Monday, July 13, 2015

Apa kata lelaki tentang pakaian wanita?

As salam


Hari tu terdengar sayup-sayup satu bahagian ceramah kat masjid berdekatan.. huhu, masjid dekat tapi tak pergi pun..

Penceramah tu cakap

"Zaman dulu, nak mengumpat punya lah susah,
kena ada orang , ada kawan kat sebelah, baru boleh mengumpat
tapi, sekarang, 
dengan hujung jari kita boleh mengumpat, malah satu dunia juga boleh tengok apa yang kita umpat tu"

kuasa internet, dan kita terdedah dengan dosa secara automatik

Namun, seiring dengan mudahnya membuat dosa, mudah juga buat pahala,

sekarang, perkara-perkara baik lebih mudah disampaikan, dan kesedaran terhadap agama lebih tinggi.. macam nenek moyang kita, ada buta huruf tak pandai mengaji sebab tak pergi sekolah.

Kita terinspirasi dengan cerita-cerita , kata-kata hikmah, yang di 'share ' di laman sosial.
 Berbanding dulu, nak dapat pandangan ustaz, kena pergi menuntut , kena jumpa 4 mata.

Nak beribadah pun sepatutnya lebih mudah, masjid banyak, dan selesa, berbanding dulu, zaman nak solat, kena sorok-sorok, ada perang , tak de lampu (cerita zaman penjajah )


Bagaimana pula dengan isu berpakaian ? 

(Ni yang aku lemah cerita benda-benda serius , tetiba jadik skema..blergh)



Perempuan terutamanya, aduhh, dulu, selamba cerita tayang berkemban, ratu cantik selamba melayu berbikini, kerjaya model dan pengacara TV hanya boleh yang free hair..

tengok gambar mak-mak kita dulu.. huhu , baju PJ sekolah , pakai skirt pendek...


Namun, sekarang lebih ramai pemakai tudung, ikon, artis-artis dan model ramai berhijab..

Ramai juga yang terinspirasi dengan mereka.

Ada yang memakai tudung, tapi mungkin belum sempurna (tak cakap orang lain, diri sendirilah)


Namun, dengan kelemahan itu, apa kata lelaki?







Kes lain pulak, pada kita perempuan, memang takde hal tak nampak pun ciri-ciri terdedah ke hapa, padahal tutorial pakai tudung, tapi lelaki..... mata diaorang ..




Dan itu hanya contoh, berlambak lagi komen kat laman sosial yang malu nya ya ampun...



Pernah suatu masa di kedai makan,
meja berdekatan, seorang perempuan bertudung, namun lengannya terdedah, (berbaju lengan panjang, tapi tertarik ke atas)

seorang lelaki cakap

" tangan dia macam tangan Adam (bukan nama sebenar) "

Dan aku menoleh pada tangan perempuan tu, hmm...berbulu ...

Lelaki itu menyambung

" Tajam tak mata lelaki? Sebab tu perempuan kena pakai labuh-labuh"


Kasihan juga kat lelaki, diaorang punya dugaan ni berat, banyak kali iman teruji..




Post dari Amran Fans @ Meran , kasaq sikitlah, tapi ada betulanya.







"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan (jilbab), pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik-baik) , maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha mengasihani"
(Surah Al-Ahzab: ayat 59)





Post dari facebook Saiful Nang, 14 februari 2014



Ada suatu ketika, seorang sahabat lelaki mengucapakan terima kasih dengan penuh hemah dan sopan santun kepada penjual pakaian muslim di Komtar @ JBCC , penjual itu seorang wanita berniqab.

Kami semua mengusik,

" Amboi, sopannyerrr" 

Dia pun respon,

"Yelah, dengan orang pakai sopan kita sopanlah,
kalau orang pakai seksi, kita * "

*bunyicencurut

Ya, begitulah, bagaimana pakaian memainkan peranan, ia lambang kehormatan, dan itulah hikmah kita menutup kehormatan kita.

Kadang-kadang kita minta dihormati, tapi kita yang menyerah diri.

Lainlah kalau kita sudah menjaga diri , namun, tetap mengudang syahwat lelaki,
Itu urusan Ilahi.

Abaikanlah, kritik pasal trend orang pakai jubah, ala arabisasi , hilang melayulah...blergh

Ramai pilih pakai jubah kerana lebih sopan, tutup aurat dan practicality.




Disebabkan , aku sudah bergelumang dengan dunia alam sosial ni bertahun-tahun,leuz..
 dan ada antara retis media sosial yang aku ikuti, ramai yang sudah berhijrah, ada kisah yang dari seksi , berhijab tapi pakai pelik-pelik sekarang lebih sopan dalam berpakaian, lebih dari kita,
(kita =akulah tu ) yang kononya sudah pakai tudung dari zaman sekolah.

Ada antara kisah yang menutup auratnya, dengan mendekatkan diri kepada Allah dulu, baca tafsir, pergi kelas agama, lepas tu baru terbuka hati untuk berhijab..

Namun, ada yang dimulakan dengan memakai tudung dulu, ada yang mula dengan sarung kaki dulu,
kemudian dengan pakaian itu, baru seru untuk lebih dekat kepada agama itu datang,
Itu mungkin hikmah menjaga pakaian,
dengan pakaian yang baik, didatangkan sekali dengan tanggungjawab, untuk menjaga perangai, untuk menjaga pergaulan, untuk menjaga hubungan dengan Allah...

sama juga dengan lelaki, ada yang pakai kopiah, mungkin dengan kopiah itu menjadikan mereka lebih berhati-hati menjaga pertuturan dan perlakuan.



dengan berkopiah,  buang sampah dari tingkap kereta kat jalan..
dengan berkopiah, tunjuk jari tengah kat pemandu kereta lain,
dengan berkopiah , berbunyi cencurut kat manusia lain jantina di shopping complex

Ada jadi ke macam tu?


ya, sedangkan tok imam pun boleh gugur iman digoda wanita.. tapi lelaki mempunyai iman dan akal yang lebih tinggi dari kebanyakan wanita, jangan lah malukan orang yang berkopiah atau berserban yang lain..

#nantihabislahimpiannakbersuamikanlelakipakaijubahpakaiserban #lels


Dan firman Allah SWT: "Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya). "
(Surah An-Nazia'at 40- 41.)

Diriwayatkan melalui Imam Shâdiq bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

"Waspadalah terhadap hawa nafsu kalian sebagaimana kamu sekalian waspada terhadap musuh. Tiada yang lebih pantang bagi manusia daripada mengikuti hawa nafsu dan ketergelinciran lidah yang tak bertulang. "
Imam Shâdiq as juga berkata: "Janganlah kalian biarkan jiwa bersanding bersama hawa nafsu. Kerana, hawa nafsu pasti (membawa) kehinaan bagi jiwamu."
      sumber

Yang kes tudung panjang , perangai macam harem tu kes lain dan pakai seksi tapi kuat beribadat tu pun kes lain.

Aku sebenarnya tujukan post ni untuk aku, memang ke laut aku ni, banyak kali kena tegur bab pakaian ni..huhu

Kalau boleh kita tak payah judge orang lain, sebab masing-masing struggle untuk menjadi lebih baik dan halangan setiap orang berbeza-beza.
Hidayah itu milik Allah, syurga dan neraka milik Allah, serta apa yang ada pada kita termasuk anggota badan ni kurniaan Allah..

Jadi, marilah kita ikut peraturan Allah.

Salam Ramadan.


No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca :D