Thursday, May 13, 2021

Kisah Mbah 3

As Salam,

Alhamdulillah 

Aku berada di katil rumah aku sekarang 😂

Sudah nak masuk minggu ke 3 aku berada di rumah.

Bila kat rumah ni, segala rutin yang aku nak buat jadi lintang pukang, tulis journal kesyukuran dan bertemu anda di blog munamuni ini tak kesampaian.

Okay, kenapa aku rasa aku tak de masa?

Eh, bukan tak de masa, tak de kudrat.

Cuti sebulan aku ni, bukan hu ha hu ha , cucuk bintang, mengepak ke langit ketujuh ya. 

Pertama, aku balik tengok rumah aku banyak gila barang. Aku tengok je, aku rasa penat.

Kedua, mbah aku dibawah jagaan mak aku bila aku balik ni. 

Keadaan mbah aku berbeza dengan setahun lepas, ketika aku meninggalkan Malaysia, untuk bekerja di Singapura. 

Kesihatan dia merosot.

Dia tidak lagi mampu berjalan dan menguruskan dirinya sendiri.

Sejujurnya, 3 hari pertama tu adalah hari sangat yang stress bagi aku. Aku tak ingat bila last aku menangis, dan hari itu, aku menangis akibat stress, sebab tak boleh pakaikan mbah aku diapers. Aku pakai kan senget benget, mbah aku tak boleh angkat punggung, 

Aku tak larat nak angkat mbah aku.

Aku stress 

Aku terduduk dan menangis kat situ jugak.

Aku juga tak biasa dengan kekerapan mbah aku panggil-panggil. Dia jarang sebut nama aku lah tapi.

Kebanyakkannya hanya untuk bertanyakan aku kat mana, pukul berapa, atau responnya, “tak de apa”

Hari kedua, aku cuba tak pakai kan lampin, maksudnya aku cuba cara Mak Na, setiap kali dia nak kencing dia cakap dan aku bantu dia duduk kerusi roda, tolak dia ke bilik air, dan sekali lagi bantu dia duduk di katil.

Kau rasa ? Berjaya?

Badan dan tangan aku sakit setiap kali lepas angkat mbah aku.

Belum lagi bajunya basah lencun dengan air kencing, dengan diapersnya yang tak function tu.

Aku mesej kawan aku, Nisak untuk luah perasaan dan permasalahan aku. 

Btw, Nisak ni jaga mak dia yang dimentia. So, aku mintak lah kekuatan daripada dia sikit.

Jadi dia recommend kan aku diapers pants ni, sekurang-kurangnya aku tak tension pakai senget-senget, dengan tape nya tak boleh lekat, kebocoron yang dasyat.

Guess what?

Alhamdulillah, aku lebih mudah pakaikan diapers pant berbanding pakai tape, (kalau mak cik aku, dia cakap tape lagi mudah) , tahan lebih lama, tak de sampai lencun baju dan kain dengan kerap. Memang ada tembus tapi tak seteruk sebelum ni, sebab aku tak tukar diapers dengan kerap. 

Minta maaf ya kalau ada yang kecam , perlu kekuatan kudrat dan mental ya, setiap kali aku bawa mbah aku pergi tandas, pakai kan diapers, pakai kan baju. Lepas tu, aku terus terbaring, tak de hati nak buat kerja lain. Jadi, secara average aku cuma bawa mbah aku pergi ke bilik air , 2 kali je mandi pagi dan petang dan bonus, kalau dia nak berak.


Roda  kerusi untuk pi toilet tanggal, nasib tak tergolek mbah aku.


Mak aku beli sebijik sama. Itu je pun yang ada kata mak aku.

Seterusnya, kalau dia meratib memanggil.

Kebanyakkannya aku tak nyahut, kesabaran aku sangat tipis ya. Orang akan lihat kejam. Tapi, kalau orang tu sanggup respon setiap panggilan tu tanpa emosi, aku bagi mini love.

Orang tua ni adalah tiket nak ke syurga, tapi kalau salah, boleh jadi tiket ke neraka pula.

Mak cik aku, suruh berdoa , berilah kekuatan dan kudrat untuk kita terus menjaga syurga kita ni.

Aku tak judge orang yang jaga orang tua, atau mengutuk cara dia jaga, sebab selagi kita tak berada di tempat mereka, kita tak tahu apa yang dia rasa,

Manusia biasa memang akan emosi, hanya iman dan rasa ihsan yang memimpin kita kembali ke jalan kesabaran. 

Pandanglah orang tua itu dengan kasih sayang, dialah yang membesarkan ibu kita, yang pernah menyuapkan kita makan.


Kesian mbah aku dapat cucu macam aku.


Setiap kali aku hilang sabar, aku teringat dekat Vivy Yusof yang layan arwah opah dia dengan penuh kasih sayang. Aku percaya, setiap orang yang berjaya itu adalah daripada doa orang tua dan berkat kebaikan yang dibuat selama ni. Bukanlah sebab kita nak dapat sesuatu kita baru buat kebaikan, tapi ye lah level up iman kita, semua yang kita lakukan Lillahitaala. 

Bersyukur maqam nya lebih tinggi daripada sabar.



Bersyukur Allah hadirkan dia untuk kita berbakti.


Kita pun tak tahu sampai bila usia kita nanti.

Berdoalah agar kesihatan kita dipelihara hingga kita mati.

Aku tak mahu jadi beban kepada orang lain dan diri sendiri.



“Selamat Hari Raya semua. Doakan waris-waris saya diberi kemudahan, kesabaran, keredhaan dan rasa sayang dalam menjaga saya ya😀”



.



md : baca Kisah Mbah dan Kisah Mbah 2


No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca :D