Friday, September 25, 2015

Hiking di Gunung Ledang

As salam,



Walaupun sejak azali aku telah ditakdirkan bahawa aku akan balik raya di Tangkak kerana sejak  azali juga telah disuratkan yang pak aku orang Tangkak, Muar, Johor. Maka , dengan itu setiap tahun, setiap kali raya, aku akan balik Tangkak.

Selain itu, Kolej Matrikulasi Tangkak juga rasa sungguh bertuah kerana menerima aku sebagai pelajar yang ehemmmm...

Walaupun dengan takdir-takdir itu , seingat aku setelah baligh, tidak pernah sekalipun Gunung Ledang menerima kunjungan aku... Dek kerana kasihan kat Gunung Ledang yang memanggil-manggil kedatangan puteri Bugis pan Java ini,

Maka , tanggal 17 September 2015, aku dan geng telah mula pendakian ke Gunung Ledang...

haha, okay sebenarnya start dengan sembang-sembang kat group whatsapp, pastu aku ajak berkelah kat Gunung Pulai jekkkk... tapi ada satu makhluk ini pandang hina dengan plan aku, dia kata camping lah alang-alang.. Foinee

Jadi, ini adalah pengalaman pertama aku hiking dengan camping/ bermalam, sebab sebelum ini aku hiking Lambak , Panti dan Pulai semua satu hari jek.. naik turun hari tu jugak.

Gila nervous aku selama seminggu sebelum kejadian

Well, aku tahu yang aku akan mendaki dengan geng-geng yang kental dan otai, mestilah aku takut wei, kena tinggal , lepas tu takut kena marah pasai lambat...pastu takut pengsan...segala jenis ketakutan kat dunia nilah senang kata, aku rasa..

Lepastu tak sedar diri, tak training langsung... hmmm

Gunung Ledang atau Mount Ophir ini dikatakan adalah gunung ke-6 terpayah untuk didaki di Malaysia.




Kena isytihar harta yer sebelum naik.


Pendakian biasalah plan pukul 2 petang start daki, tapi sebab hujan lebat dan faktor-faktor lain, lebih kurang pukul 6  lebih jugaklah baru start daki.. pastu kena ceramahlah sikit kan dengan kakitangan sana.

Yelah nak sampai ke campsite, Kolam Gajah , C4 tu lebih kurang 3 jam, jadi memang gelap lah dalam perjalanan., pastu waktu maghrib kan.. tahu jeklah misteri maghrib tu.. ditambah pulak lepas hujan, trek licin dan kalau hujan berterusan , beg jadi berat. Tapi, guide kami, Zul cool jek. Mak suke.




Head lamp sangat penting yer dalam kes ini. Spare bateri sekali..huhu
#Tryinghardtobegorgeouseveninthedark



Sampai C4, Kolam Gajah... berbekalkan head lamp, dan sumber pencahayaan yang miskin, fly dan ground , khemah, didirikan, spagheti dipanaskan hot chocolate dibancuh... Gitew kau citarasa Itali kemain.



Malangnya, spaghetti aku tawaq habiaq #nangisdibalikpokok 
Maafkan bakal zaujahmu, wahai bakal zaujku. :P


Malam tu, tidur dalam kesejukan, malaskan kau nak cari stokin, padahal mak aku dah beletiaq  dah kat aku , siap bagi handglove , kat atas gunung dalam hutan  tu sejuk , jangan main-main.

Tapi, aku tak tidoq sangat pun, walaupun ngantuk giler, tengok bebudak ni masak nasi , untuk masak nasi planta oleh Hakim.

Rasa nak terkucil pulak wei, aku tertanya-tanya apakah dosaku , kencing berbekalkan wet tissue semata-mata... Lol.

Tak de siapa paksa weiii , macam biasa kau yang nak sangat camping kan .

Pagi buta tu kami bersiap untuk teruskan pendakian ke puncak, singgah sembahyang subuh sebelum teruskan daki nak tengok sunrise.

Tapi  sebab hari dah terang on the way , maka idoklah nampak sunrisenya... udahlah jerebu ke kabus entah...





Maka langit dan awan yang kelabu menjadikan impian untuk mendapat gambar dengan efek awan bertiup dan langit biru terang , menjadi kabur.
Ah, alasan.. padahal skill ke selat tebrau.
Abaikan segala edit gambar tidak menjadi, tekan-tekan , pastu jadi buruk , pastu malas nak betulkan..
lepastu sendiri sakit mata tengok gambar jadi buruk. Lepastu, lantaklah, kbai!



Namun, masing-masing terus cuba untuk buat aksi-aksi yang difikirkan menarik.
Aksi Merdeka 7x , patriotik sangatt.




Aksi Slamdunk , Hajime Kindaichi ..
eh salah manga e? ...
Hanamichi Sakuragi ke?



Aksi, homework tak siap, dapat tahu lecturer cancel kelas!!




Aksi, baru ku sedari , cintaku bertepuk sebelah tangan...



Dan aksi, di sana menanti, di sini menunggu..






Budak ni bukan apa, sibuk berlaman sosial.. ceh, mentah-mentah dapat line .. tu yang statik kat situ
Foiine, Umobile, you better improve your coverage..




Ini bukan aksi ugutan serangan penculikan, kata Zul, guide kami, dia cakap sepatutnya , tak boleh expose kita punya menara tu... sebab nanti musuh negara boleh serang , diaorang mesti hapuskan sistem telekomunikasi dulu ye dak.





Aksi, Mak, tengok nih, orang kat puncak!



Cari objek tersembunyi



Aksi, gambar selingan puisi, bertajuk , 
'Kau ibarat mentari di langit biru, namun malu-malu ditutupi asap jerebu'




Aksi, anti gravity



 Aksi dengar sini anak-anak, Sebenarmya Dragon Ball ada 7 biji ... 
Lame Munirah ..lame




Tanpa cahaya matahari terik juga memberi kelebihan, so, boleh lepak-lepak bagai berkelah.. siap masak air buat milo, masak Ramyun 




makan nasi planta dan....



layan mata



sorry Belle, tak niat sabotaj, awak tetap menarik walau lena..huhu #kenaparasamacameuwww



Masing-masing tidur penuh gaya. 
Sorang tutup mata, sorang lagi tutup muka kecuali mata.





Ini adalah wajah sebenar , haha, siapa suruh selfie , kan dah dapat promotion free.
Ini mangsa time turun, aku tak larat bawak barang, transfer segala minyak, mayonis dan apetah lagi kat beg dia.. ampunnn
Siapa berkenan, sila ambil nombor..lol






Aksi comel mintak PM diteruskan ...



 “Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya.” (Surah al-Naba: 7) 
 “Dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapkannya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu, dan Dia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu-lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.” Surah al-Nahl: 15)



dengan oh so famous 5 ringgit DIY rubber shoes. 3 lapis stokin sebab kasut longgar ..Segala kekotoran itu bukti kegigihan ehem aku mendaki atau lebih tepat mengensot ke puncak.



Laluan Famous, K.F.C, Killing Fitness Center. Nasiblah masa turun jek kitaorang lalu sini, kalau daki ni, entah sampai entah tak aku nih..

Ni si Hakim @matkeng17 , nilah makhluk beriya  cadang nak camping kat Gunung ledang, tapi aku tak boleh nak hangin kat dia, pasal dia yang tolong bawak beg aku masa naik tu...#maafkankakakyerr
Terima kasih Ah Keng, baik ke idok uolls dia ni? Masih belum berkahwin , kalau nak usaha masuk line boleh lah..... hahaha #akudahtrytapikenereject #Iissad #lol



Asal kena daki jek mulalah berletiaq menyesal pasai apalah aku naik gunung ni.. ibuuuu



Bergambar buat kenangan, gambar masa  mendaki memang taklah amik, dah lah gelap, pastu muka aku masa tu tak nak memalukan 7 keturunan pulak kan..




@tirahnordin dan  @nabila_afandi, kalau tak de budak 2 orang ni... hmmm.. sayang ketat erat rapat uolls..gitcheww




At Taman Bonsai, captured by Adam @elantilepton , model ; @encik_seekay..
Baik tak I beritahu wahai gegirls sekalian, instagram diaorang


Kitaorang balik ke campsite dan lalu laluan yang tak pernah dilalui oleh guide sendiri, agak sesat sikit,  lepas tu dia ikut laluan sungai, kembali kepada surah Al-Nahl, ayat 15

“Dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapkannya supaya ia tidak menghayun-hayunkan kamu, dan Dia mengadakan sungai-sungai serta jalan-jalan lalu-lalang, supaya kamu dapat sampai ke matlamat yang kamu tuju.” 


   Lepas tu mandi manda kat air terjun ( aku tak mandi, booo ) Bell masak bihun Singapore, makan, kemas-kemas, 4 petang turun... aku yang tak rasa lutut, siap jatuh terjelepok, sampai bawah pukul 5.20 petang lebih kurang.. Kalau hebat dan mampu berlari macam Adam, Bell dan CK,
 4.30 petang diaorang dah sampai..




Bersama pendaki terulung sekalian, dari kanan, CK, Bell, Adam, Paan, Hakim, Zhaf, Yours truly, 
Duduk; Tirah a.k.a Toge dan Zul.
Zul guide yang best sangat-sangat, sungguh amat paling  supportive, sempoi, kelakar , dah lah dia macam 7Eleven , semua benda dia ada... senang kata, budak UiTM Perlis memang cool lah
Korang kalau nak naik Gunung Ledang pergi dengan dia okay
contact call/message ; Zul guide Gunung Ledang :  011- 265 36037 


Bila  mendaki, ni antara yang aku belajar, ialah kalau kita ada kesungguhan, insyaAllah, apa yang dirancang akan menjadi, minda kita yang mengawal, walau lambat tapi yang pasti adalah destinasi.
Kata-kata semangat from comrades really work on me, kata-kata , seperti, " Cepat sikit boleh tak?" is not helping, at least for me....dah lah tengah penatkan, well, I am trying hard to move #kandahberteraburbahasaaku


Uolls, manusia yang selalu ponteng larian sekolah sebab tahu memang tak dapat mata pun , ponteng sukan mahupun riadah , join camping Pengakap, pastu khemah roboh.. segala aktiviti pun nak ponteng....pun boleh buat, apatah lagi korang yang dapat pingat emas lumba lari dalam guni tu kan..


Slowly but Surely , kata kau




Pengajaran yang aku dapat juga , 
jangan mengada pakai shawl dan 
jangan mengada nak buat aksi lompat extreme dengan pakai shawl.



Mari berubah jadi perempuan ayu ..lol, sejak mumaiz kau berangan nak jadi perempuan ayu, 
okay-okay, action speaks louder than words.. Kalau aku berperilaku sopan, jangan tegur, 
aku lempang kang...


md: Gambar psiko , muka sepe'et , ala-ala nak mampuih tu aku malas aku nak upload, tak sanggup menjatuhkan air muka aku yang tak berapa nak gah ni...  #nakdelete

13 comments:

  1. best nya... teringin jugak..

    ntah tahun ntah baru nak sampai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, kalau ade rezeki boleh pergi.. insyaAllah dapat pengalaman yang indah....

      Delete
  2. Best la blog sis ni.. Suka baca :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi baca dan komen.. lain kali singgah lagi eh..huhu

      Delete
  3. Assalam sis,
    boleh saya tahu prosedur nak naik gunung ledang ne mcmne ea?sbb ingt nk hiking januari 2016. Harap sis leh bantu.. Thanks :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, untuk daki gunung ledang, sis wajib hire guide.. jadi, untuk senang saya recommend untuk contact terus guide yg berkhidmat di sana, seperti Mr.Zul : 011- 265 36037 atau mungkin boleh refer blog : http://tamanhutanlagenda.blogspot.my/ sis boleh pilih, utuk camping atau daypack.. tapi, saya tak sure bulan yang mana, gunung ledang ditutup untuk tujuan maintenance... So, nak senang contact jek mr zul tu, insyaAllah dia bantu.

      Delete
  4. cousin ko meletop - waniDecember 29, 2015 at 3:35 PM

    giler ko! aku pun cuak nak naik. ahahha. tapi aku pernah sekali naik yg tiba2 iaitu lecturer bawa time kelas, tau2 naik gunung 2-3 jam. tapi malam aku xberani la wehh. betul kata ko, kdg2 kt under estimate kemampuan kita selagi kita x cuba. cayalah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu, kann... hidup ni singkat , selagi tak melanggar syariah , why don't give a try.. :)

      Delete
  5. Funny n enjoyable updates...keep it up girl...

    ReplyDelete
  6. sepanjang naik tu kalau nk terkucil ke atau nak buang hajat besar ke, cemana eh hihi

    ReplyDelete

terima kasih sudi baca :D