Wednesday, January 23, 2013

Fasal hutang!

As salam,



sebelum ni , saya memang tak da kereta,
ada kereta pun bapak punya...
apa lagi berian kawin sama kamu....


Seperti biasa dari gunakan saya terus tukar kepada ganti nama aku


Abang aku kena beli kereta baru, sebab nak bagi Kancil, sebijak anda ni kat aku,
haiwan tunggangan turun temurun ko, dari siapa tah, bapak aku beli, bagi akak aku, pass kat abang aku, pastu pass kat aku,
Tak pelah anak last memang selalu dapat barang berhand-hand, tapi elok sangat lah,
sebab biasa nye bila sampai kat aku awalnya masih elok, tapi bila dah makhluk JB  gangster ni yang gune .. harem ( ceh, jay bee konon, tak sedar orang parit, penghujung benua asia)



Aku rasa rock jek guna kancil, walau dah banyak duit habis, bukan sebab modify kepada kancil turbo. tapi lebih kepada betulkan benda rosak.

Gear box ar yang paling besar rm1000

Hampir semua kenalan aku, suruh aku beli kereta baru,
Huiiiii,

Kalaulah setiap sorang yang suruh aku beli tuh, bagi aku RM1000 sorang, kan bagus, memang dah selamat keluar Volkswagen Beetle sebijik.huhu, tipu.



Kenapa tak beli kereta baru ? (setakat saat ini)




blia org tanya, apepasal aku akan cakap, 
aku malas nak hutang lah,
jawapan abang aku,
''Memanglah kena hutang,
hidup ni mana ada tak hutang''.


Hutang dah jadi macam kemestian dah,
 kalau tak hutang memang tak boleh nak hidup,
aku bukan bangkang hutang, dalam Islam pun hutang tu harus.


Tapi,
sedarkah kita tentang beratnya tanggungjawab pikul hutang?

sampai bila kita mati, nanti tok imam ke, tok said ke akan cakap,


Jika si mati ada hutang, mintaklah dihalalkan .


Kalau tak hutang macam mana,
Nak start bisnes kene hutang dulu buat modal.
Kalau tak nak hutang bila boleh meniaga,
bila boleh kaya kan?


Pasal hutang juga yang menjadi bahan debatan dan rungutan setiap makhluk yang bergelar mahasiswa di Malaysia ini.  Yang biasiswa tak payah  cerita.

#Listen #Listen #Listen.

PTPTN!

kenapa negara kita tak bagi pendidikan percuma macam negara maju seperti Finland?

“Eleh baru subsidi 90.8% dah poyo, kerajaan poyo! Finland bagi free education kat rakyat dia!” Hewhewhew awak comellah! Awak tahu ke cukai diorang 53%? Cukai maksimum kita rakyat Malaysia hanyalah 26%? Kalau tahu baguslah, bagitau pokcik mokcik sekalian.

sumber: Hanis Zalikha


Kenapa pulak bila hutang kereta bayar bulan-bulan paling kurang RM400 tak bising,

bila bayar hutang , duit tu guna untuk kebaikan diri kita, kita pinjam duit , tak kiralah untuk apa pun, beli susu ke beli top up ke wajib bayar, dan tujuan untuk belajar tidak menyatakan yang duit tu tak perlu dibayar

 



 

''Wei, ko gilah tengok kat showroom Perodua tu tengok kereta.
Tak semestinya kena downpayment 10%.''
''Mun, ko belilah Myvi''.

''Mun ,  belilah Viva''

''Mun, belilah swift''.



Bilang teman -teman ku, yang kemain memasing , macam beli pisang goreng jek lagaknya.
Wa bukan tak nak,
wa nak beli gak, tapi tak mampu
perasaan membuak-buak tu bila,
wa tekan minyak nak potong,
tak lepas-lepas.
Bunyi kemain kuat.


Sungguh.
Aku malu.
 Dengan driver kereta ke lori yang wa berhasrat nak potong.


Tapi apa kan daya. Wa memang takut nak hutang.
Wa rasa tertekan nak tanggung hutang selama 7 hingga 9 tahun .

Kalau umur wa tak panjang . Acaner.
Kos nak gali kubur, kain kapan, kenduri arwah semua ....

Setakat ni biarlah aku dengan kereta kancil sebijak anda aku nih.

Kalau esok atau lusa , korang nampak aku pakai kereta lain.
Korang lupakan jelah intisari entri nih atau sekurang-kurangnya buat-buat lupalah di depan aku.







Malu aku.






4 comments:

  1. Wah! Slimnyaaa....
    Jeles.....
    Angkat Vios satu! <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. slim? ilusi jek tu.. Vios ko.... haha, memang tak ar, bawak lah keter kebal aku tu je..huhu

      Delete
  2. sama lah dengan aku. bukan tanak kawen. tapi belum sampai masa. tak ready lagik. hehehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yolah tu ...semoga dipercepatkan jodoh yer...hahaha

      Delete

terima kasih sudi baca :D