Saturday, April 11, 2020

Kerja di Singapura

As Salam,

Nak Tanya bagi soalan membuka bicara,

1.Sepanjang korang hidup, berapa banyak kali korang tukar kerja?
2.Adakah korang tak suka dengan kerja korang sekarang?
3.Adakah bidang yang korang belajar,  tak berkaitan dengan apa yang korang kerja sekarang?
4.Adakah korang plan untuk tukar kerja sekarang?


Well, bersyukurlah jika korang jawab TAK untuk soalan No.2-No.4 .

Tapi, kalau korang jawab YA, korang patut juga sujud bersyukur sekarang ni.

Kerana, korang masih ada kerja.
You, know in this time of this COBAAN CO***-19  pastu orang kata recession lagi.

Bak kata orang , kerja tu susah, tapi, tak de kerja tu lagi susah.

Baru kau tahu langit tinggi ke rendah, yess dulu aku memang suka tukar kerja, 
aku boleh berhenti kerja, tanpa dapat kerja lain lagi masa tu.

Aku down juga, tapi aku tahu masa tu masih ada peluang lagi untuk dapat pekerjaan lain.

Tapi kenapa aku sangat down kali ini? 
Hari tu lah, sekarang aku dah berserah, betullah kot kata Tok Jib, cash is the king, bagi janji duit sikit je Tok Din beritahu, semua happy, padahal one off je, masa depan masih kelam, tapi kita kan manusia, bagi lah chance gembira sikit, kang kata tak bersyukur pulak, asyik kerja merungut je.

Sekarang, aku rasa dengan faktor umur, kemahiran pun nan hado, dengan faktor ekonomi, siapa nak hire aku lagi?
Patut kah aku menjadi nelayan?
Memancing pun tak pernah.

haha

Okay, fine sekarang semua susah, nampaknya pergaduhan netizen, influencer dan artis berkenaan isu bantuan ni lebih hangat berbanding virus ni, macam salah pulak tindakan Tok Din bagi bantuan.

Apa lagi yang korang mahukan ni?

Dengan datangnya bencana macam ni bencana lain pulak datang.

Sebab penat sangat jadi pemerhati di media sosial dan penat menunggu ketidakpastian masa depan pasal virus ni.. Eiii, geram pulak aku ngan si virus ni, aku memang dah naik gila.

Tapi, bila fikir kan balik kita ada Allah. Walaupun, sound cliche tapi itulah yang membuat aku balik normal. Bila kita ingat kuasa Allah, yang menjadi kan semua ni, dia juga yang meberi jalan uang terbaik untuk kita. Kita bersyukur dan berserah. Aku jadi normal balik. Huhu


Baiklah, berbalik kepada tajuk sebelum aku corner pusing dari Hubei, buat world tour ke Itali ke White House pulak marilah kita ke negara jiran kita di Singapura , aku nak cerita sikitlah pengalaman aku kerja di sana, maklumlah sekarang tak kerja, tahupun hazab kau tak kerja.


Bagaimana boleh terfikir nak kerja Singapura?


Kebiasaannya orang akan kata sebab duit.
Termasuk aku, tapi reason aku ada huraian.

Secara jujurnya, aku pernah cakap yang aku takkan sanggup kerja sana, walau gaji tinggi, sebab tak sanggup hadap jam, bangun 3 pagi, balik nak tengah malam. Masa tu, aku fikir dan tengok je dah penat.

Aku tak nak kerja yang stress, maksud aku kerja yang memerlukan aku berfikir sampai ke waktu tidur, yang memerlukan aku alert sentiasa, yang membuat aku berat nak pergi kerja. 
Demi kesihatan mental aku.
Aku malas lah senang kata. Yakin nya kamu, Jujur nya kamu.

Tahun 2018, aku nak kerja yang gaji ya boleh lepas nafsu tekak aku, dan bayar kereta aku je.

Aku nak kerja yang senang, tapi gaji lebih. Kau faham tak nak kerja operator, tapi nak gaji manager.

Memang tak lahhhh weiii

Aku pun cari lah kerja, masa tu dah sebulan juga cari, risau lah kita, nak bayar hutang.

Prinsip aku senang je, kalau tak mampu nak menyenangkan, jangan sampai menyusahkan.

Kalau tak mampu nak bagi orang lain duit, jangan pulak sampai parents bayaran hutang kau.

Waktu tu lahhhh. Sekarang ni, krik krik je lah mampu.


Pencarian Kerja

Aku masa cari kerja tu, aku kan blur blur ayam, aku tak pandai naik motor,semua tak tahu. Jadi, aku cari kilang yang sediakan bas.

Sebelum aku dapat kerja kilang Seagate ni, Aku pergi 2 interview, aku dapat contact dari Facebook, Group Kerja Kosong Singapore


First, aku dapat panggilan untuk interview kilang kat HP, ramai orang pergi, naik bas.
Sekali masa interview tu, aku tanya kat sini boleh solat tak, aku ni kan jujur, first time katakan.
Tapi dia cakap dia tak pernah dapat soalan macam ni, dan dia tanya berapa kali ke berapa lama nak sembahyang tu, dia cakap dia tak de proper place, tapi ada rehat so, masa tu boleh nak buat apa pun.

Akhirnya , aku tak dapat pun interview tu..

Bagus juga, sebab kalau dapat pun masa tu kontrak 2 tahun. Bukan tetap.

Gaji pun tak de lah tinggi mana.

Kih berlagak.

Aku nak kerja yang senang dan dibenarkan sembahyang. kalau boleh shift malam, konon rasa jam tak teruk sangat. Aku harap sangat dapat je kerja apa-apa, sembahyang kat tangga pun tak apa.

Mula-mula hampir give up, macam susah je nak dapat kerja.

Suatu hari, Alhamdulillah aku dapat panggilan interview, dan dipendekkan cerita aku lepas, dan diterima bekerja.



Aku kerja kat sini je, Woodlands, tak lah jauh sangat dalam 20 minit dari CIQ.


Supervisor aku cakap kalau nak sembahyang boleh, dan company ni sediakan tempat juga. Memang sangat-sangat sempit berbanding surau kat Malaysia. (Tak berani nak upload :P)
Tapi, aku dah lebih bersyukur dah. 
Diaorang ada juga fikir untuk kebajikan orang Islam. Padan lah ramai orang kerja sini, walaupun gaji tak besar mana, tapi secara kesuluruhanngya susana lebih aman dan relaks.

Aku tak de pengalaman kerja kat kilang lain di Singapura, tapi berdasarkan pengalaman orang lain yang pernah kerja kilang lain, aku rasa tak pelah aku stay sini, walaupun mereka lagi tinggi. 
Aku tahu perangai aku, kalau kerja stress memang aku berhenti tak fikir masa depan.

Apa yang buat aku bertahan kerja di sini.
Ialah aku dapat department yang tak berat sangat, aku taklah rasa sampai nak tanggal kaki asyik berdiri.
Ada masa nak solat.
Supervisor Melayu, jadi dia lebih faham tentang hal orang-orang kita.
Faham kan kita ni minoriti

Aku tahu tak de kerja yang perfect, som aku fokus nak cari rezeki je. 
Yang part gaduh ke, politik ke apa anggap je macam angin lalu. Balik rumah tidoq.

Bila aku nak start rutin kerja aku ni. Dok simpang-simpang tak habis-habis.
Okaylah aku start ni.

Rutin Kerja

Masuk kerja pukul 7.30 petang.
Aku kena bangun 3.30 petang untuk kejar bas Muafakat Johor pukul 4.30 petang.
Kadang aku beli makanan kat gerai sebelum naik bas,
Naik Bas Muafakat Johor P102 dari Sri Stulang




Gitu feeling dalam bas. 
Apesal dalam drama jumpa orang helok dalam bas, kalau realiti tak de orang helok naik bas, adakah semua yang helok tak hanya naik kenderaan berlogo H.. #loyatekak


Sampai JB Sentral pukul 4.50 petang.
Scan passport, tunggu bas kilang amik kat CIQ.






Tunggu bas. 
Masa ni, guna duit RM30 e-wallet, kerajaan PH bagi buat bekal. Sebelum kerajaan PH tumpas.


Biasa bas sampai 5.30-6 petang.
seberang tambak, bergantung keadaan trafik, kalau clear , 5 minit, kalau jam boleh jadi 30 minit-1 jam.
Turun bas scan passport dekat  imegresen singapura, dan naik bas balik.



Duduk dalam bas kilang, boleh lah nak qada' tidur kalau jammed kat Tambak.


Sampai kilang biasa pukul 7 petang, scan ID, solat, masuk kerja.

Aku bernasib baik kerja aku tak teruk sangat (waktu tu lah bernasib baik)

Rehat pukul 10 atau 11 malam, sambung kerja lepas tuuuu biarlah rahsia

Balik scan out pukul 7.45am

Pastu naik bas-kastam Singapura-kastam JB-naik bas 102-Sri Stulang.



Muka semalam, pagi tunggu bas nak balik






Tangkap dalam bas, Pantai Lido @Stulang Laut.


Begitulah kitarannya setiap kali hari bekerja.

Kerja di Singapura aku rasa sama ja kerja dengan di Malaysia.
kecuali currency.

Jarak travel, dan jam ni alah biasa tegal biasa. Bergantung kepada pilhan kau , kalau kerja shift, kurang sikitlah jam dia, kalau kerja office hours memang sakit sikit jam dia.




Salah satu pagi dengan awan yang indah, balik dari kerja. 



Kenapa tinggal di JB, bukan Singapura?


Jawapannya, kos lah, ofkoz. 
Sewa bilik di Singapura 400 dollar, itupun share 2 orang sebilik. Hmmm.


Tengok ar 4 tingkat rumah aku, rumah korang setakat 2 tingkat dah berlagak. Luls. 



Flat PPR Sri Stulang. Untuk Geng-geng Cik Kiah, banyak bantuan dapat.
Rezeki ye dakk 




Bilik ni aku buat tidur bila hari aku kerja hari cuti, memang aku balik kampung je. Tu yang tak kisah duduk kat rumah family orang lain. Mulanya, aku duduk sorang, lepas tu ada kawan aku accident, kereta dia total lost, tak de transport nak ulang alik rumah dia. Lepas tu, dia pun duduk sekali dengan aku. Nasib baik, tuan rumah bagi.


Aku pilih Sri Stulang, sebab dia ada bas Muafakat, free je ke JB Sentral.
Memang ada bas company lalu sini juga, tapi terkejar-kejar nak Asar.
Sebab, asalnya memang mak aku risau perihal solat kerja Singapura ni, aku tak nafikan, kat Malaysia memang surau ada dimana-mana , tapi sini susah sikit.

Aku ni tak de lah bagus pasal solat, tunggang langgang juga, tapi selagi kudrat ada ni kita cubalah solat yang wajib ni ha. Dunia ni sementara je dik oi.
Aku nak ceramah lelebihkan,... hmm hang pandai lah.
Jangan dok claim nanti aku  subahat pulak.






Bak kata ustaz ceramah, kebahagiaan bukan bergantung pada wang dollar semata-mata.
Tidur yang lena bukan semata bergantung pada tilam tebal berjenama
Gembira bukan semata bergantung pada wajah cantik tanpa cela
kenyang bukan semata bergantung pada daging import di hospital ternama 
Segala nikmat itu dianugerahkan oleh Maha Pencipta.
Selagi kau bersyukur, ketika itulah kau nikmati manisnya.



Sampai season kasut dengan jeans ni. Dok pakai jalan banyak.
Tak semua orang kerja Singapura loaded ya. Aku  golongan yang cukup-cukup, Alhamdulillah.
Tengoklah yang loaded tu kerja apa pulak.



Hari yang kemuncak bila jam, biasa hari Sabtu dan Ahad.

Aku suka tengok orang cuci bangunan ni, maintenance bersihkan habuk kat JB Sentral. Aku suka senibina JB sentral ni, kecuali, ada sesetengah bahagian , haremm sikit.
Escalator selalu rosak, kadang-kaddang makan berbulan nak betulkan.
Kalau hujan lebat , ada bahagian yang tempias teruk, jalan kat dalam jadi licin.




Cuci the movie. Suka tengok diaorang panjat-panjat.










JB Sentral, waktu maghrib, masa ni terlambat nak pergi kerja. Ntah, aku bukan ingat sangat, hentam jelah buh caption. 


Tambak Johor yang tak pernah sunyi dengan kenderaan, bumi yang tak pernah sunyi dengan manusia sibuk mencari rezeki. Kini sunyi tanpa bunyi. 




Langit yang menanggung beban sekian lama. 
Berehatlah, agar luka dapat dirawat. 
Bersama kita berperang tanpa pedang. 
Duduk diam, agar virus tak menyerang.



Yes, this lockdown  in 2020, in my 32 years born in this world is like Panggg, slapped on my face really hard.
Really, the ayah in the Quran proof it, and Allah also give ayah to calm our heart, don't worry too much.




Pemandangan Tambak waktu mata hari berlabuh. 
Tukar shift. Orang balik kerja, aku pulak baru nak pergi kerja. 


Aku selalu terfikir, berapa lama aku akan kerja sana sebelum ni,
10 tahun? 20 tahun? Mampukah syarikat bertahan? Mampukah aku bertahan?
Adakah suatu hari, rakyat Malaysia tidak lagi dapat bekerja di sana.
Jawapannya, tak sangka Allah bagi secepat ini.
Walaupun masih belum pasti, aku hanya mampu menyerah diri.

Bandar dan jalan yang tak pernah sunyi, hampir mati.
Adakah ada penawar untuk Covid, 
atau sebenarnya dialah penawar bak kata Fedtri,
Manusialah penyakit , yang merosakkan bumi. 


Tiada barang dan kereta mewah,
semua nya hanya duduk di rumah.

Perlanjutan PKP hingga 28 April. Fasa ke-3, adakah ada fasa yang seterusnya.
Singapura pula lockdown sebulan bermula 7 April.



9 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian, info yg sangat bermanfaat untuk saya yang sedang berusaha nak bekerja di Singapura. Semoga Allah permudahkan urusan penulis dunia akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas comment dan doa. Semoga doa yang baik berbalik kepada anda.

      Delete
  2. Salam akak , masih kerja di sg ke? Saya sedang mencari kerja singapore yg bole solat . Susah sgt 🥺

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, ya masih, saya pun masih cari kerja juga. Susah nak approve WP. Kerja sekarang okay sangat, senang nak solat juga antara faktor saya stay lama tempat ni, cuma sya nak tukar angin.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Salam,nak tanya kalau gaji sgd1400 berbaloi ke sewa bilik dekat singapore?Agak2 cik muna tau x zhongshang mall?Senang x kalau saya nak travel dr jb ke sini?

    ReplyDelete
  5. Salam cik..ada x cara nak hubungi utk tanya lbh terperinci pasal kerja kilang di Singapura.tq

    ReplyDelete
  6. Sampai habis saya baca kisah awak, ada kekosongan tak kat tempat awak? saya planning nak kerja sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat saya sekarang tak de opening,business tak berapa baik untuk industri ini. Boleh cari kilang dalam industry medical dll.

      Delete

terima kasih sudi baca :D