Tuesday, December 31, 2013

Hitam Putih 2013 , dan apakah warna 2014?

As  salam,


Tahun 2013, nak habis.

Ya , Allah  telah beri aku peluang hidup sampai saat ini..... dan anda juga. Says Alhamdulillah kerana Allah masih beri kita nafas dan kepada kita walaupun dosa yang tak tahu berapa banyak. Astaghfirullah.

sebenarnya nak tulis azam ni perlu kekuatan, sebab sebelum ini, memang langsung tak pernah nak tulis azam,  malu atau takut tak terlaksana pastu nak sorok bawah katil, akibat tekanan perasaan atau pun tak sanggup nak komited dengan azam tu.

tapi aku kuatkan semangat jugak, senang bagi orang lain, tapi susah untuk aku. 
Sebab orang kata kita kena tulis dan kita tengok dream kita tu hari-hari. jadi, aku tulislah, supaya kira aku akan benganglah kalau tak dapat buat, sebab dok beritahu kat belog.


Sebab selama ni  mungkinlah aku berpegang kepada kata-kata kat bawah ini,  haha (padahal baru jumpa) tapi mungkin sebab kurang berkesan, lagipun aku dah taip dah post ni.







kerja


2013, usaha cari kerja baru 3 interview aku pergi dan 1 ujian bertulis untuk Pegawai Tadbir Diplomatik. Satu pun tak lepas. 

2014, 

  • sambung lagi usaha dapat kerja baru
  • kurangkan melagha time kerja 
  • tak melawan cakap
  • lebih teliti  untuk 0% salah dalam kerja.
  • baiki  Bahasa Inggeris




Agama

2013  : nak pakai kasut bertutup, tapi tetap pakai selipar jepun
2014  : baiki solat, Jadi lebih baik. Selebihnya tulis dalam hati. Malu.






kesihatan

2013 : minum air 1 L jek paling banyak. 

2014:
  • minum air kosong 2 liter sehari
  • makan banyak ulam.
  • amik supplement, tengah fikir-fikir nak amik kolagen ke tak (mahal okey)
  • Makan kurma 3 biji pagi-pagi




Belanja

Aku rasa dah cukup jimat, tapi sekali bila nafsu nak beli barang tu wujud, perghhh terus macam segala kewarasan yang aku cuba semai terus layu dek taufan kegilaan ... gitew.

2013 : simpanan tahunan meningkat dari tahun 2012 sebab tak beli barang banyak sangat, 2012, ada beli handphone dan kamera. 2013, konon nak beli kereta tapi tak jadi sebab kat sini, dan alasan, kalau PKR naik jadi kerajaan , dia nak turunkan harga kereta dan petrol turun harga,tapi dia tak naik,

tapi kerajaan BN pun janji nak turun harga kereta, tapi yang ada cuma pilihan kereta harga yang lebih rendah (yang dipotong banyak spesifikasi), bukan turun harga kereta dannn petrol pun naik harga.

makanya , aku pun setia dengan kancil sehebat sebijak anda aku, dan masih manusia tiada komitmen dengan bank.
Secara positifnya, aku suka, sebab aku tak berapa suka ke, tak berapa reti nak berhutang. Prinsip masing-masing, ada yang lebih suka kumpul harta banyak-banyak , nanti senang kan.

2014 : Simpan RM500 paling minimum. Sesuai lah kot dengan gaji dan perbelanjaan seharian aku.





Tabiat

2014 , saya nak:
  • Senang bangun pagi
  • Lebih teratur, sediakan baju untuk pakai seminggu kerja, jadi bangun pagi tak payah melanguk depan kotak baju nak pikir pakai baju apa dan tudung mana nak pakai, padahal, baju berapa keping jek. sepesen jek pulak tu.
  • Kurangkan sifat malas
  • cakap dengan lebih jelas dan susun ayat lebih teratur
  • Sentiasa nampak bersemangat dan senyum
  • basuh muka dan gosok gigi sebelum tidur walau sepenat mana pun.
  • Baca buku inggeris setiap hari, sekurang-kurangnya 2 muka surat (I dislike reading)






Keluarga dan kawan-kawan

  • tak melawan cakap mak, mbah , dan orang yang lebih tua.
  • sayangi anak buah
  • lebih mesra dan kurangkan bergaduh dengan kawan-kawan.





Lain-lain :

  • Nak pergi bercuti sekali, tahun 2013 tak de bercuti langsung, except jalan-jalan pergi rumah kawan bertunang dan kahwin bersama manusia-manusia kesayangan,
  • nak panjat gunung, tak tahu gunung apa nak dipanjatnya, (tak pernah training)
  • nak join run. ( aku selalu ponteng larian sekolah)




md  : pastu gelabah, kerja tak siap besok tahun 2014! waa!


1 comment:

terima kasih sudi baca :D