Sunday, July 11, 2021

Bertemu untuk berpisah, atau berpisah untuk bertemu?

As Salam,

Aku nak abadikan perasaan sayu aku di sini.

Mengenang percutian aku balik rumah selama sebulan (26 April-26 Mei 2021)

Sayu ke? 

Hewhewhew.

Di saat aku kembali ke rumah, aku rasa macam balik tiap-tiap kali off days sekitar tahun 2019. Begitu ya hari ini dalam sejarah.

Balik-balik gaduh dengan emak aku. Huhu.

Aku dan keluarga aku jenis tak reti nak tunjuk kasih sayang.

Ceh, padahal nak cakap aku je, dok tarik sekali kata kerabat aku.


Rasa teruja ya bawak kereta selepas setahun naik turun bas je. Gelabah jugak lah kejap, macam baru dapat lesen P.

Asal balik rumah, biasalah kita buang barang. Asal buang barang mesti balik rumah. Asal balik rumah mesti  start bebel pasal barang banyak.




Kejadian rawak masa aku balik hari tu;
Aku punya penyakit pelupa makin teruk. Aku letak wallet aku atas mesin basuh dobi layan diri, lepas tu aku blah keluar parking, dah keluar kat jalan , aku cek wallet aku tak de, gelabah aku pergi u turn kat Tambak tu ha. 
Guess what?
Wallet tu dok elok atas tu lagi.
Masa aku pergi dan tengok wallet tu memang tengah tak de orang. Alhamdulillah, Allah sayangkan aku, kalau tak jenuh lah satu hal, nak buat report, ic , work permit semua dalam tu.


Aktivit bersama Mak titteww
.



Aku hantar mak aku buat facial lepas tu, teman kan mak aku pergi beli baju raya. Ralat sikitlah aku pasal mak aku bayar sendiri... Apolah Munir




Selain itu, aku teman kan mak aku pergi cucuk vaksin, haha yang sepatutnya aku drop off mak aku je. Rupanya petugas tu kata kena ada orang teman. 
Pengalaman juga lah teman kan mak kita.

Walaupun muka aku tak cantik dalam gambar ni tetap aku bubuh, pasal ini je gambar yang ada dengan mak aku. 




Anak dia, tunggu appointment sampai, sis kecut. Kalau bos tak suruh, kau pun lengah-lengah kan malas nak register. #sisredhakenakecam


Masakan Mak titeww


Aku tak de teringin apa-apa menu spesifik yang mak aku masak. Yang aku rindu, ialah masakan mak aku. Apa-apa je yang mak aku masak aku telan. Yelah , kau dah lah tak masak lagi nak demand macam-macam.
Walaupun mak aku selalu cakap yang dia masak sedap, tapi memang dia masak sedap pun. Berani kau nak nafikan fakta tu.



Telur dadar hancur mak aku masak pun sedap oii.



Sedap gils makan dengan sayur lemak, nasi dan kicap manis. 


Asal mak aku masak, aku telan.



Ni jenis-jenis makanan yang aku akan makan dengan selera, nasi, protein goreng, kicap. Penambah selera tempoyak. 
Ngam.
Settle.


Nasi goreng signature mak-mak kita ni memang power kan? Tak kisah lah nasi goreng kampung ke, nasi goreng bodo-bodo ke, nasi goreng merah oren, nasi goreng putih. Tetap nasi goreng kat rumah tu  paling nostalgia dan asyikkkkk.


Makanan Malaysia yang ku Teringin 


Aku teringin makan nasi kerabu sepanjang duduk kat Singapura hampir setahun. Bila aku balik Johor aku punya excited nak dapat nasi kerabu tu melonjak-lonjak. Masa aku keluar dengan Nisak, kitaorang pergi facial, salon , tapi masa pergi salon tu kitaorang terlajak sikit lepas buka puasa. Sebelum tu aku mesej dah Nasi Kerabu Cikgu CT, tanya nak kena buat reservation atau just walk in, sekali dia kata walk in je. Kita orang sampai dalam lebih kurang pukul 8 malam, sekali tuan kedai tu keluar, dia tanya nak makan nasi ke? Nasi kerabu dah habis. Aku punya kecewa , rasa nak marah , bentak-bentak dengan Nisak.
Pa’kal masih ada secebis iman di dada seorang insan hina ini, kalau tak dah sawan aku kat situ.
Haha.
Terimalah realiti, bukan rezeki Munir. 
Okay, cerita ni to be continued…


Selain nasi kerabu, aku juga nak sangat pergi Family Mart pasal aku suka gila Matcha sofuto milkshake with Boba brown sugar. Tapi, aku baru tahu dia cakap dia dah stop dah tak de lagi. Whattttt? But why? Sama ada kau nak brown sugar atau matcha je sekarang.
Betapa kecewanya aku, hari tu nasi kerabu, sekarang milkshake, kenapa makanan kau kecewa kan aku kenapaaaa… kenapaaaaa *baca dengan gema


Btw, sebelum balik Alhamdulillah rezeki aku dapat makan nasi kerabu, beli dekat Pasar Peladang Pontian. Walaupun, tidaklah sedap giler, tapi bolehlah buat lepas  terliur.

Pertemuan bersama kawan-kawan a.k.a makan-makan.

Okay sambungan cerita tak dapat makan nasi kerabu dengan Nisak tu, (boleh pulak kau tulis sambung-sambung macam ni, kan belog tittteww shukew hatiw tittew ar)

" Kita makan je lah apa-apa" Kecewa sambil, melihat nasi lemak lori kat corner jalan tu.
Nisak pun tanya, " Okay, Mun kau nak makan apa, yang kau teringin sangat rasa nak makan?" 

Aku tak nak rasa makan lain dah, lagi pun Nisak bawak kereta, dan kitaorang risau juga balik lewat, sebab yelah masing-masing kan ada tanggungjawab.

Aku pun jawab, "Amphawa, tapi kat Sutera Mall"

Nisak," Okaylah, kita pergi sana"






Hehehehehhe, baik sikit meroyan aku tadi.




Ya, bukan sahaja Nisak bawak aku pergi makan sini, siap dia belanja aku lagi, pasal dia kata nak dapat pahala beri makan orang puasa.


Terima kasih, Nisak. 
Buka mata kau besar-besar Amun, ini rezeki kau.

Rezeki teman, rezeki makan.
Maka, nikmat tuhan yang mana mahu kau dustakan. 


 Dalaam minggu pertama tu, sempatlah juga jumpa kawan-kawan aku geng Bell untuk berbuka puasa. 


 
Makan kek batik dengan coklat ganache yang melambak. Sedapp.


 
Pot luck is the best. Kalau tak sempat beli je lah macam Nisak. Macam-macam menu signature ada.




 Gambar ni diambil dengan tujuan nak kasi jaki member aku kat Singapore tak dapat balik raya.
Orang utara kan, ketupat daun palas lerr, kita tak de lah excited sangat benornya #jangankecamorangJohor #orangJohorinnocent🤪

.

Sejak COVID-19 menyerang, aku banyak terima kejutan, tapi dah namanya kejutan, aku masih belum biasa. Hanya seminggu sahaja rupanya aku boleh keluar daerah.

Tiba-tiba, PKP sekali lagi diumumkan, tak boleh keluar daerah, tak boleh pergi Johor Bahru tak boleh balik kampung,  tak boleh ziarah. Hatta, jiran sebelah.

Tak boleh balik Tangkak 😥
Tahun kedua kita raya di perantauan.

Tapi, sempat aku jumpa kawan rapat aku time sekolah rendah, Aishah , dan ambil gambar kat tepi laut Pontian.




Aishah pun baik sangat belanja aku makan aiskrim Mcdonald , dah lah hidang makanan macam-macam kat aku


Laut Pontian  tiada pantai pasir, ada tambak batu je. Aku tak pernah bangga dengan Pontian, daerah tempat aku lahir, pada aku tiada keistimewaan sehingga lah aku menginjak dewasa. 
Aku bangga dengan hasil laut Pontian. Pontian punya ikan paling sedap hhahahaha😜

Tiba-tiba rasa wow, bertuahnya Pontian ada laut.



Walaupun ya, manusia tak de sivik merosakkan gambar potrait wanita cantik ini. Kah kah kah. Terima kasih Shah amik gambar aku cantik. Kasi can lah oii nak feeling😂





Tahun lepas ketika aku buat keputusan untuk kembali ke Singapura berjalan kaki menuju ke seberang Tambak, tak pernah terfikir yang aku akan mengulangi peristiwa itu lagi,  cuma aku naik bas je lah, tak jalan kaki. 

ketika itu juga tak pernah terjangkau dalam fikiran aku yang aku akan terdampar , duduk kat Singapohh ni sampai 1 tahun (and counting)


Dulu, masa aku kerja di Johor, aku tengok orang Malaysia yang berkerja di Singapura . Aku takkan mampu kerja kat sana. Pasal aku tengok je dah penat. 

Lihat lah diri kau sekarang. Ketawaku pada diriku sendiri.

Kenapa aku masih di sini?

Sampai bila?

Soalan itu, aku pun masih tertanya-tanya.

Tiada jawapan yang pasti daripada aku buat masa ini.

Kos hidup di Singapura yang tinggi.

Namun, setakat ini, inilah rezeki aku.


Di saat ada yang untuk makan, terpaksa meminta-minta, sekurang-kurang nya aku cuma  perlu berkira-kira.

Penghijrahan perlu pengorbanan, meninggalkan keselesaan di rumah sendiri, meninggalkan keluarga.

Kita menyerahkan  segala-segalanya , bertawakal sepenuhnya pada Allah swt untuk menjaga ibu bapa dan keluarga kita.

Entah-entah anak-anak buah masih ingat ada mak cik kat sini tak? hihi. Kalau jumpa mesti dah besar .



Bagi duit raya sebelum hari raya, nak dapat lebih pahala katanya, sedekah di bulan ramadonn

Bila habis cuti aku sebulan kat rumah , yang pada mulanya aku expect boleh beraya sakan, tapi berakhir dengan tersadai kat rumah. 

Sebelum masuk Singapore, kena buat PCR test, aduhai tak nak habis cuti, tapi nak masuk Singapore  balik, sebab takut tak de kerja. 

Tahu tak rasa sayang kat keluarga dan kehidupan di Malaysia, tapi lagi seksa rasa tak de duit.


Aku ingat aku akan cool bila kereta Grab sampai macam aku balik rumah haritu.

Tapi, perasaan tu sebak tak tahu nak habaq. Tapi, aku tak tunjuk ar depan mak aku, aku kan ajet abang-abang.

Selalu kita berpisah tu rasa sebak, sebab kita tak tahu bila lagi takdir untuk kita bertemu lagi.


Semoga setiap orang yang keluar  mencari rezeki halal dan yang duduk di rumah menjaga keluarga diredhai Allah swt. InsyaAllah ada ganjaran yang menanti.


No comments:

Post a Comment

terima kasih sudi baca :D