Wednesday, June 20, 2018

Syukur Syawal. 1439 hijrah.


As salam,

Kembali lagi kita kepada episod raya berkonsepkan raya kali ke-30. Macam biasa drama di hari raya setiap tahun agak emosi, bukan drama di televisyen ya, tapi drama diri sendiri.


Sama ada pada tahun ni kau ada progression , stagnant atau jatuh terjelepok tapi penuh bergaya.
(well, hari raya kan, kau tetap nak OOTD satu dua)

Tahun ni sebab aku rasa sepatutnya aku banyak masa sangat.

Hormon kewanitaan aku telah terserlah ketika itu,  seperti ada rasa nak beli pokok hiasan dan membuat DIY sampul duit raya. Ini semua pengaruh media sosial.

Mihihihi


Sampul duit raya 

Aku telah ternampak  wrapper yang aku rasa agak elegan dan telah menarik minat aku, sebab masa tu aku rasa metallic is so IN . Handbag dan kasut kononnya nak beli warna silver , hampeh der, yang harga 30 hinggit tak de..begitulah nasib, citarasa tak seiring jumlah wang di akaun bank semasa.

Dalam hati mesti vogue sampul duit raya aku nanti..walaupun isi tak dak.



Kita tunggu jadi apa kat sampul ini.





Hahahampeh, buat sampul pun separuh jalan, aku nampaknya tidak mempunyai kesabaran dan  ketelitian yang tinggi. Buat tak siap. Nasiblah orang yang dapat tu kira bertuahlah.



Pokok dalam Rumah

Aku juga tiba-tiba suka terhadap pokok-pokok hiasan, di mana suatu ketika dulu, aku tak faham kenapa orang suka tanam pokok bunga atau pun pokok yang tak de hasil,  buat kumpul nyamuk dan daun kering je . Pada aku patutnya tanamlah pokok yang berbuah ke, pokok manggis ke, pokok kunyit , ke lengkuas ke, ini tanam pokok kemain besaq, dah lah kena trim daun gugur banyak, tapi bukan boleh buat apa pun.. yada yada ...#fahamkanakunakcakapapasebenarnya.

Tapi, aku telah terpikat sebab hutan dalam rumah atau tanda pagar #jungalowstyle #planterior  di instagram sangat kena dengan jiwa aku, hijau, putih, coklat....
Dan ini membuat aku telan air liur sendiri, (belum ludah) dengan beli pokok plastik. Ya, pokok plastik dan bunga palsu yang aku pernah kutuk suatu ketika dahulu , kerana hanya buat kumpul habuk dan semak je kat rumah.

Well, as they say, people change , so do interests.







Salah satu sebab aku beli pokok pelesu. 

Ahli keluarga datang dan pergi


Tahun ni macam biasa seperti 29 tahun dulu, raya di Tangkak, dan  kami beraya bersama kak ipaq aku a.k.a anak kesayangan baru mak aku.  


Begitu sedih sekali, ya sampai aku kene dok belakang..
Hahaha, kidding.


Tahun ni juga, raya pertama kami beraya tanpa Pak Ngah. Setiap tahun, pasti arwah antara yang memeriahkan suasana.





Kurang meriah masa buka terakhir hari tu, sebab tak cukup korum.


Bergambar bersama Mak Ngah sebelum sembahyang sunat Hari Raya.


Lepas balik sembahyang, macam korang semua lah, bergambar OOTD  sekeping dua.





Bila nak dapat surat cinta ni, surat saman adelah.



Tudung pun mak pakai yang kak ipaq aku bagi,
tak pakai pun yang aku bagi. #haha #memangtaklah
#dahkautakpernahbagi



Terimalah OOTD raya tidoq aku.
Aku punya raya tiap tahun sengkek.
Jadi, aku mengamalkan pendekatan sedar diri.

Beli baju season lepas punya koleksi raya.
Dapat 50% diskaun,
Beli dekat brand yang tak berapa famous, 
tak ramai tahu dan kemungkinan nak sama dengan orang lain kurang.
Baju dan kain boleh mix match dengan set pakaian lain.
Baju daripada Lawra
Tudung butik vendor kat Bandar Baru Uda.


Pagi tu rutin macam tahun sudah,  ziarah kubur arwah atok dan nenek aku.








Tahun ni, satu lagi pusara yang kami lawat, Pak Ngah Sohor.


Rumah Pertama lepas ziarah kubur,Rumah Pak Noi.
Yang tak jemu-jemu jemput raya tiap-tiap tahun, murah rezeki dia.
Walaupun rumah dia cantik, aku tak dapat bergambar sakan.... apa yang ada je lah nak, sebab menjaga tatasusila sebagai gadis melayu. Pui

Dapatlah gambar keluarga, depan rumah setelah beberapa kali cobaan.



Ultraman Adam (anak sepupu) interframe.




Iman Tariq dengan aksinya.




Yours truly tidoq dan kelihatan besaq di situ. Foine.




Bersama keluarga tuan rumah.




Kasi can posing satu kali sebelum balik.




Rumah kedua je dah pancit wei.
Rumah mak long kat Bukit Kangkar dengan menu legendnya, nasi lemak.
Pehh, dappp emmm. Tak dan nak foodporn.




Raya at 2 pm Be Like.
Nak buat peace pun sedihh.



Okay, raya aku kira dah sempurna bila ada sambal goreng emak aku, keluarga, kuih tart nenas dan kehadiran kawan-kawan.




Ini antara manusia pelengkap raya aku.






Bersyukur walau disebalik seribu keburukan aku, 
Allah masih kasihkan aku dengan anugerahkan orang-orang yang terima aku seadanya.
#youhavenochoice #family


Orang kata, senang sama-sama, susah pun sama-sama,
Tapi , buruk kau sorang-sorang.



Gitu lah kau Fatma, kite tak nak kawan dengan awak lagi.
Hahaha.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.


No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca :D