Monday, October 6, 2014

Kerana keluarga ku korbankan

As salam,

Selamat hari Raya Korban awok-awok , bagaimana korban awok semua, korban apa setakat dah buat selama hidup ni, dah puas hati tak? atau pengorbanan paling perit , korban  20 sen setiap liter minyak yang diisi untuk sampai ke rumah emak, ke tempat kerja atau belajar,  yang kena isi berliter-liter. Untuk tidak menambah hati yang lara elakkan tengok meter kat petrol pump tuh, walaupun untuk aku tak berapa berkesan sangatlah.


Menjelang hari raya , ada yang gembira namun banyak juga kisah dukalara di satu sudut dunia  lain.


Moga mereka diberi kekuatan untuk menjalani hidup yang penuh ujian ni, Allah masih sayangkan kita.

Di tempat aku pulak, atau lebih spesifik di Lorong Haji Tubari , ada kenduri tunang , tahun ni sahaja ada 3 warga LHT yang bertunang, dan seorang melangsungkan perkahwinan.

Amboi, korang kan sampai hati kan cantas hakak korang ni. Nak kahwin awal sebab  kos nak kahwin makin meningkat, jadi masa bertunang tu cakaplah, jumlah hantaran boleh berubah ikut harga semasa hingga berlangsungnya majlis....suka hati aku jek kan tambah perisa.

Tapi , aku rajin pulakkan  nak buat  entri pasal sepupu-sepupu aku sorang-sorang, lagipun diaorang lelaki, dia punya feel nak bergambar sakan kureng sikit daripada perempuan.

Jadi kali ni, sepupu yang perempuan,  belah kita host lah kan, tu yang syok sikit tu sampai nak buat entri untuk dia ni.





Kuih-kuih omputih ni ada nampaklah grandnya, mak suka kuih talam keladi jek.



Ya, intro harus dengan gambar-gambar makanan, walaupun, harga barang naik, perut kena maintain naik.




Kolestrol juga naik. Tapi siapa boleh tolak hidangan ini di hari raya.



Ni yang sayang ni kat Pak Long dan Mak Long memilih hidangan pencuci mulut kegemaran ramai.
Jambu + asam kulit limau. Digemari sejak kenduri Seseng lagi.


Masa sebelum majlis aku tanya mak aku, mak dessert rumah Mak Long apa?
Mak aku cakap, " ntahlah, dah lah (kita) tak sumbang apa, kepoh pulak"

Saya sebenarnya memang nak buat macam-macam seperti tart, ingatkan dah siap, tiba-tiba  ia cuma berlaku dalam angan-angan  saya sahaja.
ihiks.



Aku memang tak gemar dengan kawan biskut atas nih, biskut lidah kucing pelangi tuh. Tapi,  dia ni tak boleh tolak, chocolate vs rainbow. Mestilah coklat menang tanpa bertanding.




Baju tunang dusty pink ke baby pink dia ni memang aku kenan sungguh, bakal aku copy cat ni ..hihi




Pasai pa bakal anak sedara hang terkezut tuh, bakal mak mentua dia ni comel sangat, aishh, mak cik tak da anak lelaki lain ka, boleh sarung cincin kat jari saya sekali.

rasa nak tempeleng aku tak? hihiks







Rajin tak mamat ni, sambil serve makan, sambil rembat barang sekeping biskut .
Kat entri kahwin Khairi & Rafhana, aku ada promote abang si Masitah ni, Nurdin tapi tulah korang lambat, dia salah sorang dari 3 orang warga LHT yang tunang tahun ni.



 

 Wah, tetiba macam baru perasan akan kelabuhan tudung Munirah Daud, kak aku nak beranak bulan 2 , excited betoi.







Dua adik si Ita ni dengan sedara mara dia yang lain.  Manis semua dok stuck kat tingkap.








Aku bayangkan sepupu sepapat aku yang perempuan ramai-ramai join, harem, gigihlah yang join dua orang lelaki ni plus ibu beranak dua tu yang masuk.






Cantik ke idok si Masitah ni..




Memang diakui cantik dari kecil, cuma jenis  suka buat muka kan....




Tak pa lah, dah tunang hang suka, buat muka lagu tuh pun dia sayang eh.











Nak buat laki hang lagi sayang nanti, sambut kepulangan dia dengan senyuman menawan, pakai cantik-cantik lagu ni kat tepi pintu.









Nak tunjuk kesungguhan lagi , boleh dok depan rumah



Kalau tak puas hati jugak hang tunggu tepi jambatan, buktikan kesungguhan anda dok setia dengan dia.




Nak lagi over , lagi up dok tepi jalan tunggu dia balik kerja... kalau laki hang tak sayang gak, meh tampo sikit.



Haip, jangan derhaka...bukan sahaja kena melawo untuk suami, tapi kena perhebat skill masak macam hakak kau ni.. haha, memang tak boleh pakai punya penasihat.




Nak dapat effect tradisional katanya amik gambar kat rumah mbah.





Motif tangan? 
Apa-apa pun aku ingin mengucapkan selamat menempuhi fasa ujian sebelum mendirikan rumah tangga. Tahniah dari kakak sepupumu yang comel serta baik hati dan sopan santun selain penyayang ini. 

Jangan muntah dulu, dah nak habis ni..





Kan aku beritahu memula tadi, aku buat entri sebab semangat kita host kan, tapi sebenarnya aku tipu. Aku buat entri ni sebab kakak  Masitah ,si  Zawani  yang dok suruh aku up entri khas.. kerana terpaksa , aku gigihkan .





#manusialemahdenganpujian #ujiannnn

2 comments:

  1. hahahahah xle blah btol siap print screen komen aku. ko mmg comel, xpenah x gelak baca blog ko. ahahhaa. ngape aku kawin blog ko x wujud lg! kalo x traffic sesak nk baca story iolss....Tq beb!!! gambar cantik, tulisan menarik, aku rasa x lama lg ko akan buka butik muslimah. cliche tak.. eheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau lagi comel plus sweet tau... cliche sangat uolls..huhu

      Delete

terima kasih sudi baca :D