Friday, August 28, 2015

kau dan aku, sahabat

As salam,



Aku mungkin tidak ramai kawan, tapi aku bersyukur, aku dianugerahi orang-orang yang baik disekeliling aku, dan lebih indah jika mereka menjadi kawan .

Menginjak dewasa,  aku masih mahukan kawan yang aku boleh berbual dan bertanya benda paling merepek atau paling peribadi  kat dunia ni,  dan dia melayan

Seperti,


"Eh, macam mana kau tahu yang kau dah habis berak?"

"Bila aku tekan-tekan perut dia tak keluar.. Ntah ek"

"Aku, kalau lepas berak, aku kencing, tu tanda dah habis ar tu.."


Okay, perbualan yang lebih hardcore dirahsiakan.. huhu.. korang semua mesti ada geng-geng yang kau tak malu nak cerita kat  diaorang kan..

Setiap kali , aku pergi suatu tempat, dari sekolah ke matrikulasi,  universiti, tempat kerja , dan kemudian ke universiti balik, aku berjumpa dan berkawan yang masyaAllah , sangat baik... yang tak baik biaq pi... haha

Tapi, walau jauh mana kita pergi, ramai mana yang kita jumpa, ada sesetengah kawan yang kita akan selalu kacau  mereka, walau kena marah ke maki ke, tetap nak cari kawan ni.




Cari , bukan semestinya jumpa empat mata.. well, you know...


Macam aku , aku adalah manusia paling menjengkelkan dalam dunia . Namun, bukan semua orang aku tunjuk kejengkelan aku. Jadi, pada sesiapa yang aku pernah jengkelkan, anda adalah orang yang terpilih, kerana saya selesa bergaul dengan anda, and You're Awesome , ye, ibuku, maklah paling awesome sebab menghadap manusia jengkel ini paling lama berbanding manusia-manusia lain di muka bumi.

Antara kawan-kawan aku yang paling lama bertahan, ialah kawan sekolah menengah , kami share crush masing-masing , kongsi makanan , bantal dan selimut, merajuk, pernah tak bercakap, pernah gelak, pernah menangis sebab perangai annoying  makhluk mana tu ntah, uhuk uhuk ...(is it obvious, who is the person?).

Tapi, tak sangka selepas masing-masing dah 27 tahun, tak sangka ia terjadi lagi ........................





Maafkan bahasa  Terengganu + Kedah + Johor + British (sangat)+ budak hipster  saya 
#Lol  #SelamatHariKebangsaan 

Jadi, bagaimana nak pujuk kawan merajuk ni?  
Hehe ,diaorang main-main jek kan Nisak, kan Tubeng...
Btw, aku pi Gunung Pulai tu jugak, entri lain lah naa.


La ni cheq nak habaq masa 1 Zulkaedah hari tu, kami pi beraya , ke tempat kami berkenalan, membesar dan menimba ilmu selama 5 tahun. Kota Tinggi.




Pergi rumah Tubeng kat Air Tawar 5, Nisak request lempeng cicah sambal sardin.. Semua Tubeng masak, bakal isteri mithali sangat nih.. P/s: yang kuning tu bukan roti jala, tu lempeng colour kuning..




Nisak bawak mak dia sekali, Nisak adalah kaki homesick sejak zaman sekolah..oops. #caripasalpecahrahsia


Lepas raya rumah Tubeng, kami pi raya rumah Syira kat Bandar Mas, comel sangat goreng pisang untuk kami.. Pastu pi sekolah. Gigih si Syira tak mau keluar kereta  , takut terserempak ngan cikgu lettew, padahal aku pun segan gak..hehe



Rindu perhimpunan Isnin ka?



Ada wakaf tau sekarang.


Boleh, main cuit tiang lain kali.



Nak amik gambar nampak bas, haish tak faham aku budak-budak ni




Bergambar dengan air pancut paling hidup segan mati tak mahu dalam dunia, apa-apa pun  yang kita rancang nak bina atau beli , fikirkan sekali maintenance dia ye.





Okay, ini ke gaya paling Peterpan (style cover album band) yang kau boleh buat?
"Actually, the real Superman is me" kata Zawani di dalam hati



Sayang Syira, pasai belanja kami minum... hehe



Sekarang , Imod dah ada anak uolls, bak kata Syira, Fatma lah paling berjaya sekarang, haha
Nama baby , tak mahu kalah , Hud Affan Mikhail.
Entri kenduri kahwin Fatma :

DBSB Siri 16 : Semarak Cinta Fatma dan Azrul


Kami pernah masuk bersesak dalam fitting room Aeon Tebrau (paling gempak lah tu, lepak tengok wayang kat sini, masa tu) , try baju Scarlet Maternity. Gambar dan cerita pasal plan ketika itu , ada dalam entri 5 tahun lepas. The Backup Plan
...
 Setia tau Iolls tulis blog bertahun-tahun. Nampak tak, sebenarnya I seorang yang setia... ehem
 Hai , Fattah Amin :P

Bila kita bergaduh dengan kawan kita, pasangan, atau merajuk dengan adik beradik, mak pak, cuba ingat jasa mereka dan saat manis bersama.

Hehe, ni kira tengah memujuklah ni..
 Lain kali kita buat aktiviti sekali eh...
Friends who eat together, stay together -_<


“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim) 
sumber 

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca :D