Friday, April 3, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan

As Salam,

Hari ini, nak cerita aktiviti aku yang lakukan pada 1 April 2020,
dimana aku sedikit tak terkawal pergerakkannya dalam Perintah Kawalan Pergerakan

Sepatutnya tarikh 1 April, adalah tarikh kebebasan selepas PKP fasa 1 yang diumumkan iaitu 18 Mac-31 Mac.

Dengan pertambahan kes saban hari tempoh PKP dipanjangkan memang sudah dijangkakan, walaupun kau cuba berfikiran positif dan menafikan hakikat itu.

Sepanjang PKP ini ada hari yang sangat membuat aku tertekan (ni tak lain fikir duit lah ni).
Tapi, ada hari yang membuat aku bersyukur dan redha bila nampak akan hikmahnya.
Hikmahnya adalah aku berehat ya daripada manusia yang selama ni aku dok tak suka.

Hahaha. Ok fine Munirah, macamlah semua orang suka kat hang.


Ambil Ubat di Farmasi HSA

Aku keluar rumah selepas Zohor untuk pergi ke Hospital Sultanah Aminah, dengan tujuan untuk ambil ubat pak aku.
Masa aku pergi derma darah waktu PKP fasa 1, tak de road block nak masuk highway Ulu Choh.
Kali ni, aku pergi ada roadblock dan jalan nak masuk highway ditutup.
Aku kena patah balik melalui Skudai, dan ada road block sebelum masuk UTM.
Boleh tahan jam.

Sepanjang jalan aku rasa pening gila, panas sampai aku kena naik kan aircond untuk hilang kan pening aku. Haishh, nampak tau sedih cerita kau kali ni, pasal naik kan power aircond pun kena cerita.


Sampai di Klinik HSA, pintu masuk ada sukarelawan jaga, pakai hand sanitizer, cek suhu, pakai sticker baru boleh masuk dalam klinik.



Ubat pak aku dulu, tak de stok, jadi susah kalau nak amik kat Pontian.
Bila dah jadi PKP ni aku telefon lah farmasi HSA. Boleh tahan susah nak masuk line.
Tanya boleh pos ke tak, dia cakap kali ni tak boleh, dia suruh datang amik kat HSA, kalau polis datang tunjuk slip amik ubat je.
Kali ni, aku memang malas sikit, sebab panas tambahan kena jalan jauh dan jam sebab roadblock.




Langkah kawalan pegerakan di Farmasi HSA. Jaga jarak anda.










Dah balik tu dalam 3.30pm, amboi tambah jam kat gelang patah tu, tempuh roadblock lagi.



Beli Barang Dapur di Pasaraya Econsave


Balik tu, aku pergi Econsave Pontian.
Nasib baik tak lama sangat tunggu turn, aku tengok kat instastory ada yang pergi market. 
Kemain panjang beratur ya sambil pegang troli.




 Pak guard cek suhu, bagi hand sanitizer sebelum masuk.
Okaylah, jadi lah mak mak kejap beli barang dapur.



Ada yang tak jaga jarak. 
Sembrono je. Tau dak sembrono tu apa. Ceh, poyo lah konon  penggunaan tatabahasa kau tu.



Aku kalau beli barang dapur out.
 Kentang boleh pulak salah beli, dah bayar baru perasan aku beli kentang Amareka.



Nak beli susu segar untuk join the hype buat Dalgona Coffee , tapi susu habis. 
Adakah susu segar dikira minuman ruji rakyat Malaysia sekarang.
Roti Gardenia jangan cakaplah.




Ini yang dikatakan oleh pakar kesihatan, pakai sarung tangan boleh menyebabkan penyebaran virus.
Sebab  ini lah, lepas kau pakai kau sentuh semua benda, pastu kau buang merata-merata lagi.
 Nak elak penyakit, tambah penyakit lagi. Penyakit tak de sivik.
  Amboi, sejak banyak masa ni, Aku nak jugak praktis jadi netizen dan keyboard warrior tak bertauliah. 



Minyak paling murah dalam sejarah sejak aku bawak kereta.

Well, kita memang support lah Petronas, our local brand. Jangan kau kerja mengutuk je jenama tempatan. Agongkan jenama luar.
 Semua tak kena di mata kau, cap itik tak baguslah, cap titisan minyak tak bagus. Yada yadaaa.



Kesian stesen minyak. Sendu je. Kedai mesra tak buka. 


Sekian, cerita sendu saya di PKP. 
Ini lah hari yang paling produktif aku, kalau tak terdampar di katil tak bercadar, selimut tak berlipat sepanjang hari memikirkan jawapan yang tak pasti. Ya, semua adalah ke hendak ilahi.





Kau dah nak balik, baru perasan jam mati. 
Dah 10 tahun aku pakai , hadiah pak aku dapat,  aku amik. 
Tukar bateri je. Tauke jam mana boleh collect buh bateri la ni
 Sebelum keluar rumah sampai sudah 10 juta kali  kau tengok jam, kau fikir apa?


No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca :D