Tuesday, September 20, 2011

sebab umur dah nak masuk 24 tahun

As salam,

Amaran!

entri ni akan menimbulkan perasaan jelek dan rasa `eh, tak tau malu betul!' orang nih!


Kalau tak nak dapat dosa free, tak yah baca.


Siapa tak da perasaan?

Siapa masa sekolah dulu tak pernah admire seseorang?

maka, anda menafikan kebenaran.

Tak pun anda tak normal.

suka hati jek nak cakap orang lain tak normal untuk menjadikan diri kau normal.

ceh, sebab umur dah nak masuk 24,
jadi tak heranlah, kalau nak cerita zaman selekeh berhingus tudung kelepet masa kecik perasan suka budak laki hot kat sekolah (hot lah sangatkan).


Ciri -ciri suami idaman kalbu.

Tak kekok  memasak

Pergh , ini rasa lagi macho, kalau die chef, lagi bangga, laki kau keje ape, keje tukang masak jer..


Muka tak jemu dipandang dan seyuman manis 

yelah nak hidup bersama-sama kan , nanti sehari dua tengok bosan dah

Kame Pictures, Images and Photos
gigi jarang pun tak pe, nanti boleh edit.


chinese look.



tu ar tak sedar diri mata sepet, tapi minat gak dengan orang mata kecik.Nanti bila die senyum, mata die hilang.


Penyayang dan mesra kanak-kanak







haha, tak da lah macam cerita korea yang mesti ada babak hero dukung heroin kan. Tapi kira kalau aku demam, pandailah die buat bubur sup ani utara kat aku.


Matang dan bertoleransi


Ha, aku takut laki yang pentingkan diri sendiri. Yang ak boleh terima keluarga kite, Yang tiap-tiap tahun, asyik famili die jek, taulah lelaki harus mengutamakan ibu die dari isteri die, tapi kalau dah mak mentua suka buli menantu die , kan kesian.

kuat berusaha dan bekerja

kerje-kerja apa pun tak kisah,asal halal (ceh, ayat klise). yang penting kalau setakat nak mintak duit  beli kerete Volkswagen Polo yang latest tuh boleh lah.

tak kisah lah die doktor (ceh, bajet doktor pandang kat ko lah)


Tak pe Dr.Kame pandang aku :P




Die keje kontrak ker, boleh die bina mahligai kami dengan tangan sasanya, 
tapi die haruslah berupa seperti Kame untuk menjadi pekerja kontrak..hahaha.


haha, cikgu lagi best cikg Odagiri Ryu , dia mempunyai semangat untuk mendidik anak bangsa, cikgu bahasa asing lagi dapat bonus mark.


and the lists go on,  hormat orang, kelakar, badan kurus tinggi, setia, beriman, boleh menjadi imam, utamakan keluarga, berharta,

Tapi, mustahil untuk mendapat perfect husband, as me myself  has a lot of things to improve, has lot of flaws.
So, bak kata mak aku, cari lah yang sekufu,


bila aku tanya , mak aku boleh tak kalau kahwin ngan kame, mak aku cakap , boleh , kalau dah jodoh.
Tak lama lepas tuh, em, tak naklah, kahwin ngan orang melayu. jek.
Tapi, kadang-kadang orang melayu lebih mat saleh dari melayu.

Tu r , aku pun tak betul lagi, lagi nak bimbing orang lain, tapi bagus gak , kalau kita dapat mengembangkan agama Islam.

Dalam nas Hadis sebagaimana sabda Baginda yang diriwayatkan oleh Bukhari yang bermaksud:

"Perkahwinan itu Sunnahku, sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada kalangan umatku"

(riwayat Al-Bukhari)
 
sumber :halaqah



Semoga mendapat jodoh yang baik, dan soleh.


md : mintak dijauhkan suami macam watak Ustaz Shauki dalam Tahajjud Cinta.

4 comments:

  1. hehe smoge cpt bertemu jodoh...
    aku pun geli ngn ustat shauki tu yerrrkkkk

    ReplyDelete
  2. ziha ::: Amin...nak dpt baby comel....
    betul,menjadi betul watak die tuh

    ReplyDelete
  3. haha, abis yang muka melayu sejati tu nak letak mane..huhu

    ReplyDelete

terima kasih sudi baca :D