Friday, October 18, 2019

Hari Rayaku yang ke 31

As Salam,

Sepanjang 10 tahun blog ni diwujudkan, seingat aku, aku  belum fail lagi post special sempena hari raya.
Aku punya nak update blog tu makin lama makin lambat ya, berkadar langsung dengan pertambahan umur.

Begitu juga Ramadan kali ni sungguh istimewa, tarikh 1 Ramadan bersamaan dengan 6 Mei iaitu, hari kejadian aku mengikut kalendar masihi.

Tarikh 19 Ramadan, Jumaat bersamaan dengan tarikh lahir aku mengikut kalendar hijrah, gitu sambut dua kali.

Special bukan?

Luls angat, special lah tuk aku, aku kan syok sendiri.

Walaupun bukan sambut sampai cucuk Bintang , kan bulan ramadan ala-ala insof gitu (walhal sebab umur kau lanjut, makin tak kuasa.. Huhu)

Tahun ni, beberapa hari menjelang ramadan, ayah aku diuji Allah, jatuh sakit.

Hampir tidak pernah aku lihat ayah aku selemah itu. Adalah dalam seumur hidup aku ni, 2 kali aku tengok bapak aku demam, itupun dia tidur je, dan kembali sihat.

Tahun 2007 kalau tak silap aku, seminggu sebelum aku mendaftar pengajian di UiTM Perlis.
Ketika itu, waktu maghrib, ayahku keluar kerana ada urusan, tak lama selepas ayah ku keluar, ada dentuman yang sangat kuat.
semua di dalam rumah terkejut.

Kami keluar pintu, dan pak cik ku, di luar bersuara cemas, eh, ayah ayah.

Menunujukkan ayah ku terlibat dalam kemalangan betul -betul keluar simpang di rumahku, jarak kurang 50 meter.

Kereta ayah aku melintang di jalan. Ayah tak sedarkan diri.

Berdarah.

Tubuhnya kebelakang.

Ayahku mahu melintas.

Enjin kereta mati ketika melintang di jalan.

Kereta lain dari arah kiri menghentam kereta ayahku.


Cuak!

Aku doa ,selamatkanlah ayahku.

Ayahku di  bawa ke hospital.

Aku di rumah berdoa Allah tolong selamatkan ayahku.

aku ke hospital , dan setibanya di hospital

Ayahku sedar namun lemah duduk di kerusi roda.

Allahhhh.


Lega.

Ayah aku masih hidup.

Ya, mungkin aku tak pandai memilih perkataan dan ayat yang lebih sesuai.

Syukur.


2007. 12 tahun yang lalu dan sekarang,

Aku masih diberi peluang untuk memanggil Dan melihat sosok tubuh ayah ku.


Namun, tahun ini ayah aku diuji lagi.

Selama ni, korang rasa nak pergi kencing , kau pergi toilet kau buang.

Kau rasa apa?

Ada kau rasa indahnya dapat kencing ni? Atau bersyukur dengan nikmat tu?

Lepas kencing kau pun teruskan aktiviti macam biasa

Atupun lebih teruk, kau pernah menyumpah perasaan nak kencing tu?

Bila otak kau terima maklumat yang perlu kencing, kau pun rasa nak terkencing.

Lalu, ketika kau di dalam kereta di tengah highway atau pun kau tengah syok tengok drama ke bola kau pun menyumpah, apasallah nak terkencing saat-saat genting ni.


Tapi, ayah aku tak boleh kencing tak de rasa nak kencing, dan kencing pun tak keluar.
 Jadi, dia mengalami sakit yang Amat tak tertanggung. Ayahku jenis ya seorang yang lasak dan jenis yang tahan sakit. Kali ni, dia tewas.
Lalu, aku menyaksikan betapa lemahnya ayah aku.

Alhmadulillah, ayah aku boleh kencing dengan bantuan katerer kencing.

Sekurang-kurangnya dia masih boleh melakukan aktiviti yang dia sangat suka, berkebun.

Di usia, 66 tahun, ayah aku masih cergas.

Ketika ini, aku tak pasti sama ada aku betul-betul manfaatkan masa dan sosok tubuh bernama ayah yang Allah telah pinjamkan pada aku.


Sosok tubuh yang bekerja hingga lupa istilah penat,
Pulang lewat malam, biar terbayar segala keperluan,
Tak pernah mengadu tiada wang, walau diri sendiri tak kenyang.
Sayang, tapi tak reti nak tayang.
Banyak berkorban , tapi jarang didendang.
Sampai mati, tak boleh balas apa yang diberi,
Hanya kepada Allah ku berdoa agar dirimu mendapat syurga tertinggi.



Baiklah, bagi membolehkan entri  pasal raya ini boleh di published, sebab dah 5 bulan oi,
tarikh raya 5 Jun sekarang dah melepasi tengah bulan Oktober.
Ya, aku terpaksa Google ya untuk memastikan tarikh raya yang lalu.

Kau nak buat apa peram oi, ni kalau jadi penulis buku ke buat research PhD, memang sampai Perdana Menteri Malaysia ke-8 dilantik  sampai kene letak jawatan pun belum habis lagi tulis draft.

Aku tulis perenggan kat atas ni, masa kat Hospital Sultanah Aminah yang bersejarah, temujanji pak aku dengan doktor sementara tunggu giliran, hazab -hazab kau menunggu, hazab lagi orang yang tanggung kesakitan.




Ketupat nasi.

 Kawan aku orang utara, dok sibuk suruh bawak Ketupat untuk makan waktu rehat. 
Sekali dia kecewa, dia nak ketupat palas... Apoooo...ni Johor lah, pulut tak baik untuk kesihatan. Tiberrr




Acara berbuka terakhir Ramadan kali ni, seperti sejak azali, memang buka terakhir wajib di Tangkak.



Sambal Goreng mak aku yang paling aku nanti-nanti kan. 
Semestinya, Bias seperti biasa.




Apa yang lagi best, bila raya, musim durian, mamma mia, musang king, IOI , durian kampung semua ada. Fresh from Tangkak of course.




Assalamualaikum, penghuni kubur...




Pak Ngah Sohor. 
Alfatihah. 



Perangai budak perempuan, bila kawan dengan budak-budak lelaki.
Dia pun nak pakai songkok.


Ni perangai si Kamelia dulu masa kecik dulu, nak pakai songkok abang dia. Nasib baik dulu comel.



Sekarang, lagi menguji kesabaran.



Like Grandma, like grand daughter, tapi hat ni sayang lebih banyak sikitlah. Banyak ke sikit nih?



Ha, yang hat baju merah tu satu, ni pun nasib umur masih tahap kalau buat perangai masih boleh di maafkan Dan dimasukkan dalam kategori comel lagi. 






ha , tengok ada buah kat pokok ni.
 Mari kita nyanyi satu lagu.
Lagu apa?
Sepohon Kayu.

Sepohon kayu daunnya rimbun, lebat buahnya serta daunyanya,

 hidup ini sekejap sahaja kalau dengar cakap mak pak alangkah bagusnya. 



Kemain eh, rambut raya dia nih. Gewamm  walaupun fokus lari.



Geng Sokok dulu, pape roger, di Zon Merokok.



Penyumbang terbesar kepada jumlah cucu En Daud dan Puan Jamilah  buat masa ni.





Hat ni cucu kelima. Disumbangkan oleh abangku.


Tok cu pun nak pegang dia.



Suka benor kak aku pun, suruh beranak, kata dah stop production.Tutup kilang. 
Tapi,nampak gaya macam nak satu lagi.




Nak tunggu hat baju polka dot lagi lah. Hmmm, tak pe, next!





Sepupu kita, single dan manis.
 Haruslah tengok lah pulak sepupu dia yang ni, tak tahu nak habaq segak lagu mana pulak. 
Sempat aje kau nak up diri kau sendiri eh.




Sahabat-sahabat saya; Ekin, Atul dan Nisak.
 Walaupun tak selalu jumpa (kecuali Nisak, of course) tapi, InsyaAllah raya mesti jumpa.


Baju , bridesmaid Fatma tahun 2014 . Apo Mun nampak stokin macam tengah pantang. 



Ni Fatma , sopan eh kau gelak. Tinggal aku sorang gelak buruk.


Yang ni geng anak bongsu.
Paling manja yang hat tengah tu, dapat anak lagi manja.
Acaner pak dia nak layan tu, isteri dengan anak sama naik. haha


Jangan fikir masalah orang, tengok laki Tubeng siap melayan kengkawan gonjeng bini dia nak bergambar lagi.







Aku pakai baju masa kenduri abang aku tahun 2017. 
Kasut nurse bak kata Mak Ngah aku.
Dinding ehsan rumah mak cik aku, Mak Ti.

Bergambar sampai kebun belakang



Baiklah, Amar, Cik Mun dah stop bergambar ni. Ambillah ibumu kembali.




No hadbag, just a milk bottle. Thank you


Sepupu aku, Madam Wani, idola ramai nih.


Pagi dah beraya, petang tu tukar seluar, apa lagi maksudnya, kena pergi kerjalah jawabnya.
Dengan fruit daughter nombor 5, Sarah binti Mohamad Saad.




Semakin bertambah umur macam ni lah, pakai je lah apa ada. Baju tajaan kak aku, biasalah dia ni, paling terror shopping online, tak muat dok kasi aku. Aku apalagi, mengucapkan syukur dikurniakan kakak ini. Dah besar baru bersyukur. Time kecik-kecik, apo lah nasib aku dapat kakak ni. Benornya, akak aku  yang mempersoalkan apesal dapat adik macam nih.




Baiklah, inilah perangai raya yang ke-31 tahun. Petang raya, tidur dan ghaib.
Malas bersosial sama ada dunia realiti yang fana mahupun alam maya.


*geleng kepala tengok perangai sendiri.


No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca :D