MY INSTAGRAM

Monday, November 27, 2017

DBSB Siri 21: Saat jodoh Saad datang

As Salam,


Aku ada seorang abang, yang perangainya ya ampunnn
Kami bukan sejenis adik beradik yang akan buat wish kat instagram 
Dengan hastag #proudsister #siblingsgoal.

Memang tak arr.. Hahaha


Bila abang aku beritahu dia nak bawa  kawan perempuan ke rumah setahun yang lalu,
aku agak terkejut.  Sejak bila pulak dia ada girlfriend.  Pandai nye sorok... #kauingatsemuaorangyangtakkahwinmacamkauke #foreveralone

Hantar rombongan untuk bertunang, ikat setahun, tetapkan tarikh,  tetapkan mas kahwin. Tetapkan upah tok kadi.. Bla Bla,
Pejam celik mendekati waktu, aku masih tak berapa nak hadam yang abang aku akan kahwin dengan perangai dia.

Macam mana perempuan tu boleh jatuh suka kat abang aku.

Sekarang, sejak saat pernikahan itu telah 3 bulan berlalu, aku bersyukur kak ipaq aku setia bersama abang aku, LOL
#sorrybrother #doayangbaikbaik


Walaupun kak ipaq aku kata dia ada kejutan budaya masuk keluarga aku, sebab kami sejenis
cakap kuat-kuat  macam orang tu jauh 10 batu, padahal dok sebelah je.

Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik.




Gambaq masa hantaq abang aku nikah, tak da yang high definition.

Aku tahu kehidupan berkeluarga bukan selalu mudah, contoh macam kak aku ni
yang 14 tahun kawin dulu,.
Boleh pulak semua baju sekeluarga yang konon nak matching tinggal belakang pintu, dah gosok ya untuk makluman semua, tinggal nak bawak masuk dalam kereta je.

Dah sampai Nismilan, nak maghrib, baru perasan, baju tinggal kat Pontian.

Nasib hampalah laki bini, cari baju kat Jempol, maghrib tu jugak.

Bila kenangkan kelakar pun ada.




Dok kat homestay, keluarga perempuan bagi kita sarapan nasi lemak.





Hantaran-hantaran termasuk sirih junjung mak cik kita , Mak Long dan Mak na, dan sepupu ipar yang buat. Terima kasih sangat sudi tolong di saat-saat akhir..
Harapkan adik beradik pengantin, ..hampehhhhh.


Sirih junjung buat masa kat Felda Lui Selatan, takut layu katanya.




Bunga tajaan Mak Na,  alas dulang kebanggaan akak aku, dia buat  14 tahun yang lalu masa dia kahwin.



Berhenti sat, makan dalam perjalanan.







Terima kasih keluarga , sedara mara yang turut ikut rombongan.


Bila dah makin menginjak dewasa ni, makin terasa sayang dan bersyukur dianugerahkan keluarga ni.


Minggu depannya, 16 September, kenduri kahwin belah keluarga kami pulak.
Sebelum tu, nak ceghita, goodies ialah sapu tangan @tuala dapur
Beli tuala kat IKEA , masa tu, IKEA Tebrau tengah pasang signboard agaknya.
Gigih pergi IKEA Damansara balik hari, beli tuala.



Kesian mak hang, bila hang kahwin, mak lah yang paling penat sekali.
semua dia nak pikir , dia nak buat, kira , angkut tuala tu pun dia buat.

Macam biasa lah abang aku bagi respon,"Ini tuala yang diagung-agungkan?"






Sabaq Munirah .Ikut perangai Fattah please 😀

Okay, foine, depa kuat kerja, bukan kuat tidoq.







Tanpa keluarga, siapalah kita. #gitchu



Aku bukan apa , beria amik gambar lagu ni, kad jemputan tu , sepupu aku yang buat .
Bunga , sarung kusyen tu semua aku yang pilih.
Aku benonya nak buat entri pasal deko , ketika itu aku melalui fasa suka interior designing lol, tapi sekarang fasa tu sudah berlalu dengan tamatnya saluran Life Inspired kat Astro #awatAstrobuangchannelfavorite #Boikot #minathanyabertahansementara #goyah #lalang




Pelamin pulak, nak simple je lah , kebetulan, Tunku Tun Aminah telah melegakan rakyat Malaysia (sekurang-kurangnya aku). Kira kalau lepas ni orang tanya hang apesai buat majlis kahwin simple, hang boleh cakap hang buat tema royal #walaupunsebenarnyahangsengkek , mas kahwin pun RM22.50 ja #kahwinilahgadisJohor #ehemm



Majlis bertandang lagi pun , pakai baju kurung Johor je, #proudJohoreankatekau tapi kak ipaq kita buat baju moden, tak pa lah.











Makcik mak cik kesayanganku



Makcik mak cik kesayanganku



Makcik mak cik kesayanganku





Sebenarnya, aku nak habaq aku sangat menghargai mak cik pak cik aku (ada yang tak de dalam gambar) dan sepupu-sepupu yang sentiasa ada untuk mak pak aku, selama ni, terutama waktu majlis kahwin ni, betapa dia orang yang banyak tolong mak aku, aku akui aku punya sumbangan tenaga hampir tak de.  #sorry #IwishIamrich #yangpentingjangantanyabilanakkahwin



Semakin usia meningkat, semakin ramai kelahiran generasi baru, begitu jugalah, sedikit demi sedikit, seorang demi seorang pergi meninggalkan kita. 
Arwah Pak Ngah (berkopiah putih) telah pergi menemui Ilahi.
Tahun ni sahaja, aku kehilangan 2 orang pak cik , dari dulu setiap tahun aku paling harap, setiap kali raya, aku akan jumpa setiap orang ahli keluarga kami, dengan wajah yang sama, keadaan sihat yang sama, gurau yang sama, namun aku harus akui hakikat, jodoh itu  tidak hadir pada setiap insan, tapi setiap insan pasti menemui ajal.



Mbahhh #hmm #inserticonsedih #apesalbolehlupanakamikgambardenganmbah

Semoga mbah dipanjangkan juga umur untuk menyaksikan lebih banyak kenduri kahwin cucu-cicitnya.



Sepupu-sepupu. Terima kasih sudi datang, tolong dan memeriahkan majlis 






Sepupu-sepupu. Terima kasih sudi datang, tolong dan memeriahkan majlis .



Begitu komited ya, tukang bagi doorgift, bergambar di pelamin pun turut membawa 'tuala yang diagung-agungkan tu' luls angat.


Kami team adik beradik sama mak, sama bapak, muka lain-lain. 
Tapi kita tetap #lotsoflove #aww #euww :P



Ayahku, baju siap ada effect ombre, peluh kaut duit keruk..haha
Penting ya baju pagoda dalam kes ni.



 "No family is perfect, we argue, we fight. We even stop talking to each other at times, but in the end, family is family. The love always be there"
















Aku bukannya apa letak gambar Fattah dan Fazura ni, 
bukan nak  bandingkan baju ke apa lah, kemon, depa designer, abang kita tailor.
Colour depa lilac katanya, colour abang kita pink belacan.

Bukan juga nak kata aku frust pasai Fattah pilih Fazura . 
Aku suka Fattah, dan aku suka Fazura.
Bayangkan mereka berkahwin, ia ibarat, kau suka waffle dan kau suka aiskrim coklat , bila ia disatukan, ia adalah kegembiraan berganda.
Alhamdulillah.

"Cinta itu membebaskan, jika ia kembali, itulah cinta sejati"
#eh


Tapi pasal aku jumpa post  kat bawah ni kat Timeline Facebook aku.





Ko rasa? Hahaha

Yang penting, 

mereka bahagia, saya bahagia.


No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca :D