berapa banyak yang duit , atau aset yang ada
tapi kaya itu ialah bila kita rasa cukup dan tak bergantung pada sesuatu.
Misalnya, orang tu pendapatan RM2K, rumah yang sederhana, kereta yang sederhana, tapi dia rasa cukup dan duit dia siap boleh sedekahkan kat orang banjir lagi.

sedangkan orang gaji 20K, tapi dia rasa kereta Alphard die tak cukup, dia rasa kereta Jaguar lagi best, pastu rumah semiD harga RM600K tak cukup , dia rasa dia kene beli banglo kat seksyen 7 shah alam, harga 7 juta ( motif? seksyen 7)
Kalau dia derma nanti, habislah duit dia, tak boleh nak beli banglo.


Dan , aku tergolong sebagai manusia biasa yang rasa duit sentiasa jadi beban kat kepala hotak aku, yang macam tak cukup Omega 3 nih,

Baru nak mulakan hidup,




tersadai di bahu jalan.


Kancil tah berapa generasi, nih makan riburiban nak betulkan dia, pergh...kalau kumpul-kumpul nih boleh beli MYVI extreme sejibik.tipu.





Tambahan pula, niat hati angan-angankan sebuah kamera untuk menangkap gambar kahwin kawan-kawan dan mungkin sepupu sepapat yang masing-masing hormon perkahwinan tu sudah selayaknya merembes (maaf, fail biologi!) juga musnah.





Bila nak kenduri kahwin ni, mulalah rasa nak beli baju baru, nak pakai tudung siti macam Nora Danish dalam Tentang Dhia,




Gambar tudung siti takde, tudung sekolah pun jadilah..hehe




Pastu mesti rasa jerawat degil kat muka ni nak ditutup dengan BB cream agar muka sehalus Lisa Surihani, yang menyebabkan Yusry jatuh hati berkali-kali.




tak pun macam Fazura, kot-kot ada Putera Raja terpikat:P




Nafsu makan apetah lagi, tengah pening fikir gaji yang sudah menjadi negatif walaupun gaji tak keluar lagi, teringin pulak makan macam-macam,
Dengar iklan Domino's teringin nak makan domino's

Lalu depan Cool Blog, rasa nak makan Oreo blog yang siap dengan Pearl ngan ice cream sekali,




Office mate pulak rasa nak makan tutti frutti, terasa kat tekak nilak tutti frutti,

tengok gambar blueberry cheese cake kat facebook, surf pulak laman web secret recipe.. aduissssssshhhh




Tetibe pulak rasa nak makan honey star, pergi kedai lepas lunch untuk beli honeystar, tapi siap rembat sekali biskut kering Hup Seng...
Aduish.....




memang masalah lah hotak kau nih..

Tapi-tapi, bos baik hati bagi semua staff sekotak limau, tak delah sadis sangat ratah Lady's Choice begitu sahaja, malam-malam.


Alhamdulillah,bersyukur dengan apa yang ada.

md ::: officemate ajak gi Singapura pulak.

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca :D