As Salam,
“Munir, bila kau free?”
“Mak nak mintak kau bawa teman jumpa kawan mak masa mengajar kat Air Tawar 1 dulu. Suami dia baru meninggal.”
Alhamdulillah, atas nikmat masa, aku dapat temankan mak aku minggu depannya.
Bila tiba di rumahnya, mak aku dan kawannya berpelukan,
“ Sudah sampai masamya, Mi” ujar sahabat mak aku tentang kematian suaminya.
Mereka berdua berbual tentang pelbagai perkara, tentang seorang sahabat baik lain yang sudah meninggal,
Tentang pencen,
Tentang anak,
Tentang tanah pusaka,
Dan semestinya, memori zaman muda mudi mereka.
Berkongsi gambar zaman kegemilangan masing-masing.
Mengabadikan kenangan masa emas
Tidak dapat lari , kadang-kadang singgah di fikiranku, apa agaknya keadaan aku dan sahabat masa tua andai umur ku panjang,
“ Adakah aku akan habiskan sisa hidup keseorangan di rumah penjagaan? Seperti sahabat emak aku , Mak cik N”
“Adakah aku akan seperti emak ku yang melawat sahabat-sahabatnya sama ada sakit atau kematian suami”
Ketika sekolah, kita pasti berangan-angan , apa yang bakal kita hadapi ketika dewasa.
Teka ,
Siapa yang dulu berumah tangga?
Rumah yang macam mana?
Nanti ada anak berapa?
Kerjaya apa?
Tapi, di usia ini, aku tertanya siapa antara kita yang akan pergi dulu,
Kau atau aku?
Bertanya soalan yang tiada guna.
Kita serah je kepada Yang Maha Kuasa.
Salah satu nikmat yang aku syukuri ketika ini, masih boleh menikmati masakan emak.
Masakan emak adalah yang terbaik walaupun gorengan kuih frozen.
Alhamdulilllah.
No comments:
Post a Comment
terima kasih sudi baca :D