Wednesday, April 22, 2020

Syurga di Depan Mata

As Salam,


Apa syarat nak masuk syurga?

Adakah tanpa berubat dosa?

Adakah dengan hanya berbuat kebaikan semata-mata?

Dengar mudah bukan?


Berbuat baik pada kedua orang ibu bapa.

Cakap dengan suara yang lembut.


Masa aku kecik, dan bila sekolah agama, subjek Akhlak.
Ia kedengaran sangat mudah. Biasanya memang boleh scorelah.



Teori belajar akhlak boleh dapat A tapi bagaimana praktikal di luar kelas?

Mampu?

Mampu kau tahan lidah dari 'menjawab' apa yang mak kau suruh?

Mampu kau tahan marah, bila ada benda yang kau rasa tak kena dengan kehendak kau?

Mampu  kau bersabar, dan bertanya pada tuhan  bila ditimpa masalah?

"Kenapa aku? Kenapa bukan orang lain? Apa dosa aku?"

Amboi bila dapat kesenangan, ada kau tanya , kenapa aku? kenapa bukan Pak Cik kerja jaga jalan sekolah tu yang dapat, kau bongkak, kau cakap itu semua atas usaha kau sendiri.
Kau lupa pada siapa yang memberi

SABAR

Satu perkataan yang biasa, tapi mampukah kau bersabar, bila kau disuruh bersabar ?


Ketahuilah, kita manusia dan kita tak sempurna,

Allah dah pujuk kita dengan ayat Al-Quran, nampak cliche tapi never outdated.






Bila kita baca sirah tentang Rasululllah S.A.W dan sahabat, kita faham, yang kita ni tak sempurna. Rasulullah S.A.W dan sahabt pernah berasa marah dan juga rasa sedih. 
Kenapa? 
Sebab mereka juga manusia. Cuma level keimanan mereka lagi tinggi.


Kita cuba buka hati, dan terima , I'm hear and I obey, don't argue what Allah give to us, what life will bring us to.

Syurga aku ada di depan aku, emak dan ayah aku, dan mbah aku, keluarga aku.
Suatu hari, aku berazam nak buat baik, tak nak menjawab, tak nak tinggi suara.
It's hard , I tell you.



 Adakah aku mengabaikan syurga di depan aku ni?

Sedang berusaha.
Allah S.W.T nak beritahu aku, bahawa syurga bukan murah harganya.




Kedatangan Covid-19 dan PKP ni menyekat pendapatan , merampas ketenangan, memusnahkan harapan

Pada tahun lepas. 2019 ada suatu ketika, aku rasa aku macam tak de masalah, tahun 2019 aku dikira berjalan agak lancar.

Bammm....
Guruh berdentum,
Petir menyambar.

Seawal bulan Februari 2020, terus datang dugaan hebat no.1 datang,
 Awal Mac; dugaan no.2 muncul.
Pertengahan Mac; Arahan PKP- sebagai dugaan no.3 sampai sekarang

I saw one random comment in Instagram, he says, 
the rule of life is when everything  goes right, something  is about to happen. 
It always do and always will.

Tetapi, Allah telah beri aku anugerah ketenangan, lebih baik daripada masa awal-awal PKP tu, 
Aku mula redha, dan mencari hikmah, well apa lagi option yang kita ada.
Aku nak join kumpulan penyelidik COID-19 tak layak... Takkan aku nak uji segala makanan sunnah, herba kampung duk test  hahaha


Apa yang boleh kita lakukan?

Kita pernah lalui pelbagai ujian yang kita rasa putus asa kan?

Doa.

Tawakkal.

Serahkan pada Allah.

Kita tak berdaya.

and just believe, this too shall pass

Hidup ni memang gitulah peraturannya, ibarat roda, ada pasang surutnya.
Dunia ini tempat ujian, ia adalah perjalanan menuju akhirat.





Bercutilah kita sampai lepas raya.

Selamat datang Ramadan.

No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca :D