INSTAGRAM

Sunday, February 24, 2013

Makanan Jiwa

As salam,


Alhamdulillah, bulan ni, aku diajak oleh mak aku pergi ke majlis agama, dan setelah berperang dengan nafsu 'rajin' yang kuat, ku gagahi pergi dan Alhamdulillah dimudahkan

Izinkan aku menggunakan kata ganti nama 'saya', agar kedengaran seperti Ustazah pilihan... ihiks

Saya suka betul masjid kat Parit Semerah la ni, yang tak jauh dari rumah saya,  rajin buat aktiviti menarik supaya orang pergi masjid, apalagi jemput penceramah fofuler lah, kan , cube kalau musabaqah ke berzanji ke , yang datangnya , cumq juri, peserta ngan mak pak peserta je lah dok.



Majlis Sambutan Maulidur Rasul bersama Ustaz Haslin Baharin


Bila mak saya  cakap , dia nak pergi ceramah Ustaz Haslin, saya macam, ha? who is that? malaslah.
Pastu mak saya berkata,"Ustaz yang nyanyi lagu hindustan tu."
Saya, "OH!" terus bersemangat nak pergi walaupun tak mandi lagi. (terus jadi ustazah tersingkir)

Maka , marilah kita dengan gaya , mutu dan kesopanan pergi ke masjid , berhimpit-himpit naik kereta , yolah dekat kan...

untuk menyaksikan dan mendengar segala ilmu yang disampaikan oleh Ustaz haslin yang terkenal dengan gelaran Ustaz Bollywood.

sementara tu ada video ceramah yang saya rakam, rakaman lain semua ada bebudak lalu lalang jerit semua,, ni kira yang terbaik lah yang ada.








Antara pesan dia, tentang maulud nabi, ialah ia bukan sambutan hari jadi nabi,
Ia bertujuan untuk mengenang segala apa yang nabi sampaikan dan memperbaiki cara hidup kita melalui sunnah serta ajaran nabi Muhammad S.A.W

Ustaz Haslin selamba orangnya, dia sound orang yang merokok, dia bau kot asap time tuh,  dia kata tolong jangan merokok . Sepatutnya masjid adalah Zon Larangan Merokok.

Pastu, biasalahkan, mak pak , tok nenek bawak anak ngan cucu depa memasing , biasalah bising,
dia kata tak pa, budak memang macam tuh.

Dia cakap sepatutnya kita tak boleh nak marah ke halau budak keluar masjid, dia agak terkilan sebab ada masjid yang tulis ' Kanak-kanak di larang masuk'
Tapi, bila saya tengok balik video yang saya rakam masa ceramah tu,
memang tak boleh tahan , ngan suara budak menjerit dan lalu lalang kat depan kamera nih.
( kalau tak saya buat CD pi jual :P huhu)


Dia kata, nabi Muhammad sediakan tempat memanah di kawasan masjid dan baginda menjadi jurulatih memanah kepada kanak-kanak di situ.

Alolo comelnya....
 budak tembam tudung pink tuh.






Tilawah Al-Quran dan Forum Ehwal Islam  Prof. madya Sharifah Nor Hayati

Kemudian sambutan maulidur rasul pada minggu lepas, bersama Ustazah Sharifah Nor Hayati, orang Johor nih, eh, kalau orang Johor jek semangat kan....suami dia orang Nogori, apa kone e Jang?


Dia ada ingatkan selalu orang kalau amik Al-Quran, hanya bila  khatam, kematian, Kahwin,
Kalau kahwin, nak cukupkan hantaran hok last sekali,
pastu kalau bawak dulang hantaran letak Al-Quran tu selalu jalan dok belakang sekali, yang kasut yang letak kat kaki , jalan depan sekali, kita selalu lupa dan abaikan Al-Quran.
Belom lagi yang kira , tukang bawak dulang tu datang bulan.
Maka, lepas nih kita perbaikilah, kalau ada yang berlaku


Sebab Ustaz Haslin  lelaki, dan ramai orang, tak terfikir pulak saya nak amik gambar dekat, tapi kali ini, seharusnya peluang tidak dilepaskan. Saya excited sehingga mengajak mak ngan mak long saya bergambar.





 

Mak sayalah tu yang comel tersenyum lebar bercak cak di balik mak cik tudung purple. Tengok ar macam jumpa retis, ni penceramah okay, senyum jek, orang amik gambar depan-depan muka.

Sebab, mak cik mak cik lain sopan comel sangat, salam peluk-peluk jek, bila time saya, lepas salam,
Mak! Mak!  Cepat amik gambar! Pastu tak reti duduk diam, mak amik pun gementar maka bergegarlah gambar tersebut.


Sesuka hati , sesedap lemon jek kan buat mak orang macam mak sendiri, memang reject terus ujibakat ustazah pilihan tengok gambar nih, kalau terpilih pun, mesti menimbulkan kontroversi (Ada hati lagi tuh nak terpilih)


nasib baik Prof.Madya Sharifah Nor Hayati ni maintain senyum jek, bersih dan berserikan muka dia .
 Alew itew . Maafkan lah manusia pakai tudung alas tilam tu, dia senyum sebenarnya tuh bukan gelak :P



Pastu, mak long kita yang comel pun masuk frame. Cepat! Cepat! Amik gambar style bff , laga-laga pipi you
Masih gementar ya, Bondaku.






Majlis Sambutan Maulidur Rasul Surau Parit Semerah.

Mak saya ajak pulak dia join esoknya dengan geng ngaji dia, yalah orang pencen kan. Masa nilah dapat join aktivit keagamaan. Macam mana lah masa kita diisi bila pencen agaknya. Aduih ni, saya lemah sikitlah, sebab yalah kena mingle-mingle ngan mak cik-mak cik, aku cam, " Eh, jangan orang cakap mak saya nak promote saya ngan anak bujang mereka sudah.!" Lihat pessimist sungguh fikiran.

Sebab mak cakap majlis tak lama, dan saya ditugaskan mengambil gambar, dan setelah diceramah oleh mak, maka saya pun menjadi anak yang solehah dengan menurutkan ibu , kau lah ratu hatiku. Nampak tak ciri-ciri ustazah pilihan terserlah.







Antara isi ceramah dia berkenaan bekalan di hari akhirat:
1. Khusyuk dalam solat
2. Langsaikan hutang
3.Keredhaan dan kemaafan sesama manusia
4. Sedekah
5. Taubat

Dia ada pesan sekurang-kurangnya kita Istighfar 70 kali, so bahagilah lepas sembayang berapa kali =14, dia kata kalau ketika nyawa kita diambil ketika kita istifghfar, maka kita dijauhkan dari azab kubur oleh Allah S.W.T.

saya tanya mak saya, ada makan-makan tak?!
Ini yang ditunggu-tunggu.
Lupakanlah segala makanan di restororan terkenal dan western food yang dibangga-banggakan dalam pinggan cantik tu.

Dipersembahkan,


Nasi Ambang


Dulang style, lauk ditugaskan jawatankuasa bawak memasing,
Sorang buat urap, sorang buat acar, sorang buat ayam masak kicap, sorang bawak sambal goreng.
Dan semua disatukan.
Walla!




Tambahan perisa bila, kongsi-kongsi makanan dalam satu dulang sambil bergurau senda.
Cukup rasa.


Saya perasan style auntie-auntie dia lebih suka buat high five instead of peace sign. huhu


 Eh, amik gambar time doa, ujar mak cik-mak cik comel sekalian



Terima Kasih Mak Siah, dia antara manusia yang bertanggungjawab membolehkan saya mengenal dan membaca Al-Quran ketika kecil, kalau tak pergi nih, memang tak lah jumpa, rumah padahal sekangkang kera jek. Kau awak senyum tak boleh cover sikit eh?!


Cikgu ngaji kita masa besar, belajar Iqra' dengan dia, tapi saya tak habis menuntut. Tak habis lagi buku satu.



Memang suka buat mak orang macam mak sendiri, padahal ngan mak sendiri tak da plak peluk-peluk lagu nih. Kiah propa betul time amik gambar jek mesra.

Tak palah, dia sendiri cakap bila kita bersentuhan , maka gugurlah dosa antara kita dan orang yang kita salam. Jadi, lepas ni kita selalu lah salam yer. Huhu, selalu lupa nak buat nih. :P
Ini hanya berlaku bila sentuhan atau salaman antara sesama mahram jek okay, yang sentuh bukan mahram tu mengutip dosa.

Cantikkan baju dia, macam baju pengantin.Masa nak balik, baru dia cakap dia ibu tunggal, masa tu rasa kagum, jugaklah, bukan mudah melaluinya, orang yang baik nak dibandingkan ngan kita ni pun diberi ujian suami mahu kahwin lain. Semakin kuat iman seorang, semakin berat ujian.

Pastu, ustazah ngaji lain kat situ kata ,bukan ibu tunggal, ibu wawasan, bak kata tak ingat sumber dari siapa, tapi dalam program Tanyalah Ustazah kot.


 Itulah saja perkongsian saya yang sedikit cuma, Nabi Muhammad S.A.W, berpesan, Sampaikanlah walau satu ayat. Inilah antara kebaikan menghadiri majlis ilmu, selalu hujung minggu dan malam saya dihabiskan terbongkang depan tv sambil pegang remote macam tak da tanggungjawab kat dunia ni, sesekali dapatlah kita memberi makanan kepada rohani kita dan mengeratkan silaturrahim sesama manusia.
Mak saya , masa dia suruh pergi ceramah, dia cakap kat aku, pergi majlis ilmu dapat pahala sembahyang sunat 1000 rakaat. Kita nak sembahyang sunat 2 rakaat pun payah.

md ::: Laman Instagram dan facebook penuh dengan gambar orang pergi ke Makkah menunaikan umrah. semoga Allah murahkan rezeki kita untuk ke sana. Amin.

md ::: Aku rasa guna saya, cam kurang mesra lah, boley gitu?.

2 comments:

terima kasih sudi baca :D