Thursday, January 10, 2013

Raikan Cinta

As salam,


Salam 2013,
Tahun ni manusia yang lahir pada tahun 1988
masing-masing berumur 25 tahun!

25 tahun !!!
suku abad dah kau hidup!

Alhamdulillah masih bernafas.
Apa jasa yang boleh dibanggakan?!.
berapa banyak binasa yang telah dilakukan?!.

25 tahun,
Berapa banyak dah duit dalam tabung kau?!,
Banyak mana harta kau?!,
Berapa banyak pula hutang kau?!


Umur 25 tahun juga, umur memang sedap-sedap lah nak kahwin.
Maka jemputan kahwin dari kawan sekolah rendah hinggalah zaman pekerjaan pun cam biasalahkan.
Dulu dok ikut mak bapak jek gi jemputan kahwin.
Sekarang pergi sendiri.


Kalau kawan sekolah rendah bolehlah pergi, sebab duduk kat Pontian memasing.
Kawan sekolah menengah , mula lah jauh sikit tapi masih dalam negeri Johor,
Kawan universiti dan kerja, mak aih, satu Malaysia.... Kutub utara, Pantai Timur, Pantai barat nasib baik belum ada jemputan dari Kepulauan Borneo lagi.
Aku bukan tak suka berjalan, suka...
Tapi yolah cuti mak sikit nyahh...
Kerja Sabtu pulak , Ahad kadang-kadang pun mak kerja .


Jadi, kalau yang tak dapat pergi, hanya doaku mengirimu ... 
Tak kiralah macam mana korang bertemu dengan pasangan korang,
Sama ada jumpa masa beli buku ke, jumpa kat kedai makan ke,
Kawan kenalkan ke, raikan lah cinta mu dengan ikatan perkahwinan yang suci

(ececeh, mulalah tu nak feeling)

Macam kawan sekolah rendah saya nih, Qawiem , seorang enginner dan isterinya , Ummul seorang doktor.

bila aku tanya bini dia dah pregnant?
belum , dia cakap, sekarang mereka proses bercinta,

Nak tahu macam mana mereka boleh kahwin, ni aku copy dari facebook dia, jangan marah e Qawiem dan ummul , saja nak share dengan pembaca setia (perasan :P) belog aku perkenalan korang yang sweet nih

Boleh la tengok synopsis kisah perkenalan aku dengan zawjah sebelum kami bernikah! =)

1 Sept 2011 – First time aku kenal dia time tu members ajak beraya rumah dia.
 4 Mac 2012 –Aku jumpa parents dia konon merisik. 
5 Mac 2012 – Dia accept lamaran aku yang mana memang aku terkejut sebab memang tak pernah kenal and rapat even lepas aku gi beraya rumah dia. Time ni baru parents aku tahu pasal ni sebab aku cakap aku nak nikah dengan dia.
16 Mac 2012 – Kami bertunang. Simple sangat. Aku pergi dengan mak ayah bawak 1% daripada total hantaran sebagai duit tanda, cincin and sebakul buah. Just bincang2 dengan family dia untuk dapatkan persefahaman and bila dah faham terus tunang la =P 
16 Jun 2012 – Kami nikah. Even tempoh bertunang boleh dikatakan kami jarang jumpa and sepanjang tempoh tu aku banyak mengenali bakal zawjah aku melalui parents and kawan2 dia.






 


Hiasan meja, bunga hidup tanam dalam pasu lagi ko.. tahu ar duk kuarters Mardi kan..

Aku mulut yang insurans lebih ni siap cakap , macam pekerja resort jek baju kau..
 Haha , jangan marah, nanti kena jual..
Tahniah kepada uollss dan kawan-kawan saya yang bakal mendirikan rumah tangga.
Alhamdulillah, jodoh korang sampai dulu.
 Jemputlah aku tau, buat nak sibuk raikan cinta korang,
kalau diizinkan aku datang bawak duit salam kaut (kalau duit tabung lebih:P)


Siapa yang dah sunat dan wajib kahwin tu cepat-cepatlah kahwin.
Senang nak kahwin ni. Jangan rumit-rumitkan bak nasihat Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Kazim.
Raikan Cinta.




25 tahun,
Berapa banyak anak kau?,
haha,

Siapa suami kau?
haha ..

Sudah bertemu si imam muda pujaan?
~sighhh.

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca :D