Sunday, February 11, 2018

Hiking di Gunung Sarut, Terengganu, I Love You



As Salam,

15 purnama berlalu sejak kali terakhir aku melihat langit dibawah rimbunan pokok, melihat cahaya yang berusaha lalu di balik celahan daun dari pembaringan ku di atas lapangan semula jadi alam. Seperti ada aura yang sungguh mendamaikan.
Melabuhkan punggung di atas sofa batu mahupun tilam batang kayu...
Bunyi muzik alam, air yang mengalir, angin yang bertiup, berada sama paras dengan awan....ahhhhh...

Masa seperti terhenti, jauh dari bingit kilang,  telefon,  hon kereta yang aku lalui setiap hari..

PM daripada kawan yang boleh dikatakan antara wanita legenda dalam arena pendakian.. Kalau lama sikit dia kerja kat Pahang tu, mungkin boleh dianugerahkan pingat oleh Sultan Pahang yang membawa gelaran Datuk.. Dek banyaknya gunung yang didaki, dan jasanya menolong kawan-kawan mencapai impian mendaki ke puncak.

Dia adalah wanita (amboi Nona sangat)  yang disayangi, dikagumi (dan dicemburui) rakan perjuangan, menjadi idola dalam dunia pendakian serta kehidupan.

Dia adalah Bell.
Bell ni best tau, dan dia memang vain sikit instagram dia claim Bellbesh.
Well, orang utara, segak, peramah dan berdikari (bayangkan jelah Che Ta, Janna Nick dan Rita Rudaini huhu)
Sebagai orang kuat Ketegaq Hikers, dia akan pastikan program, peserta , makanan semua dalam keadaan baik.
Kalau korang yang baru nak cuba-cuba hiking atau dah otai pun boleh join Ketegaq Hikers punya program, jangan risau kalau yang pemalu, tak reti berbual ke apa ke, ehem diri sendiri ke tu.
Dia akan buat korang rasa selesa dan enjoy.
So, sila follow IG @ketegaqhikers untuk aktiviti terbaru , mana tahu kalau korang nak join.


Bell ajak pi kenduri kahwin geng trip terakhir aku sebelum ni (Gunung Tebu dan Bukit Kluang) sambil tu kita daki Gunung Sarut, Setiu, Terengganu.

Agak tak familiar ya nama gunung
Selama mana kaki aku tak jejak hutan,  selama itu jugak beg hiking aku duduk bertapa bawah katil..

Kasut aku pun hampir sama, keluar masa akhir tahun 2017 sekali, sebab hangat-hangit tahi kambing nak mengamalkan gaya hidup aktif..,  sekali masa tengah kawal macho jogging di stadium Pontian,  hujan dahhh...Haha, lepas tu ada lah 2 kali aku jogging,  ulang alik 5 kali depan rumah.

Itu sahaja training aku selain jalan kat kilang 200m pergi kantin.

Nebes lah jugak kan kite, takut semput.

Aku fikir ringan-ringan je lah kan Gunung Sarut ni, lepastu teringat kenangan dengan Aja, masa gi Gunung Tebu, dia adalah very good host, bawak kita jalan-jalan tepi pantai, masjid kristal, sediakan makan kat rumah, hantar kita gi bus stand...  walaupun baru pertama kali jumpa....
Jadi, kenduri kahwin dia kita rasa nak gi lah, lepas tu Bell ajak, bagai mengantuk disorongkan bantal, bagai fFattah Amin datang ketuk pintu rumah.. Huhu 😂.

Aku naik bas Transnasional pukul 9pagi dari Larkin, target perjalanan 8-9 jam.... perghhh adakah memang jenama bertemakan nasional memang begini, hampir 12 jam aku dok dalam bas...

Pukul 8.30malam baru sampai, kesian Bell baby tunggu lama dari pukul 5 petang,  sempat lah dia berborak dengan pak prebet sapu, tegur dia sebab beg besar gedabak sebesar badan dia..

Konon nak naik bas kayu terpadam dek lambat... Last bas pukul 9 malam.

Kami pun naik pak prebet sapu sambil Google maps ke tempat homestay asalnya... Dalam 3 km dari bus stand Kuala Terengganu...  (berangan nak jalan kaki, amboi kau cita-cita besar, dengan beg nya,  memalam buta di tempat asing).


Guess what, sampai je tempat tu, It is way beyond my expectation. Aku ingat homestay, yang pakai cadar bunga zaman 90an. Ia adalah guest house yang hipster okayyy...Hilang rasa sebal aku naik bas lelama.

Pertama kali aku pi konsep guets house  yang sebegini. Jadi, memang sangat jakun , maafkan sifat kekampungan daku ya.

Maklumlah kata Ketegaq Hikers, jenis tidur merata, tumpang tidur kat masjid pun jadi.

Sekali, dapat tempat tidur macam ni, tahap CONG CODEI wei bagi aku...
It is so nice and cosy . Ha.  Amik cakap omputih terus dik teruja..





Ruang tamu antara bilik 2 orang dan family room, dan toilet


Sudut ruang tamu.



Ruang tamu.



Family room, 2 katil bujang (satu tak kelihatan , luls) dan satu katil queen. RM140/malam



Ni kes tak bawak telekung ya, sempat lah Bell buat tutorial telekung dari kain batik, guna selimut ke apa tu Bell oii buat kain.




Bilik air share, family room dengan bilik untuk 2 orang.



Deko bilik lain, studio room .




Model ialah Boi yang bakal mendirikan rumah tangga bulan 3 ni, tak tahulah lepas ni gantung beg ke idok.



Bell jaga diet, jadi kami share aglio olio, di mana dia hanya makan sayur je, tapi dia order nugget ayam . Whatever Bella.



Bawah guest house to ade coffee shop, buka pukul 3 petang, tutup pukul 11 malam kot.
harga dia quite nice, nak compare dengan kebanyakan cafe hipster kat Johor, satu cawan chocolate drink, atas RM10, tapi kat sini, around RM6 je.

Masih beberapa bulan beroperasi , start operasi bulan Oktober 2017, dan masih promo, untuk bilik 2 orang,  RM60/malam. Ada aircond, wifi dan water heater.

Masih hot dan belum viral lagi,  cepat-cepat tempah kalau korang gi Terengganu.
Btw, aku pernah diberitahu oleh seorang audit trainer, hotel yang operated more 5 years,  you jangan pergi.

Aku tanya,  kenapa,  hantu ke? Lol #sonarrowminded.

Dia cakap,  hantu I tak takut, tapi bau dia, maintenance dia teruk..

So, aku harap tempat ni akan kekal cantik begini, even after years pun. Sayang kalau tak jaga, sama juga tempat lain pun, aku tengok masjid ke,  tempat pelancongan ke, cantik seni bina,  tapi sayang maintenance tak fikir, bak kata pensyarah aku, bila kita nak bina apa-apa pun (same kalau kita beli kereta,  juga) Kita kene include cost maintenance selain kau punya kos pembinaan , deposit dan installment.



Aku bagi 5 bintang kat depa masa whatapps, cuma aku terlupa untuk minus 0.5 bintang,
0.5 tu pasal iron tak disediakan kat semua bilik. Masa aku pergi tu, kena amik iron dengan iron board  kat bilik lain, lepas tu kena pulang balik, sebab orang tu pun nak guna esoknya.
Kita backpacker pun kena iron juga okayy (pasai nak pi kenduri).

Laman sosial ; FB: Rareheart Guesthouse IG: @rareheart_guesthouse

Malam tu, kami layan nasi lemak jual pukul 2 pagi,  nasi lemak ni termasuk makanan yang perlu dicuba kalau datang Terengganu,

Orang beratur katanya, di Jalan Pasir Panjang.
Aku pulak tak larat, duk je lah bilik,  tapi ngidam teh ais...
Sementara tu kita layan Pak Ya Condodei Gedebe..
Makan nasi lemak ikan, dengan teh ais.. sedapnyaaaaaa

😂...

Lebih kurang 3.30 pagi baru tidur... Ya ampun..

Kawan-kawan lain dari KL , ntah pukul berapa baru sampai, aku tak boleh buka mata.
Esok pagi, walau ngantuk namattey , dengan Aisyah punye alarm tak berhenti bunyi,  haha, kenapa wei kenapa owner alarm selalu tak dengar alarm dia..  Kenapa?????!!!!
Haha, aku gelak kan Aya pasal dia tak boleh tidur.

Kami jalan kaki cari sarapan..sayangkan kalau pergi tempat orang tarik selimut tidur,  maka gagahkanlah mata explore local places and meet the locals.







Aku nak makan nasi dagang, tapi terorder nasi kuning, tibai lah nakk, teh tarik potong kaki ofcos.


Lepas sarapan, dengan masih tak mandi dan pakai baju tidur,  kami di bawa oleh Ayeng jalan-jalan amik gambar sekitar Kuala Terengganu, Ayeng ni ada share dalam Rareheart Guesthouse ni, dia bertanggungjawab untuk set up tempat tu dan  marketing.

Pantai....

















Geng dari kiri, Ayeng, Bitah, Boi, Akmal, CK, Aisyah, Bell dan Aya.




All the single ladies , put your hands up
#singleanddontcare 
Dari kiri: Dr Bit, Bell, Aisyah (owner phone alarm tak tutup :D) , yours truly, dan Aya the Interior Designer.


Kita ke China Town pula, untuk bergambar dengan Wall Mural







Hujung minggu tak payah bayar ye. #playingtourist



































Dizaman media sosial, struggle ya to keep it up with the millennial and technology.
#zamankusudahberlalu #masihsentimentaldenganblog



Mesti ada seorang yang tak menjiwai watak.


Nak ke tengah hari ,ketibas,  dah lapar balik, apa lagi balik ke Rareheart dan masa untuk pergi kenduri kahwin Aja lah pulak.




Gambar bermaafan di pagi raya lah satu, bukan senang, nak tengok geng perempuan Ketegaq Hikers, berbaju kurung, segak lah sikit, selalu berselut, belemoih ja.

Ya ampun, penuh cabarannya nak pi rumah dia. Dengan perhimpunan pemuda Pas, pastu accident kereta latihan sekolah memandu. Sempat jugaklah memasing lelap mata. padahal kalau ikut 9km je jarak dia.

Sesat jangan cakaplah.



Apa lagi kalau jam, driver tengah sabar tahan daripada memaki, penumpang (girls) selfie.


Sampai-sampai je kenduri kahwin dia, masyaAllah sangat berbeza dengan kenduri kahwin yang kebanyakan aku pergi di belah selatan.

Aku pergi berbual cakap bisik-bisik wei, khemah perempuan dan laki asing.
Automatik menjadi sopan terus jadi gadis pantai timur.


Ini kali kedua aku pergi kenduri kahwin di Terengganu,  pertama kali makan ayam payang di Kijal, Kemaman.Kenduri Mat Keng, lagi lah, dia dengan pakai tshirt yang aku selalu nampak dia pakai je.



Sangatlah sopannya.


That's the beauty with traveling and blend with the locals,  gitu... Walaupun memang tak ar,  aku kan introvert dan tak berapa nak peramah, tapi sedikit sebanyak aku belajar lah kehidupan dan adat negeri lain. Walau kita satu Malaysia, tapi kita berbeza budaya.

Petang tu kami siap pulak untuk check out dan hiking!!!!!

Aku memang tak siap ar, dengan baju hiking,  seluar hiking tak de, sebat je apa ada kat rumah, head lamp pun tak de, nasib baik bell baby ada sebagai penyelamat..

Petang tu kami hampir-hampir tak jadi pi, aku dalam perjalanan,  sempat  layan mata dulu, sekali nak dekat sampai, cari kedai sampai jalan ceruk, hahaha time tu lah baru kau nak shopping air mineral lah, maggi lah, sayur sawi berlubang dengan cili padi bagai kan...

Bell dah cuak,  sebab hari dah gelap, dia tepon guide,  tak angkat, lepas tu tekanan daripada rakan-rakan kaki nganjing 😂 lagi.

Semua cakap nak balik sebab guide ditakuti lipak (kencing@sembang) 😂.

Dan muncul lah berbagai-bagai idea acara lepas tu, nak jalan pulau lah, nak redah jalan redah je tanpa ada guide.

Tapi, akhirnya guide muncul
Sebab ini adalah guide yang ketiga,  guide yang pertama dan kedua,  tak boleh bawak jalan malam, dan yang kedua ada kematian.

Budak lagi wei, 21 ke 22 tahun ntah. John SP katanya.
Go to his IG @jungleboy09 untuk sebarang pertanyaan ya.

Lepas masing-masing solat maghrib kat masjid, doa diketuai oleh jejaka Terengganu single dan available, Mr Yoe, sebelum memulakan langkah debar dalam gelap hanya bantuan cahaya head lamp.
Ini adalah kali ketiga aku hiking hari gelap,selepas Gunung Berembun dan Gunung Ledang

John SP awal-awal kata, santai dan landai je...
Perghhh, aku rasa 20 minit terawal je, lepastu kamu rasakanlah hazab tak hazab.

Ada baiknya hiking malam pada aku, sebab kita tak berapa nampak sangat trail yang psiko , dan tak panas, jadi  tak penat sangat (kot)

Cuma memang aku ngantuk lah ,sebab tak cukup tido kononnya :P #alasan

Aku awal-awal memang kena dah air , kalau bab-bab rentas sungai, aku fail, mesti debus kat air, dahlah, seluar pakai seluar fabrik tak sesuai, dengan kena selut bagai.


Perjalanan amik masa lebih kurang 4 jam dari kaki gunung ke campsite, start hike 8 malam, sampai 12 tengah malam.
Sampai-sampai, gelabah pulak nak pasang fly dengan ground, pasai hujannn pulekkk.

Bell suruh aku masak maggi, tapi Bit dengan Aisyah yang tolong.
OMG, Munirah, masak maggi pun out..


Sumber air agak dekat, yaayy.. tapiii, sebab hujan jadi tanah berselut, turun konon nak bersihkan kaki, naik kotor balik.. Malam tu semua orang mandi, kecuali......


Guesss who?

Guide kite , John dan yours truly.

luls

Aku tak suka sejuk , dan tambah hujan lagi, perghhhhh, sampai ke tulang hitam beku dia...

Secara jujurnya, salah satu keadaan yang betul-betul buat aku menyesal setiap kali join hiking ialah bila malam, sejuk dia melampau. Dan kau tak bawak selimut ke comforter ke macam kat rumah.
Sedangkan kat rumah , kadang-kadang kipas pun aku tak bukak, I hate coldness.

Aku tak heran tak pi pergi oversea time winter main salji ke apa #yelahtu

Malam tu, sebab aku ngantuk sangat, dan setting port aku tak siap, aku pergi kat  ground tempat hammock sape punye tah, sekali John punya dahhhh...

Aku tidur, walau tempias dengan hujan.

Makkkk, nak balikkk !!

Haha #kidding #Iamindependentlady #kemonn #cry :P


Besok pagi hujan renyai lagi, Bell masak nasi lemak, sambal sumbangan Mat Keng,
Ikan bilis kualiti tinggi daripada Bell,
Sekali Bell suruh aku masak maggi dah ,
Maggi okay lagi, tapi ni
 maggi tumis ..????

What? Maggi adalah jenama mee segera, S.E.G.E.R.A ya diulangi,  dia tulis 2minn kat bungkusan tu, kenapa kena tumis bawang, sambal semua.. kenapa?!!!

Dengan bantuan Bell, akhirnya siaplah maggi goreng perisa tomyam campur kari.

Tapi, off course, antara, nasi lemakd engan maggi, orang akan pilih nasi lemak.

Kesian maggi kita tau wak.


Tekanan terhadap Bell berterusan lagi, sebab ahli-ahli lain sepakat nak gulingkan dia, sebab tak mahu teruskan naik puncak, pasai hujan ..
Korang tahulah budak-budak ni kuat menyakat.
Aya dah kata sakit perut, tak mahu naik, tapi Bell positif macam biasalah dia keluar quote , kata-kata motivasi bagai,

seperti, Genggam bara api, biar sampai jadi arang,

Aya tanya, apa yang kita dapat kalau kita naik puncak, sebab target dia hanyalah blue pool.
sebab puncak Gunung Sarut, viewnya diliputi pokok-pokok ja.

Tapi, Bell kata, kepuasan diri, self achievement,

Dia suruh Aya makan ubat tolak angin.


Maka, semuanya pun ikut pi naik puncak, walaupun dalam perjalanan aku rasa letih, dengan nak berak, kena tahan kentut lagi, pasai takut orang belakang dok bau... Lol,
seksa okay...

Aku tak tahan sangat, aku pit stop, ngadu kat Bell dan Aisyah, aku nak berak..haha

Bell cakap, hang tak payah lah jujur sangat kata nak berak, cakap kencing sudah lahhh...
(Ini pun nak tulis ka)

























Kasut pergi kerja , aku bawak pi hiking..nasiblah.



Sampai je puncak, lebih kurang 2 jam perjalanan,
Yoe telah membelah buah kemenangan nya,  timun cina yang seberat 3.5 kg.

Berikut adalah, pose memasing dengan tag.




Minuman sarang burung pun perlu pose.


Mat Keng kawan group whatapps Geng kite ork? yang sendu .huhu bawak ayam payang separuh untuk dikongsi 11 orang. #perangai









"Wanita mengandung berjaya tawan Sarut, tanpa mencarut" 
Tajuk linkbelog OHmerepek.
Sebenarnya, kandungannya ialah timun cina.



Sejuk gila tak hingat atas tu dek cuaca hujan sebelum tu, aircond sangat.







Lepas 10 juta shot dan video dan makan, kita turun, siap-siap balik lah,
Pasai masing-masing kena balik malam tu jugak, kecuali aku, bell n the locals, mat keng and Yoe.



Super Yoe, host yang best, bawak jalan-jalan, duit minyak free yay. 
Beg berat tak hingat pasai bawak buah timun cina.



Ni Geng Sarut, terima kasih semua atas pengalaman yang menarik, walaupun dok gelakkan aku jatuh tertiarap kat lumpur.

Terima kasih jugak atas gambar-gambar, aku amik eh buh sini.. hehe
Sebagai upah, siapa yang baca belog ni silah follow ke bagi likes sikit kat IG depa ni.
 #satulikesatu #isilahsendiri

Akmal : @akmalterritory
Mat Keng: @matkeng17

Bitah : @abiehaikal
Aisyah : @aisyahyusof


Trivia: aku jatuh tersadung cium tanah 2 kali, jatuh tergelincir kat selut, tak terkira.





Yay, turun 2 jam dari campsite, kita lepak kat Blue Pool






Puteri duyung Aya,
air yang dikhabarkan tak pernah keruh lagi setakat ni.



Ketegaqian.








Ini adalah jambatan gantung paling bahaya aku pernah lalu.
Banyak rompong-rompong.

Ni masa perjalanan balik, bayangkan masa pergi tu gelap, kalau salah langkah .. hmmm

Lepas mandi , semua kat masjid, kita zass cari makanan kat Terengganu.
Kita cari makanan yang best kat sini.
Sebab nak makan celup tepung ke apa kat pantai, dah malam.

kita pi NR Cafe, yang terletak di Tok Jembal , Kuala Terengganu

Speciality dia, tomyam kelapa.

Cantik tempat dia, harga dia pun aku rasa masih murah, jus buah masih RM3 (ukuran harga bagi aku ialah minuman)

Kami order, 2 ekor ikan siakap, satu masak tiga rasa, satu masak stim halia/limau ntah, 1 pinggan sayur kangkung belacan, 1 pinggan kailan ikan masin, 2 pinggan sotong goreng tepung, 2 tomyam kelapa, nasi untuk 10 orang makan, air asing, 2 orang minum jus, yang lain, coconut shake dan air kelapa, satu jug air masak.
Semua sekali, kalau tak silap mak cik RM221








Muka memasing lepas keluar hutan, semacam sikit.. Semua sedap, sotong celup tepung dia best, tak pernah dapat lagi rangup macam tu, selalu macam soggy.

Ambience 5 star, makanan 5 star, harga 4 star.


Kami balik ke Rareheart . nasib baik ade bilik kosong, bilik yang sama, terbongkang lah apa lagi.

Esoknya, beli tiket, cari breakfast dan dobi.




Nasi dagang aku yang kedua pada hari tu sebelum balik Ale ale Johor, 
dan ketiga sepanjang aku di Terengganu

Aku akan rindu nasi dagang dan teh ais Terengganu.. lol 


Bas aku pukul 9.45 malam, sampai 5.10 pagi kat Larkin, tunggu bas no.96 balik pontian dalam pukul 6.10 minit bas  gerak, sampai pontian 7.15am, mak amik, mandi, otw, bos mesej jangan lupa ada training hari ni, kerja %&&* dah siap belum?.... Sudahhhhh,

Datang lambat, muka selenga, ngantuk ,jasad aku di kerusi , mata menghadap trainer,
jiwa aku masih kat blue pool wei.....




Makkkkkkk!!!!!




12 comments:

  1. Entertaining story 😁.. memang win!

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Thank u for dropping a comment 😁

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. Karangan yg terbaik... 4 bintang satu bintang lg tak bg pasal tak byk cerita trek GS dgn detail...huuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oklah kan, kire dapat A walaupun bukan A plus... Hehe. Selalu dah lajak, bile tulis dah lupe.

      Delete
  4. Panjang karangan ni.. Apa2 pun best memories...👍👍👍👌

    ReplyDelete
  5. Choiii kena tipu, tajuk hiking tapi dh baca hingga 70% masih lum start daki, apapa pon jln cerita bagus tak boring

    ReplyDelete

terima kasih sudi baca :D