INSTAGRAM

Friday, October 25, 2013

DBSB : siri 14: kalau dah jodoh tak ke mana

As salam,


Semua manusia mesti merasai cinta, (kepada Allah semestinya )kalau tidak pun kepada sesama manusia, mesti sesama alam , haiwan, dan tumbuhan, bukan juga?,  cinta terhadap harta benda, kasut? handbag? kereta?.


Secara fitrahnya,manusia itu dilahirkan dengan organ-organ penting yang menjadikan manusia itu berfungsi sebagai insan , jantung , otak dan hati antaranya.

Aku pun tidak tahu organ mana yang bertanggungjawab memainkan  perasaan cinta dan kasih sayang itu. Betulkah di  hati?

kalau difikirkan tanpa cinta dan kasih sayang , hidup seorang  insan  seperti tidak sempurna.

Sekaya mana , mahupun segenius mana manusia itu, tidak akan sempurna, tanpa  rasa yang menyokong emosi mereka yang satu itu iaitu cinta.


kawan saya seorang ni , antara top student  kat sekolah dulu. dia terkenal dengan fokus dalam buat kerja, lantak lah ada kawan kepoh kat sebelah nak main, ke nak ajak berbual, (sila terasa kepada sesiapa yang pernah duduk sebelah dia time sekolah dulu) ,dia tetap buat kerja dia, tulisan kemas, jadual dia sentiasa diikuti, mandi mesti lama, basuh baju mesti tiap-tiap hari, basuh muka dan gosok gigi di sinki yang sama tiap-tiap hari, , masa dia sentiasa dipenuhi buat nota sambil mulut terkumat-kamit ingat fakta ke, hafalan ape tah masa belajar , dengan  kawad kaki KRS lagi

masa  dia datang sekolah, dia bukan first intake, so kira budak baru lah, muka dia yang agak 'keras', mungkin sebab dia rabun, bila kita selisih kat koridor masa kat hostel , kita senyum dia buat dontknow jek  ,  dan  hamik terus cop minah ni sombong. Kesian orang rabun ni kan, dah lah nikmat penglihatan ditarik sedikit, pastu orang cakap sombong pulak..huhuhu.

Alah masa tu form 1 kot, tak berfikir dengan waras lagi, tapi lama kelamaan , ok, walaupun dia terus masuk kelas first sejak form 3, 15 tahun.. tapi alhamdulillah, kami masih kekal berkawan  hingga sekarang , umur 25 tahun

kerana dia seorang yang fokus terhadap pelajaran, seingat aku tak da masa dibazirkan , bezalah dengan hamba Allah sorang ni pantang ada masa free ke tak free, pergh tidoq tak hingat akan dunia ni mempunyai cikgu. maka tak sangkalah dia akan layan cinta cintun zaman remaja nih..

Sampai sekarang, kitaorang tak tahu apa yang dia gilakan,  biasa perempuan suka handbag, ke kasut , gadget, atau shopping lah ape-ape, tapi kami tak tahu apa yang dia gilakan.

Dia cuma gilakan seorang lelaki, yang sekarang bergelar tunangannya . Paw mengikut ejaan budak zaman sekarang (sebutannya bukan paw ,kaki kucing)  atau lebih mudah Pau ,  nama sebenarnya  Fauzan.



beriyek nak terangkan perbezaan antara Paw dan Pau.

Pau ni adalah kawan sekolah rendah aku di  SK Bandar Pontian, dan masuk sekali ke SAKTI , jadi tak ingat form berapa diaorang start suka mungkin form 3, sejak terlibat dengan kawad kaki KRS ..kot.


Walaupun percintaan mereka ditentang oleh ramai pihak, (nak bagi drama sikit) namun Atul yang mempunyai hati yang keras , fokus yang tinggi dan tidak pernah mengalah ini membuktikan cinta mereka adalah cinta sejati dan bukan cinta monyet sehingga berjaya mempertahankan hubungan hingga merancancang untuk berumah tangga dan inshaAllah hingga ke syurga.





Majlis pertunangan telah dilakukan di jalan raya ,





 tipu secara terang-terangan.





Atul menyatakan sejak 25 tahun dia membesar di rumah tu, dia tak pernah duduk dekat jalan raya depan rumah dia ni . Maka, kami telah membuat dia bersimpuh di jalan raya dengan berbaju tunang.





Sesi bergambar , haruslah kawan-kawan manusia yang diraikan melebih. walaupun sampai, majlis dah habis. Hobi saya salah satunya ialah suka datang majlis dah habis.



Yaw, Paw . muka Atul terlalu bersinar sehingga menyilaukan pemandangan .




Nak amik gambar ni berapa kali take, penat aku kena marah dengan bebudak ni.



 Sengih menahan lapaq nampak.




Okay, yang tukang amik gambaq ni tak nak tunjuk jari gemuk ,cincin tak de saiz ...ngeh ngeh



Habis pokok aku lanyak.











Ya, fatma , tahu kau teruja , amik MC untuk datang majlis Atul. Yang lain tak pasti, adakah  pakai sipar jamban atau ada najis kucing yang dibincangkan.




Ketinggian mereka adalah rahsia.



Ijah amik gambar ni dengan tak puas hati, apa motif  amik gambar kat pintu dan mengganggu mama Atul  nak lalu lalang.



Baru nampak muka Atul , ihsan cameraman dari Muar Sirmode production



ya , lapar.




Self timer, Strike 3 2  poses girls,




kalau kena najis kucing kering ni selamat lah kamera aku.


Sebagai sahabat sememangnya, apa yang terbaik ialah mendoakan sahabat nya untuk sentiasa bahagia hingga ke akhir hayat.

Untuk Pau, jagalah sahabat kami dengan baik, alah kalau kitaorang tak cakap nih, confirm kau akan jaga dia baik-baikkan, bahagiakan dia ..okeh! anggap sajalah si pau ni bace post ni




kemain letak gambar profile picture , walaupun Pau ni setahu aku tak de Facebook.


md : Nak letak gambar zaman sekolah  rendah yang ada Pau , dan aku tudung ke belakang rambut terkeluar (macamlah sekarang tak :P)   tapi tak jumpa.


curve shawl dari By'u Scarf , dress dari Zawara, entri tak berbayar.


5 comments:

  1. hahahaha....detail gle description atul zaman skola....aku pon pnah dok sebaris tp die dok sblah gg....so aku ajak gg borak, atul hafal sejarah

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu,oh ye ke.. kire ini terpakai untuk GG, ekin n seseng lah..huhu..

      Delete
  2. wahhh..congratz to Atul!!..and lama sgt xnmpk pau nie..dan sgt kontroversi citer dorang..hehehehe..#mengimbaukenanganlama...=P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, walau apapun, hati dah suka, niat yang baik, InsyaAllah akan dipermudahkan,... huhu #kenangankenanganjadirinduan

      Delete
  3. congratulations atul.....
    salam perkenalan..:)

    ReplyDelete

terima kasih sudi baca :D