INSTAGRAM

Thursday, July 30, 2015

Gunung Panti dan Blogging


As salam,

Di dunia ini , semua punya kitaran. di bawah, meningkat, di atas, menurun, dan terjelepok di bumi kembali..

Kitaran kehidupan,
Kitaran kerja, 
Kitaran produk,
Parti politik ,
dan blog juga..

Media sosial ; friendster , myspace, facebook, twitter dan Instagram...


Macam mula-mula kita ada group whatapps , semua benda nak cerita kat group tu, mesej sampai beratus-ratus, lepas dah lamaaaa, semua krik-krik..

Haha, secara positifnya bagus lah kan, kita tak spend masa menghadap phone lelama kan, kehidupan dalam phone tu, tak semua real.. okay , hidup lah di dalam realiti , kataku kepada diri sendiri.

Tapi, kerana kita ni dah tua , kita ni sentimental sikit..

Relevankah masih setia dengan blogging? 

ya atau pun tidak  jawapannya...adalah  soalan yang seterusnya,

Kenapa buat blog?





Kongsi apa yang kita lalui, aku suka dengar cerita orang, baik atau buruk semua bagi pengajaran... walau aku tahu apa yang aku tahu tak lah banyak macam yang orang lain tahu, tapi sekurang-kurangnya aku tahu, apa yang aku tak tahu..begitu, tahu?

Macam nak pergi Gunung Panti ni,,,
Mana dapat tahu perkataan Gunung Panti... tengok instagram orang , dia daki Gunung Panti, lepastu tengok hastag Gunung Panti

Lepas tu curious, 
lepas tu google.. 
Apa yang keluar, 
Blog , pengalaman mendaki Gunung Panti
Blog adalah medium pengalaman yang jujur... (melainkan iklan lah kot, mungkin ada sedikit bias, hmmm, tidak husnuzon di situ yer, munirah)





Tapi, adakah dengan melihat gambar, dan membaca blog sahaja kita dapat rasa pengalaman yang sama?
Semestinya tidak, kalau dapat macam tu,  memang jimat , aku tak masak atau pun pergi restoran lah, pergi jek blog tiffin biru ke azlita masam manis ke, atau segala blog dan instagram makanan , terus dapat makan, Beef Wellington Gordon Ramsay.... ha kau, tidak kah tiada kaitan disitu #hambar


Bila kita pergi sendiri ke sini, banyak kali pusing, banyak kali tanya orang, sebab hentian pertama adalah, ladang getah...
Wei, kita nak nak motong ke nak mendaki nih?

Lepas tu hentian kedua adalah taman rekreasi... hmm, nasib tanya orang kalau tak dah masuk ke taman fantasi mana lah..

Kemudian, method cuba jaya tanya diteruskan, hinggalah membawa kita ke Kampung Lukut. Walau alamat Kota Tinggi, semua speaking nogori, poei pokan, bawak basikal... Biso bonar...Ko jolobak ko jolbu (gigih google lirik, pastu copy)

Sudahlah tu kena, berletiaq pulak dengan mak cik kat sana, pasai pa, dah lewat nak tengah hari baru nak pi, lepas tu tak boleh pi sendiri, nanti sesat, kena orang bawak, nak balik kan dah gelap pukui bapa pulak nak sampai., nak hujan pulak tuh.. oh,loghat utara masih favorite aku.



Tak boleh tak jadi nih,  kalau tidak masakan dapat minum air akar, kaler kuning ni kan.... haishh..
Lalu, ada rezeki , ada orang kampung nak bawak pi naik gunung , tapi bukan rezeki kita sangat lah, sebab rezeki dia , dapat bayaran RM120 untuk 6 orang ...









Cabaran juga tidak sama seperti hanya membaca, macam kita baca buku atau dengar kisah kejayaan orang berniaga, cuba hang pi meniaga nengok, senang ke tak nak buat duit, sesenang nak habiskan duit tak? kalau senang pun , betul ke idak caranya... Lagi satu jangan mudah terpedaya orang cakap, macam gambar pun sama, orang boleh cakap, yang Nisak bawak botol tu, isi air teh, ke air kenCh ke, tapi korag yang tahu kisah sebenar kan, air apa aku beritahu tadi? Ayaq akaq .. aku sampaikan apa yang pak cik tu cakap ja..leulz



Kalau jenis ada kawan yang suka share kadang-kadang tak bagus jugak, seperti kongsi gambar kita   nampak pendek atau tembam.. boleh sampai putus sahabat... raya ada lagi kan, mintak maap eh...




Hmmm, bila share gambar, orang akan tafsir , budak ni rajin masak, oh, cantik rumah dia, hmmm,, nak beritahu lah tu dia sorang  kerja Engineer, kereta besar, tapi mana kita tahu niat diakan... sheessh korang ni kan... husnuzon husnuzon.





Tapi, dengan adanya gambar-gambar yang dikongsi, boleh mengembalikan memori.. kalau ada yang terasa hati, mungkin terubat sendiri.




ya, macam bubuh gambar, tak tersusun, juga boleh menimbulkan keraguan... 

Yang penting jangan berhenti melangkah, walaupun lemah.. ceh, cakap memang mudah. talk is cheap, yang kau terbongkang tak larat nak naik , putus asa , nak bakar kentang kat hutan tu pehal.. hehe

Tapi, tak de bukti..


semua bakti kawan-kawan memberi kata-kata menusuk hati, agar terus mendaki... ha cenggitu, kau yang nak sangat naik gunung ni kannnn. 
kalau tak mungkin selamat berjumpa babi.






Hm, hujan lebat bak ang..... turun gunung dengan hujan lebat, ko rasa? hmm , kau kena rasa ..
tak nak rasa, tak pe...



Bila dah kat bawah, sesat jugak bai...jumpa lembu, kandang kambing,  ni guna orang ni, kalau pi sendiri, nangis kau mengenang wifi kat rumah..




Kena rentas sungai,




Rentas apa panggil ntah nih.. terfikir di benakku , adakah aku perlu melompat pagar ni, 
sudah lama aku tak mempraktikkan bakat aku melompat tinggi mewakili diri sendiri suatu ketika dahulu.. puiii...



Jalan-jalan lah kita kat ladang sawit , macam program lawatan kanak-kanak riang ke ladang kelapa sawit.. hm pak cik tu atau lebih gemar dipanggil abang, dia bagi contact number, untuk siapa-siapa nak pi naik.. tapi, hilang dah ... ni semua angkara, handphone rosak masuk air, pastu ang bijak sangat pi letak dalam poket seluar, pastu rentas sungai, tergelincir pulak tu  hmmm.. sia-sia masuk universiti..






Suasana itu lebih mengingatkan aku zaman kanak-kanak ,#90skids Usop Sontorian.. tahukah anda, Usop Sontorian, berasal, dari Parit Sonto, yang terletak tidak jauh dari pekan Ayer Hitam, Johor (sumber).. dan Keluang Man, berasal dari Kluang.. haha.. kay tipu, Keluang=kelawar besar (sumber).. #HidupbangsaJohor #PahlawanBugis puiih , mesti budak negeri lain nyampah kan yang over-over tuh.. leuls, takpe aku paham.





Kau fikir apa akan jadi kepada wanita bertudung , wide shawl pashmina, hiking dalam hujan lebat...





belum lagi yang pakai tudung bawal , kelepet sebelah, lepas tu confident cekak pinggang (pasai pa tak dak orang tegur wei tudung aku camtu ) kamera pun dah masuk air.. dapat lah kualiti gambar zaman 80 an..

Oleh itu, bila kita di tengah-tengah perjuangan atau perjalanan dan rasa hampir putus asa, fikir balik, pasal apa ang dulu nak sangat buat benda tu atau pilih benda tu
When you're about to quit, remember why you started



Namun, walau sesetia mana pun kita pada sesuatu, bila kita dah lalui, dikurniakan akal, maka buatlah keputusan yang terbaik, untuk agama, negara, bangsa, keluarga, dan diri anda..





#kitaubah 

(sampai tak motif? )

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca :D