Tuesday, November 17, 2015

Resepi mudah : Ayam black pepper

As salam,


Hello uolls , tengah mengulor ke tu? hari ni saya share resepi baru.. resepi yang mudah, lazat dan sesuai untuk orang yang pemalas macam uolls, hahaha



okay tak kalau aku jadi pengacara rancangan masak? ihiks

korang pun mesti bila  kat dapur tu verangan kan ada cooking show sendiri... padahal masak setahun 3 kali jerr...

Kay nak buat video over pulakkan (malas padahal)

okay kita jangan buang masa yang sebentar cuma di dunia ini

. .. kita mulakan dengan bahan-bahan dia

pertama,  basmalah

Resepi untuk seekor ayam


  1. Selabu  bawang putih
  2. Sepanjang jari kelingking saya, halia
  3. Sebotol sos lada hitam jenama Bumi Hijau
  4. Seekor ayam
  5. garam dan air (optional)


Ya ampun, senangnyaaa... setakat halia, bawang putih , garam , air takkan takde kot kat dapur...luls

Okay macam biasa halia , bawang putih, hancurkan, tak kisah nk tumbuk ke , blend ke waima kunyah sampai lumat pun  boleh... euww..

gaullah sos, bawang, halia , buh dalam ayam... garam ni macam biasalah ikut sedap rasa, jumlah garam sangatlah 'subjektif', .... kalau tak mahu bubuh pun tak pe sebab sos lada hitam  ni dia dah letak perasa (geng kurang masin, tak pandai agak garam) ...perap lah setengah sejam atau lebih...





" Ha lahhhh, kaki ayam pun nak bubuh, hati , jantung pun nak bubuh..." nada siam
well, mahal okay, jangan membazir.
Ni dengan meat ball, kita masuk sekali masa perap ayam tadi.



Blur lah kan.. sebab muka tak seputih  model iklan  KColly and Qu Puteh walaupun baju tema colour korporat produk....  makan, rambut jadi putih, mata jadi biru ko...





korang nak masak kaedah apa pun jadi apa pun tak pe,

kalau panggang, jadilah dia ayam panggang black pepper atau nak hipster sikit bunyi, black pepper chicken bbq #hentammmm . Lagipun asalnya,memang nak buat BBQ pun di tepi air tejun Gunung Pulai, tapi dia jadi macam masak kat rumah
Tuang semua buh dalam kuali , sampai ayam masak pun boleh, tanpa minyak pun jadi sebab dia kan berair-air hasil buh air sikit dalam botol sos pasai nak habiskan sisa , sekali lagi, jangan membazir, membazir amalan syaiton nirajim.

saya memang suka kaedah masak buh semua dalam kuali ni, jimat minyak ,tak sepah korang punya dapur, nak basuh perkakas senang, korang tak payah tumis ke goreng ke  pastu minyak terpericik , habis kulit uolls yang mulus tu berparut.... :P  Lagipun,  kita kan health conscious..

Masak ikut kreativiti,  ni basiclah ade orang suka tambah bahan lain seperti lemon untuk counter rase manis bak kata kawan saya (hasil dari sos mungkin)..

Well , kawan saya ni memang cerewet.. ni resepi dia sebenarnya....hahaha..

Tapi yang lain cakap .. wei, sedapnya.. nak mintak resepi .. :P

Info tambahan, masakan menggunakan sos ni memang memudahkan rakyat jelata, saya masak udang black pepper pakai sos Bumi Hijau ni jek... (ngan bawang of course) terus standard masterchef US final  atau high end restaurant ko..Gitchu perasaanya.

Okay sekian , puan-puan .. selamat mencuba! Kita jumpa lagi di lain masa .. InsyaAllah..


Muah muah...hahahahha (macam biasa penaja Gegar Vaganza)

md : Di saat, kita makan walau apa pun hidangan yang kita makan, waima roti expired pun, bersyukurlah.. rezeki kita.. doa kepada saudara Islam kita yang menjadi mangsa keganasan, kebencian orang kafir....kebencian merosakkan, meruntuhkan , memusnahkan semua.
Sending love to all.


No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca :D