Thursday, December 19, 2019

Kisah aku dan MC



As Salam,



Dalam empat mc aku tahun ni, 3 dari nya adalah disebabkan period pain. Aku punya period pain sebenarnya tak teruk sangat,  aku rehat, baring dan tak paksa buat kerja, okaylah lepas tu, aku hadap tiap-tiap bulan dan aku biasa macam tu. Ia adalah semula jadi untuk badan aku, jadi pada aku biarlah dia pergi secara semula jadi juga.

Aku prefer cara macam tu instead aku ambil pil untuk kurang sakit.
Of course, kalau sakit yang aneh-aneh datang, dan tak baik secara kebiasaanya, aku akan amik ubat doktor.


Well, aku rasa aku tak pernah ambil pain killer untuk period pain. Sebab? Aku ulangi, dah biasa setiap bulan, hari pertama  period aku akan kena senggugut, aku rest dan tidur dia okay sendiri, dia akan serang bila aku berdiri dan buat kerja #callmemengadangada #sowhat


Aku tak kan jumpa doktor kalau 'The Day' tu off day aku, jadi bila hari yand datang period itu jatuh pada hari aku sepatutnya bekerja, terpaksalah aku ambi mc.

Aku akui aku suka jumpa doktor. Biasanya doktor baik-baik dan memberi pengalaman menyenangkan untuk aku.

Aku pernah jumpa doktor lelaki kerajaan, baik je bagi aku mc sebab aku cakap period pain. Walaupun nurse perempuan kat depan dia perli "dah  period mesti datang setiap bulan , nanti jangan ada penyakit mc pulak setiap bulan".

Wehhh....

Aku pernah jumpa doktor perempuan klinik swasta

"Doktor, saya pening kepala stress".

"Kenapa? Kena tinggal boyfriend ke?"
"Muka macam ni, satu pergi ramai yang datang".
Pandai doktor amik hati aku.
" Bukan pasal tu doktor. Ini pasal kerja, stress"
"Biasalah, bila management baru amik alih, dia tahu company tu dah established, dia tak appreciate workers. Berbeza dengan management lama, dia bangun bersama-sama pekerja-perkerja . Jadi, dia lebih appreciate pekerja".

Wow, doktor ni macam tahu-tahu je masalah aku masa tu.

"Tak pe saya bagi awak ubat ni, awak jangan stress-stress okay".

Selama aku jumpa doktor dalam hidup aku ni. Aku tak pernah benci dekat doktor, aku sentiasa gembira lepas jumpa doktor atau pun tak de perasaan. Aku punya rasa hormat dan kagum dengan doktor , bagaimana diaorang boleh tackle emosi pesakit. Lupa sekejap pada kesakitan yang dihadapi.
Itu yang bila orang kata, bila sakit jumpa doktor.





Tapi, kali ni, memang pengalaman berbeza.

Aku jumpa doktor, aku jujur cakap aku ada period pain dan aku nak mc.

Doktor ni dengan muka sinis dengar.

Dia ceramah aku adalah lebih 20 minit, sedang kan orang lain tak sampai 5 minit dah keluar.

Dia cakap dia tak boleh bagi aku mc sebab, dia cakap aku masih boleh senyum.
Orang sakit tak kan boleh senyum.

Well, satu-satu ya hari yang aku menyesal senyum dengan orang yang baru aku kenal.

"Kalau saya jadi HR, awak akan di terminate, kalau awak kerap amik mc. Kita ada rekod awak ada amik MC bulan Ogos"

"Saya tak amik mc setiap bulan. Sepanjang 12 bulan, 3 kali saya amik mc (ini kali ke-4)".

(Majikan aku bagi 14 hari maximum mc every year, so?)


"Kalau saya cek tekanan darah awak pun memang tak kan ada masalah".

Ha, cek lah. Tak cek pun.

"Awak punya period normal?"
"Normal setiap bulan".

"Awak pernah amik pain killer tak?"

"Tak pernah".

"Ha, see you not even trying pun nak reduce kan sakit you."

 "It is a biological things, my style saya akan rehat, baring dan tidur minum air panas, dia akan okay".

"It's not about your style, tak de menyebabkan kidney rosak pun kalau you amik pain killer sebulan sekali. Kita bukan bagi dose yang tinggi pun."

"I boleh je bagi you mc, I senang kerja, ramai pesakit tunggu kat luar. Tapi, ini semua pasal rezeki, saya BEKERJA untuk dapat rezeki yang HALAL, saya nak bagi makan anak-anak saya. Mungkin saya terlepas dekat dunia, nanti di akhirat saya dipersoalkan.  Saya tak boleh nak cakap saya rasa apa yang awak rasa(ha, tahu pun), tapi saya sudah kerja 9 tahun, saya boleh tahu kalau orang tu layak diberi mc atau tidak. Lainlah kalau awak dah makan pain killer dan awak masih sakit.
Awak menangis ke letih berguling ke. Ni masih boleh senyum dengan saya."

"Kerja saya memerlukan saya BEKERJA dalam team, saya perlu tolak trolley etc dan bergerak pantas, ini akan mengurangkan produktiviti."

"Kalau mc, pun akan kurang kan produktiviti."

" Saya kerja dalam team, tak adil untuk orang lain. Doktor pernah tak datang kerja kalau sakit, dan doktor tak dapat buat kerja dan keputusan dengan baik. Doktor ada point dan prinsip, terpulang pada doktor untuk judge saya."

"Saya bukan nak judge awak, saya nak educate awak, kalau awak sakit, awak try amik pain killer"
 Dan dia ulang lagi pasal point pain killer dan rezeki. 

"Kenapa awak nak biarkan diri awak dalam kesakitan, sedangkan awak boleh makan ubat? Kenapa, awak takut makan ubat, awak anti ubat?"

"Saya bukan anti ubat dan saya bukan anti vaksin."

"Kalau anti vaksin melibatkan orang ramai, makan ubat ini untuk diri awak sendiri.
Awak boleh nak kutuk saya ke lepas ni. Awak tanya lah, saya memang senang nak bagi mc kalau orang tu BETUL-BETUL sakit. Awak boleh pergi klinik lain, dan mintak mc, tapi bagaimana dengan rezeki dan gaji yang awak dapat nanti."


Wow, vavava.... Tepuk tangan #sekarangpasalrezekiakupulak  #akuego?

Nurse dah mula jengah-jengah kat bilik doktor.


"Doctor, I know my own body. All I need is rest. Dia akan berakhir dalam 6 jam (selalunya semalaman). It's going to be okay. Not a pain killer"

"Saya boleh tulis bukti awak datang klinik, times slip (kalau tak silap aku dengar)"

"It's okay doctor"

"Awak datang klinik untuk medical professionals advice, dan saya beri awak advices."


Aku kerja kalau ikut jadual ialah 15 hari sebulan (melainkan kalau aku ada OT) , dan ada masa ya first day period aku ialah waktu aku off day, dan nasib aku sejak 4-5 bulan ni, first day period aku ialah hari aku bekerja. Aku tak kan amik mc setiap bulan. Sepanjang aku kene period sejak aku kena akhir tahun darah 5. Tak de lah aku nak amik mc setiap bulan. Seingat aku tak de banyak pun, 2-3 days per year. Kadang-kadang tak de amik pun dalam setahun tu.

Tahun ni paling banyak , 4 kali aku pergi klinik, satu daripadanya sebab aku pening, tak sedap badan dan tekanan darah aku rendah. Tambahan pula, disebabkan kerja aku yang memerlukan pergerakan fizikal, aku tak selesa untuk datang kerja. Pernah sekali aku datang kerja waktu first day period, aku rasa loya, tak selesa  untuk buat kerja dek period pain.

Aku  kerja 12 jam, shift malam. Aku nak gigih pulak naik turun bas malam-malam dalam keadaan tak selesa, kalau ada bas kalau tak de bas? Kerja berat mostly 6 jam pertama. Aku datang, head count bertambah, kena tambah bilangan barang kena buat, tapi semuanya diselesaikan oleh orang lain, tak adillah untuk team member lain untuk buatkan kerja kita. Dia juga memberi vibes yang tak best. Baik tak payah datang. Aku bekerja bukan kerja perseorangan duduk depan computer, aku kerja operator dalam kumpulan dan perlu pergerakan yang banyak.


Aku cuba untuk tak menjawab, walaupun aku dah nak meletop, aku nak dia habis cepat, aku dah malas nak gaduh dengan dia. Kalau tak nak bagi mc sudah. Aku tak sangka pertemuan dengan doktor kali ni bertukar jadi tegang macam ni.

Ada  doktor kat laman sosial kata, segala sakit dunia ni, bertukar jadi sakit hati kalau tak dapat mc.

Aku rasa sakit hati. Bukan sebab aku tak dapat mc, tapi it was such a tense moment for me. Aku bengang diceramah macam aku ni mengada-ada dan sebab tak amik pain killer untuk period pain. Dia dah menjalankan tugas dia (by looking physically and give advices), dia boleh nak suruh apa yang dia nak, tapi akhirnya  itu tetap badan aku.


Air mata aku dah start bergenang.

"Sorry dik, saya memang tak boleh bagi you mc. I bagi you pain killer."

"It's okay doctor you also doesn't need to give me a pain killer."

"Kenapa awak nangis?"

 Geleng kepala . Lagi laju air mata aku keluar.

"Saya okay doktor."


"Saya bagi awak mc, kalau awak nak."


"Tak perlu doktor, dan tak payah bagi saya pain killer."

"No, no. Awak pun tak boleh nak bekerja kalau keadaan awak macam ni,  you're not emotionally stable"

"Awak pergi kerja naik apa?"

"Saya pergi naik bas."

"Nasib baik awak naik bas, kalau awak naik motor lagilah saya tak bagi."


"I bagi you mc, tapi apa yang awak buat ni salah."

"It's okay doctor, if you don't want give me mc (or against the ethic or your principle) . I can just tell my supervisor #dramalahsikit

"Bukan pasal mc, mindset pasal makan ubat. Itu salah."

Dia tulis mc, aku bangun.

"Thank you, doctor."

Benarlah bagai dikata, senjata seorang perempuan ialah air mata.

Tak sangka senyuman aku pada doktor tu,  pada mulanya bertukar jadi air mata akhirnya.
Oh, doktor nak macam ni kan? Nak buat muka sepe-et bila jumpa dia.
Tambahan ya, emosi perempuan period tak stabil.

Klinik yang sama juga dulu, doktor yang lain  bagi aku mc , tapi nurse paksa suruh aku amik ubat, aku pergi kat kereta aku nangis.

Judge me, I just don't care.

Drama air mata di klinik swasta.





Trivia:

Taiwan negara yang sangat bermurah hati memberikan 3 hari cuti kepada pekerja wanita yang mengalami menstrual cramps (dysmenorrhea).

Negara Asia lain yang mengadakan polisi menstrual leave ialah Korea Selatan, Jepun, dan Indonesia.

Syarikat Nike, mengadakan polisi menstrual leave bagi perkerja wanitanya.

Sumber :  Wikipedia




Wednesday, November 20, 2019

kisah mbah saya II

As salam,

Ibu bapa dan orang tua adalah anugerah,
Anggaplah segala ketidakupayaan mereka sebagai anugerah,
Dengarlah segala bebelan mereka sebagai anugerah,
Pandanglah mereka sebagai satu anugerah.

Allah memberi peluang kepada kita,
Allah menguji kita adakah kita pandang mereka sebagai anugerah atau bebanan

Dalam kisah mbah saya, aku ada tulis mbah aku kahwin pada umurnya 14 tahun
Satu hari , aku bertanya lagi tentang itu kepada mbah aku, 

Untuk baca Kisah Mbah Saya yang ditulis pada tahun 2013 > Kisah Mbah Saya

3 perenggan pertama diatas, aku jumpa dalam draft aku, tahun 2015.

Punyalah lama, sampai aku pun dah lupa apa nak tanya kat mbah .

Mbah telah duduk kat rumah mak aku, dalam 10 tahun.

Dalam tempoh tu ada beberapa kejadian yang aku nak cerita, tapi sifat bertangguh aku memberi kesan ya..
Apa yang aku nak cerita tu berlalu bak angin lalu... tuhhh..
#keepontypingmunirahjanganstop #kalautaktahulahtahunbilapulaknaksambungtulis


Semalam, 19 November 2019;

Aku bangun dari tidur, mak aku kejut, pasal ada kawan dia nak tumpang sembahyang.

Aku ni ada perangai kesurupan sikit kalau bangun tidur orang kejut.
Lebih-lebih lagi time tu dengan rumah bersepah , tak bersedia nak terima tetamu.
Ya, time rumah aku dah kemas, aku dah mandi, jarang orang datang.
Biasanya, rumah aku macam tongkang pecah, aku tak siap , muka berminyak, rambut macam berus periuk. memang time tulah orang datang.

Dan kebanyakannya  ialah bila rumah aku di situasi yang kedua itu.

Sedang aku mengamuk-mengamuk dek kesetanan,
aku dengar bunyi mbah aku jatuh, dan suara mbah aku panggil.
Sebenarnya beberapa kali juga mbah aku jatuh, biasanya terduduk.


Aku selak langsir bilik dia.
Hampir putus urat ketenangan aku.

Suara mbah mengaduhhh...

Mbah aku jatuh tertiarap.
Tongkatnya dibawah kakiknya,
darah menitis ke lantai, sama ada daripada mulutnya atau hidungnya.


Situasi itu sukar untuk aku ceritakan.

Aku rasa cuak, takut , sedih tengok keadaan mbah waktu itu. bertuala, baru lepas mandi.

If only I am good with word and can project my feelings during that moment into video.



By the way, Mbah aku memang menghadapi luka/kudis di hidung, doktor menasihatkan untuk buang, kalau tak buang, ia akan membesar.
Tapi, di hari pembedahan, dah masuk dalam bilik bedah dah pun, tiba-tiba mbah aku yang selama ni jenis tak banyak perangai sungguh-sunguh tak mahu.
Doktor tak boleh paksa, itu atas kehendak pesakit.

Kudis tu makin besar.

Setiap kali aku tanya, pasal hidung dia, rasa sakit atau tak, dia cakap tak. Tapi, tangan dia selalu usik kudis di hidungnya.

Berdarah.
Di telekung dia, banyak kesan darah.


Antara tabiat mbah aku sekarang, 20/11/2019 untuk rekod;

Kadang-kadang, dia macam bingung.
Dia akan angkat tangan, berdoa, beberapa saat. Kemudian, selang beberapa minit, dia akan ulang lagi perbuatan itu. Pernah aku tanya sekali, mbah doa apa, dia cakap sembahyang.
Aku pasti dia tak sedar perbuatan dia tu.


Dia semakin lemah untuk berjalan menggunakan tongkat, jarak perjalanan dia makin pendek.
Dulu, dia boleh bertongkat dan berjalan, dari rumah aku ke rumah mak na, dalam jarak lebih kurang 100-200 meter.

Kemudian, dia hanya boleh berjalan dari bilik dia, di ruangan depan ke dapur.

Sekarang, mak aku dah letak air minuman dan makanan di ruang tamu, sebelah dengan bilik mbah aku.

Banyak kali, mbah aku 'terlepas' sebelum ke bilik air, maklumlah pergerakan tak selincah dulu.

Setiap kali soalan yang sama diulang dalam selang beberapa minit, aku cuba jawab, walau hati tak senang.

Kadang, timbul rasa kasihan. Perjalanan hidup mbah aku tak mudah sejak kecil.

Kalau dengan apa yang dilalui waktu kecil berlaku pada zaman sekarang ni, mungkin dikira penderaan dan boleh hadapai tekanan mental.

Kadang, aku tertinggi suara dan tak dapat layan mbah dengan lemah lembut.

Dan ketika ini, aku teringat, bila mak aku tak de, bila aku kecil, mbah akan datang ke rumah aku, temankan aku.

Bila ada kentos (tombong kelapa), mbah akan simpan kan, dan hantar kat rumah aku.

Aku harap, biarlah hanya yang manis sahaja yang aku akan ingat,
kerana mengingati benda yang pahit sungguh merosakkan jiwa.




Betapa pentingnya  memuliakan ibu bapa, sehingga Allah menyatakn dalam firman, jangan menyekutukan-Nya bersama-sama dengan ayat berbuat baik kepada ibu bapa.


Sungguh laluan syurga penuh kesukaran, laluan ke neraka penuh dengan hiburan.
Dunia ini tempat bekerja, akhiratlah tempat kita menikmati hasilnya. Janji Allah itu pasti.

Allah SWT berfirman, "Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa juga; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa." (Surah al-Nisa, ayat 36)
sumber: https://www.bharian.com.my/node/84268
Semoga Allah ampunkan dosa kita semua.
Iklan: yang tak tahu kentos tu rupa bagaimana;


Yang kecil lagi sedap daripada yang besar, hat besar dia tawar sikit.
Tapi, aku balun je semua.



Friday, October 18, 2019

Hari Rayaku yang ke 31

As Salam,

Sepanjang 10 tahun blog ni diwujudkan, seingat aku, aku  belum fail lagi post special sempena hari raya.
Aku punya nak update blog tu makin lama makin lambat ya, berkadar langsung dengan pertambahan umur.

Begitu juga Ramadan kali ni sungguh istimewa, tarikh 1 Ramadan bersamaan dengan 6 Mei iaitu, hari kejadian aku mengikut kalendar masihi.

Tarikh 19 Ramadan, Jumaat bersamaan dengan tarikh lahir aku mengikut kalendar hijrah, gitu sambut dua kali.

Special bukan?

Luls angat, special lah tuk aku, aku kan syok sendiri.

Walaupun bukan sambut sampai cucuk Bintang , kan bulan ramadan ala-ala insof gitu (walhal sebab umur kau lanjut, makin tak kuasa.. Huhu)

Tahun ni, beberapa hari menjelang ramadan, ayah aku diuji Allah, jatuh sakit.

Hampir tidak pernah aku lihat ayah aku selemah itu. Adalah dalam seumur hidup aku ni, 2 kali aku tengok bapak aku demam, itupun dia tidur je, dan kembali sihat.

Tahun 2007 kalau tak silap aku, seminggu sebelum aku mendaftar pengajian di UiTM Perlis.
Ketika itu, waktu maghrib, ayahku keluar kerana ada urusan, tak lama selepas ayah ku keluar, ada dentuman yang sangat kuat.
semua di dalam rumah terkejut.

Kami keluar pintu, dan pak cik ku, di luar bersuara cemas, eh, ayah ayah.

Menunujukkan ayah ku terlibat dalam kemalangan betul -betul keluar simpang di rumahku, jarak kurang 50 meter.

Kereta ayah aku melintang di jalan. Ayah tak sedarkan diri.

Berdarah.

Tubuhnya kebelakang.

Ayahku mahu melintas.

Enjin kereta mati ketika melintang di jalan.

Kereta lain dari arah kiri menghentam kereta ayahku.


Cuak!

Aku doa ,selamatkanlah ayahku.

Ayahku di  bawa ke hospital.

Aku di rumah berdoa Allah tolong selamatkan ayahku.

aku ke hospital , dan setibanya di hospital

Ayahku sedar namun lemah duduk di kerusi roda.

Allahhhh.


Lega.

Ayah aku masih hidup.

Ya, mungkin aku tak pandai memilih perkataan dan ayat yang lebih sesuai.

Syukur.


2007. 12 tahun yang lalu dan sekarang,

Aku masih diberi peluang untuk memanggil Dan melihat sosok tubuh ayah ku.


Namun, tahun ini ayah aku diuji lagi.

Selama ni, korang rasa nak pergi kencing , kau pergi toilet kau buang.

Kau rasa apa?

Ada kau rasa indahnya dapat kencing ni? Atau bersyukur dengan nikmat tu?

Lepas kencing kau pun teruskan aktiviti macam biasa

Atupun lebih teruk, kau pernah menyumpah perasaan nak kencing tu?

Bila otak kau terima maklumat yang perlu kencing, kau pun rasa nak terkencing.

Lalu, ketika kau di dalam kereta di tengah highway atau pun kau tengah syok tengok drama ke bola kau pun menyumpah, apasallah nak terkencing saat-saat genting ni.


Tapi, ayah aku tak boleh kencing tak de rasa nak kencing, dan kencing pun tak keluar.
 Jadi, dia mengalami sakit yang Amat tak tertanggung. Ayahku jenis ya seorang yang lasak dan jenis yang tahan sakit. Kali ni, dia tewas.
Lalu, aku menyaksikan betapa lemahnya ayah aku.

Alhmadulillah, ayah aku boleh kencing dengan bantuan katerer kencing.

Sekurang-kurangnya dia masih boleh melakukan aktiviti yang dia sangat suka, berkebun.

Di usia, 66 tahun, ayah aku masih cergas.

Ketika ini, aku tak pasti sama ada aku betul-betul manfaatkan masa dan sosok tubuh bernama ayah yang Allah telah pinjamkan pada aku.


Sosok tubuh yang bekerja hingga lupa istilah penat,
Pulang lewat malam, biar terbayar segala keperluan,
Tak pernah mengadu tiada wang, walau diri sendiri tak kenyang.
Sayang, tapi tak reti nak tayang.
Banyak berkorban , tapi jarang didendang.
Sampai mati, tak boleh balas apa yang diberi,
Hanya kepada Allah ku berdoa agar dirimu mendapat syurga tertinggi.



Baiklah, bagi membolehkan entri  pasal raya ini boleh di published, sebab dah 5 bulan oi,
tarikh raya 5 Jun sekarang dah melepasi tengah bulan Oktober.
Ya, aku terpaksa Google ya untuk memastikan tarikh raya yang lalu.

Kau nak buat apa peram oi, ni kalau jadi penulis buku ke buat research PhD, memang sampai Perdana Menteri Malaysia ke-8 dilantik  sampai kene letak jawatan pun belum habis lagi tulis draft.

Aku tulis perenggan kat atas ni, masa kat Hospital Sultanah Aminah yang bersejarah, temujanji pak aku dengan doktor sementara tunggu giliran, hazab -hazab kau menunggu, hazab lagi orang yang tanggung kesakitan.




Ketupat nasi.

 Kawan aku orang utara, dok sibuk suruh bawak Ketupat untuk makan waktu rehat. 
Sekali dia kecewa, dia nak ketupat palas... Apoooo...ni Johor lah, pulut tak baik untuk kesihatan. Tiberrr




Acara berbuka terakhir Ramadan kali ni, seperti sejak azali, memang buka terakhir wajib di Tangkak.



Sambal Goreng mak aku yang paling aku nanti-nanti kan. 
Semestinya, Bias seperti biasa.




Apa yang lagi best, bila raya, musim durian, mamma mia, musang king, IOI , durian kampung semua ada. Fresh from Tangkak of course.




Assalamualaikum, penghuni kubur...




Pak Ngah Sohor. 
Alfatihah. 



Perangai budak perempuan, bila kawan dengan budak-budak lelaki.
Dia pun nak pakai songkok.


Ni perangai si Kamelia dulu masa kecik dulu, nak pakai songkok abang dia. Nasib baik dulu comel.



Sekarang, lagi menguji kesabaran.



Like Grandma, like grand daughter, tapi hat ni sayang lebih banyak sikitlah. Banyak ke sikit nih?



Ha, yang hat baju merah tu satu, ni pun nasib umur masih tahap kalau buat perangai masih boleh di maafkan Dan dimasukkan dalam kategori comel lagi. 






ha , tengok ada buah kat pokok ni.
 Mari kita nyanyi satu lagu.
Lagu apa?
Sepohon Kayu.

Sepohon kayu daunnya rimbun, lebat buahnya serta daunyanya,

 hidup ini sekejap sahaja kalau dengar cakap mak pak alangkah bagusnya. 



Kemain eh, rambut raya dia nih. Gewamm  walaupun fokus lari.



Geng Sokok dulu, pape roger, di Zon Merokok.



Penyumbang terbesar kepada jumlah cucu En Daud dan Puan Jamilah  buat masa ni.





Hat ni cucu kelima. Disumbangkan oleh abangku.


Tok cu pun nak pegang dia.



Suka benor kak aku pun, suruh beranak, kata dah stop production.Tutup kilang. 
Tapi,nampak gaya macam nak satu lagi.




Nak tunggu hat baju polka dot lagi lah. Hmmm, tak pe, next!





Sepupu kita, single dan manis.
 Haruslah tengok lah pulak sepupu dia yang ni, tak tahu nak habaq segak lagu mana pulak. 
Sempat aje kau nak up diri kau sendiri eh.




Sahabat-sahabat saya; Ekin, Atul dan Nisak.
 Walaupun tak selalu jumpa (kecuali Nisak, of course) tapi, InsyaAllah raya mesti jumpa.


Baju , bridesmaid Fatma tahun 2014 . Apo Mun nampak stokin macam tengah pantang. 



Ni Fatma , sopan eh kau gelak. Tinggal aku sorang gelak buruk.


Yang ni geng anak bongsu.
Paling manja yang hat tengah tu, dapat anak lagi manja.
Acaner pak dia nak layan tu, isteri dengan anak sama naik. haha


Jangan fikir masalah orang, tengok laki Tubeng siap melayan kengkawan gonjeng bini dia nak bergambar lagi.







Aku pakai baju masa kenduri abang aku tahun 2017. 
Kasut nurse bak kata Mak Ngah aku.
Dinding ehsan rumah mak cik aku, Mak Ti.

Bergambar sampai kebun belakang



Baiklah, Amar, Cik Mun dah stop bergambar ni. Ambillah ibumu kembali.




No hadbag, just a milk bottle. Thank you


Sepupu aku, Madam Wani, idola ramai nih.


Pagi dah beraya, petang tu tukar seluar, apa lagi maksudnya, kena pergi kerjalah jawabnya.
Dengan fruit daughter nombor 5, Sarah binti Mohamad Saad.




Semakin bertambah umur macam ni lah, pakai je lah apa ada. Baju tajaan kak aku, biasalah dia ni, paling terror shopping online, tak muat dok kasi aku. Aku apalagi, mengucapkan syukur dikurniakan kakak ini. Dah besar baru bersyukur. Time kecik-kecik, apo lah nasib aku dapat kakak ni. Benornya, akak aku  yang mempersoalkan apesal dapat adik macam nih.




Baiklah, inilah perangai raya yang ke-31 tahun. Petang raya, tidur dan ghaib.
Malas bersosial sama ada dunia realiti yang fana mahupun alam maya.


*geleng kepala tengok perangai sendiri.


Saturday, June 29, 2019

Sofa. Antara buang, beli atau baiki?

As salam, 

  
Bagaimana dengan raya yang dah nak hujung-hujung ni?

Mengikut pernaakulan aku, ada 4 empat golongan  bila berkaitan dengan perasaan raya ni;

Golongan 1: Raya dia habis setakat raya kedua je;
lepastu hari dilalui dengan memikir cari duit nak makan, pasal raya habis duit tak tahu pi mana.

Golongan 2: Raya dia sepanjang 30 hari; 
Sepanjang bulan Syawal mengikut kalendar Hijrah, hari-hari dia penuh dengan aktiviti open house, collect duit raya, ootd baju 30 helai.

Golongan 3: Raya dia seperti 365 hari-hari biasa yang dilalui, hari raya ke hari jadi ke, Hari Gawai, hari jururawat, waima bulan Syawal dengan Safar sama sahaja. 

Golongan 4: Hari-hari hari raya, bak kata Awi Rafael, yang ni spesis  dia lain sikit dengan golongan no,3  (graf no3. macam tersekat di skala 6). Tapi golongan 4 ni dia di skala langit. Rare. 
Hari-hari dia bermotivasi manjang, positif dan semangat macam DMFK dan Prof Muhaya, tak de satu saat dalam hayat dia rasa down, istilah murung tak de dalam kamus hidup dia. 
Berbual pun berdegor degor sampai bergegar meja.

Okay, sebelum aku terlupa tentang motif aku tulis entri ni, aku golongkan diri aku sendiri di golongan pertama, dengan adanya event special  semangat datang sikit-sikit, seperti mengemas rumah.


Walaupun, mengemas sepatutnya lahir dalam naluri setiap insan, ya setiap manusia, setiap jantina termasuk khunsa, dilahirkan untuk sukakan kekemasan walau sebesar zahrah. No?


Kalau tak de hari-hari special seperti hari raya memang lantak pi lah rumah jadi apa, sebab kau rasa tak de orang tengok dan nak judge kau, rumah cam habitat beruang matahari mananya kau nak  post kat media sosial.


BUANG

Ini adalah perkara yang aku paling suka. Haha.



Jadi, inilah padahnya kalau kita simpan barang yang tak guna dalam habitat kita, dan berkurun tak pernah buka pun laci tu. Bukan saja kita tinggal dalam rumah tu, malah ia menjadi tempat tinggal makhluk lain,seperti Cik Tikus.

Dalam kes ni aku memang tak de fikir-fikir falsafah mana-mana tokoh tentang pembaziran , BUANG!!!


Betapa nakalnya Cik Ti  nih, dia boleh kokak gerobok.
dah jadi tukun ya kabinet dapur ni.



Bulu Karpet tu pun dia kekah kan, dasar makhluk prosak, kau ingat ni flos gigi ke.


Aku pasti ini adalah masalah yang dihadapi oleh anak-anak dewasa yang tinggal dengan parents iaitu banyak barang-barang tak guna pada mata kau, tapi parents kau tak bagi buang.
Haha, at least kawan-kawan group whatapps aku..luls



Bekas Plastik dan hadiah

Drama Pendek Ramadan: Aku buang balang kuih plastik sebelum raya. Mak aku suruh aku ganti balik bekas plastik  yang aku buang.
What?!

Kesimpualan: Bekas plastik murah apatah lagi yang ada cop depan T memang boleh buat gaduh anak beranak, laki bini ya.




Ini adalah selepas aku buang beratus-ratus bekas, aku pun dah tak ingat, lepas buang, confirm muncul lagi.
Limit untuk bekas plastik adalah muat kabinet ni je, ye bonda ku sayang.


Yang bakal menyusul.



Sekarang dah kurang dah  mak pak aku bawak balik  gift berupa bekas-bekas hiasan daripada rumah orang kahwin, cantik tapi tak dimanfaatkan. Bila dah banyak, dia mulalah jadi tukun.


Aduhai, aku lebih suka terima bihun, tepung, gula, souvenier kicap lemak manis Jalen tu, kalau ada kicap cap kipas udang lagi bagus stok tu berjalan deras kat rumah aku. Baru bermanfaat.

Hadiah kahwin kakak aku dan abang aku rasanya ada lagi tak pakai.
Luls, dah beranak pinak dah depa pun.
Kang kalau ada rezeki aku kahwin , korang bank in je duit salam keruk kat akaun aku. Pandai lah aku nak beli apa yang aku nak. KALAU ye KALAU (sebab tu lah hang bujang sampai laaa :P)




Buku-buku dan majalah lama

Selain daripada itu, rumah aku ada masalah majalah-majalah lama, adalah  sekitar tahun 2000-2008, tapi mak aku dah stop beli sejak beberapa tahun lepas.  Zaman 80an-90an punya majalah, dah dihapuskan satu ketika dulu.

Banyak gils, okay.

Buku tak berfungsi sebagai buku kalau kita tak baca.
Periuk nasi hadiah kahwin , tak berfungsi sebagai periuk nasi kalau duduk dalam kotak.
Baju tak berfungsi sebagai baju kalau duduk gantung 10 tahun dalam almari tak pernah pakai.
Dia hanya berfungsi sebagai tempat habitat cicak dan tempat beranak kucing.

Kita fikir dia bermanfaat, atau satu hari yang indah kita akan gunakan.

Nope, buku resepi yang 5 tahun kau tak pernah bukak tu kau takkan guna, kau nak masak kang, kau Google, alangkan saved and shared Recipes kat Facebook dan Instagram Eina Azman tu pun kau buat semak je simpan, bukan kau  try pun.



Okaylah, mungkin lah ada satu hari yang gemilang, kau fikir ada cabutan atau ada orang tawarkan hadiah RM1juta pada siapa yang simpan edisi majalah pada tahun 1981.
Lalu kau pun simpan, maka jadilah ia tempat habitat beruang matahari (Kesian beruang matahari, aku  seru je nama ko, apa boleh buat kau trending hari tu)


Penuh satu kereta kompak nak angkut buku dan majalah ni, sampai nak patah pinggang aku.
DM  Benut Traveler Cafe, milik traveler humbe, Nilam (Instagram : @rumah_ntang) untuk hantar majalah-majalah dan buku-buku terpakai. Dia pun terkejut tengok betapa banyaknya majalah-majalah zaman artis yang dulu free hair sekarang bertutup, dulu single, kahwin , janda, sekarang kahwin balik.


Zaman aku layan novel telah lama berlalu.
Biarlah orang lain yang manfaatkannya daripada duduk situ saja.








Majalah Mastika pun dah discontinued. 
Majalah Nona,cover anak Dato' Khalid masa tengah hangat satu Malaysia ketika itu.




Buku-buku tebal ni, langsung aku tak pernah baca, dah bertahun-tahun duk situ.


Bila kau brek macam tiada hari esok....
Mula lah kau nak guna konsep inertia sekarang.

BELI

Ini adalah perbuatan yang menipiskan wallet, tapi ramai orang suka buat. Beli tapi tak pakai.



Amboi, kau membebel pasar manfaat, beli tapi tak guna. Ni apa cerita nih.  
Pergi pasaraya nak beli buah dalam tin . 
Tiba-tiba, beli barang kuih raya, sampai raya nak habis, sebutir kuih raya pun tak de.

Semoga ada keajaiban untuk menukar bahan ni menjadi dessert  ala cafe hipster.
Kalau tak tunggu expiredlah tahun 2021.
Ingat semua tu duit, duit bukan sebab utama, membazir serta makan ruang dan jadi breakfast Cik Ti je kang.



BAIKI

Sebagai manusia yang lemah, semangat aku pun bagai dibawa angin bayu. 
Biasanya sendu, tapi bila dia datang, ha, masa tu baru nak buat macam-macam.

Raya kali ni aku repair sofa.
Kenapa bukan beli baru?
1. Beli lagi mahal (untuk sofa impian aku), bajet ilek. Kalau sofa fabrik boleh dapat lagi murah.
2. Sebagai scroller  feed dan Tapper stories Instagram tegar; Post yang memaparkan perbaik perabot lama, kempen sayangi alam, reduce, reuse, recycle, beli bundle, minimalist, avoid fast fashion memberi sedikit sebanyak kesan kepada aku.

hehe, poyo bukan?




Benonye, memula, aku rasa nak tukar sarung kusyen je untuk sofa ni, bawah dia yang hat kelabu tu, koyak, sebenarnya dia salut pvc warna hitam.
Aku tangguh dulu, pasal bajet tak dok.


Aku pulak dah lama kenan dengan sofa leather, pastu internet dan Instagram ni kan macam jahat giler tahu  kita punya interest based on our activity kan, asyiklah keluar gambar-gambar sofa kulit cekelat yang meruntun jiwa.




Time tak de bajet tu, sabaq lu, kita cuba buh kusyen-kusyen lain, bagi naik seri sikit walau nan hado.

 

Dia punya kapas dalam kusyen tu pun,   SEDIH!


Inilah rangka sofa yang sedih tu, dia punya kulit cabut dah, apa yang buat aku rasa sofa ni masih ada nilai ialah, armrest kayu dia tu.

Aku whatapps tukang baiki perabot di Pontian tu, dia bagi alamat, sampai alamat dia bagi tu, rupanya dia base kat rumah.
So, aku tengok catalog material dan warna, mostly aku nampak material yang tak serupa leather , banyak PVC dan fabrik.
Cuma, ada satu je, bila aku flip,
BAMMM,
You are the one!
Persis yang aku tengok di Instagram.

Over ke tidekkk..

Selepas lebih kurang 2 minggu, berdegup kencang jantung ku... ewah



Bila dah dapat sarung tu aku punya excited sangat.


Pada aku, jahitan dia sangat kemas. 2 emoji jempol untuk mu.




Selepas beberapa minit kemudian,
Tadaaaaa!



Yeszzz, dia nampak sungguh tak siap, bajet separuh, warna armrest tu pun tak match dengan warna sarung tu.

Bak kata mak aku, bagai 'rumah buruk disapu kapur'


Okaylah aku google kan untuk korang




Hehe, sorry, aku google jumpa ni ja.
Aku pun tanya mak aku,
"Mak, kenapa tak de pun peribahasa rumah buruk disapu kapur? Ada rumah buruk disapu cat je."
"Yelah dulu, mana ada cat pakai kapur."
"Tapi orang Google tak jumpe pun"
"Google dah tak keluarkan dah, peribahasa dulu".

Haha, baiklah, makkkk kuuu, Mom always right. Mom 1 . Google 0.

Cop!



Tak habis lagi, aku punya sakit hati kat tikus tu.




Hat ni yang paling aku geram sekali ni, tak sampai 2 minggu, kau boleh makan aku punye sarung kusyen yang aku usahakan hasil duit tabung aku, kau belum kenal aku siapa?!

Aku sanggup membunuh 


I am not proud of it.


Bila lama-lama aku tengok sofa yang macam tak siap tu, aku rasa kehidupan aku sungguh terganggu.
Ya, perkara-perkara yang lebih besar seperti simpanan di hari tua, atau siapa nak jaga aku bila aku dah tua nanti, tak mengganggu aku seteruk nampak sofa tak siap ni, kerana dia ada depan mata aku dan masalah-masalah besar yang aku buh tadi tidak pasti, dan marilah kita bertawakal dan meletakkannya pada Allah daripada risau benda yang tak pasti.

Aku telah meletakkan masalah yang ada depan mata aku ni didalam Instagram. Well, it deserves one or maybe two or maybe 7  IG's story post , because , you know this is a big thing for me okay!

Heksaited ko ek (nada Aliff Syukri)











Ramai vote bungkus sekali handrest tu sekali. Thank you for voting guys. Aku sungguh menghargainya.



serta yang reply stories bagi pendapat jujur.

serta ini juga. Hehe. 




Aku  mesej tanya Encik Ahza (aku rasa nama dia Abdul Khalil, aku tak panggil nama pun) sofa ni balik. Berapa bajet kalau nak repair sofa tu dan cover semua tu dengan material sama. Boleh ke dapat sebelum raya semua.
Aku pun lontarkan kegusaran aku pasal armrest tu tak tahu nak buat macam mana, sama ada nak cat atau bungkus jugak.

Encik Ahza ni cakap, sayang kalau bungkus, nanti tak nampak kayu tu, aku pun rasa yang sama, sebab nilai sofa ni terletak pada armrest dia,
Dia cakap mungkin dia nak sapu varnish, dan kene tambah duit sikit lah, sebab dia nak gosok kayu tu. Allah, merecik peluh dingin aku dengar ayat " KENA TAMBAH DUIT "




Benar ya dah jadi habitat Cik Ti bawah sofa tu, sebab dia berat memang tak beralih.
Ini adalah momen yang mengaibkan, bila Tukang Sofa tu dalam proses nak angkat sofa keluar rumah, bapak besar tikus gemok gile hasil makan sawit.




Kau angkut apa lah Cik Ti duduk bawah sofa tu, memang habis tinggal rangka je sofa tu.


Aku pesan dengan dia, jangan charge mahal-mahal nak raya banyak pakai duit.
Amboi, dasar tak sedar diri,  nak cantik, bajet ciput.


Gambar whatapps daripada Encik tersebut.


Dia spray dengan warna yang lebih match dengan warna cover cushion yang baru tu.
I loike.

4 Mei dia ambil kerusi, 19 Mei siap.






Maafkan daku, pencahayaan lemah.


Nampaklah siap sikit kan?



Kalau ada yang berminat nak hantar sofa/kerusi lama untuk dibaiki sekitar Pontian dan Johor Bahru boleh cuba ushar whatapps/ Facebook Ahza Cushion Centre. 





Kos untuk sofa aku:
 6 sarung kusyen: RM405 
(Dia tambah RM10 untuk setiap satu sarung kusyen sebab material yang aku pilih, 
kalau tak lagi murah )
Sarung sofa dan handrest: RM550
Kos pengangkutan: RM100. 

#iklantakberbayar #akuyangbayar 

Aku harap bertahanlah sofa tu sampai bila-bila, berbaloi sikit aku punya duit tabung. #kesatpeluhdingin